You are on page 1of 1

SRIBEST SEKOLAH RENDAH ISLAM INTEGRASI BESTARI

No. Rujukan : 2021/SBP/Makluman/1


Tarikh : 11hb Januari 2021
Kepada : Ibu bapa/Penjaga

Tuan/Puan

MAKLUMAN PENGAMBILAN BUKU TEKS

Dengan segala hormat, perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sesi pengambilan buku teks akan diadakan di SRIBEST Prima.
Berikut adalah butiran bagi sesi tersebut :

Tarikh : 12 Januari 2021 (Selasa)


Masa : 11:00 pagi – 7:00 malam
Tempat : Tingkat 3, SRIBEST Prima

3. Sehubungan dengan itu, hanya ibu bapa yang telah menjelaskan yuran sahaja boleh hadir ke
sekolah untuk mengambil buku teks anak-anak tuan/puan. Hanya lima orang sahaja yang dibenarkan
naik oleh pengawal keselamatan pada satu-satu masa. Tuan/puan perlu mematuhi segala SOP seperti
memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, melepasi saringan suhu dan menggunakan hand
sanitizer yang disediakan.

4. Ibu bapa juga perlu membawa beg/plastik sendiri untuk menyimpan buku dan membawa pen
untuk mengisi borang terimaan buku yang disediakan oleh pihak sekolah. Segala perhatian dan
kerjasama daripada pihak ibu bapa amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“Generasi Mukmin Bestari”

Saya yang menjalankan tugas,

____________________________
(NOR AZHAR BIN BAHARUM)
Guru Besar,
SRIBEST Prima.

s.k. Pengurus SRIBEST

No. 23-2 BLOK C, PRIMA BIZ HUB, JALAN TASIK PRIMA 5/1, TAMAN TASIK PRIMA, 47150 PUCHONG, SELANGOR
No. Telefon Hotline : 011-20551073, E-mail : prima@akademibestari.com.my

You might also like