You are on page 1of 13

ASSIGNMENT 2: EXERCISES FOR GROUP (10%)

Due date : Week 4 (17th March 2019)

Instructions:

1. You need to work with three/four of your classmates for this assignment (Group of 3 or
4).
2. Please read Chapter 10: Exercises by Jacobs, Schimmel, Masson & Harvill (2016).
Based on the chapter, each group need to create and submit THREE (3) exercises for
group. The exercises are based on proper group work stages (Beginning, Middle, End).

3. Identify the suitable group work issues and suitable exercise for that particular issues.
Please include the instructions to perform each exercise. Provide references for any
sources that you use to create the exercises. Your group need to present and share ONE of
the exercise during classes (15-20 minutes).

4. We encourage the class to compile all the activities in ONE file.

5. Upload the assignment through eLEAP and submit the hardcopy during class on 17th
March 2019.
RUBRIC FOR ASSIGNMENT 2:
ASSIGNMENT 2: EXERCISES FOR GROUP (10%)

Name : Nur Alia Hilda binti Daken (SESI 2; MIDDLE STAGE)


Matric no : 18030161
Name : Siti Jauyah binti Janaree (SESI 3 ; ENDING STAGE)
Matric no : 18030191
Name : Sh. Izzatul Sharmimie Wan Hossen (SESI 1 ; BEGINNING STAGE)
Matric no : 18030208
4 3 2 1 Your
Score
Title and Title & purpose are Title & purpose Title & purpose Title & purpose
Purpose clear & align with reflect contents given vague or missing
Group Stages
Organization Well-planned, Organized, Some Minimal or no
sequential, clearly sequential organization organization
organized
Reference - APA style is Minor edits Major edits - Does not follow
Perfect needed – follow needed. Learn APA style or
- Appropriate the details. the details. -Inappropriate
activities selection -Sport vs. PE article selection
6-8 4-5 2-3 1 Your
Score
Activities Meaningful, Clearly Clearly Structured but not
motivating, clearly elaborated, elaborated, but related with Group
elaborated, suitable suitable with not really stages
with Group stages, Group Stages suitable with
creative Group Stages
MARKS
KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA

1. PESERTA
 Pelajar yang memerlukan sokongan emosi
2. UMUR PESERTA
 13-15 tahun
3. OBJEKTIF KAUNSELING KUMPULAN
3.1 Membantu dan meneroka emosi pelajar yang memerlukan sokongan
3.2 Mewujudkan suasana harmoni dan kekuatan dalam diri pelajar
3.3 Membina keyakinan diri dan tahan diri dalam menghadapi ujian dalam kehidupan

4. FASA-FASA DALAM LATIHAN

SESI 1 (BEGINNING STAGE)

NAMA LATIHAN “Cerita lolokk”

OBJEKTIF  Mengenal ahli-ahli dengan lebih rapat.


 Meningkatkan daya keyakinan diri bila berdepan dengan
orang sekeliling.
 Melatih diri untuk mengekspresikan diri

MASA 1 ½ JAM
Sticky note
ALATAN
Pen/Marker
RASIONAL Intervensi ini menggunakan kaedah teori Reality theory
untuk menerangkan lima (5) keperluan asas seperti keperluan
power, love and belonging, fun, survival and freedom. Sifat-sifat
yang dibentangkan melalui simbol yang dilukis merupakan sifat
kendiri seseorang yang boleh menjadi pengerak dan nilai yang
positif pada diri pelajar. Melalui aktiviti ini juga, pelajar akan
dapat membentuk keyakinan diri dengan menerangkan sifat
kendiri pelajar kepada orang sekeliling di dalam kelompok.
Sifat-sifat penyayang dan produktif yang terhasil sewaktu
aktiviti dijalankan sangat diperlukan bagi pelajar yang
perasaannya terabai dengan membiarkan ahli kelompok memberi
penuh semangat untuk mendengar dan menerima sifat-sifat yang
dilambangkan melalui simbol yang dipilih.
Apabila berhadapan dengan kehidupan diluar yang penuh
dengan cabaran, selalunya kelompok pelajar perasaannya terbiar
ini akan membawa haluan sendiri dari segi membuat keputusan
disebabkan selalu dibiar dan tidak didengar pendapat mereka.
Maka, melalui penerangan keperluan asas yang diterangkan
dalam Terapi Realiti ini dan berbalik kepada matlamat asal
aktiviti mampu untuk membantu pelajar memahami keperluan
menghormati dan mendengar serta menghargai orang lain. Pada
masa yang sama, aktiviti ini juga diharap untuk meminimumkan
sifat individualistik seseorang yang perasaan terbiar.
1. Kelompok dibahagikan menerusi bulan kelahiran dan
LANGKAH-LANGKAH digabung beberapa bulan untuk membentuk 3 kelompok
besar. Setiap kelompok ditugaskan seorang fasilitator
untuk membantu pelajar. (10 minit)
2. Fasilitator memperkenalkan diri terlebih dahulu kemudian
diikuti pelajar bermula dari kanan fasilitator untuk
menerangkan nama masing-masing. (10 minit)
3. Fasilitator mengarahkan sebulat suara untuk memilih
seorang ketua kumpulan. Kemudian fasilitator menyuruh
ketua kumpulan untuk mengambil alatan yang diperlukan
daripada Ketua Fasilitator. (5 minit)
4. Fasilitator kemudiannya memberikan kertas sticker notes
dan marker/pen untuk dibahagikan kepada ahli kumpulan.
(5 minit)
5. Fasilitator memberi arahan aktiviti terlebih dahulu kepada
ahli kelompok. (5 minit)
6. Dalam masa 15 minit dan tanpa suara, ahli kelompok
perlu melukis satu simbol yang mewakilkan nama dan
sifat kendiri ahli kelompok. Ahli kelompok masing-
masing melukis simbol yang diarahkan. Penekanan
mengenai masa amat penting. (15 minit)
7. Setelah selesai melukis simbol, ahli-ahli hendaklah
menerangkan simbol yang dilukis dengan penuh semangat
kepada ahli kelompok yang lain. Pemilihan siapa yang
memulakan dahulu dipilih oleh fasilitator yang ditugaskan
dalam kelompok tersebut. Aktiviti ini dicadangkan
berlangsung selama 30 minit. Penekanan mengenai masa
asmat penting. Nota: Dicadangkan supaya fasilitator
mengarah ahli kelompok lain supaya memberi penuh
perhatian dan mendengar dengan penuh teliti kepada ahli
yang menerangkan simbol mereka. (30 minit)
8. Setelah masa tamat dan ahli kelompok habis menerangkan
simbol masing-masing. Fasilitator yang ditugaskan dalam
kelompok tersebut membuat refleksi atau rumusan
mengenai aktiviti tersebut dan menerangkan objektif
melakukan aktiviti tersebut. (10 minit)
PERBINCANGAN Setiap peserta perlu dibimbing tentang konsep terapi realiti
tersebut iaitu lima (5) keperluan asas yang diperlukan.
Fasilitator perlu mengaitkan konsep tersebut dengan nilai
kendiri yang positif, keyakinan diri dan semangat menerima
terhadap pandangan orang lain. Dalam proses menerapkan
sifat-sifat tersebut, para peserta perlu diberi ruang untuk
berkongsi mengenai diri mereka. Fasilitator hendaklah
memikirkan perubahan yang akan dilakukan untuk masa yang
akan datang.

RUMUSAN Setiap individu memerlukan sokongan emosi dan keperluan


kasih sayang untuk meneruskan kehidupan supaya merasakan
diri diperlukan serta dianggap penting. Setiap individu
memainkan peranan penting tidak mengira siapapun individu
tersebut dalam kehidupan. Sifat penyayang boleh memberikan
impak yang positif terhadap kekurangan perhatian dan orang
yang emosinya terbiar.
RUJUKAN Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Bahagian Penguran
Sekolah Harian. Modul Serlahkan Keunggulan Diri
(SUDI). Intervensi murid berisiko cicir sekolah rendah
dan menengah.
Jennifer Muret Bate, (1995). They can be taught! Emotional
intelligence skills in at risk youth (and others).
Community Learning Center Winfield, Kansas.

SESI 2 (MIDDLE STAGE)


NAMA LATIHAN 6. FEAR IN A HAT

OBJEKTIF  Membantu menyelami perasaan pelajar yang terbiar dan


mempunyai rasa empati dengan rakan-rakan dalam
kumpulan
 Mewujudkan suasana yang harmoni
MASA 1 ½ JAM

ALATAN 7. Post-it-notes, pensil dan topi/baldi kecil/balang kaca/plastik


RASIONAL 8. Peserta dijelaskan Terapi Realiti berkenaan keperluan asas iaitu
Love & belonging, freedom, power, fun and survivor. Fasilitator
akan meneroka perasaan dan tingkah laku peserta bersesuaian
dengan keperluan asas. Di samping itu fasilatator dapat
mengendali kehendak yang mempengaruhi emosi pelajar yang
menuju alam remaja dalam mencapai kehendak yang banyak
cabaran.
1. Fasilitator memberikan sekeping post-it-notes dan pen
LANGKAH-LANGKAH kepada peserta. (10 minit)
2. Selepas itu, Fasilator meminta pelajar melakar emosi yang
mereka alami pada ketika ini di atas post-it-notes dan
menulis nama dengan keadaan senyap. (10 mintt) (edit by
me)
3. Setelah selesai peserta di minta mengumpulkan post-it-
notes ini dilipat dan letakkannya dalam topi/baldi
kecil/balang kaca/plastik. (10 minit)
4. Fasilitator akan mencampurkan post-it-notes di dalam
topi/baldi kecil/balang kaca/plastik dan meminta peserta
memilih post-it-notes sekeping satu per satu . (5 minit)

5. Peserta diminta mencabut post-it notes dan meminta


peserta tersebut menyebut nama empunya nota
menceritakan bagaimana perasaan/emosi peserta pada
ketika ini. (30 minit) (edit by me)
6. Fasilitator hendaklah memastikan post-it-notes didalam
topi/baldi/balang kaca/baldi kecil dibaca sehingga kertas
habis dibaca.
7. Setelah selesai, peserta diminta untuk berkongsi apa yang
mereka pelajari, apa yang mereka dapat daripada
permainan ini dan bagaimana permainan ini membantu
peserta mengendalikan emosi pada masa akan datang
(25 minit)
PERBINCANGAN 9. Pastikan hanya pemegang post-it-notes membincangkan
bagaimana perasaan/emosi peserta yang empunya kertas tersebut.
Kaunselor juga perlu menanya kepada peserta perasaan/emosi
mereka apabila berada dalam kaunseling kumpulan. Perasaan
boleh menjurus sama ada gembira, gementar atau takut.
RUMUSAN Sesi ini mewujudkan komunikasi yang berkeyakinan antara
peserta dan bagaimana menangani masalah emosi yang dihadapi
peserta yang meningkat remaja. Pelajar diberi peluang membuat
refleksi secara terbuka dengan keyakinan yang tinggi dalam
menangani emosi remaja yang sentiasa ingin tahu.
RUJUKAN Molly Rockwood, Calvin Figuereo-Supraner, Daniella Morica &
Elizabeth Thompson. Zniber Group Counseling Guide
Akademi Latihan & Perundingan Peka (2018). Manual Intervensi
Psikometrik. Precious Print Sdn Bhd

SESI 3 (ENDING STAGE)

NAMA LATIHAN 10. DI MATA MU

OBJEKTIF  Membantu mewujudkan harga diri yang positif dengan


menyatakan kualiti positif
 Membantu kanak-kanak menyedari bahawa ada orang yang
suka dan ambil peduli terhadapnya (edit by siti)
MASA 1 ½ JAM
 Folder / sampul
 Kertas

ALATAN  Peralatan tulisan (gam, gunting, kertas warna, magic pen,


crayon)
 Bekalan kraf (manik, sugar duss, tali)

RASIONAL Terapi Realiti dikembangkan oleh William Glasser yang


mempercayai bahawa manusia mempunyai potensi positif untuk
mengarahkan pemikiran dan tingkahlakunya. Idea utama terapi
realiti ialah manusia bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri
kerana setiap daripada kita mencipta dunia dalaman sendiri
(Melati Sumari, et.al, 2014). Glasser W. (2014) menyatakan
manusia memilih untuk bertingkah laku berdasarkan tahap
motivasi dalaman, pilihan sendiri, fleksibel, bermatlamat dan
kreatif.
Keinginan psikologi meliputi keinginan kanak-kanak
untuk disayangi dan diterima, penghargaan daripada orang lain,
inginkan kebebasan dan inginkan kegembiraan. Menurut Glasser,
manusia mempunyai lima keperluan asas untuk dipenuhi iaitu
rasa ingin disayangi dan dipunyai (love and belonging), kuasa
(power), kegembiraan (fun), kebebasan (freedom), dan keperluan
untuk terus hidup (survival).
Perkembangan sosial dan emosi (PSE) merujuk kepada
keupayaan kanak-kanak untuk rasa yakin diri, rasa percaya, serta
empati, iaitu kebolehan untuk memahami dan berkongsi emosi
orang lain. PSE turut melibatkan penggunaan bahasa, kemahiran
komunikasi serta kemahiran berfikir dalam menjalani kehidupan
seharian. PSE dipengaruhi oleh 3 faktor utama iaitu faktor
biologi, perhubungan sesama manusia dan persekitaran. PSE
yang kukuh berkait rapat dengan kejayaan dalam kemahiran
sosial, akademik, serta pengurusan emosi yang baik di masa
hadapan. Antara kemahiran sosial dan emosi yang penting untuk
ditanamkan dalam diri anak-anak ialah;

1. Yakin diri – boleh melahirkan pendapat dan idea, serta


melaksanakannya dengan bantuan minima daripada orang lain.

2. Ingin tahu – berminat menerokai persekitaran mereka.

3. Daya usaha – boleh mengambil inisiatif atau mencari jalan


dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Kawal diri – boleh mengawal kelakuan, emosi, dan fikiran


daripada mengikut kehendak diri, terutamanya dalam situasi
yang sukar.

5. Kerjasama – boleh mengambil bahagian dan menjayakan


sesuatu aktiviti secara berkumpulan.

6. Komunikasi – berkeupayaan menyampaikan keinginan


secara lisan atau bukan lisan melalui cara yang betul.

7. Makna hubungan – Memahami kedekatan hubungan sesama


manusia, serta menunjukkan rasa kedekatan tersebut,
contohnya mengambil berat pada rakan yang sedih atau
cedera.

Matlamat Terapi Realiti adalah untuk membantu


seseorang mencapai kebebasan atau autonomi dalam menentukan
matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Dalam
Intervensi ini, kanak-kanak dibimbing ke arah menerima realiti
dan berusaha merancang strategi untuk mencapai matlamat hidup
yang lebih realistik. Fasilitator juga membantu kanak-kanak
untuk bertindak dan bertingkah laku dengan penuh
tanggungjawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidup
yang ditentukan oleh klien sendiri. Matlamat Intervensi latihan ini
untuk membantu kanak-kanak memahami quality world.
1. Fasilitator membuat rumusan sesi yang lepas dan
LANGKAH-LANGKAH menerangkan objektif sesi ini kepada para peserta. Secara
ringkaskan fasilitator mengingatkan tentang etika dan
kerahsiaan. (10 minit)
2. Fasilitator memberikan setiap ahli Kertas A4, Marker
Pen/ Magic Colour, gam, gunting dan tali serta
folder/sampul.
3. Fasilitator meminta setiap ahli menulis surat kepada diri
mereka sendiri atau membuat senarai kualiti positif yang
mereka miliki. (10 minit)
4. Ahli-ahli boleh menganggap kertas putih tersebut adalah
diri mereka sendiri. (Tips: Ahli boleh menggunakan
kreativiti masing-masing untuk menghias folder masing-
masing).
5. Seterusnya, fasilitator meminta ahli-ahli dalam kumpulan
membuat gambar, menulis surat, atau membuat senarai
kualiti positif antara satu sama lain. (10 minit)
6. Setelah masa tamat, setiap ahli diberi masa 2 minit untuk
berkongsi pengalaman sewaktu menyelesaikan aktiviti
sebentar tadi. (20 minit)
7. Fasilitator akan membuat sedikit refleksi akan perasaan dan
pengalaman dari kedua aktiviti tadi. Fasilitator akan
menerangkan bagaimana ahli-ahli boleh melihat perspektif
rakan-rakan mereka tidak suka atau mengambil berat
tentang mereka. (10 minit)
8. Kemudian Fasilitator akan meminta setiap ahli membuat
refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan. (20 minit)
9. Fasilitator memberitahu ahli-ahli untuk menyimpan
kertas-kertas ini di dalam folder mereka dan menambah
perkara yang membuat mereka bahagia (ini boleh menjadi
gambar haiwan kegemaran mereka, tempat yang mereka
ingin pergi, petikan atau apa-apa sahaja yang memberi
motivasi).
10. Fasilitator membuat kesimpulan terhadap aktiviti yang
telah dijalankan dan fasilitator merumus semua aktiviti
dari sesi permulaan, pertengahan dan pengakhiran. (10
minit)
PERBINCANGAN Setiap perserta perlu dibimbing dengan konsep Quality World
untuk membantu kanak-kanak memfokus pada kekuatan mereka
dan membuat imej diri yang positif. Fasilitator perlu mengaitkan
konsep Quality World dengan harga diri yang positif dengan
menyatakan kualiti positif kanak-kanak. Perkaitan Intervensi ini
dapat membantu kanak-kanak menyedari bahawa ada orang yang
suka dan peduli terhadapnya. Fasilitator perlu membantu peserta
melihat diri mereka sendiri dan memahami pandangan orang lain
terhadap mereka.
RUMUSAN Perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak lebih sukar untuk
dipantau perkembangannya, kerana ia bersifat subjektif, dan tidak
dapat diukur dengan jelas seperti perkembangan fizikal. Namun
Perkembangan sosial dan emosi boleh dinilai secara objektif,
tetapi penilaian profesional hanya dilakukan oleh pakar yang
bertauliah sahaja dengan menggunakan alat penilaian yang
diperakui sahih dalam menilai elemen-elemen perkembangan
sosial dan emosi

Apa yang lebih penting ibu bapa, guru-guru serta penjaga


perlu peka dengan tahap kemahiran sosial dan emosi anak-anak.
Jika terdapat tanda-tanda yang membimbangkan, tidak rugi jika
anak itu dibawa berjumpa pakar kanak kanak untuk dinilai dan
dapatkan nasihat profesional.

RUJUKAN Alberts, H.J.E.M. (2013, September 12). Positive Psychology


Coaching; Manuals for Coach and Client. Retrieved from
http://www.positivepsychologyprogram.com.
Glasser, W. (2014). Reality Therapy. New York. HarperCollins
Publishers Inc.
Molly Rockwood, Calvin Figuereo-Supraner, Daniella Morica &
Elizabeth Thompson: Zniber Group Counseling Guide
Melati Sumari, Ida Hartina Ahmad Tharbe, Norfaezah Md Khalid
dan Azmawaty Mohamad Nor. (2014). Teori Kaunseling
dan Psikoterapi. Kuala Lumpur. Penerbit UM.
NCSL (2005). Helping young children succeed – Strategies to
promote early childhood social and emotional
development. 
National Scientific Council on the Developing Child (2004).
Children’s emotional development is built into the
architecture of their brains. 
Zero to Three (2006). Heart start: The emotional foundations of
school readiness.

You might also like