You are on page 1of 9

KOLEJ VOKASIONAL BATU LANCHANG

Lorong Batu Lanchang, 11600, Jelutong, Pulau Pinang


Tel: 04-8284389, Fax: 04-8267977, e-mail: smtblpp@smtbl.edu.my, website: http://smtblpp.edu.my

LAPORAN:

GOTONG-ROYONG MESRA 2020


TARIKH : 30 JANUARI 2020

TEMPAT : KAWASAN SEKITAR KVBL

ANJURAN : UNIT EKSA

UNIT : JAMINAN KUALITI

MATLAMAT
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mempertingkatkan kebersihan dan
keindahan persekitaran kolej serta bilik-bilik khas supaya ia lebih kondusif dan efisyen bagi
pelajar dan pensyarah menjalankan pelbagai aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum mengikut
dengan mengikut SOP 5S.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan suasana kolej yang lebih ceria dan harmonis. bagi meningkatkan mutu
pendidikan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.Melaksanakan amalan
kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

2. Mewujudkan iklim yang kondusif serta mewujudkan imej korporat jabatan sebagai
institusi yang ulung.Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga kolej terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.

3. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.

TARIKH PELAKSANAAN
30 JANUARI 2020.

MASA/TENTATIF
2.00 petang – 4.00 petang.

SASARAN
Pelajar tahun1 dan 2 SVM

JADUAL PENGISIAN PROGRAM

11.00 am : Berkumpul di tapak perhimpunan dan mengambil kehadiran/


Taklimat daripada En. Ganesan (penyelaras EKSA)

11.15 am :  Agihan tempat bagi unit dan kawasan

 Agihan pelajar mengikut zon

 Agihan peralatan

11.30 am : Gotong-royong bermula yang melibatkan aktiviti:


2.00 pm : Bersurai
 Mengumpul sisa/barang pelupusan di stor pelupusan
 Memastikan sampah sarap dibungkus dalam beg plastik hitam
 Membuang sampah di dalam beg plastic hitam ke tempat yang ditetapkan

LAPORAN

1. Kehadiran/ Penyertaan

Penglibatan pelajar dan pensyarah semasa aktiviti dijalankan baik dan memuaskan

2. Laporan Pelaksanaan Aktiviti

1. Aktiviti dapat dijalankan mengikut tentatif yang telah ditetapkan.

2. Sebahagian kawasan menigkut zon-zon yang telah ditetapkan kelihatan teratur,


kemas dan bersih selepas aktiviti dijalankan.

3. Kesemua bahan-bahan yang tidak digunakan dan rosak telah dibuang dari zon
masing-masing dan telah dikumpul dan disusun dengan kemas bagi tujuan
pelupusan.

KELEMAHAN

1. Disebabkan program ini hanya melibatkan pelajar tahun 1 dan 2 SVM, masih lagi
terdapat sehabgian zon-zon yang tidak dijalankan aktiviti sisih, sapu dan susun.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1. Dicadangkan supaya aktiviti gotong-royong perdana dapat dijalankan pada tahun ini
supaya kesemua kawasan dan zon-zon dapat dibersihkan mengikut garis panduan yang
telah ditetapkan dalam pelaksanaan EKSA.

PENUTUP

Gotong-Royong Mesra 2020 yang dirancang ini telah mendapat sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak seterusnya mencapai objektif dengan jayanya. Mudah-mudahan program
ini telah membawa manfaat kepada semua warga Kolej Vokasional Batu Lanchang disamping
mengeratkan lagi ukhwah diantara pelajar dan Tenaga Pengajar.
Disediakan oleh :
Muhammad Afiq Syahmi Bin Puad

Disahkan oleh,

................................
En. Ganesan a/l Kanadasamy
Penyelaras EKSA,
Kolej Vokasional Batu Lanchang
LAMPIRAN A: GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM DILAKSANAKAN

Semasa aktiviti sapu, susun dan sisih dijalankan

BLOK F
Semasa aktiviti sapu, susun dan sisih dijalankan

Bengkel ELEKTRIK
Semasa aktiviti sapu, susun dan sisih dijalankan

BLOK H
Semasa aktiviti sapu, susun dan sisih dijalankan

BLOK D
Semasa aktiviti sapu, susun dan sisih dijalankan

Bengkel AUTOMOTIF

You might also like