You are on page 1of 1

Vokal Belakang

Vokal belakang sempit [u]. Untuk menghasilkan bunyi [u] ini dengan mengangkat
belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara. Bentuk bibir
dibundarkan. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut dan pita
suara digetarkan. Contoh perkataannya ialah ulas, ubat, ukur, ulat, udang, ulang, usia ubi, ucap
dan umur.

Salah satu vokal belakang ialah vokal separuh sempit [o]. Bunyi dihasilkan
dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggi dan tempat yang
paling rendah. Keadaan bibir pula dibundarkan. Contoh perkataannya ialah orang, otot, obor,
otak, organ, opera dan objek.
Vokal belakang ialah sejenis bunyi vokal yang mana lidah ditempatkan di belakang
sekali dalam mulut tanpa menghasilkan penjerutan yang akan menghasilkan konsonan.
Adakalanya, bokal belakang digelar vokal gelap kerana kedengaran lebih gelap
berbanding vokal depan.[1] Vokal-vokal belakang yang dikenal pasti oleh Abjad Fonetik
Antarabangsa (IPA) ialah:

 vokal tak bundar belakang sempit [ɯ]


 vokal bundar belakang sempit [u]
 vokal tak bundar belakang separuh sempit [ɤ]
 vokal bundar belakang separuh sempit [o]
 vokal tak bundar belakang separuh luas [ʌ]
 vokal bundar belakang separuh luas [ɔ]
 vokal tak bundar belakang luas [ɑ]
 vokal bundar belakang luas [ɒ]

You might also like