You are on page 1of 5

9.

(c) Mengapakah perjuangan pemimpin tempatan


bersifat setempat? [8 markah]

Perjuangan pemimpin tempatan bersifat setempat kerana


pembesar-pembesar tidak mendapat kerjasama daripada pembesar
daerah atau wilayah lain. Sebagai contohnya, penentangan Dol
Said di Naning berjaya menewaskan British ketika mendapat
kerjasama daripada pembesar luar semasa serangan kali pertama.
Seterusnya, apabila British telah membuat serangan kali kedua
terhadap Dol Said, beliau gagal menentangnya disebabkan British
mempunyai pengikutnya yang seramai 1200 orang tetapi bantuan
Dol Said disekat. Kesannya, British yang mempunyai strategi
penentangannya telah berjaya mengalahkan Dol Said dengan
begitu sahaja. Dengan ini, Dol Said terpaksa menyerah diri dan
dibawa ke Melaka.

Selain itu, sebabnya ialah pemimpin tempatan tiada semangat


bersatu padu. Hal ini demikian kerana, pemimpin tempatan
masing-masing berada di kawasan mereka kerana mehentingkan
kawasan sendiri. Contohnya, Linggir menentang di Sungai
Saribas, Rentap di Kubu Nangka Skrang dan pemimpin yang lain-
lain lagi. Kesannya, tentangan mereka tidak berkesan kerana
British telah menggunakan senjata moden mereka untuk
mengkongkong masyarakat untuk bersifat setempat.
Kesimpulannya, penentangan pemimpin setempat tidak
berogranisasi kerana telah melibatkan penduduk setempat sahaja
tanpa dibantu oleh penduduk dari kawasan luar.

10(c) Mengapakah generasi hari ini patut


memahami dan mengamalkan konsep kerjasama
dan tolak ansur seperti mana terdapat dalam
pakatan murni? [8 markah]

Generasi hari ini patut memahami dan mengamalkan konsep


kerjasama dan tolak ansur seperti mana terdapat dalam pakatan
murni kerana rakyat Malaysia yang bersatu padu dapat melahirkan
masyarakat yang harmoni. Hal ini demikian kerana masyarakat
yang bersatu padu membolehkan kerajaan merancang dan
melaksanakan pembangunan dengan lancar untuk meningkatkan
taraf hidup rakyat. Kesannya, perancangan kerajaan untuk
memajukan negara juga berjaya dilaksanakan oleh sebab
mendapat kerjasama daripada rakyat kita.

Selain itu, adalah dengan menerapkan konsep kerjasama melalui


sistem pendidikan. Hal ini kerana sistem pendidikan sekolah
menjadi alat perpaduan dan penyatuan masyarakat. Dengan ini,
kita dapat membentuk masyarakat yang sentiasa hidup bersatu
padu dan harmoni. Contohnya, Laporan Razak pada tahun 1956
merupakan titik tolak kepada dasar pendidikan bercorak
kebangsaan kerana memberi fokus untuk mewujudkan integrasi
kaum dan mempunyai kesedaran dan nilai-nilai sebagai rakyat
Malaysia. Kesannya, laporan ini telah menjadi asas rujukan untuk
menyatukan pelajar-pelajar daripada semua bangsa dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang
besar. Kesimpulannya, konsep kerjasama dapat membina
masyarakat yang mating serta holistik supaya mereka bijak
memilih pemimpin yang berwibawa untuk memimpin negara kita
pada masa akan datang.
11(c) Bagaimanakah dasar luar Malaysia pada hari
ini memberi manfaat ke arah mengekalkan
kesejahteraan dan keamanan sejagat? [8 markah]

Dasar luar Malaysia pada hari ini mampu memberi manfaat ke


arah mengekalkan kesejahteraan dan keamanan sejagat kerana
negara Malaysia tidak menyokong sebarang peperangan. Hal in
kerana peperangan akan membawa kepada kematian dan
kesengseraan hidup. Contohnya, sudah ramai masyarakat Palestine
yang sudah menjadi mangsa penindasan dan kekejaman Isreal
merangkumi warga tua, wanita, remaja dan kanak-kanak.
Akibatnya, masyarakat antarabangsa menghukum Israel kerana
mereka gagal untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang
bertamadun serta yang masyarakat berpandukan undang-undang
antarabangsa dan hak asasi manusia. Selain itu, dasar luar
Malaysia memberi bantuan kebuluran kepada negara yang miskin.
Misalnya, Mercy Malaysia telah menghantar bantuaan kepada
Laos kerana negara Laos dilanda banjir pada tahun 2018. Oleh itu,
Mercy Malaysia telah membawa peralatan perubatan seperti ubat
pembersihan air, makanan dan air bersih kepada Laos untuk
membantu mangsa banjir. Kesimpulannya, dasar luar Malaysia
adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan
peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia.

You might also like