You are on page 1of 5

July 20, 2020 [SMK TAMAN FOREST HEIGHTS]

UNIT SENI VISUAL / PANITIA SENI VISUAL


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAMAN FOREST HEIGHTS

1.0. NAMA PROJEK

Projek Membentuk dan Memasang Kapsyen ‘SMK TAMAN FOREST HEIGHTS’

2.0. PENDAHULUAN

Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan mata pelajaran yang membangunkan potensi dan sahsiah
murid berasaskan penerokaan, penyelidikan dan pengkaryaan. Proses pembelajaran ini melibatkan
domain kognitif, psikomotor dan afektif yang memberi peluang kepada murid untuk
mempertingkatkan daya imaginasi, bakat dan pengalaman dalam proses penghasilan karya atau
produk seni. Pengetahuan yang diperoleh melalui penerokaan yang dilakukan oleh murid
diterjemahkan menggunakan imaginasi dan idea yang kreatif serta inovatif. Sehubungan itu, projek
membina dan memasang kapsyen ‘SMK TAMAN FOREST HEIGHTS’ di lereng bukit pintu
masuk sekolah merupakan salah satu program pelengkap bagi memperkasa dan mengukuhkan
minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual khususnya dalam bidang seni arca.

3.0 RASIONAL

Selain mengukuhkan minat murid dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, Projek
Membentuk dan Memasang Kapsyen ‘SMK TAMAN FOREST HEIGHTS’ juga bertujuan untuk
memupuk perasaan sayang murid terhadap sekolah dan menceriakan kawasan sekolah.

4.0 MATLAMAT

Adalah diharapkan program ini dapat mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam
seni arca serta memupuk perasaan sayang akan sekolah.

1
July 20, 2020 [SMK TAMAN FOREST HEIGHTS]

5.0 OBJEKTIF

1. Meningkatkan minat murid dalam Seni Visual khususnya seni arca.


2. Melahirkan pelajar yang berupaya untuk menjana idea-idea kreatif dan inovatif dalam
menghasilkan karya seni arca.
3. Memberi pendedahan kepada murid cara penghasilan arca daripada bahan-bahan terbuang.
4. Menceriakan kawasan sekolah.

6.0 SASARAN

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 6

7.0 AHLI JAWATANKUASA PENGENDALI

Pengerusi : Tn Hj. Norfaimi bin Mohamad Nor

(Pengetua SMK Taman Forest Heights)

Tim. Pengerusi 1 : En. Roslan bin Aziz ( PK Pentadbiran )

Tim. Pengerusi II : Puan Ruslifawaty binti Mohd Sabran (PK HEM)

Penyelaras : Pn Rohiya binti Abd Fatah

Setiausaha : En. Lee Cheow Lim

AJK : En. Wang Leong Boon

En Sezali bin Mohamad Kamal

En Tadjul Arifin bin Rosli

Pn Nor Aslinawati binti Nawawi

Pekerja-pekerja swasta

2
July 20, 2020 [SMK TAMAN FOREST HEIGHTS]

8.0 TAPAK PROJEK

Lereng bukit pintu masuk sekolah

9.0 CADANGAN REKA BENTUK PROJEK

SMK TAMAN FOREST HEIGHTS

3
July 20, 2020 [SMK TAMAN FOREST HEIGHTS]

10.0 CARTA GANTT PELAKSANAAN PROJEK

Bil. Aktiviti M3 M4 M1 M2 M3 Catatan


Julai Julai Ogo Ogo Ogo
s s s
1 Penyediaan X Pn Rohiya binti Abd Fatah
kertas kerja dan
2 Pembelian bahan X Pn Rohiya binti Abd Fatah
dan peralatan En Lee Cheow Lim
3 Membina arca En. Lee Cheow Lim
berbentuk huruf X X X En. Wang Leong Boon
dan mengecat En Sezali bin Mohamad Kamal
dengan cat Pn Rohiya binti Abd Fatah
akrilik Pelajar Tingkatan 4 dan 6
4 Memasang Arca En. Sezali
Huruf ‘Sayangi X Puan Rohiya
SMKTFH’ di En. Lee Cheow Lim
tapak projek En Wang Leong Boon
10 orang pelajar Tingkatan 5 dan 6

11.0 BELANJAWAN

Anggaran Kos Bahan Mentah

Bil Perkara Kuantiti Anggaran Jumlah Harga


Harga
1 Polisterin Board berukuran 3’ x 6’ 40 kpg - -

2 Batang besi (2” X 4”) -10 kaki 11 batang RM60.50 RM 665.50

3 Batang besi (2” X 2”) – 20 kaki 9 batang RM 57.50 RM 517.50

3 Gam / Vital Nail 10 unit RM15.00 RM 150.00

4 Cat Putih Nippon Paint Weatherbond – 1 tin RM 360.00 RM 360.00


18 liter
5 Pasir 20 kg RM 15.50 RM 31.00

6 Simen 1 RM19.90 RM 19.90

7 Cat Minyak Hitam 1 RM 28.00 RM 28.00

JUMLAH RM 1771.90

12.0 PENUTUP

4
July 20, 2020 [SMK TAMAN FOREST HEIGHTS]

Projek ini mampu menjadi pendorong dan pemangkin utama bagi meningkatkan minat murid dalam
bidang Seni Visual. Selain itu, murid dapat menimba pengalaman dalam menghasilkan arca dan
pada masa yang sama dapat menyumbang kepada keceriaan kawasan sekolah.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

................................... ...................................
(ROHIYA BINTI ABD FATAH (ROSLAN BIN AZIZ )
PK Pentadbiran

Diluluskan oleh,

...................................
(HAJI NORFAIMI BIN MOHAMAD NOR)
Pengetua ,
SMK Taman Forest Heights.

You might also like