You are on page 1of 34

TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018


PERNIAGAAN 3766/3
PROJEK
Kertas 3
April – Jun 2018

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK

PERNIAGAAN

KERTAS 3

APRIL HINGGA JUN 2018

Panduan Pelaksanaan ini mengandungi 34 halaman bercetak.


[Lihat halaman sebelah
3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 2 3766/3

KANDUNGAN HALAMAN
1.0 Pengenalan 3
2.0 Objektif Mata Pelajaran 3
3.0 Objektif Pentaksiran 4
4.0 Maklumat Am 5
5.0 Maklumat Kepada Calon 5
6.0 Maklumat Kepada Pentaksir Sekolah 6
7.0 Elemen dan Aspek Yang Dinilai 7
8.0 Kriteria Penilaian 8
9.0 Pengiraan Untuk Mendapatkan Gred Elemen dan Gred Pencapaian
Keseluruhan 26
10.0 Pelaporan 27
Lampiran:
Lampiran 1 Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek 28
Lampiran 2 Borang Aku Janji Ketulenan Projek 29
Lampiran 3 Senarai Semak dan Penilaian Guru 30
Lampiran 4 Borang Penilaian Individu 31
Lampiran 5 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek 34

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 3 3766/3

MAKLUMAT TUGASAN PROJEK

1.0 PENGENALAN
Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran
Perniagaan dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada
keperluan persijilan. Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran
berdasarkan hasilan tugasan calon Tingkatan 5 yang menepati objektif pentaksiran seperti
yang telah ditetapkan.
Projek Perniagaan dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran dalam
suasana pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan guru menjalankan penilaian
tersebut secara autentik, kaedah penilaian berdasarkan elemen diperkenalkan. Elemen yang
ditaksir merupakan ilmu, kemahiran dan nilai yang dihasratkan dalam mata pelajaran
Perniagaan untuk disemai, dipupuk dan dibangunkan dalam diri pelajar. Semoga dengan
usaha ini akan lahirlah individu yang berdaya saing, berilmu dan dilengkapi dengan asas
kemahiran hidup. Oleh itu, kaedah ini mengukur penguasaan pelajar dalam sesuatu elemen
dan bukan dalam sesuatu mata pelajaran atau topik. Mata pelajaran ini hanya merupakan
tempat di mana pengukuran terhadap penguasaan pelajar dalam sesuatu elemen itu boleh
dilakukan. Pengukuran sesuatu elemen hendaklah berdasarkan kepada aspek-aspek tertentu
dengan merujuk kepada kriteria sebagai piawaian yang ditetapkan di peringkat kebangsaan.
Kesemua perkara ini dapat dinilai berdasarkan pemerhatian semasa pelaksanaan
projek dan pembentangan Rancangan Perniagaan.
Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami
pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh
pentaksir sekolah (guru) dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh
pelaksanaan tugasan yang ditetapkan. Skor adalah bersandarkan kepada darjah
penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang ditetapkan. Guru dikehendaki
mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap muridnya kepada Lembaga Peperiksaan
(LP).
Buku ini mengandungi maklumat tugasan projek yang mesti dilaksanakan oleh calon serta
panduan pentaksiran tugasan bagi guru. Maklumat dan arahan yang terkandung dalam
buku ini telah dirancang dengan teliti bagi membolehkan tugasan projek disempurnakan
dalam tempoh 12 minggu dan mempunyai ruang masa yang mencukupi kepada guru
untuk menilai hasil tugasan projek calon secara berterusan.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN


KSSM MPEI Perniagaan bertujuan membolehkan murid mencapai objektif berikut:
1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan minat murid dalam bidang perniagaan.
2. Membangun idea dan membina kesediaan murid untuk memulakan perniagaan.
3. Membina kemahiran menganalisis dan menilai perubahan persekitaran terhadap
organisasi perniagaan.
4. Membina kemahiran dan kreativiti murid dalam bidang perniagaan.
5. Menerapkan kesedaran tanggungjawab sosial, tingkah laku perniagaan yang
beretika, sikap positif dan nilai murni dalam menjalankan perniagaan.

(Dipetik daripada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Perniagaan 2016 –


Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia)

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 4 3766/3

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN PERNIAGAAN


Berdasarkan objektif mata pelajaran, Objektif Pentaksiran mata pelajaran
Perniagaan dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam ilmu perniagaan yang
mencakupi enam (6) konstruk. Kemahiran murid dalam mengaplikasikan KBAT juga akan
diambilkira dalam pentaksiran ini.

OP1 Mengingat dan Memahami


Mengukur Pengetahuan dan kefahaman tentang fakta, istilah, konsep, teori dan
prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan.

OP2 Kemahiran Mengaplikasi


Mengukur keupayaan menggunakan pengetahuan dan kefahaman tentang fakta,
istilah, konsep, teori dan prinsip yang berkaitan dengan persekitaran perniagaan
dalam pelbagai situasi yang lazim dan baharu.

OP3 Kemahiran Menganalisis


Mengukur keupayaan mencerakinkan data dan maklumat yang berkaitan dengan
perniagaan daripada pelbagai sumber dengan terperinci dan menghubungkaitkan
data dan maklumat perniagaan secara menyeluruh dengan perkembangan semasa
dunia perniagaan.

OP4 Kemahiran Menilai


Mengukur keupayaan membuat pertimbangan secara rasional, kritis dan kreatif
berkaitan dengan pelbagai isu perniagaan yang kompleks dan bukan kompleks serta
memilih satu alternatif penyelesaian terbaik bagi sesuatu masalah berdasarkan bukti
yang munasabah dalam konteks perniagaan.

OP5 Kemahiran Mencipta
Mengukur keupayaan menjana dan mencerna dan menggabungkan pelbagai idea
perniagaan yang kreatif dan inovatif daripada pelbagai sumber secara individu atau
kolektif berdasarkan perkembangan semasa dunia perniagaan bagi memupuk budaya
keusahawanan.

OP6 Nilai-nilai Murni Dalam Perniagaan


Penghayatan nilai murni dan amalan baik dalam kehidupan harian serta semasa
penyediaan rancangan perniagaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 5 3766/3

4.0 MAKLUMAT AM
4.1 Tugasan projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 12 minggu (Penyiapan
projek: 10 minggu, pengurusan dan penilaian: 2 minggu. Contoh Jadual Pelaksanaan
Tugasan Projek adalah seperti di Lampiran 1).
4.2 Tugasan projek akan dimulakan pada bulan April hingga Jun setiap tahun.
4.3 Pentaksir sekolah adalah guru yang mengajar mata pelajaran Perniagaan.
4.4 Penilaian tugasan projek ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.5 Penilaian tugasan projek ini dilakukan secara berterusan dalam tempoh yang
ditetapkan.
4.6 Elemen, aspek dan kriteria dalam buku Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek ini
hendaklah dimaklumkan kepada calon.
4.7 Soalan tugasan boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan
di http://lp.moe.gov.my/index.php/kerja-kursus-spm
4.8 Skor bagi setiap calon hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Individu
seperti di Lampiran 4.

5.0 MAKLUMAT KEPADA CALON


5.1 Calon wajib melaksana dan menyelesaikan tugasan projek Perniagaan
3766/3 secara individu.
5.2 Penilaian akan dibuat berdasarkan proses kerja, pembentangan dan hasil kerja akhir
calon.
5.3 Penilaian hasil kerja calon dan pemberian skor akan dilakukan sepanjang masa
tugasan projek dilaksanakan.
5.4 Pemberian markah dan gred keseluruhan dibuat setelah tugasan projek dan
pembentangan dilakukan.
5.5 Calon dikehendaki menandatangani perakuan tentang ketulenan tugasan projek yang
dihasilkan (Lampiran 2).
5.6 Calon dikehendaki melaksanakan tugasan projek ini dalam tempoh yang telah
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 6 3766/3

6.0 MAKLUMAT KEPADA PENTAKSIR SEKOLAH (GURU)


6.1 Perancangan dan Pelaksanaan
6.1.1 Guru hendaklah memberikan penerangan yang jelas kepada calon tentang
perancangan dan pelaksanaan keseluruhan tugasan projek.
6.1.2 Guru hendaklah memastikan membimbing calon serta mengisi Borang
Senarai Semak dan Penilaian Guru (Lampiran 3 dan Lampiran 4).
6.1.3 Guru hendaklah membimbing calon supaya dapat mematuhi jadual kerja
dalam melaksanakan tugasan projek dengan penuh tanggungjawab.
6.1.4 Guru hendaklah membuat penilaian kerja calon secara berterusan serta
melaksanakan Pentaksiran Terkawal (Controlled Assessment).
6.1.5 Pihak pengurusan sekolah diminta menyediakan kemudahan komputer atau
makmal komputer untuk murid menyempurnakan tugasan projek.
Oleh itu, dicadangkan jadual penggunaan makmal komputer sekolah
disediakan bagi memastikan calon berjaya menyiapkan tugasan projek 3766/3
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
6.1.6 Guru juga hendaklah melaksanakan pentaksiran yang adil dan saksama
serta mempunyai integriti yang tinggi.
6.2 Penilaian
6.2.1 Guru dikehendaki mengisi Borang Pentaksiran Individu (Lampiran 4).
Gred dan skor bagi setiap aspek yang dinilai hendaklah diisi dalam borang
berkenaan.
6.2.2 Pembentangan oleh calon dilaksanakan secara individu.
6.2.3 Aktiviti pengesanan, pemantauan dan penyetaraan akan dilaksanakan oleh
pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan.
6.2.4 Guru hendaklah mengambil tindakan pembetulan dengan segera terhadap
sebarang komen atau nasihat daripada pegawai berkenaan.
6.2.5 Guru dikehendaki mencetak Borang Rumusan Skor Tugasan Projek
Perniagaan (Lampiran 5).
6.2.6 Borang Rumusan Skor Tugasan Projek yang telah dicetak hendaklah disahkan
oleh Pengetua. Borang ini hendaklah difailkan dan disimpan di tempat yang
selamat di sekolah.
6.2.7 Guru juga mestilah memasukkan skor projek calon secara atas talian pada
tarikh yang akan ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Maklumat lanjut
akan diberikan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan (SPP), Jabatan Pendidikan
Negeri.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 7 3766/3


7.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi


1.1 Konsep, Fakta dan Prinsip dalam Perniagaan
1.2 Perisian Komputer Dalam Konteks Perniagaan

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis


2.1 Keperluan Modal
2.2 Penyata Aliran Tunai
2.3 Penyata Kewangan Proforma
2.4 Sasaran Jualan dan Harga
2.5 Analisis Industri
2.6 Analisis Pengeluaran /Analisis Operasi
2.7 Analisis Pemasaran

Elemen 3.0 Kemahiran Menilai
3.1 Sumber Perniagaan
3.2 Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi
3.3 Sumber Pembiayaan Perniagaan

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta
4.1 Kandungan Rancangan Perniagaan
4.2 Maklumat dan Bahan

Elemen 5.0 Pembentangan
5.1 Kandungan, susun atur, kelancaran, gaya penyampaian dan bahan
sokongan

Elemen 6.0 Nilai Murni dalam Perniagaan
6.1 Rasional
6.2 Bertanggungjawab
6.3 Prihatin
6.4 Bersistem

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 8 3766/3

8.0 KRITERIA PENILAIAN

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


1.1 Konsep, Fakta A (i) Mengemukakan konsep, fakta dan
dan Prinsip prinsip yang betul dan tepat dalam
dalam setiap unsur Rancangan Perniagaan.
Perniagaan (ii) Berupaya menerangkan dengan lengkap
dan jelas setiap unsur dalam Rancangan
Perniagaan.
B (i) Mengemukakan konsep, fakta dan
prinsip dengan betul dalam setiap unsur
Rancangan Perniagaan.
(ii) Berupaya menerangkan dengan
jelas setiap unsur dalam Rancangan
Perniagaan.
C (i) Mengemukakan konsep, fakta dan
prinsip dalam setiap unsur Rancangan
Perniagaan.
(ii) Berupaya menerangkan setiap unsur
dalam Rancangan Perniagaan.
D (i) Mengemukakan konsep, fakta dan
prinsip pada tahap minimum dalam
setiap unsur Rancangan Perniagaan.
(ii) Berupaya menerangkan pada tahap
minimum setiap unsur dalam
Rancangan Perniagaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 9 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


1.2 Perisian A (i) Menggunakan perisian yang sesuai dan
Komputer relevan dengan tugasan.
Dalam (ii) Merekod maklumat dengan betul dan
Konteks tepat menggunakan perisian komputer.
Perniagaan (iii) Maklumat Rancangan Perniagaan
lengkap dan betul.
(iv) Berupaya memilih maklumat yang
autentik, tepat dan betul dengan tugasan
menerusi internet.

B (i) Menggunakan perisian yang sesuai


dengan tugasan.
(ii) Merekod maklumat dengan betul
menggunakan perisian komputer.
(iii) Maklumat Rancangan Perniagaan betul.
(iv) Berupaya memilih maklumat autentik
dan tepat dengan tugasan menerusi
internet.

C (i) Menggunakan perisian dalam tugasan.


(ii) Merekod maklumat menggunakan
perisian komputer.
(iii) Maklumat Rancangan Perniagaan
sesuai.
(iv) Berupaya memilih maklumat autentik
tetapi kurang tepat dengan tugasan
menerusi internet.

D (i) Menggunakan perisian pada tahap yang


minimum.
(ii) Merekod maklumat menggunakan
perisian komputer pada tahap minimum.
(iii) Maklumat Rancangan Perniagaan
berkaitan pada tahap minimum.
(iv) Tidak berupaya memilih maklumat yang
autentik dengan tepat.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 10 3766/3

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.1 Keperluan A (i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
Modal berikut dengan betul, terperinci dan
tepat.
– Kos bahan
– Kos tenaga kerja
– Kos peralatan
– Kos overhed
(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan dengan betul dan tepat.
B (i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
berikut dengan betul dan terperinci.
– Kos bahan
– Kos tenaga kerja
– Kos peralatan
– Kos overhed
(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan dengan betul.
C (i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
berikut dengan betul.
– Kos bahan
– Kos tenaga kerja
– Kos peralatan
– Kos overhed
(ii) Berkeupayaan menghitung modal yang
diperlukan.
D (i) Berkeupayaan membuat anggaran kos
berikut tetapi kurang tepat dan tidak
terperinci.
– Kos bahan
– Kos tenaga kerja
– Kos peralatan
– Kos overhed
(ii) Menunjukkan cara menghitung modal
yang diperlukan tetapi tidak betul.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 11 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.2 Penyata A (i) Berkeupayaan menghitung perkara Rujuk
Aliran Tunai berikut dengan betul, tepat dan releven. Penyata
– Jumlah pembayaran tunai Aliran
– Jumlah penerimaan tunai Tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap
tempoh dengan betul dan tepat.
B (i) Berkeupayaan menghitung perkara
berikut dengan betul dan tepat.
– Jumlah pembayaran tunai
– Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap
tempoh dengan betul.
C (i) Berkeupayaan menghitung perkara
berikut dengan betul.
– Jumlah pembayaran tunai
– Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Berkeupayaan memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap
tempoh dengan betul.
D (i) Menghitung perkara berikut tetapi tidak
mampu menunjukkan dengan betul.
– Jumlah pembayaran tunai
– Jumlah penerimaan tunai
– Baki tunai akhir setiap tempoh
(ii) Tidak mampu memindahkan baki tunai
akhir ke baki tunai awal bagi setiap
tempoh.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 12 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.3 Penyata A (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut Anggaran
Kewangan dengan betul, tepat dan releven. hasil
Proforma – jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran Anggaran
– jumlah anggaran untung bersih kos
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik pengeluaran
(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira dengan betul dan tepat. Anggaran
B (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut untung
dengan betul dan tepat. bersih
– jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran Jumlah aset
– jumlah anggaran untung bersih
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik Jumlah
liabiliti
(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira dengan betul.
Jumlah
C (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut ekuiti
dengan betul. pemilik
– jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran Kunci
– jumlah anggaran untung bersih kira-kira
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
(ii) Berkeupayaan mengimbangkan kunci
kira-kira.
D (i) Berusaha menghitung perkara berikut tetapi
tidak betul.
– jumlah anggaran hasil
– jumlah anggaran kos pengeluaran
– jumlah anggaran untung bersih
– jumlah aset, liabiliti dan ekuiti pemilik
(ii) Mengimbangkan kunci kira-kira tetapi tidak
betul.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 13 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.4 Sasaran A (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut
Jualan dan dengan jelas, betul dan tepat.
Harga – Syer pasaran
– Anggaran jumlah jualan
(ii) Berkeupayaan menentukan harga jualan
seunit dengan jelas, betul dan tepat.
B (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut
dengan jelas dan betul.
– Syer pasaran
– Anggaran jumlah jualan
(ii) Berkeupayaan menentukan harga jualan
seunit dengan jelas dan betul.
C (i) Berkeupayaan menghitung perkara berikut
dengan betul.
– Syer pasaran
– Anggaran jumlah jualan
(ii) Berkeupayaan menentukan harga jualan
seunit dengan betul.
D (i) Berusaha untuk menghitung perkara
berikut:
– Syer pasaran
– Anggaran jumlah jualan
(ii) Menentukan harga jualan seunit.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 14 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.5 Analisis A (i) Berkeupayaan memperincikan kekuatan dan Rujuk
Industri kelemahan pesaing utama dengan jelas, dan Analisis
tepat. SWOT
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan
dengan betul dan tepat.
(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk
dengan jelas dan releven.
(iv) Berkeupayaan mengenal pasti gaya kepimpinan
yang releven dan sesuai dalam industri.
(v) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan dengan betul dan releven.
B (i) Berkeupayaan memperincikan kekuatan dan
kelemahan pesaing utama dengan jelas.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan
dengan betul.
(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk
dengan jelas.
(iv) Berkeupayaan mengenal pasti gaya kepimpinan
yang releven dalam industri.
(v) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan dengan betul.
C (i) Berkeupayaan menerangkan kekuatan dan
kelemahan pesaing utama.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan.
(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk.
(iv) Berkeupayaan mengenal pasti gaya kepimpinan
dalam industri.
(v) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan.
D (i) Berkeupayaan menerangkan kekuatan atau
kelemahan pesaing utama pada tahap minimum.
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti tingkat jualan pada
tahap minimum.
(iii) Berkeupayaan menerangkan tandingan produk
pada tahap minimum.
(iv) Berkeupayaan mengenal pasti gaya kepimpinan
yang diamalkan dalam industri pada tahap
minimum.
(v) Berkeupayaan mengenal pasti strategi harga
saingan pada tahap minimum.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 15 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.6 Analisis A (i) Berkeupayaan menghuraikan perkara Rujuk
Pengeluaran berikut dengan jelas dan tepat. Analisis
/ Analisis – jenis produk Pengeluaran
Operasi – proses pengeluaran /Analisis
– operasi perniagaan Operasi
– tenaga kerja langsung berkaitan
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi dengan
yang sesuai dan tepat. produk iaitu
(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan melibatkan
perniagaan / bahan mentah dengan betul barang atau
dan tepat. perkhidmatan
B (i) Berkeupayaan menghuraikan perkara
berikut dengan jelas.
– jenis produk
– proses pengeluaran
– operasi perniagaan
– tenaga kerja langsung
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi
yang sesuai.
(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan
perniagaan / bahan mentah dengan
betul.
C (i) Berkeupayaan menghuraikan perkara
berikut.
– jenis produk
– proses pengeluaran
– operasi perniagaan
– tenaga kerja langsung
(ii) Berkeupayaan mengenal pasti lokasi.
(iii) Berkeupayaan mengenal pasti keperluan
perniagaan / bahan mentah.
D (i) Berkeupayaan menghuraikan perkara
berikut pada tahap yang minimum.
– jenis produk
– proses pengeluaran
– operasi perniagaan
– tenaga kerja langsung
(ii) Kurang yakin mengenal pasti lokasi.
(iii) Boleh mengenal pasti keperluan
perniagaan / bahan mentah yang terlibat
pada tahap minimum.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 16 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


2.7 Analisis A (i) Berkeupayaan menghuraikan strategi Rujuk
Pemasaran produk, harga, agihan dan promosi dengan Strategi
jelas dan tepat. Pemasaran
(ii) Berkeupayaan menentukan dan
menghuraikan target jualan dengan jelas dan
tepat.
B (i) Berkeupayaan menghuraikan strategi
produk, harga, agihan dan promosi dengan
jelas.
(ii) Berkeupayaan menentukan dan
menghuraikan target jualan dengan jelas.
C (i) Berkeupayaan menghuraikan strategi
produk, harga, agihan dan promosi.
(ii) Berkeupayaan menentukan dan
menghuraikan target jualan.
D (i) Berkeupayaan menghuraikan strategi
produk, harga, agihan dan promosi pada
tahap minimum.
(ii) Berkeupayaan menentukan dan
menghuraikan target jualan pada tahap
minimum.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 17 3766/3

3.0 Kemahiran Menilai


Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan
3.1 Sumber A (i) Berupaya mengenal pasti keperluan pekerja, Rujuk
Perniagaan perekrutan pekerja dan kontrak pekerjaan Strategi
yang releven dan sesuai. Pemasaran
(ii) Berupaya menghuraikan deskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja dengan terperinci,
jelas dan tepat.
(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai dan munasabah.
(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi yang
sesuai dan tepat.
B (i) Berupaya mengenal pasti keperluan pekerja,
perekrutan pekerja dan kontrak pekerjaan
yang releven.
(ii) Berupaya menghuraikan deskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja dengan jelas dan
tepat.
(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai.
(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi
yang sesuai.
C
(i) Berupaya mengenal pasti keperluan pekerja,
perekrutan pekerja dan kontrak pekerjaan.
(ii) Berupaya menghuraikan deskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja.
(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif yang sesuai.
(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi.

D (i) Boleh mengenal pasti keperluan pekerja,


perekrutan pekerja dan kontrak pekerjaan
pada tahap yang minima.
(ii) Berupaya menghuraikan deskripsi tugas dan
tanggungjawab pekerja tetapi tidak jelas.
(iii) Berkeupayaan menjelaskan pemberian
insentif .
(iv) Berkeupayaan mencipta carta organisasi
tetapi banyak kesalahan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 18 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.2 Pengurusan A (i) Berkebolehan menentukan perkara berikut
Sumber yang diperlukan dalam operasi perniagaan
Fizikal dan secara terperinci dan tepat.
Teknologi – prosedur mengurus sumber fizikal
– prosedur mengurus sumber teknologi
(ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran
pemilihan pengurusan sumber fizikal dan
sumber teknologi ke arah perniagaan yang
mampan dengan betul dan tepat.
B (i) Berkebolehan menentukan perkara berikut
yang diperlukan dalam operasi perniagaan
secara terperinci.
– prosedur mengurus sumber fizikal
– prosedur mengurus sumber teknologi
(ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran
pemilihan pengurusan sumber fizikal dan
sumber teknologi ke arah perniagaan yang
mampan dengan betul.

C (i) Berkebolehan menentukan perkara berikut


yang diperlukan dalam operasi perniagaan.
– prosedur mengurus sumber fizikal
– prosedur mengurus sumber teknologi
(ii) Berkeupayaan menentukan kewajaran
pemilihan pengurusan sumber fizikal dan
sumber teknologi ke arah perniagaan yang
mampan.
D (i) Berkebolehan menentukan perkara berikut
dalam operasi perniagaan.
– prosedur mengurus sumber fizikal
– prosedur mengurus sumber teknologi
(ii) Berupaya menentukan kewajaran
pemilihan pengurusan sumber fizikal.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 19 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


3.3 Sumber A (i) Berkeupayaan menentukan sumber Rujuk
Pembiayaan pembiayaan yang sesuai dan betul untuk Strategi
Perniagaan memulakan perniagaan. Pemasaran
(ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber
pembiayaan perniagaan yang dipilih dengan
jelas dan tepat.
B (i) Berkeupayaan menentukan sumber
pembiayaan yang sesuai untuk memulakan
perniagaan.
(ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber
pembiayaan perniagaan yang dipilih dengan
jelas.
C
(i) Berkeupayaan menentukan sumber
pembiayaan untuk memulakan perniagaan.
(ii) Berkeupayaan menjustifikasikan sumber
pembiayaan perniagaan yang dipilih.
D (i) Berupaya menentukan sumber pembiayaan
perniagaan.
(ii) Berkeupayaan menerangkan secara ringkas
sumber pembiayaan perniagaan.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 20 3766/3

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.1 Kandungan A (i) Berkebolehan menyusun unsur Ketelitian
Rancangan Rancangan Perniagaan dengan sistematik dan
Perniagaan dan kemas mengikut format yang kekemasan
ditetapkan. dalam
(ii) Mempunyai halaman kandungan yang menyusun
lengkap dan kemas. bahan /
(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang maklumat
releven dan mencukupi.
(iv) Mempunyai muka depan dan belakang
yang sesuai dan menarik.
B (i) Berkebolehan menyusun unsur
Rancangan Perniagaan dengan sistematik
mengikut format yang ditetapkan.
(ii) Mempunyai halaman kandungan yang
lengkap.
(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang
releven.
(iv) Mempunyai muka depan dan belakang
yang sesuai.
C (i) Berkebolehan menyusun unsur
Rancangan Perniagaan mengikut format
yang ditetapkan.
(ii) Mempunyai halaman kandungan yang
sesuai.
(iii) Mempunyai lampiran berkaitan yang
sesuai.
(iv) Mempunyai muka depan dan belakang.
D (i) Berkebolehan menyusun unsur
Rancangan Perniagaan.
(ii) Mempunyai halaman kandungan.
(iii) Mempunyai lampiran.
(iv) Mempunyai muka depan dan belakang.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 21 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


4.2 Maklumat dan A (i) Maklumat adalah tepat, lengkap dan Contoh
Bahan mudah difahami. bahan:
(ii) Maklumat diolah dengan sangat baik. Grafik,
(iii) Bahan berkaitan yang di kemukakan amat jadual,
sesuai, relevan dan berkualiti. gambar
B (i) Maklumat adalah tepat dan mudah foto,
difahami. borang,
(ii) Maklumat diolah dengan baik. dokumen,
(iii) Bahan berkaitan yang di kemukakan carta,
sesuai dan relevan. internet
dan
C (i) Maklumat adalah mudah difahami.
sebagainya
(ii) Maklumat diolah tetapi kurang
memuaskan.
(iii) Bahan berkaitan yang di kemukakan
kurang sesuai dan kurang berkualiti.
D (i) Mempunyai maklumat yang minimum
(ii) Maklumat tidak diolah.
(iii) Bahan berkaitan yang di kemukakan tidak
sesuai dan tidak berkualiti.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 22 3766/3

Elemen 5.0 : Nilai Murni dalam Perniagaan

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.1 Rasional A (i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian kepada asas
pertimbangan yang betul dan jelas.
(ii) Sentiasa mengambil tindakan
berdasarkan kepada asas pertimbangan
yang betul dan jelas.
B (i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian kepada asas
pertimbangan yang betul.
(ii) Sentiasa mengambil tindakan
berdasarkan kepada asas pertimbangan
yang betul.
C (i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian betul.
(ii) Sentiasa mengambil tindakan yang
betul.
D (i) Sentiasa menyandarkan pembentukan
pemikiran dan pendirian betul tetapi
pada tahap yang minima.
(ii) Sentiasa mengambil tindakan yang betul
tetapi pada tahap yang minima.
5.2 Bertanggungjawab A (i) Sentiasa melaksanakan tugasan dengan
sempurna secara bersungguh-sungguh
dan tekun.
(ii) Menghasilkan produk yang berkualiti
dan tulen untuk memenuhi keperluan
sasaran.
B (i) Sentiasa melaksanakan tugasan dengan
sempurna secara bersungguh-sungguh.
(ii) Menghasilkan produk yang berkualiti
untuk memenuhi keperluan sasaran.
C (i) Melaksanakan tugasan secara
bersungguh-sungguh.
(ii) Menghasilkan produk untuk memenuhi
keperluan sasaran.
D (i) Tugasan dilaksanakan.
(ii) Menghasilkan produk.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 23 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.3 Prihatin A (i) Sentiasa memandang tinggi sumbangan
teknologi, TMK dalam perniagaan yang
dipilih.
(ii) Sentiasa menyedari peranan agensi yang
membantu usahawan.
(iii) Sentiasa menghargai orang di sekeliling
terutama orang-orang yang lebih tua.
(iv) Sentiasa menjalankan tanggungjawab
sosial terhadap masyarakat.
B (i) Memandang tinggi sumbangan teknologi,
TMK dalam perniagaan.
(ii) Menyedari peranan agensi yang
membantu usahawan.
(iii) Menghargai orang di sekeliling terutama
orang-orang yang lebih tua.
(iv) Menjalankan tanggungjawab sosial
terhadap masyarakat.
C (i) Menyedari sumbangan teknologi, TMK
dalam perniagaan.
(ii) Mengetahui peranan agensi yang
membantu usahawan.
(iii) Menghargai orang di sekeliling.
(iv) Menyedari tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat.
D (i) Menyedari sumbangan teknologi, TMK
dalam perniagaan ATAU
(ii) Mengetahui peranan agensi yang
membantu usahawan ATAU
(iii) Menghargai orang pada situasi tertentu
sahaja.
(iv) Menyedari tanggungjawab sosial terhadap
masyarakat.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 24 3766/3

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


5.4 Bersistem A (i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan
Perniagaan secara sistematik, kemas dan
menarik.
(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
Perniagaan mendahului tempoh masa
yang ditetapkan.
(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan yang tulen.

B (i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan


Perniagaan secara kemas dan menarik.
(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
Perniagaan menepati tempoh masa yang
ditetapkan.
(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan yang tulen.
C (i) Berkebolehan menghasilkan Rancangan
Perniagaan secara kemas.
(ii) Berkebolehan menyiapkan Rancangan
Perniagaan pada tempoh masa yang
ditetapkan.
(iii) Berkebolehan mengemukakan
Rancangan Perniagaan yang tulen.
D (i) Menghasilkan Rancangan Perniagaan.
(ii) Menyiapkan Rancangan Perniagaan
melebihi tempoh masa yang ditetapkan.
(iii) Mengemukakan Rancangan Perniagaan
yang tulen.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 25 3766/3

Elemen 6.0 : Pembentangan

Bil. Aspek Gred Kriteria Catatan


6.1 Kandungan, A (i) Pembentangan sangat jelas, lancar,
susun atur, terperinci, kritis dan lengkap.
kelancaran, gaya (ii) Berkeupayaan menunjukkan pemahaman
penyampaian yang mendalam terhadap tugasan.
dan bahan (iii) Berupaya menguasai tugasan melangkaui
sokongan kehendak tugasan.
(iv) Menggunakan pelbagai bahan media yang
sesuai dan kreatif untuk menyokong idea
yang kreatif dan menarik.
B (i) Pembentangan jelas, lancar, terperinci
dan lengkap.
(ii) Berkeupayaan menunjukkan pemahaman
yang baik terhadap tugasan.
(iii) Berupaya menguasai tugasan mengikut
kehendak tugasan.
(iv) Menggunakan bahan media yang sesuai
untuk menyokong idea yang menarik.
C (i) Pembentangan jelas tetapi kurang lancar.
(ii) Menunjukkan pemahaman terhadap
tugasan.
(iii) Menguasai tugasan.
(iv) Menggunakan bahan media untuk
menyokong idea.
D (i) Pembentangan kurang jelas dan tidak
lancar.
(ii) Menunjukkan pemahaman yang terhad
terhadap tugasan.
(iii) Tidak menguasai tugasan.
(iv) Tidak menyediakan bahan media / bahan
media tidak releven.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 26 3766/3

9.0
PENGIRAAN UNTUK MENDAPATKAN GRED ELEMEN DAN GRED
PENCAPAIAN KESELURUHAN 3766/3

9.1 Pengiraan untuk mendapatkan gred elemen dibuat dengan cara berikut:

(a) Tukarkan gred tiap-tiap aspek yang diperoleh ke dalam unit numerik
berdasarkan jadual di bawah.

Gred Unit Numerik(n)


A 4
B 3
C 2
D 1

(b) Darabkan unit numerik (n) dengan wajaran (w) sesuatu aspek.
(c) Jumlahkan nilai (n x w) bagi semua aspek.
(d) Jumlah wajaran (w) bagi setiap aspek.
(e) Bahagikan jumlah (n x w) dengan jumlah (w).
(f) Bulatkan nilai daripada (e) kepada satu titik perpuluhan.
(g) Tentukan gred elemen dengan merujuk jadual di bawah.
Julat Gred Elemen
3.5 ke atas A
2.5 – 3.4 B
1.5 – 2.4 C
1.0 – 1.4 D

9.2 Rumusan Skor

Gred Elemen Definisi


A Cemerlang
B Kepujian
C Memuaskan
D Tidak mencapai tahap yang memuaskan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 27 3766/3

9.3 Contoh Pengiraan Gred Elemen

Jadual di bawah menunjukkan contoh pengiraan untuk mendapatkan gred elemen


bagi satu elemen untuk seorang calon.

Elemen 5.0 Nilai


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
5.1 Rasional A 4 1 4
5.2 Bertanggungjawab B 3 1 3
5.3 Prihatin C 2 1 2
5.4 Bersistem D 1 1 1
Jumlah 4 10
2.5
Purata
3
Gred Elemen B

10.0 PELAPORAN

10.1 Prestasi calon dalam melaksanakan tugasan dalam Kertas 3 akan dilaporkan
secara berasingan mengikut gred elemen. Definisi bagi tiap-tiap gred (skor)
elemen adalah seperti berikut:

Gred Elemen Definisi


A Cemerlang
B Kepujian
C Memuaskan
D Tidak mencapai tahap yang memuaskan

10.2 Gred (skor) tugasan ini akan direkod dan dihantar ke Lembaga Peperiksaan.

10.3
Pihak sekolah dikehendaki menyediakan sijil yang melaporkan
pencapaian calon bagi setiap elemen dan gred yang diperoleh selaras dengan
hasrat Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN PROJEK TAMAT

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 28 3766/3

Lampiran 1
Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek

APRIL MEI JUN


PROSES TUGASAN MINGGU MINGGU MINGGU
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Taklimat Tugasan oleh Guru
Penyerahan Tajuk
Pengenalan : Tajuk Rancangan Perniagaan
Logo, Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Latar Belakang Perniagaan
Latar Belakang Rakan Kongsi
Kedudukan Tapak Projek
Objektif projek
Analisis Industri
Rancangan Pentadbiran
Rancangan Operasi
Rancangan Pemasaran

Rancangan Kewangan

Ringkasan Eksekutif
Rumusan dan Isi Kandungan
Pembentangan
Penyerahan Rancangan Perniagaan Yang
Lengkap
Penilaian Akhir
Kemasukan Markah On-line ke LPM Sebelum 31 Ogos

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 29 3766/3

Lampiran 2

Perakuan Calon Tentang Ketulenan


Tugasan Projek Kertas 3766/3
Sijil Pelajaran Malaysia
Tahun : 2018

Saya memperakui bahawa Rancangan Perniagaan yang dikemukakan untuk memenuhi syarat
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Perniagaan 3766 adalah tulen.

Nama Sekolah :


Nama Calon :


No. Kad Pengenalan :


Angka Giliran Calon :


Tandatangan Calon :

Tarikh :

Borang perakuan ini mestilah disertakan di bahagian hadapan Tugasan Projek.

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 30 3766/3

Lampiran 3
Senarai Semak dan Penilaian Guru

Semakan 1 Semakan 2 Semakan 3


PROSES TUGASAN
Tarikh Gred Tarikh Gred Tarikh Gred
Taklimat Tugasan oleh Guru
Penyerahan Tajuk
Pengenalan : Tajuk Rancangan Perniagaan
Logo, Visi, Misi dan Objektif Perniagaan
Latar Belakang Perniagaan
Latar Belakang Rakan Kongsi
Kedudukan Tapak Projek
Objektif projek
Analisis Industri
Rancangan Pentadbiran
Rancangan Operasi
Rancangan Pemasaran

Rancangan Kewangan

Ringkasan Eksekutif
Rumusan dan Isi Kandungan
Pembentangan
Penyerahan Rancangan Perniagaan Yang
Lengkap
Penilaian Akhir
Kemasukan Markah On-line ke LPM Sebelum 31 Ogos

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 31 3766/3

Lampiran 4
Borang Penilaian Individu
PERNIAGAAN 3766/3

Nama Calon :

Angka Giliran :

No. K/P :

Elemen 1.0 Kemahiran Mengaplikasi

Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)


1.1 Konsep, Fakta dan Prinsip dalam 2
Perniagaan
1.2 Perisian Komputer Dalam Konteks 2
Perniagaan
Jumlah 4

Purata
Gred Elemen

Elemen 2.0 Kemahiran Menganalisis


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
2.1 Keperluan Modal 4
2.2 Penyata Aliran Tunai 4
2.3 Penyata Kewangan Proforma 4
2.4 Sasaran Jualan dan Harga 4
2.5 Analisis Industri 4
2.6 Analisis Pengeluaran / 3
Analisis Operasi
2.7 Analisis Pemasaran 4
Jumlah 27

Purata
Gred Elemen

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 32 3766/3

Elemen 3.0 Kemahiran Menilai


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
3.1 Sumber Perniagaan 3
3.2 Pengurusan Sumber Fizikal dan
3
Teknologi
3.3 Sumber Pembiayaan Perniagaan 3
Jumlah 9

Purata
Gred Elemen

Elemen 4.0 Kemahiran Mencipta


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
4.1 Kandungan Rancangan Perniagaan 1
4.2 Maklumat dan Bahan 1
Jumlah 2

Purata
Gred Elemen

Elemen 5.0 Pembentangan


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
5.1 Kandungan, susun atur, kelancaran, 4
gaya penyampaian dan bahan
sokongan
Jumlah 4

Purata
Gred Elemen

Elemen 6.0 Nilai Murni


Bil. Aspek Gred Nilai (n) Wajaran (w) (n x w)
6.1 Rasional 1
6.2 Bertanggungjawab 1
6.3 Prihatin 1
6.4 Bersistem 1
Jumlah 4

Purata
Gred Elemen

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 33 3766/3

Gred Keseluruhan
Bil. Elemen Gred Elemen ∑w ∑(n × w)
1.0 Kemahiran Mengaplikasi 4
2.0 Kemahiran Menganalisis 27
3.0 Kemahiran Menilai 9
4.0 Kemahiran Mencipta 2
5.0 Pembentangan 4
6.0 Nilai Murni 4
Jumlah 50
Purata dan Peratus
Gred Keseluruhan

[Lihat halaman sebelah


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
TERHAD 34 3766/3

Lampiran 5
Borang Rumusan Skor Tugasan Projek

Angka Nombor Skor


Bil. Nama Calon Gred
Giliran K/P (%)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10

Dengan ini disahkan bahawa Projek Perniagaan 3766/3 telah dilaksanakan dan
maklumat di atas adalah benar.

Nama Sekolah : ..............................................................

Tandatangan Guru Pentaksir : .........................................

Nama Guru Pentaksir : ....................................................

Tarikh : ..........................................................................

Tandatangan Pengetua : ..................................................

Nama Pengetua dan Cop Rasmi Sekolah : .......................

Tarikh : ..................................


3766/3 © 2018 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

You might also like