You are on page 1of 4

Modul Pembelajaran Kendiri – Persamaan Perakaunan

Soalan Percubaan SPM Prinsip Perakaunan 2012 - Negeri Kedah

5(a) Berikut ialah Kunci Kira-kira Perniagaan Tualak pada 31 Mac 2012, sebuah
perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan di Kuala Nerang:

Kunci Kira-kira pada 31 Mac 2012

RM RM
Alatan pejabat 6 500 Modal awal 25 000
Penghutang 4 650 Untung bersih 4 950
Stok 18 500 Pemiutang 7 700
Bank 7 450
Tunai 550

37 650 37 650

Berikut urus niaga yang berlaku sepanjang bulan April 2012:

(i) Membayar kadar bayaran dengan cek sebanyak RM150.

(ii) Membawa masuk komputer peribadi RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.

(iii) Menjual barang niaga berkos RM4 000 kepada Piqa Enterprise secara

kredit dengan harga RM4 350.

(iv) Membayar pemiutang dengan cek bernilai RM1 900.

(v) Pulangan belian barang niaga RM250.

Anda dikehendaki menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 April 2012 (tunjukkan


untung bersih) dengan mengambil kira urus niaga di atas. (Semua pengiraan
hendaklah ditunjukkan di luar Kunci Kira-kira)

(12 markah)

1
Konsep penting:

Soalan ini memerlukan pelajar melihat kesan urusniaga terhadap baki item di dalam Kunci
Kira-kira. Tajuk ini diperkenalkan kepada pelajar sebelum tajuk sistem catatan bergu, jadi
perlajar tidak perlu menyediakan jurnal atau lejar dalam bentuk catatan bergu, hanya
memerlukan pelajar menentukan sama ada berlaku penambahan atau pengurangan item
Kunci Kira-kira berdasarkan urusniaga yang disediakan.

Nota:
1. Urusniaga yang berkaitan barang niaga akan melibatkan butiran stok.
2. Urusniaga yang melibatkan hasil (untung) atau belanja (rugi) akan melibatkan butiran
untung bersih.

Cara menjawab:

1. Salin semula butiran Kunci Kira-kira seperti di bawah untuk tujuan pengiraan:
Alatan pejabat 6 500
Penghutang 4 650
Stok 18 500
Bank 7 450
Tunai 550
Modal awal 25 000
Untung bersih 4 950
Pemiutang 7 700

2. Lihat kesan urusniaga satu persatu ke atas butiran Kunci Kira-kira

(i) Membayar kadar bayaran dengan cek sebanyak RM150.

Kesan urusniaga: Bayaran menggunakan cek menyebabkan bank berkurang


RM150, manakala kadar bayaran iaitu belanja menyebabkan untung bersih
berkurang RM150.

Alatan pejabat 6 500


Penghutang 4 650
Stok 18 500
Bank 7 450 – 150
Tunai 550
Modal awal 25 000
Untung bersih 4 950 – 150
Pemiutang 7 700

2
(ii) Membawa masuk komputer peribadi RM3 000 untuk kegunaan perniagaan.

Kesan urusniaga: komputer peribadi yang dibawa masuk akan menyebabkan alatan
pejabat bertambah RM3000 dan juga modal awal bertambah dengan amaun yang
sama.

Alatan pejabat 6 500 +3000


Penghutang 4 650
Stok 18 500
Bank 7 450 – 150
Tunai 550
Modal awal 25 000 + 3000
Untung bersih 4 950 – 150
Pemiutang 7700

(iii) Menjual barang niaga berkos RM4 000 kepada Piqa Enterprise secara kredit
dengan harga RM4 350.

Kesan urusniaga: Stok berkurang pada harga kos RM4000, penghutang


meningkat sebanyak RM4350 dan beza antara harga jualan dan harga kos iaitu
RM350 ialah untung.

Alatan pejabat 6 500 +3000


Penghutang 4 650 + 4350
Stok 18 500 – 4000
Bank 7 450 – 150
Tunai 550
Modal awal 25 000 + 3000
Untung bersih 4 950 – 150 + 350
Pemiutang 7700

(iv) Membayar pemiutang dengan cek bernilai RM1 900.

Kesan urusniaga: bayaran menggunakan cek menyebabkan bank berkurang


RM1900 dan pemiutang juga berkurang RM1900.

Alatan pejabat 6 500 +3000


Penghutang 4 650 + 4350
Stok 18 500 – 4000
Bank 7 450 – 150 – 1900
Tunai 550
Modal awal 25 000 + 3000
Untung bersih 4 950 – 150 + 350
Pemiutang 7700 – 1900

3
(v) Pulangan belian barang niaga RM250.

Kesan urusniaga: Stok yang dibeli dipulangkan menyebabkan stok berkurang


RM250 dan pemiutang juga berkurang RM250.

Alatan pejabat 6 500 +3000


Penghutang 4 650 + 4350
Stok 18 500 – 4000 – 250
Bank 7 450 – 150 – 1900
Tunai 550
Modal awal 25 000 + 3000
Untung bersih 4 950 – 150 + 350
Pemiutang 7700 – 1900 – 250

3. Setelah selesai merekod kesan urusniaga, jumlahkan setiap butiran untuk


mendapatkan baki baru.

Alatan pejabat 6 500 +3000 9500


Penghutang 4 650 + 4350 9000
Stok 18 500 – 4000 – 250 14250
Bank 7 450 – 150 – 1900 5400
Tunai 550 550
Modal awal 25 000 + 3000 28000
Untung bersih 4 950 – 150 + 350 5150
Pemiutang 7700 – 1900 – 250 5550

4. Akhir sekali, sediakan semula Kunci Kira-kira menggunakan baki baru dalam Format
‘T’.

Perniagaan Tualak
Kunci Kira-kira pada 30 April 2012
Alatan pejabat 9500 Modal awal 28000
Penghutang 9000 (+) Untung bersih 5150
Stok 14250 Modal Akhir 33150
Bank 5400
Tunai 550 Pemiutang 5550
38700 38700

You might also like