You are on page 1of 8

AS31403 POLITIK ANTARABANGSA ASIA TIMUR

(SEKSYEN 1)

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SEMESTER 1 2021/2022

NAMA PENSYARAH: DR. RAMLI BIN DOLLAH

TUGASAN ULASAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH:
BIL NAMA MATRIK NO. NO. TELEFON TANDATANGAN
1 MAD ESAH BIN BA19110653 01129082749
SUKARNO
1.0 PENGENALAN
Ulasan artikel secara umumnya dapat diertikan sebagai memberikan ‘intisari’
idea-idea yang terdapat dalam artikel yang dipilih, yang disampaikan dengan
menggunakan bahasa dan gaya penulisan sendiri. Idea-idea yang disampaikan juga
dalam artikel berkenaan boleh diperturunkan kesemuanya secara ringkas dan diikuti
oleh ulasan yang lebih terperinci secara satu persatu. Ulasan dalam penulisan diulas
dalam konteks yang mudah difahami oleh pembaca agar lebih mudah mencari dan
mentafsir maklumat dengan lebih teliti. Dalam konteks menghujah bahagian artikel,
perkara yang perlu dititikberatkan ialah memahami isi kandungan artikel dengan teliti
kemudian memasukkan artikel berkenaan dalam perkataan sendiri.
Artikel yang telah dipilih untuk dibincangkan merupakan sebuah buku yang
bertajuk “Security Cooperation in Northeast Asia: Architecture and beyond” . Penulis
yang telah menghasilkan buku ini bernama T.J. Pampel dan Chung-Min Lee. T.J.
Pempel merupakan Profesor dan Jack M. Forcey Pengerusi Sains Politik untuk Kajian
Politik Asia Timur di Universiti California, Berkeley. Manakala penulis yang satunya
lagi bernama Chung-Min Lee yang merupakan Dekan dan Profesor Perhubungan
Antarabangsa di Siswazah Sekolah Pengajian Antarabangsa, Universiti Yonsei, Korea
Selatan. Buku ini pertama diterbitkan oleh Routledge 2 Park Square, Milton Park,
Abingdon dan diterbitkan serentak di Amerika Syarikat dan Kanada oleh Routledge
dengan alamat 711 Third Avenue, New York. Tambahan juga, buku ini turut
diterbitkan pada tahun 2012 yang mana ianya mengandungi 257 halaman muka
surat yang terdiri daripada empat bab bahagian yang masing masing menerangkan
berkenaan kerjasama keselamatan di Asia Timur Laut. Dalam hal ini, perkara yang
akan difokuskan kepada buku ini adalah hujah-hujah utama yang diberi penekanan
dan dibincangkan oleh penulis. Oleh itu, bab yang akan diulas dalam buku ini ialah
bab pertama yang bertajuk The Northeast Asian Security Complex: History, Power
and Strategic.
Secara umumnya, seni bina keselamatan di Asia Timur Laut telah dikawal oleh
pakatan dua hala yang dikuasai oleh Amerika Syarikat, institusi institusi yang tidak
mencukupi, dan Six Party Talks dalam isu mengenai masalah nuklear Korea Utara.
Terdapat kekurangan minat yang jelas di kalangan negara serantau, serta Amerika
Syarikat, untuk mengikuti petunjuk Eropah dari segi organisasi antarabangsa. Walau
bagaimanapun, terdapat minat yang semakin meningkat dalam kalangan kerajaan
serantau untuk membina organisasi pelbagai hala baharu, serta memperbaharui
sistem sedia ada yang berlaku sejak akhir 1990-an. Dalam hal ini, terdapat banyak
mekanisme yang telah diusahakan terutamanya dalam aspek ekonomi dan politik
serta organisasi badan utama seperti Sidang Kemuncak Asia Timur dan diikuti
dengan inisiatif penting dalam aspek keselamatan.

2.0 HUJAH-HUJAH YANG DIBINCANGKAN


Terdapat beberapa hujah-hujah utama yang telah disenaraikan oleh penulis
dalam bab The Northeast Asian Secutiry Complex: History, power and strategic
choices yang telah dikarang oleh Chung Min Lee dan T.J Pampel antaranya ialah The
Significance of Northeast Asia’s rise, Pre-conditions for Asia’s “peraceful rise” dan
The rediscovery of geopolitics in Northeast Asia: mass, history, and strategy.

The Significance of Northeast Asia’s rise.


Hujah ini telah menjelaskan dan mengkonsepkan dengan kompleks bahawa
keselamatan Asia Timur berada pada tahap yang membimbangkan kerana
berlakunya perubahan dalam pembentukan daripada pertikaian yang berlaku di Asia
Timur Laut. Hal ini kerana, Asia Timur Laut merupakan rantau yang mempunyai
jumlah populasi penduduk yang ramai, ekonomi kedua dan ketiga yang berkuasa
dalam sistem antarabangsa dan mempunyai negara berkuasa nuklear seperti China
dan Korea Utara. Oleh hal yang demikian, Asia Timur berkemungkinan dapat
membawa kepada ancaman keselamatan yang besar di masa hadapan sekiranya
langkah untuk membentuk politik dan ekonomi kurang dititikberatkan yang
membawa kepada peningkatan risiko. Hal ini kerana, potensi untuk pembentukan
keselamatan bergantung kepada penekanan terhadap empat pembangunan yang
saling berkaitan.
Perkara pertama yang perlu diberikan penekanan ialah pengurusan yang
strategik dan berkesan. Kebangkitan China sebagai negara kuasa besar bukan sahaja
atas faktor kepimpinan akan tetapi melibatkan hubungan yang dijalin secara
strategik. Misalnya, ekonomi China pada tahun 2010 telah menandingi Jepun sebagai
negara ekonomi terbesar kedua selepas Amerika Syarikat. Hal ini berlaku ekoran
daripada reformasi ekonomi pada akhir 1970-an yang membawa kepada
perkembangan ekonomi disebabkan mengeratkan hubungan dengan negara-negara
yang berhampiran dengan China. Keduanya, hubungan Amerika Syarikat yang dibina
dan dipupuk selepas Perang Korea kini berada dalam dekad keenamnya yang mana
selepas pilihan raya dilaksanakan yang dimenangi oleh Parti Demokratik Jepun,
berlakunya satu perselisihan antara Jepun dan Amerika Syarikat berikutan dengan
penempatan ketenteraan Amerika Syarikat di Okinawa, Jepun. Bukan itu sahaja,
Korea Selatan turut menghadapi banyak masalah untuk memulihkan Republik Korea
apabila Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Bush memperbaharui pakatan
dengan Korea Selatan. Perkara ini menyebabkan wujudnya kesukaran dalam
hubungan keselamatan dua hala ini yang mana ianya akan menjejaskan negara-
negara Asia Timur lainnya dengan perubahan politik domestik dan bentuk ekonomi di
Asia Timur. Ketiga, ekonomi yang menyumbang 70 peratus KDNK rantau Asia Timur
dan Asia Timur Laut oleh negara China, Jepun dan Korea Selatan telah menyebabkan
rantau ini dikenali sebagai rantau ekonomi terbesar ketiga di dunia. Manakala yang
keempat ialah Asia Timur Laut kekal dengan ketara sebagai ancaman utama dilema
keselamatan tradisional terbesar di dunia. Hal ini disebabkan dengan peningkatan
daripada kepentingan menangani masalah negara yang mundur dan ancaman
keganasan yang berleluasa. Tambahan juga, bilangan ketenteraan yang semakin
meningkat terutamanya dari aspek geopolitik seperti Semenanjung Korea dan Selat
Taiwan merupakan kekangan yang harus diberikan perhatian sepenuhnya agar tidak
berlakunya isu keselamatan seperti Afghanistan dan Pakistan berikutan peningkatan
ketenteraan.
Oleh hal yang demikian, kebangkitan Asia selepas perang bertepatan dengan
satu lagi detik penting dalam sejarah dunia pembangunan Asia Timur. Sebagai
contoh, China sebagai kuasa utama dalam sistem antarabangsa yang muncul selepas
berakhirnya Perang Dingin. Walau bagaimanapun, permasalahan keselamatan yang
berlaku di rantau Asia Timur ini sukar untuk dibentuk dan dibendung meskipun
pembentukan keselamatan seperti perlaksanaan sidang kemuncak Asia Timur Laut
Asia telah diusahakan. Hal ini juga turut berlaku ekoran campur tangan Amerika
Syarikat dalam melakukan pembentukan pengaruh di rantau Asia Timur.

Pre-conditions for Asia’s “peraceful rise”


Hujah kedua dalam bab ini ialah menjelaskan peningkatan yang pesat di Asia
dengan syarat-syarat yang tertentu. Syarat pertamanya iaitu kejatuhan barat
terutamanya bagi aspek pengurangan pengaruh yang signifikan dalam kuasa
Amerika Syarikat di Asia Timur disebabkan kebangkitan negara-negara di rantau
tersebut. Dalam hal ini, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat iaitu Robert Gates
telah memberikan kenyatan Amerika Syarikat akan cuba untuk mengekalkan
kekuasaan mereka di Pasifik. Walau bagaimanapun, keupayaan untuk
mempertahankan negara daripada pelbagai jenis ancaman yang berpotensi
meyakinkan rakan sekutu dan bakal musuh tentang kesahihan tanggungjawab
keselamatan Amerika Syarikat dengan meletakkan keupayaan dan mempamerkan
kemahuan untuk menggunakan jika diperlukan. Namun begitu, Terdapat sedikit
keraguan bahawa keselamatan Amerika Syarikat , keselamatan dan kesejahteraan
ekonomi akan lebih dihubungkan dengan Asia pada masa hadapan. Hal ini kerana,
strategi pertahanan Amerika Syarikat di rantau ini mencerminkan pengiktirafan
berterusan terhadap kedua-dua ancaman lama dan baharu terhadap keamanan dan
keselamatan di rantau ini. Misalnya, Korea Utara merupakan negara yang mengalami
banyak perubahan yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang mana
ianya bangkit dan menempatkan negara sebagai salah satu negara yang mempunyai
kekuatan ketenteraan.
Seterusnya, peningkatan globalisasi telah melemahkan konsep identiti yang lebih
konvensional iaitu patriotik dan geografi yang mengakibatkan berlakunya
pengembangan lebih banyak identiti dan kumpulan "serantau". Perkara ini tidak
dapat dinafikan yang ianya berlaku di Asia Timur Laut. Ketiga, isu sosial, intra-
serantau dan supra-nasional Asia Timur yang mendalam dan belum pernah terjadi
sebelumnya berkemungkinan akan menyekat kedudukan Asia Timur yang semakin
digembar-gemburkan sebagai hab politik dan ekonomi dunia pada abad kedua puluh
satu dan seterusnya. Namun terdpat juga pendapat bahawa perselisihan yang paling
mendalam adalah antara ekonomi Asia Timur Laut yang mempunyai tahap saling
bergantung yang sangat tinggi, iaitu Taiwan, Jepun, China, dan Semenanjung Korea
yang berpecah.
Hujah ini turut menjelaskan bahawa keamanan dan ancaman, perselisihan
faham dan kerjasama, hierarki dan bukan hierarki, keadilan dan ketidakadilan
semuanya wujud bersama sepanjang sejarah. Kesedaran terhadap kepentingan
untuk menerapkan nilai-nilai moral, norma dan pembentukan institusi selaras dengan
institusi global telah mengatasi kesedaran global. Melalui prosedur pelbagai hala, dan
mengekalkan kawalan senjata, ketegangan yang bertentangan di Asia Timur Laut
dapat dikurangkan dengan ketara. Walau bagaimanapun, jika dilihat dengan lebih
teliti, lebih banyak ancaman "hard security" seperti persaingan ketenteraan kuasa
besar, keupayaan unjuran kuasa yang semakin canggih, budaya strategik lazim yang
dicirikan sangat mengehadkan Timur Laut.
The rediscovery of geopolitics in Northeast Asia: mass, history, and
strategy.
Hujah ini menerangkan bahawa negara di Asia Timur Laut muncul sebagai
negara yang banyak mengadakan hubungan bilateral selepas berlakunya Perang
Dingin, ianya disebabkan faktor sejarah dan juga pengalaman yang dialami oleh
negara di Asia Timur Laut secara multilateralisme yang membentuk aspek
keselamatan. Perkara ini dapat dilihat dengan dasar luar Jepun kekal konsisten
sepanjang pemulihan ekonomi selepas berakhirnya Perang Dingin justeru. Tambahan
juga, Korea Selatan pada masa yang sama telah mengembangkan dan memodenkan
aspek rangka kerja keselamatan dengan adanya jalinan kerjasama dengan negara
Jepun pada pasca Perang Dingin. Namun begitu, munculnya sifat fundamentalisme
di kalangan masyarakat dunia Islam dengan wujudnya ancaman keselamatan
dalaman dan juga masalah keselamatan global seperti tenaga kerja serta wabah
penyakit. Perkara ini disebabkan oleh pengunduran Soviet Union yang membawa
kepada kekacauan dalam sistem antarabangsa. Dalam hal ini, terdapat beberapa
perkara yang dapat dilakukan oleh Asia Timur Laut untuk terus berkembang,
berinteraksi dan bertindak balas terhadap sesuatu perkara yang menjadi titik penting
utama dalam geopolitik di rantau ini.
Yang pertamanya ialah kebangkitan China sebagai kuasa besar. Kemunculan
China sebagai negara besar Asia Timur mengakibatkan berlakunya pelarasan dalam
keseimbangan kuasa global dan evolusi jangka panjang yang memberi implikasi yang
strategik. Perkara ini menyebabkan tidak berlakunya sebarang cabaran besar di Asia
Timur Laut mahupun seluruh Asia. Oleh hal yang demikian, sejak tahun 1990-an,
kebangkitan China telah dikaitkan dengan adanya integrasi ekonomi dan dasar luar
yang lebih akomodatif dan pragmatik dan diikuti dengan usaha negara tersebut
dalam mengurangkan keberangkalian konflik antara kuasa besar dalam rantau Asia
Timur Laut. Namun begitu, kebangkitan China yang lebih unggul berkemungkinan
membentuk pengagihan kuasa serantau dan global yang melebihi daripada faktor
geoplotik. Perkara ini menyebabkan perkara yang tidak pasti akan menyelebungi
perubahan politik China dan ianya membawa kepada risiko yang lebih tinggi.
Keduanya, konsep geopolitik yang terdapat di Asia Timur Laut telah
menyebabkan kepada kebangkitan China dan juga jalinan hubungan yang lebih erat
misalnya India yang menjalinkan hubungan dengan Amerika Syarikat serta rakan
kongsi keselamatan utama Asia Timur seperti Jepun dan Korea Selatan. Oleh hal
yang demikian, kebangkitan China dalam membentuk dasar luar keselamatan yang
erat meembawa kepada isu dan peningkatan kos perbelanjaan. Sebagai contoh,
perbelanjaan ketenteraan Beijing yang meningkat menyebabkan negara-negara
seperti India, Jepun, Korea Selatan dan Vietnam membentuk kerjasama strategi
lindung nilai dengan negara China yang ketenteraannya semakin berkembang.
Tambahan juga, pemodenan tentera laut China membawa kepada kerisauan India
apabila jejak tentera laut China meningkat di Lautan Hindi dan juga ke Teluk
Benggala yang secara amnya dianggap sebagai “maritime backyard”.
Dalam pada itu, menurut daripada seorang penganalisis keselamatan China
menyatakan bahawa terdapat tiga punca utama yang mungkin membawa kepada
perlumbaan senjata Asia Timur iaitu kelimpahan titik kilat di rantau ini, dasar lindung
nilai negara serantau dan pemodenan ketenteraan China. Pemodenan ketenteraan
China didorong oleh pelbagai faktor, termasuk keinginan negara untuk mencapai
status kuasa besar, ketidaktentuan dasar dalam dan luar negara, dan kepentingan
negara memastikan sumber tenaga yang penting. Namun begitu, China menyedari
bahawa agenda pemodenan ketenteraannya tidak dapat menyaingi kelebihan
Amerika Syarikat yang tiada tandingan dalam menggunakan teknologi ketenteraan
tercanggih di dunia. Walaupun secara sejarah bahawa tentera Amerika Syarikat telah
terlibat dalam "perang paling lama", iaitu operasi menentang pemberontakan di
Afghanistan sejak 9/11, dan telah menghadapi cabaran besar di Iraq sebelum
pengunduran tentera Amerika Syarikat. Perkara ini tidak dapat dinafikan bahawa
tentera Amerik Syarikat telah memperoleh pengalaman medan pertempuran utama
yang masih belum diperoleh oleh Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Kejayaan atau
kegagalan operasi Amerika Syarikat di Afghanistan pada akhirnya ditentukan oleh
beberapa pendekatan dan kuasa dan salah satu yang paling penting ialah
penggabungan rancangan dan taktik yang tidak simetri seperti penggunaan dron dan
Pasukan Khas yang berkemungkinan akan memberikan pandangan penting tentang
cara peperangan generasi akan datang akan berkembang. Nahtijahnya,
memandangkan kelajuan dan skop perubahan politik domestik China, Parti Komunis
China dalam struktur semasanya dijangka menghadapi pelbagai cabaran yang akan
memaksa pembaharuan dalaman yang besar. Walau bagaimanapun, jika ia
mengamalkan sikap keselamatan dan ketenteraan "uber-realis", bukan sahaja
Amerika Syarikat akan mempercepatkan persaingannya terhadap keupayaan unjuran
kuasa China yang semakin berkembang, tetapi begitu juga dengan banyak negara
jiran penting China.

3.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, rantau Asia Timur Laut secara amnya mempunyai pelbagai
pelbagai konflik yang ianya menyebabkan berlakunya ancaman keselamatan kepada
negara-negara di rantau Asia Timur Laut itu sendiri. Namun begitu, ancaman yang
berlaku membawa kepada kemajuan dari segi ekonomi yang lebih mapan ekoran
daripada negara-negara tersebut mengamalkan kepentingan untuk mereka sendiri.
Tambahan pula, seni bina keselamatan Asia Timur Laut telah berkembang menjadi
gabungan yang kompleks dari segi jalinan pakatan dan cabangnya. Dengan adanya
penumpuan yang jelas terhadap pencegahan isu dan lindung nilai serta forum.
Pelbagai hala dapat mengatasi jurang lama dengan melibatkan rakan dan saingan.
Oleh itu, Kebanyakan organisasi ini berdedikasi untuk penglibatan keselamatan,
membangunkan kepercayaan dan mencari penyelesaian kepada isu keselamatan
yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini. Kebangkitan China sebagai negara kuasa
besar di rantau Asia Timur Laut telah membantu untuk berlakunya peralihan kuasa
dan mewujudkan keseimbangan kuasa. Hal ini juga banyak dipengaruhi oleh
penjagaan kawasan yang menjadi titik utama wujudnya konflik, kebangkitan China
dan ekonomi dalam geopolitik Asia Timur Laut.

You might also like