You are on page 1of 2

Lampiran 6

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN

MALAYSIA

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

Taklimat DSKP Tahun 5 (KSSR) 2014 kepada Ketua Panitia


Sembilan Mata Pelajaran Arus Perdana

Etika Semasa Taklimat

KP, JUK dan URUS SETIA hendaklah mematuhi etika semasa taklimat
seperti berikut:

1. Bagi memastikan semua KP mendapat input yang maksimum, KP dinasihatkan


menghadiri setiap sesi taklimat sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual
waktu. KP yang tidak dapat hadir 100% atau kurang, perlu mengemukakan surat
tunjuk sebab kepada Pengarah JPN melalui Guru Besar masing-masing.

(Minit mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) KPM Bil 4/2013
yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KPPM;
 Perkara 4.7.3 “… Tindakan perlu diambil terhadap peserta yang telah dipilih
tetapi tidak menghadiri taklimat/kursus.”

 Perkara 4.7.4 “Pengarah JPN dan Bahagian KPM dimohon meminta peserta
memberikan surat tunjuk sebab ketidakhadiran taklimat/kursus….”.)

2. Semua KP dan JUK perlu memaklumkan kepada urus setia JPN/PPD, sekiranya
terdapat sebarang kecemasan/keuzuran yang menyebabkan mereka tidak dapat
hadir taklimat 100%.

3. Mematuhi masa sebagaimana yang ditetapkan dalam jadual waktu taklimat.

Bagi memastikan taklimat berjalan lancar, KP dan JUK dinasihatkan selalu


merujuk jadual waktu taklimat dan diharap berada di bilik taklimat lima minit
sebelum sesi taklimat bermula.

4. Semua KP, JUK dan urus setia hendaklah bersopan dalam tingkah laku seperti
berikut:
i. Sentiasa menjaga tingkah laku dan pertuturan sesama rakan dan JUK, urus
setia JPN/PPD.
ii. Mengemukakan soalan/kemusykilan kepada rakan, JUK dan urus setia
JPN/PPD dengan cara berhemah
iii. Mengelakkan daripada bertengkar dan bergaduh dengan mana-mana
individu/organisasi.
5. Semasa taklimat sedang berlangsung, komunikasi menggunakan telefon bimbit
seperti membuat atau menjawab panggilan atau menghantar pesanan ringkas
(sms) tidak digalakkan. Bagi kes kecemasan, komunikasi menggunakan telefon
bimbit hendaklah dibuat di luar bilik dan telefon bimbit hendaklah diletakkan
dalam mod senyap.

6. KP, JUK dan urus setia hendaklah memakai pakaian rasmi bertugas dan sopan
sepanjang taklimat. Peserta tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan selipar
sepanjang sesi taklimat. Bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Muzik, KP dipohon memakai pakaian jasmani mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas.

7. Semua KP, JUK dan urus setia tidak digalakkan membawa anggota keluarga
atau rakan lain semasa menghadiri taklimat.

8. Makan minum disediakan untuk peserta taklimat iaitu KP, JUK dan urus setia
sahaja mengikut peruntukan yang telah ditentukan.

You might also like