You are on page 1of 3

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN

KESTABILAN SERANTAU ?
BY MEGA USAHAWAN | PUBLISHED SATURDAY, 14 FEBRUARY 2015

Kestabilan rantau Asia Tenggara boleh di takrifkan bagi menangani keselamatan serantau serta
meningkatkan kefahaman dalam keselamatan dan pertahanan oleh negara-negara di rantau
Asia Tenggara (Acharya 2009). Konsep keselamatan serantau ini meliputi faktor-faktor politik,
ekonomi, ketenteraan dan sosial di kalangan negara negara ASEAN dalam mengukuhkan
fungsi keselamatan serantau (Narine 1998). Keselamatan serantau mempunyai kaitan secara
langsung dengan keselamatan negara. Ini bermakna jika negara-negara dalam rantau tersebut
tidak mempunyai masalah dalaman dan hubungan antara negara rantau dalam bidang ekonomi,
politik dan sosial kukuh secara tidak langsung ia akan menyumbang kepada kestabilan serantau.
Apa yang penting ialah aktor-aktor dalam serantau dapat mencapai satu bentuk persefahaman
yang tinggi serta apa jua permasalahan dapat di selesaikan secara konsensus di peringkat
serantau tersebut (Ayoob 1986). Selain itu, Kerjasama keselamatan serantau juga boleh wujud
kerana adanya ancaman yang boleh mengancam kepada keselamatan khususnya keselamatan
serantau. Antara ancaman yang wujud di peringkat serantau ialah keganasan global, ancaman
maritim di perairan Selat Melaka dan konflik di Laut China Selatan yang berkaitan dengan
Kepulauan Spratly serta tuntutan bertindih terhadap beberapa pulau di rantau Asia Tenggara.
Justeru itu, wujud satu keperluan untuk bekerjasama bagi meningkatkan perkongsian maklumat
risikan untuk keselamatan serantau (Stubbs 1992).

Kerjasama keselamatan ini wujud kerana adanya ancaman daripada kuasa asing berbanding
dengan konflik dalaman yang di selesaikan melalui rangka kerja organisasi peringkat serantau .
Selain itu, tujuan utama kerjasama serantau di Asia Tenggara ialah untuk menjamin
kelangsungan hidup dan kedaulatan serta keutuhan wilayah dan keupayaan negeri yang baru
merdeka bagi menangani cabaran dalaman dan luaran ( Alagappa 2011). Malaysia telah
memainkan peranan secara aktif untuk mewujudkan keselamatan serantau semenjak tahun
1957 di mana pada waktu tersebut, rantau Asia Tenggara menjadi medan pertembungan ideologi
antara dua buah negara kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pertembungan ini
di terjemahkan dalam konsep perang dingin (Wariya 1992) di mana peperangan yang

melibatkan ideologi kapitalisme oleh Amerika Syarikat dan komunisme oleh Soviet Union
(Wariya 1989). Kedua-dua negara kuasa besar tersebut berlumba-lumba untuk menyebarkan
ideologi tersebut ke negara-negara di rantau Asia Tenggara dan ini merupakan cabaran terbesar
di rantau Asia Tenggara dalam era Perang Dingin. Malaysia yang telah di jajah oleh British
sebelum merdeka adalah kelompok yang mengamalkan ideologi kapitalisme sudah tentu
Malaysia akan berkiblatkan kapitalisme yang di selarikan dengan pegangan ideologi British dan
Amerika Syarikat iaitu pro-barat (Abdullah 1987). Bagi menangani merebaknya ideologi
komunisme tersebut di rantau Asia Tenggara, Malaysia telah mencadangkan supaya di wujudkan
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN). ASEAN juga menjadi kerjasama serantau
bagi menangani konflik yang wujud pada peringkat serantau pada waktu itu (Leifer 1989).
Selain itu, Amerika Syarikat juga telah mewujudkan SEATO peringkat Asia Tenggara, NATO di
Eropah Barat, CENTO di Asia Barat dan ANZUS di Australia dan New Zealand iaitu satu
penubuhan yang bertujuan menghalang perkembangan ideologi komunis dan pakatan
ketenteraan (Wariya 1992). Penubuhan ASEAN ini mendapat sokongan kuat daripada British
serta kerajaan Amerika Syarikat kerana ASEAN akan menjadi benteng bagi menghalang
penyebaran ideologi komunis di rantau Asia Tenggara (Kamarulnizam 2012). Teori Domino yang
di utarakan oleh John Foster Dulles dengan andaian jika sesebuah negara di rantau Asia
Tenggara ini jatuh ke tangan komunis ia akan merebak Kemboja, Thailand, Malaysia, Indonesia,
Burma dan India (Wariya 1992) telah menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan pemimpinpemimpin di negara rantau Asia Tenggara dan telah menjadi pemangkin terhadap penubuhan
ASEAN dan penglibatan secara langsung Amerika Syarikat ke rantau Asia Tenggara dengan
membuka pangkalan tentera di Filipina dan Singapura. Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri
Malaysia Pertama telah merealisasikan penubuhan ASEAN ini pada tahun 1967 yang dianggotai
oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan Singapura.

Apabila Tun Abdul Razak mengambil alih pentadbiran negara, beliau telah memperkenalkan
konsep pengecualian iaitu kesinambungan kepada usaha-usaha yang telah di buat oleh Tunku
Abdul Rahman untuk memastikan kestabilan serantau. Konsep pengecualian ini telah melahirkan
Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971
(Tan 2004) iaitu satu penyata hasrat untuk memastikan tiadanya campur tangan kuasa-kuasa
besar dalam rantau Asia Tenggara serta bebas dan berkecuali (Achary 2001). Konsep ZOPFAN

ini telah di nyatakan secara jelas dalam Treaty of Amity and Cooperation (TAC) yang telah di
tandatangani oleh 29 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Jepun dan China (Bellamy &
Drummond 2011). TAC adalah pelengkap kepada ZOPFAN kerana kandungan perjanjian
meliputi saling menghormati kemerdekaan dan kedaulatan negara, tidak campur tangan dalam
hal ehwal dalaman negara, penyelesaian secara aman, penolakan penggunaan kekerasan dan
kerjasama di kalangan ahli (Tan 2004). Kestabilan serantau memerlukan komitmen setiap
anggota untuk memberi sumbangan penting kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa
(Emmers 2009). ASEAN menjadi mekanisme untuk menyelesaikan berbagai-bagai isu
berbangkit di kalangan negara-negara anggota melalui Sidang Kemuncak ASEAN yang di
adakan pada setiap tiga tahun sekali ataupun melalui beberapa mekanisme lain yang telah di
wujudkan oleh Sekretariat ASEAN seperti Asean Regional Forum (ARF). ASEAN telah berjaya
memupuk perpaduan dan penyatuan di kalangan negara serantau Asia Tenggara dan kejayaan
ini adalah proses penting sebagai platform untuk berdialog dengan negara-negara kuasa besar
seperti China, Amerika Syarikat, Rusia, India dan Australia (Chin 2007) dalam isu yang berkaitan
dengan keselamatan serantau. Selain itu, polisi tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
negara anggota dan segala permasalahan di selesaikan melalui rundingan adalah satu formula
membina keyakinan serta usaha-usaha ke arah keselamatan komuniti dalam rantau Asia
Tenggara (Chin 2007). Pada tahun 2013 ini anggota ASEAN telah pun mencapai 10 buah negara
dan ia telah melengkapi semua negara rantau Asia Tenggara. Ini telah membuktikan bahawa
peranan Malaysia dalam mewujudkan ASEAN adalah merupakan komitmen berterusan negara
dalam memastikan wujudnya kestabilan serantau Asia Tenggara.

You might also like