You are on page 1of 2

Anda dikehendaki memilih satu gambar persekitaran di tempat anda.

Huraikan
persekitaran tersebut serta kepentingannya kepada penduduk/hidupan di
sekitarnya.

Gambar persekitaran di tempat yang saya pilih ialah pokok-pokok di tepi rumah
saya. Tempat ini memberi banyak manfaat kepada saya dan penduduk
sekelilingnya. Tumbuh tumbuhan memainkan peranan yang penting dalam
memastikan hidupan lain dapat menikmati kehidupan dengan lebih selesa.
Tumbuhan seperti pokok mengeluarkan oksigen untuk sistem pernafasan manusia
dan haiwan .Kemusnahan alam sekitar seperti pembalakan haram, pembakaran
hutan dan penghapusan kawasan tadahan hujan berskala besar mengakibatkan
oksigen berkurangan dan karbon dioksida semakin bertambah di udara. Selain itu ,
tumbuhan juga berfungsi sebagai melembapkan suhu .Kesan daripada kekurangan
tumbuhan di sesuatu kawasan menyebabkan kawasan tersebut menjadi panas.
Pokok atau hutan juga menjadi pusat tadahan air hujan. Pokok pokok atau
tumbuhan boleh mengelakkan daripada kejadian banjir ,kerana akar pokok
merupakan seperti span yang menyerap dan menyimpan air hujan yang berlebihan.
Pokok juga menjadi habitat haiwan seperti monyet ,orang utan dan sebagainya.
Oleh itu, kita perlulah menanam pokok-pokok di sekeliling rumah dan tumbuhan ini
perlu dijaga agar dapat dinikmati bersama dan diwariskan kepada generasi akan
datang .

You might also like