You are on page 1of 3

Soalan 1:

i) Suami saya seorang penduduk tetap. Bolehkah dia bekerja bekerja sebagai
Guru Tetap atau Interim?

ii) Saya memiliki Diploma kejuruteraan dalam bidang Automotif. Saya difahamkan
bahawa Kolej Vokasional perlu guru dalam bidang berkaitan. Bolehkah saya
dilantik menjawat jawatan Guru di Kolej Vokasional ini?

Soalan 2:
Saya dahulu adalah seorang Pembantu Tadbir Perkeranian Operasi (PT(PO)) gred N19 di
salah sebuah Sekolah Rendah Sungai Petani. Pada tahun 2017 dalam bulan Januari, saya
telah berjaya dilantik pula sebagai seorang Penolong Pegawai Tadbir di Tourism Malaysia
dan ditempatkan di Putrajaya. Pada masa ini (Jun, 2018), saya masih belum disahkan
dalam perkhidmatan.Saya hendak kembali ke jawatan lama saya sebagai seorang PT(PO).
Saya sudah semak di sekolah lama saya dahulu bahawa masih wujud lagi kekosongan
jawatan disana. Boleh tak saya kembali?

Soalan 3:
Saya pernah diserang penyakit strok sehingga menyebabkan saya tidak dapat bekerja dan
telah dibersarakan atas sebab kesihatan semasa itu. Tetapi saya sekarang sudah pulih dan
mampu bekerja semula. Saya hendak bekerja. Bantulah saya!!!

Soalan 4:
Dalam borang akuan berkanun, seorang calon yang baru melaporkan diri di Jabatan
Pendidikan Wilayah Persekutuan KL telah ditawarkan jawatan sebagai Pembantu
Pengurusan Murid gred N19. Didalam borang akuan berkanun tersebut beliau mengaku
yang dia pernah dibuang Bagaimana kedudukan pelantikan ini?

Soalan 5:
Seorang pegawai (calon yang baru dilantik) telah diarah melaporkan diri Negeri oleh SPP
Sembilan ke 1 Jabatan Pendidikan Walaubagaimanapun, beliau tidak membawa 1.12.2016,
semasa melaporkan diri, sebarang dokumen seperti laporan kesihatan, surat aku janji
seperti yang disyaratkan dalam peraturan 20 (1), P.U.(A) 1/2012. Beliau kemudian lapor diri
semula pada 2.1.2017. Bilakah tarikh pelantikan pegawai diambilkira?
Soalan 6:
Seorang Pembantu Tadbir (PT/PO) gred N19 telah diarah melaporkan diri oleh PSM KPM
pada 2.1.2017 yang lalu ke Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kerana ditawarkan jawatan
sebagai Guru gred DG41. Namun, pegawai berkenaan semasa itu baru 6 hari melahirkan
anak dan sedang cuti bersalin sehingga 26.2.2017. Oleh kerana pegawai berkenaan takut
kehilangan jawatan tersebut, beliau telah melaporkan diri pada 2.1.2017 serta membawa
dokumen seperti laporan kesihatan, surat aku janji tetapi memohon untuk mula bekerja
pada 26.2.2017. Apakah reaksi anda atau tindakan anda dalam hal ini? Bilakah tarikh
sebenar pegawai dilantik sebagai Guru di gred DG41?

Soalan 7:
SPP telah melantik saya semula ke jawatan PTPO Pegawai Gred N19 pada 1.1.2017 yang
lalu. Sebelum ini saya pernah dibuang kerja oleh majikan lama saya semasa saya
berkhidmat di Universiti Utara Malaysia atas jawatan yang sama. Gaji saya semasa itu ialah
RM 2998.73 (T4). Apabila SPP tawarakan gaji pada 1.1.2017 yang lalu saya dapati mereka
telah tawarkan gaji pada RM1352.00. Bukan ke mereka sepatutnya tawarkan gaji yang
sama mengikut gaji saya sebelum dibuang kerja dahulu. Bantu saya dalam hal ini.

Soalan 8:
Saya baru dilantik sebagai seorang Pegawai Penguatkuasa Gred N41 pada 12.7.2016.
Sebelum ini saya adalah seorang Pembantu Penguatkuasa Gred N22 di Jabatan
Pengangkutan Jalan. Gaji saya sebelum ini ialah RM 3200. Bagaimana gaji permulaan saya
sebagai Pegawai Pengautkuasa Gred N41 dikira?
 FaktaGaji:
 Pegawai Penguatkuasa Gred N41 – KGT RM 225
 JGMM : Min RM1910.02 - Max RM6124.32
 Pembantu Penguatkuasa Gred N22 – KGT RM 115 / TPG 1 Oktober

Soalan 9:
Saya seorang bekas pembantu chef di hotel bertaraf 4 bintang. Saya telah berkhidmat
selama 8 tahun. Namun pada masa ini, saya telah dilantik sebagai seorang Penolong
Pegawai Penyediaan Makanan Gred C29 pada 12.8.2016. Bagaimana gaji permulaan saya
sebagai Penolong Pegawai Penyediaan Makanan Gred C27 dikira? Bolehkah tempoh
pengalaman saya semasa bekerja selama 8 tahun di hotel dikira. Saya juga pernah bekerja
selama 2 tahun di sebuah restoran sebagai tukang masak sebelum saya dilantik ke jawatan
ini .
Soalan 10:
Encik Farid bercadang untuk meletakkan jawatannya sebagai Pembantu Makmal Gred C17
(Tetap) di Agensi Remote Sensing Malaysia kerana mendapat tawaran baru di salah
sebuah agensi swasta.
(a) Sebagai Pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di agensi tersebut, apakah
langkah-langkah yang patut anda cadangkan kepada Encik Farid untuk meletakkan
jawatan?

(b) Sekiranya Encik Farid telah mengemukakan notis peletakan jawatan pada 23 Oktober
2014, bilakah tarikh kuat kuasa notis peletakan jawatan tersebut?
(c) Pada 5 Disember 2014, Encik Farid mendapati kerja baharu beliau di agensi swasta
tidak menepati minat beliau di dalam bidang sains. Beliau telah menghubungi anda,
pegawai di Bahagian Sumber Manusia di Agensi terdahulu, dan merayu untuk menarik
balik notis peletakan jawatan tersebut dengan mengemukakan surat bertulis kepada anda.
Bolehkah anda, selaku pegawai di Bahagian Sumber Manusia di agensi tersebut menerima
notis penarikan peletakan jawatan tersebut memandangkan pegawai tersebut telah
mengemukakan notis bertulis?

Soalan 11:
Pegawai A: PTPO (N17), KPM
Pegawai B: PTPO (N17), RISDA
Pegawai C: PTPO (N17), Negeri Kedah
Mulai 1 Oktober 2013, ketiga-tiga pegawai ini telah ditawarkan jawatan Penghulu Gred
NP27 di bawah pentadbiran negeri yang mana pihak berkuasa melantik adalah pihak SPA
Perak. Oleh yang demikian, pentadbiran ini berpendapat bahawa berdasarkan kepada
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2012 Para 57, bagi kes Pegawai A, B dan C - Peletakan jawatan tidak perlu
tetapi pegawai perlu membuat Pelepasan Jawatan sahaja. Pohon mendapat pengesahan
dari pihak tuan sama ada teratur atau sebaliknya.

You might also like