You are on page 1of 1

HUBUNGAN Amerika Syarikat dan Iran seringkali mengalami

pasang surut dan ia secara tidak langsung memberikan impak


kepada iklim politik dan geostrategik antarabangsa
Hal ini kerana, kedua-dua buah negara mempunyai keupayaan
ketenteraan yang hebat terutamanya Amerika Syarikat yang
sehingga kini masih lagi mengungguli ketenteraan terhebat dunia
dengan penguasaannya di laut, darat dan udara
Sejarah ketegangan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat
dan Iran ini telah berlangsung sekian lama terutamanya semenjak
Revolusi Iran 1979 apabila pemerintahan Shah Reza Pahlavi
sebagai Raja Iran yang pro kepada Amerika Syarikat telah
ditumbangkan oleh revolusi rakyat Iran yang diketuai oleh Ayatollah
Khomeini. Semenjak dari saat itu, Iran muncul antara negara yang
sering kali tidak sependapat dengan Amerika Syarikat dalam
banyak isu antarabangsa sekaligus menjadikan Iran sebagai antara
negara yang telah dikenalpasti oleh Amerika Syarikat antara negara
paksi keganasan ketika era pentadbiran George W. Bush sebagai
Presiden Amerika Syarikat.
.

You might also like