You are on page 1of 2

JAWAPAN

Kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa sangat penting untuk melahirkan
murid yang cemerlang.

Ibu bapa boleh melibatkan diri dalam setiap aktiviti atau program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah.
Antaranya termasuklah menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru(PIBG). Melalui mesyuarat itu,
ibu bapa dapat memberikan pendapat,idea dan cadangan aktiviti yang boleh
dijalankan oleh pihak sekolah. Seterusnya,ibu bapa boleh membantu pihak sekolah
dengan mengadakan kelas tuisyen. Contohnya,ibu bapa yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan dalam sesuatu subjek seperti subjek Bahasa Melayu
dapat mengajar murid dalam subjek tersebut. Akhir sekali, ibu bapa yang
mempunyai kemahiran dalam bidang sukan seperti badminton pula dapat melatih
murid-murid dalam bidang sukan.

Kesimpulannya, pelibatan ibu bapa dalam program sarana ibu bapa ini dapat
meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid di sekolah.

You might also like