You are on page 1of 105

KONFLIK SELATAN FILIPINA: PUNCA, KESAN DAN

MUHAMMAD FAQRUL NAIM BIN A. KARIM

KERJASAMA DALAM MENYELESAIKAN KONFLIK

MUHAMMAAD FAQRUL NAIM BIN A. KARIM

SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI (KEPUJIAN)

FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN


BSS

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA


JUN 2020

JUN 2020
KONFLIK SELATAN FILIPINA: PUNCA, KESAN DAN KERJASAMA

DALAM MENYELESAIKAN KONFLIK

Oleh
MUHAMMAAD FAQRUL NAIM BIN A. KARIM

PROJEK SARJANA MUDA INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI

SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGIJAZAHAN

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJIAN STRATEGI

(BSS)

FAKULTI PENGAJIAN DAN PENGURUSAN PERTAHANAN

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

JUN 2020

i
PERAKUAN HAK CIPTA

Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dan atau membuat


Salinan mana – mana bahagian bab, ilustrasi atau isi kandungan ilmiah ini dalam
apa jua bentuk dan dengan cara apa jua pun sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanika, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari Dekan
Fakulti Pengajian Pengurusan dan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional
Malaysia.

ii
PERAKUAN PELAJAR

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali, petikan, huraian dan
ringkasan yang tiap – tiap satunya telah dinyatakan sumbernya.

Saya juga menyerahkan hakcipta ini kepada pihak Fakulti Pengajian Pengurusan
dan Pertahanan bagi tujuan penerbitan jika didapati sesuai.

Tarikh serahan
(Tandatangan Pelajar)

Setelah diteliti Projek Sarjana Muda yang bertajuk Konflik Selatan Filipina:
Punca, Kesan Dan Kerjasama Dalam Menyelesaikan Konflik yang diusahakan
oleh Muhammad Faqrul Naim bin A. Karim, No Matrik 2170870 kajian ini
diterima sebagai memenuhi syarat Pengijazahan Program Sarjana Muda Pengajian
Strategi dengan Kepujian.

Diperakukan oleh:

Nama dan tandatangan Penyelia

Tarikh:

iii
ABSTRAK

Konflik yang berlaku dalam sesebuah wilayah sememangnya memberi kesan kepada
semua pihak yang berhampiran dengan wilayah tersebut. Tanpa disedari konflik
Selatan Filipina telah berlanjutan melebihi 300 tahun usianya dan telah memberi
kesan yang sangat mendalam terhadap rakyat serta negara Filipina itu sendiri.
Penentangan yang diberi oleh Bangsamoro berteraskan kedaulatan dan maruah
kerana mereka ingin mempertahankan tanah air yang telah mereka diami sejak
bertahun lamanya sebelum kedatangan penjajah barat. Walaupun Filipina telah
memperolehi kemerdekaan pada 1946 namun konflik dalaman negara tersebut tetap
masih berlaku sehingga sekarang. Pertukaran pemerintah Filipina silih beganti dan
pelbagai usaha telah dilakukan mengikut corak pemerintahan namun tetap tidak
berjaya. Kerjasama dari pelbagai pihak sangat diperlukan bagi membantu
menyelesaikan konflik dalaman Filipina terutama negara jiran seperti Malaysia.
Konsep prosper thy neighbour yang diamalkan oleh Malaysia menjadi penguat dan
faktor Malaysia untuk membantu negara jiran yang mengalami masalah seperti
Filipina. Penglibatan Malaysia dalam proses pendamaian antara kerajaan Filipina
dan Moro Islamic Liberation Front (MILF) merupakan salah satu usaha Malaysia
untuk mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara. Hal ini kerana, konflik
Selatan Filipina memberi kesan terhadap keselamatan rakyat dan negara Malaysia
seperti aktiviti kumpulan pengganas Selatan Filipina seperti Kumpulan Abu Sayyaf
yang melakukan penculikan di perairan Sabah. Bahkan, isu pendatang haram
daripada Filipina yang membanjiri Sabah telah menimbulkan pelbagai aktiviti
jenayah yang telah memberi ancaman terhadap rakyat Sabah. Jalan penyelesaian
yang lebih efektif perlu dilakukan dengan segera agar segala kerugian dan kematian
semua pihak dapat dikurangkan dan secara tidak dapat menghalang konflik Selatan
Filipina daripada terus berlaku.

iv
ABSTRACT

Conflicts that occur within a region do affect everyone who is close to the territory.
Unbeknownst to the conflict the South of the Philippines has been going on for over
300 years and has had a profound impact on the people and the country itself. The
resistance given by the Bangsamoro is based on sovereignty and dignity because
they want to defend the homeland they have lived in for years before the advent of
western colonizers. Although the Philippines gained independence in 1946, the
country's internal conflict still prevails to this day. The success of the Philippine
government was interchangeable and various attempts were made in a governmental
manner but without success. Collaboration from various parties is essential to help
resolve Philippine internal conflicts, especially neighboring countries such as
Malaysia. The concept of prosper thy neighborhood practiced by Malaysia is a
strengthening and a factor of Malaysia in helping neighboring countries with
problems like the Philippines. Malaysia's involvement in the reconciliation process
between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front (MILF)
is one of Malaysia's efforts to defend its sovereignty and national interests. This is
because, the South Philippine conflict has affected the security of the people and the
country of Malaysia such as the activities of South Philippine terrorists such as the
Abu Sayyaf Group who abducted the Sabah waters. In fact, the issue of illegal
immigrants from the Philippines flooding Sabah has led to various criminal
activities that have threatened the people of Sabah. More effective solutions should
be taken immediately so that all losses and deaths can be minimized and prevent the
South Philippine conflict from continuing.

v
PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah


S.W.T. kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tesis
ini dengan jayanya walaupun perlu menempuh pelbagai dugaan dan rintangan.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhinggan kepada Encik Azrul Azlan bin Abdul Rahman selaku penyelia saya di
atas kesabaran, sokongan, panduan dan nasihat serta bimbingan yang diberikan
banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tesis ini. Segala bantuan,
semangan, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar dan membantu
saya menjadi seorang pelajar yang baik. tidak dilupakan kepada barisan pensyarah
dan staf teknikal Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan, Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia yang sudi berkongi pengalaman dan tenaga sepanjang
pengajian ini. Segala pengalaman yang dilalui amatlah saya hargai.
Jutaan terima kasih juga kepada keluarga tercinta terutama kedua ibu bapa saya iaitu
A. Karim bin Ali Seman dan Zamzam binti Abd Aziz yang sentiasa menitipkan doa –
doa untuk keberkatan saya di sini. Mereka juga banyak menyokong saya dari
segenap segi rohani dan kewangan untuk memastikan saya berjaya menamatkan
pengajian saya dengan cemerlang.
Saya juga ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada sahabat – sahabat
yang sanggup berkongsi ilmu, maklumat dan segala jenis bantuan yang saya
dambakan khususnya dalam menghasilkan tesis ini. Ketahuilah segala bentuk
bantuan anda semua akan saya kenang sampai bila – bila.
Sebelum menutup bicara, saya ingin menyampaikan sekalung terima kasih kepada
semua pihak sama ada terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
pembikinan tesis saya ini. Kesudiaan anda amatlah saya hargai. Terima kasih semua.

vi
SENARAI RAJAH

RAJAH 2 Peta negara Filipina


Sumber: The Country Called the Philippines [Photograph]. (n.d.). Retrieved from
https://www.google.com/search?q=peta+filipina

vii
SENARAI SINGKATAN

ASG Abu Sayyaf Group

MILF Moro Islamic Liberation Front

MNLF Moro National Liberation Front

ASEAN Association of Southeast Asian Nations

NGO Non – Government Organisation

TNC Transnational Corporation

IGO Inter – Government Organisation

UKM Universiti Kebangsaan Malaysia

UM Universiti Malaya

UPNM Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

AFP Armed Force of Philippine

CPP Communist Party of the Philippines

NDF National Democratic Front

ISIS The Islamic State

viii
ESSCOM Eastern Sabah Security Command

ESSZONE Eastern Sabah Security Zone

OIC Organisation of Islamic Cooperation

NAVFORWEM Naval Forces Western Mindanao

PKF Parti Komunis Filipina

BPCG Border Patrol Committee Group

SOP Standard Operational Procedures

PNSC Philippines Navy Southern Command

HQ COMNAV 2 Headquarters Command the Naval Region 2

ARMM Autonomous Region of Muslim Mindanao

ix
ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKASURAT

PERAKUAN HAK CIPTA ii

PERAKUAN PELAJAR iii

ABSTRAK / ABSTRACT iv – v

PENGHARGAAN vi

SENARAI RAJAH vii

SENARAI SINGKATAN viii – ix

ISI KANDUNGAN x - xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN 1–7

1.2 PENYATAAN MASALAH 7 – 10

1.3 OBJEKTIF KAJIAN 10

1.4 ULASAN KARYA 10 – 14

1.5 KERANGKA KONSEPTUAL 14 – 18

1.6 METODOLOGI KAJIAN 18 – 19

1.7 KAEDAH KAJIAN 20

1.7.1 Sumber Data 20

1.7.2 Kaedah Menganalisis Data 20 – 21

1.7.3 Analisa Kandungan 22 – 24

1.8 PEMBAHAGIAN BAB 24 – 25

BAB 2 SEJARAH FILIPINA YANG MENJADI

x
PUNCA KONFLIK
2.1 PENDAHULUAN 26 – 27

2.2 SEJARAH AWAL FILIPINA 27 – 29

2.3 LATAR BELAKANG KONFLIK 29 – 30

2.4 ZAMAN PENJAJAHAN SEPANYOL 30 – 32

2.4.1 Gospel, Gold & Glory 32 – 33

2.4.2 Sistem Encomienda 33 – 35

2.4.3 Sistem Polo, Sistem Vandala & Sistem 35 – 37


Cedula
2.4.4 Pengkristianan Rakyat Filipina 37 – 39

2.5 ZAMAN PENJAJAHAN AMERIKA 39 – 40


SYARIKAT
2.5.1 Keterbukaan Corak Pemerintahan 40 – 41

2.5.2 Perubahan Sosial Masyarakat 41

2.5.3 Jurang Ekonomi Masyarakat 42

2.5.4 Pengisytiharan Kemerdekaan 42 – 43

2.6 PEMBANTAIAN JABIDAH (JABIDAH 43 – 45


MASSACARE)
2.7 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA 45 – 46

2.8 KESIMPULAN 46 – 47

BAB 3 KESAN KONFLIK TERHADAP FILIPINA


DAN MALAYSIA
3.1 PENGENALAN 48 – 49

3.2 KONSEP KESELAMATAN 49 – 50

3.3 KONSEP KESELAMATAN NASIONAL 51 – 52

3.4 KESAN KONFLIK TERHADAP FILIPINA 52 – 54

xi
3.4.1 Peningkatan Kadar Kematian 54 – 55

3.4.2 Kemusnahan Harta Benda 55 – 56

3.4.3 Pembaziran Sumber 56 – 57

3.4.4 Peningkatan Aktiviti Keganasan 57 – 58

3.5 KESAN KONFLIK TERHADAP MALAYSIA 58 – 59

3.5.1 Aktiviti Perlanunan (Mundu) di Perairan 59 – 61


Sabah
3.5.2 Kebanjiran Pendatang Asing Filipina di 61 – 62
Sabah
3.5.3 Serangan Terhadap Sabah 63 – 64

3.6 PEMBENTUKAN KUMPULAN MILITAN 64 – 65

3.6.1 Moro National Liberation Front (MNLF) 65 – 67

3.6.2 Moro Islamic Liberation Front (MILF) 67 – 68

3.6.3 Abu Sayyaf Group (ASG) 68 – 69

3.7 KESIMPULAN 69 – 71

BAB 4 USAHA MENYELESAIKAN KONFLIK

4.1 PENGENALAN 72 – 73

4.2 KONSEP PROSPER THY NEIGHBOUR 73 – 75

4.3 USAHA KERAJAAN FILIPINA 75

4.3.1 Presiden Ferdinand Marcos 75 – 76

4.3.2 Presiden Corazon Aquino 77

4.3.3 Presiden Fidel V. Ramos 78 – 79

4.4 KERJASAMA ANTARA FILIPINA – 79


MALAYSIA
4.4.1 Kerjasama Keselamatan Bersama 80 – 82

xii
4.5 KESIMPULAN 82 – 83

BAB 5 PENUTUP 84 – 86

BIBILIOGRAFI 87 – 93

xiii
BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Konflik yang kerap berlaku dalam sesebuah wilayah seringkali dikaitkan dengan

pertembungan budaya dan agama antara kumpulan yang berbeza kerana kesukaran

mencapai kesepakatan setiap kumpulan yang mempunyai matlamat dan objektif

mereka tersendiri. Cadangan atau idea untuk berkerjasama dan berdamai kurang

mendapat persetujuan terutama konflik yang berlaku adalah berkonsepkan agama

dan budaya kerana nilai dalam sesuatu agama dan budaya telah menetapkan

peraturan tentang perkara yang perlu dipertahankan dan perkara yang perlu

dihindarkan.

Jelaslah, berdasarkan penyataan di atas dapat dikenalpasti bahawa konflik yang

berlaku di Selatan Filipina mempunyai hubungan dengan pertembungan budaya dan

agama antara pihak pemisah yang ingin mempertahankan hak mereka sejak dari

zaman dahulu dengan pihak kerajaan Filipina. Sebagai bukti, perjuangan orang Moro

yang menentang Sepanyol bermula sejak 1565.1 Konflik Moro yang berlaku di

Filipina merupakan salah satu konflik yang paling lama pernah terjadi dalam sejarah

Asia dan Asia Tenggara.

Hal ini kerana, semasa zaman kolonial Sepanyol wilayah Mindanao-Sulu yang

terletak di bahagian Selatan Filipina merupakan satu wilayah yang bebas yang

mempunyai pemerintahan mereka sendiri. Namun, wilayah tersebut dijadikan

1
Harun. R (2017, Oktober 17). Journal of Nusantara Studies (JONUS): Konflik Selatan Filipina: Isu,
Cabaran dan Penyelesaian. Retrieved from
https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/download/170/122

1
sebagai sebahagian daripada wilayah jajahan Sepanyol sedangkan pada masa tersebut

kawasan Mindanao - Sulu tidak pernah dikuasai atau ditakluki secara sah oleh

Sepanyol (Huang, Musembi & Petronic, 2012).2 Hal ini menyebabkan semua orang

Mindanao - Sulu yang majoritinya menganut agama Islam telah bersama-sama

menentang Sepanyol.

Perkataan Moro merupakan satu gelaran yang diberikan kepada penduduk Islam di

Filipina yang diberi oleh orang Sepanyol yang mana perkataan asalnya adalah

“Moors”. Gelaran ini pada asalnya diberi kepada penduduk Utara Barat Afrika yang

beragama Islam apabila mereka berjaya menawan Sepanyol pada 711 masihi. 3 Pada

zaman dahulu, masyarakat Eropah menggunakan istilah “Moors” sebagai gelaran

terhadap orang Arab dan Afrika Muslim yang berkulit hitam. Setibanya penjajah

Sepanyol ke wilayah Sulu dan Mindanao, mereka menggelarkan orang-orang Islam

di kawasan tersebut sebagai Moro.

Perkara ini berlanjutan apabila Amerika Syarikat berjaya mendapatkan Filipina

daripada Sepanyol selepas Sepanyol kalah dalam peperangan menentang Amerika

Syarikat pada tahun 1898.4 Penentangan bangsa Moro tidak terhenti disini namun

sebaliknya mereka tetap menentang penjajah Amerika Syarikat sehingga

mengakibatkan pertempuran berdarah antara rakyat Mindanao – Sulu yang beragama

Islam dengan penjajah Amerika Syarikat. Peperangan tersebut tidak dimenangi oleh

mana-mana pihak sama ada Amerika Syarikat mahupun bangsa Moro itu sendiri.

2
Ibid.
3
Admin. (2019). Sejarah Awal Kedatangan Islam di Selatan Filipina. Retrived September 15, 2019,
from https://www.harum.org.my/ms/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
4
James H. Blount, The American Occupation of the Philippines 1898-1912. Quezon City: Malaya
Books Inc, 1968, Oscar M. Alfonso, Theodore Roosevelt and the Philippines

2
Sebaliknya penentangan tersebut berakhir dengan satu perjanjian yang dikenali

dengan “Treaty Bates” yang dimeterai pada 22 Ogos 1899. Namun, pada tahun 1902

Amerika Syarikat telah membuat satu tindakan yang telah mengubah sejarah Filipina

yang mana mereka telah memasukkan wilayah Mindanao – Sulu dalam pembentukan

negara Filipina dan menyebabkan “Treaty Bates” terbatal serta merta. Selain itu,

Amerika Syarikat juga telah menghapuskan kesultanan di Mindanao-Sulu pada tahun

1940 dan memasukkan ke dalam sistem pemerintahan Filipina yang baharu. 5 Ianya

bertujuan bagi membentuk satu negara Filipina atau kata mudahnya adalah memberi

kemerdekaan kepada Filipina.

Walaupun Filipina diberikan kemerdekaan selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua

pada tahun 1946 oleh Amerika Syarikat, namun keadaan dan politik dalaman Filipina

masih tidak dapat dikawal atau ditadbir sepenuhnya sebagai sebuah negara merdeka

yang berdaulat dan mempunyai kawalan atau kuasa sepenuhnya terhadap negara. Hal

ini kerana orang-orang Moro masih menuntut hak dan keadilan kepada pemerintahan

pusat iaitu ingin membentuk satu wilayah Islam di bawah acuan pentadbiran mereka

sendiri tanpa penglibatan mana-mana pihak.6

Selepas kemerdekaan diserahkan kepada kerajaan pusat Filipina, nasib rakyat di

kawasan selatan Filipina yang majoritinya beragama Islam telah berubah sama

sekali. Hal ini kerana, majoriti rakyat selatan Filipina menganggap bahawa rakyat

yang beragama islam ditindas dan tidak mendapat hak mereka secara adil. Mereka

beranggapan telah didominasi oleh rakyat Filipina yang beragama Kristian. Kerajaan

5
Zakaria. (2010). Proses Resolusi Konflik Bangsa Moro di Filipina Selatan (1968-1998). Retrieved
September 15, 2019, from http://zakariahiuin.blogspot.com/2010/11/proses-resolusi-konflik-bangsa-
moro-di.html
6
Che Man, W. K. (1990). Muslim separation: The Moros of Southern Phillipines and the Malays of
Southern Thailand. Singapore: Oxford Univercity Press.

3
pada ketika itu juga telah memandang sebelah mata terhadap rakyat beragama Islam

yang mana mereka tidak mengakui hukum dan adat bangsa Moro yang sekian lama

telah diamalkan.7 Kerajaan mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang adil

kerana mereka sehingga bangsa Moro dan rakyat yang beragama Islam menjadi satu

kaum yang minoriti.

Perkara ini telah menimbulkan iri hati dan perasaan dendam dalam diri rakyat Moro

terhadap pemerintahan Filipina sehingga mereka nekad melakukan serangan

terhadap pusat pemerintahan Filipina di Manila. Konflik terus tercetus dan

berkembang sehingga menimbulkan ketegangan antara rakyat bangsa Moro Islam

dengan pemerintah Filipina. Selepas berlakunya beberapa rentetan peristiwa

penentangan, wujud satu kumpulan yang yang mempunyai matlamat untuk

menubuhkan Republik bangsa Moro. Kumpulan tersebut adalah Moro National

Liberation Front (MNLF) diterajui oleh Nur Misuari yang berazam untuk

membebaskan wilayah Mindanao-Sulu dan bangsa Moro dari kerajaan Filipina.8

Hal ini telah menyebabkan terdapat sebilangan masyarakat dunia luar terutamanya

Barat begitu fokus melabelkan kumpulan Islam sebagai pengganas, dengan gelaran

terrorist (teroris) mahupun extremist (ekstremis atau radikalis). (Yaakob & Long,

2015; hlmn. 58).9 Ditambah pula dengan konflik di kawasan Timur Arab yang

berkonsepkan agama, secara tidak langsung masyarakat Islam di kawasan Asia

Tenggara umumnya di Filipina turut dilabel sebagai pengganas. Seperti yang ketahui,

Islam telah menerapkan nilai-nilai dan pengajaran serta larangan untuk membuat

7
Admin. (2019). Sejarah Awal Kedatangan Islam di Selatan Filipina. Retrieved September 15, 2019,
from https://www.harum.org.my/ms/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
8
Ibid
9
Abu Hassan, A. S. (2016). Daesh: Kebangkitan dan Pengaruh Media Sosial, 32 (2), 382
http://journalarticle.ukm.my/10511/1/16487-46320-1-SM.pdf.

4
kemungkaran dan keganasan di atas muka bumi. Jadi, keganasan dan konflik yang

berlaku di Selatan Filipina bukan semuanya berpunca daripada masyarakat Islam itu

sendiri.

Hal ini kerana mereka ingin menuntut hak dan keadilan mereka sebagai penduduk

asal di wilayah mereka sejak dari Kesultanan Melayu Sulu 1457-1917 Masihi. Syed

Muhammad Naquib Al-Atas dalam bukunya “Historical Fact and Fiction” dan

tarsila Magindanao, belia menyatakan bahawa kewujudan Islam di Filipina telah ada

seawal abad ke 13 apabila kemasukan pendakwah berbangsa Arab yang digelar Tuan

Masha’ika menjejakkan kakinya di Kepulauan Sulu.10

Kewujudan ideologi berbentuk radikal dan keganasan terus berkembang mengikut

peredaran zaman yang mana telah mempengaruhi fikiran individu terhadap perbuatan

yang memberi kesan yang negatif kepada semua pihak. Antara perbuatan negatif

tersebut adalah penculikan, penderaan, rompakan, peperangan, pembunuhan,

pengeboman dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan terdapat individu yang

terpengaruh dengan semangat jihad yang dimanipulasi oleh individu atau kumpulan

yang tidak bertanggungjawab dengan sengaja mengambil kesempatan untuk

menjatuhkan sesebuah kumpulan lain, wilayah dan negara terutama apabila berkaitan

dengan Islam.

Bagi aspek antarabangsa pula, dapat dilihat dari segi kesan konflik terhadap negara

yang berhampiran. Keganasan dan konflik yang berlaku di Filipina ini sememangnya

memberi kesan terhadap negara jiran terutama kepada Malaysia. Negara yang

10
Admin. (2019). Sejarah Awal Kedatangan Islam di Selatan Filipina. Retrieved September 17, 2019,
from https://www.harum.org.my/ms/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/.

5
berhampiran akan terkena tempias akibat daripada konflik yang berlaku. Sebagai

contoh, Malaysia pernah dilabel sebagi “hub pengganas” untuk mendapatkan

bantuan dan pusat latihan pengganas. Semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia,

kerajaan Indonesia terutamanya pemimpin mereka pada ketika itu iaitu Sukarno telah

mencetuskan konflik menjadi lebih besar apabila menuduh Malaysia menghulurkan

bantuan kepada pihak pemberontak Indonesia yang menentang kerajaan pada ketika

itu. Perkara ini berlaku lagi apabila Filipina turut mengumumkan perkara yang sama.

Selain itu, konflik ini juga memberi ancaman keselamatan terhadap negara dan

rakyat Malaysia terutama di kawasan sempadan yang berhampiran dengan wilayah

Filipina yang mana sering berlaku penculikan terhadap rakyat Malaysia dan

pelancong luar yang melancong di Sabah dan secara tidak langsung peristiwa ini

telah memburukkan nama Malaysia sebagai negara yang berdaulat. Sebagai bukti,

dari tahun 2016 hingga 2019 telah berlaku sembilan kes penculikan yang mana

kebanyakan mereka adalah rakyat tempatan yang bekerja sebagai nelayan di perairan

Sabah.11

Pelbagai kerjasama serantau telah dilakukan bagi menyelesaikan konflik dalaman

Filipina antara Malaysia dengan pemerintahan pusat Filipina agar semua pihak dapat

hidup dalam keadaan aman dan selesa serta keadilan dapat ditegakkan dan

memberikan sesuatu hak kepada kumpulan yang layak menerimanya. Walaupun

Malaysia sering menerima tempias dan kesan dengan apa yang berlaku di Selatan

Filipina namun kerjasama dan hubungan yang rapat sejak sekian lama, sedikit

11
Bernama. (2019). Bernama.Com Pastikan Benar. Kronologi Penculikan di Sabah Sejak 2016.
Retrieved September, 18, 2019, from http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1736610

6
sebanyak telah membantu kerajaan pusat Filipina dan kumpulan pemisah

mengadakan rundingan damai yang mana Malaysia berfungis sebagai perantaraan

atau orang tengah semasa proses pendamaian.

Namun, sejarah konflik bersenjata antara kerajaan pusat Filipina dengan pihak

pemisah tidak pernah terhenti dan sering menemui jalan buntu. Sejak kebelakangan

ini terdapat banyak konflik bersenjata yang memerlukan gandingan kerjasama antara

negara bagi menyelesaikan konflik yang berlaku. Sebagai contoh, serangan daripada

satu kumpulan militan daripada Filipina iaitu “Kesultanan Sulu” pada 9 Febuari 2013

ke atas Sabah di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu telah

menggemparkan kerajaan dan rakyat Malaysia. Walaupun negara jiran seperti

Malaysia sering diserang oleh kumpulan militan yang beroperasi dalam kawasan

Filipina, namun kerjasama antara kedua-dua negara tetap diteruskan bagi

menghentikan pergerakan dan aktiviti pengganas bahkan, hubungan antara kedua-

dua negara terus kukuh tanpa wujud sebarang pertelingkahan antara kedua belah

negara.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Konflik yang kian meruncing dalam negara Filipina telah memberi kegusaran kepada

semua pihak terutama kepada rakyat yang menjadi mangsa dan pemerintah negara.

Serangan demi serangan yang dilakukan oleh pihak pemisah seperti Abu Sayyaf

Group (ASG), Barisan Pembebasan Islam Moro atau Moro Islamic Liberation Front

(MILF), Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro atau Moro National Liberation

Front (MNLF) dan sebagainya terhadap kerajaan Filipina telah mencetuskan konflik

7
yang melibatkan rakyat serta negara jiran seperti Malaysia. Serangan yang dilakukan

Tentera Diraja Sulu terhadap Sabah pada 9 Febuari 2013 telah menggemparkan

kedua dua negara terutama Malaysia. Serangan yang bertujuan untuk menuntut

kembali wilayah dan hak mereka yang telah diwarisi sejak sekian lama itu menemui

jalan buntu. Namun, sudah semestinya peristiwa itu menjadi salah satu sejarah hitam

kepada rakyat dan kerajaan Malaysia kerana ianya melibatkan kedaulatan negara dan

telah menyebabkan beberapa anggota keselamatan negara terkorban di medan

perang.

Perkara yang menjadi punca dan penyebab berlakunya konflik di Filipina perlu

diketahui umum supaya semua pihak yang terlibat memperolehi apa yang diingini

secara adil dan saksama. Sejarah Filipina membuktikan bahawa rakyat Filipina yang

beragama Islam telah ditindas dan dilayan dengan tidak adil dan perkara ini telah

menjadi punca berlakunya kebangkitan pengganas yang berperang atau

memberontak untuk agama dan menuntut keadilan.

Sudah semestinya konflik dalam negara akan memberi kesan terhadap negara jiran

terutama kepada Malaysia yang mempunyai sempadan yang hanya dipisahkan oleh

lautan sahaja. Kebebasan kumpulan-kumpulan pemisah melalui perairan Malaysia

dan Filipina telah memberi pelbagai masalah terhadap kedua-dua negara. Pelbagai

isu telah timbul seperti penculikan warga Malaysia atau pelancong asing di sekitar

pulau-pulau percutian di Sabah, aktiviti lanun, perniagaan pasaran gelap,

pemerdagangan manusia dan sebagainya. Secara tidak langsung, perkara tersebut

memberi kesan dan memburukkan nama Malaysia yang tidak terlibat langsung dalam

konflik dalaman Filipina.

8
Konflik ini juga memberi impak yang besar terhadap individu yang tidak bersalah

namun terlibat dalam konflik, terhadap sosial sesuatu masyarakat umumnya di

Filipina itu sendiri dan negara jiran. Bahkan, struktur politik dalam negara juga boleh

terancam kerana ketidakseimbangan dan keamanan negara yang terjejas. Politik

antara negara juga boleh terjejas kerana kesan yang terpaksa diterima oleh negara

lain akibat daripada konflik dalaman ini. Begitu juga dengan ekonomi negara

Filipina itu sendiri yang mana terpaksa menanggung kerugian akibat daripada

kerosakan dan kemusnahan yang berlaku sepanjang berlakunya konflik. Sebagai

contoh, dari tahun 1970-2001 kerajaan Filipina terpaksa menanggung kerugian

dianggarkan sekitar $2 - $3 bilion.12

Kerjasama pelbagai pihak adalah penting untuk menyelesaikan masalah yang

berlarutan ini terutama kerjasama dari negara luar seperti negara jiran. Ini amat

penting bagi memastikan kerjasama penjagaan sempadan kedua-dua negara dapat

dijalankan bagi membanteras pergerakan kumpulan-kumpulan yang menimbulkan

konflik. Kerjasama rantau antara negara ASEAN juga amatlah diperlukan bagi

memastikan rantau ASEAN berada dalam keadaan aman dan selamat tanpa meminta

bantuan daripada kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat yang mempunyai

kepentingan mereka sendiri di rantau ASEAN ini. Jalinan kerjasama semua pihak

perlu dipertingkatkan demi menjaga kebajikan bersama terutama antara negara yang

mampu memberi impak yang positif bagi memastikan keadaan dalam yang harmoni.

Oleh itu, kajian ini dihasilkan bagi mengupas dan menganalisa kerjasma antara

negara terutama antara Malaysia dan Filipina dalam memastikan keamanan sejagat.

12
Judd. M (2005, February 24). Social Development Papers Conflict Prevention and Reconstruction:
The Mindanao Conflict in The Philippiens: Roots, Costs and Potential Peace Dividend
http://siteresources.worldbank.org/INTCPR/214578-1111996036679/20482477/WP24_Web.pdf

9
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk:

i. Mengenal pasti sejarah Filipina yang menjadi punca tercetusnya konflik

dalam negara tersebut

ii. Mengkaji kesan – kesan konflik terhadap negara Filipina dan Malaysia

iii. Menganalisa usaha kerajaan Filipina dan Malaysia dalam usaha untuk

menyelesaikan konflik

1.4 ULASAN KARYA

Ricardo (2003) adalah mengenai tentang asal usul bangsa Moro, pembentukan

kumpulan-kumpulan daripada bangsa ini iaitu Moro National Liberation Front

(MNLF) yang berpecah kepada kumpulan kecil iaitu Moro Islamic Liberation Front

(MILF) dan Abu Sayyaf Group (ASG). Tesis tersebut menyatakan tentang masalah

etnik terutama di Selatan Filipina adalah penyebab kepada berlakunya konflik

dalaman di Filipina.13 Masalah etnik di Filipina adalah masalah yang telah lama

berlaku iaitu sejak penjajahan kuasa Barat lagi. Tesis ini dijadikan sebagai rujukan

untuk mengetahui lebih mendalam lagi mengenai punca berlakunya konflik di

Filipina yang mempunyai banyak kaitan dengan bangsa Moro. Secara tidak

langsung, ianya dapat mengetahui kesan - kesan daripada berlakunya konflik yang

berlarutan dan seterusnya dapat digunapakai untuk kajian ini.

13
David, Ricardo A. (2003) The causes and prospect of the Southern Philippines secessionist
movement. Retrived from https://calhoun.nps.edu/bitstream/handle/10945/6213/03Dec_David.pdf?
sequence=1&isAllowed=y

10
Brown (2001) mengenalpasti beberapa faktor yang menyebabkan keganasan atau

konflik berlaku dalam kalangan etnik sesebuah negara terutama dalam konflik di

selatan Filipina. Antara faktor-faktornya adalah faktor politik, faktor politik, faktor

sosial dan juga faktor persepsi budaya.14 Menurut Brown ahli politik atau pemerintah

sesuatu kerajaan menentukan arah politik negara dengan menggunakan pendekatan

sama ada secara aman atau kekerasan. Brown juga menyatakan bahawa sejarah

sangat penting yang boleh menentukan risiko perang. Dalam erti kata lain, negara

yang mempunyai konflik dalam peratusan untuk jatuh atau terperangkap dalam

peperangan adalah sangat tinggi. Sumber ini dapat digunapakai untuk menghuraikan

dengan lebih mendalam lagi tentang bagaimana faktor politik memberi kesan kepada

perkara negatif dan positif sepanjang berlakunya konflik. Hal ini kerana selepas

Filipina memperoleh kemerdekaan, setiap pemimpin atau Presiden mempunyai

matlamat dan strategi yang berbeza untuk mentadbir negara. Setiap daripada mereka

mempunyai permainan politik mereka yang tersendiri untuk menyelesaikan konflik

negara dan juga mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia politik.

Pemberontakan yang dilakukan oleh Moro Islamic Liberation Front (MILF) di

Selatan Filipina adalah konflik etnik antara majoriti Kristian dan minoriti umat Islam

yang telah berlaku sejak dari dulu lagi. Menurut Collier (2000) dominasi sesuatu

etnik antara 45% - 95% cukup untuk menimbulkan konflik dalam negara sama ada

berpihak kepada kerajaan pusat atau pihak pemberontak. 15 Beliau menyatakan lagi

bahawa dominasi lebih daripada 45% sudah memadai dalam sistem demokrasi untuk

14
Michael E. Brown, “Ethic and Internal Conflicts: Causes and Implications: Turbulent Peace the
Challenges of Managing International Conflict, (Washington, D.C.: United Institute of Peace Press)
2001, 211
15
Collier. P (2000) Economic Causes of Civil Conflict and Their Implications for Policy. Retrieved
from https://siteresources.worldbank.org/DEC/Resources/econonmic_causes_of_civilwar.pdf

11
memberi sesuatu kumpulan atau etnik mendapat kawalan atau pengaruh yang besar.

Hal ini menyebabkan etnik minoriti terbatas untuk bersuara atau kurang hak dan

keadilan mereka kerana kekuatan politik yang tidak kukuh. Sumber ini dapat

dikaitkan dengan julat penduduk di Filipina yang sedikit sebanyak menjadi faktor

kepada konflik yang berlaku ini. Di Filipina, orang Kristian menguasai negara

tersebut sebanyak 92%, sekitar 81% penduduk Filipina adalah Katolik manakala bagi

umat Islam pula hanyalah sebanyak 4.5% sahaja.16 Umat Islam di Filipina lebih

tertumpu di kawasan selatan yang mana banyak konflik berlaku di kawasan tersebut.

Sebagai negara yang berdaulat yang mengamalkan prinsip prosper thy nighbours¸

Malaysia berusaha untuk membantu menyelesaikan konflik yang berlaku di Filipina

dengan menjadi pihak perantaraan antara kerajaan Filipina dan pihak pemisah

semasa dalam proses pendamaian. Menurut kajian daripada Ramli Dollah dan Eko

Prayitno Joko (2015) kejayaan Malaysia yang mempunyai kestabilan ekonomi dan

politik serta budaya masyarkat yang harmoni telah menjadikan Malaysia sebagai role

model kepada negara yang sedang membangun khususnya negara jiran. Pengamalan

prinsip prosper thy nighbours adalah untuk mewujudkan keadaan serantau yang

aman tanpa gangguan anasir luar. Prinsip ini secara jelas membuktikan kesungguhan

Malaysia dalam membantu menyelesaikan konflik dalaman Filipina.17 Walaupun

kajian ini menjelaskan tentang prinsip Malaysia dalam menjaga keamanan serantau,

namun masih berlaku konflik antara dua negara ini. Jesteru, kajian saya akan

menerangkan lagi usaha dan kerjasama antara Filipina dan Malaysia bagi

16
Dollah. R, Joko. Prayitno. E. (2015). Dasar Memakmurkan Jiran Dan Penglibatan Malaysia Dalam
Proses Keamanan Di Selatan Filipina. Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/9475/1/Ramli_Dollah_and_Eko_Prayitno_Joko_Jebat_42%281%29_July
_2015.pdf
17
Ibid

12
menyelesaikan konflik antara negara dan konflik dalaman negara Filipina yang mana

terdapat usaha Malaysia menjadi orang tengan atau perantaraan antara kerajaan

Filipina dan kumpulan militan.

Undang – undang yang digubal membantu mengenalpasti fakta dan keputusan

mengenai pemilikan terhadap wilayah dan kedaulatan Sabah. Menurut Rusli dan

Mazlan (2013) terdapat beberapa kaedah pengambilalihan wilayah di bawah undang-

undang antarabangsa yang terdiri daripada penaklukan, preskripsi dan penyerahan. 18

Menurut beliau, dalam hal tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah tidak dapat

dilaksanakan kerana Kesultanan Sulu tidak membuat sebarang bantahan semasa

kemasukan wilayah Sabah dalam pembentukan Malaysia. Secara tidak langsung,

pengambilalihan wilayah Sabah oleh Malaysia diterima dan diiktiraf secara

muktamad kerana tiada sebarang reaksi dan bantahan dari mana – mana pihak

terutama Kesultanan Sulu. Namun, semenjak ini wujud tuntutan Sabah daripada

waris Kesultanan Sulu yang telah membawa konflik antara dua negara. Hal ini dapat

dikaitkan dengan bagaimana kerajaan Malaysia mendapatkan wilayah Sabah dan

menjadikannya sebagai wilayah yang berdaulat mengikut pentadbiran kerajaan

Malaysia. Perkara ini berlaku pada tahun 1962 dengan menggunakan Suruhanjaya

Cobbold yang mana pembentukan Persekutuan Malaysia ditentukan hasil daripada

pengutan persetujuan rakyat Sabah dan Serawak.19

1.5 KERANGKA KONSEPTUAL


18
Rusli. H, Mazlan. Azmi. (2013). Sultan of Sulu’s Sabah Claim: A Case of ‘Long-Lost’ Sovereignty.
Retrieved September 20, 2019, from https://www.rsis.edu.sg/rsis-publication/rsis/1933-sultan-of-
sulus-sabah-claim/#.XhSgmUczZEY
19
Razak. R. (2003). Gagasan Malaysia dan Penglibatan British. Retrieved September 20, 2019, from
http://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf

13
Di bahagian ini akan membincangkan konsep dan teori yang akan diguna dalam

kajian bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam masalah kajian ini.

Konstruktivisme merupakan salah satu teori baharu yang muncul selepas dunia

dikuasai sekian lama oleh teori Marxist, Liberlisme dan Realisme.20 Istilah

konstruktivisme diambil daripada perkataan Constuct yang membawa maksud

membina. Teori konsruktivisme ini mula dikenali apabila seorang penulis yang

bernama Ludwik Fleck menghasilkan buku The Genesis and Development of a

Scientifict Fact yang diterbitkan di dalam bahasa Jerman pada tahun 1935.21 Dalam

buku tersebut, Fleck memperkenalkan konsep berfikir yang merangkumi perilaku

berfikir, budaya, keilmuan dan pendidikan yang mana semua elemen ini akan

mewujudkan persepsi dan cara dalam menghasilkan teori. Konstruktivisme

diperkembangkan dalam dunia hubungan antarabangsa selepas berkahirnya era

Perang Dingin iaitu menjelang tahun akhir 80 an.

Ahli pemikir konstruktivisme atau konstruktivist berpendapat bahawa sikap sesebuah

negara menyerupai sikap manusia seperti manusia ego yang mementingkan diri.

Keadaaan sekeliling dan peredaran zaman memainkan peranan yang penting yang

mana ia mampu mempengaruhi sikap manusia dan secara tidak langsung akan

mengubah sesuatu negara dari segi dasar dan kepentingan negara tersebut. Perkara

ini membawa maksud bahawa setiap perkara yang membawa kebaikan kepada

negara seperti kepentingan negara (National Interest) telah ditetapkan mengikut

kehendak dan sikap manusia seperti pemimpin negara pada waktu tersebut. 22 Identiti

negara juga memain peranan di mana ianya terbentuk dari norma dan budaya dalam

20
John M. Hobson, The State and International Relations, Cambridge University Press, 2000, hlm 87.
21
Ibid.
22
Adem, Saifudein, Anarchy, order and power in world politics: A comparative analysis, Ashgate
pub, 2002, hlm 50.

14
negara yang telah sedia ada dan identiti negara berubah mengikut norma dan budaya

dalam negara. Ini membawa maksud bahawa identiti negara dan kepentingan negara

merupakan suatu yang boleh diubah seperti sikap manusia yang boleh dibentuk.

Begitu juga dengan keadaan politik dunia yang memaksa negara melakukan

perubahan sekiranya sesuatu negara mahu terus wujud dalam sistem hubungan

antarabangsa.23

Hubungan antarabangsa antara negara dan institusi antarabangsa seperti NGO (Non-

government organisation), TNC (Transnational corporation) dan IGO (inter-

government organisation) adalah satu perkara yang berlaku dalam teori

konstruktivisme walaupun ia telah diperkenalkan terlebih dahulu dalam liberlisme.

Institusi antarabangsa ini penting dalam mengatur kepentingan negara kerana ia

meliputi aspek undang-undang, regim dan diplomasi. 24 Menurut konstruktivist,

hubungan antarabangsa berdasarkan konstruktivisme boleh dibentuk melalui konflik

dan kerjasama antara negara.25 Jadi dapat dilihat bahawa setiap negara sangat perlu

menjaga hubungan demi kepentingan negara agar tiada sebarang tindakan yang akan

dikenakan seperti ketenteraan, sekatan bekalan ekonomi dan sebagainya sekiranya

melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Perkongsian maklumat,

pengalaman dan pengetahuan antara negara amatlah penting dalam menjaga

hubungan negara yang mana ia mengambil kira persekitaran untuk kelangsungan

negara. Negara sebaiknya tidak mengadakan hubungan dengan negara yang

mengamalkan corak pemerintahan rejim. Hal ini kerana menurut konstruktivisme,


23
Ibid
24
Azizan. I., Othman, Z, Rashila. R, (2011) Konstruktivisme sosial dan hubungan antarabangsa
Malaysia = Social constructivism and Malaysia’s international relations. Retrieved September 21,
from 2019 http://journalarticle.ukm.my/1883/
25
Holsti, K.J., International Politics: A Frameworks for Analysis, Englewood Cliff, New Jersey:
Prentice-Hall, 1997, hlm. 357.

15
corak pemerintahan rejim akan merosakkan sistem pemerintahan kerana sifat rejim

yang tidak boleh bekerjasama.26

Menurut konstruktivist, persamaan budaya di antara aktor akan memudahkan

kerjasama dan berkemungkinan tiada konflik yang akan berlaku. 27 Sebagai contoh

hubungan antara Malaysia dan Indonesia yang mempunyai persamaan dari segi

budaya Melayu dan agama iaitu Islam. Maka, sekiranya terdapat perselisihan faham

antara kedua negara ianya dapat diselesaikan dengan aman tanpa sebarang konflik

tercetus.

Namun kini, isu budaya dan agama sering kali dijadikan punca dalam sesebuah

konflik. Sebagai contoh, isu agama yang berlaku dalam konflik di Asia Barat yang

melibatkan hampir sebilangan besar negara Arab yang telah mencemarkan nama baik

agama Islam sehingga menyebabkan masyarakat memandang hina terhadap

masyarkat Islam. Mereka menggangap Islam adalah agama yang melahirkan

pengganas dan punca kepada berlakunya sesuatau keganasan.

Kaitan teori konstruktivisme dengan kajian adalah dari segi persamaan budaya antara

negara yang bersempadan iaitu Sabah dan wilayah Selatan Filipina seperti

Kepulauan Sulu, Zamboanga, Mindanao dan sebagainya. Persamaan budaya antara

dua negara ini bukan baru sahaja wujud, malah persamaan ini telah wujud sejak

beratus tahun yang dahulu. Hal ini kerana dapat dilihat dari segi sejarah yang mana

kedua dua kawasan ini merupakan satu gagasan Kepulauan Melayu yang terkenal

dengan kehebatan sejarah yang telah dihapuskan. Faktor jarak juga memain peranan

26
Martin Grifftin & Tery O`Callaghan, International Relations: The Key Concepts, Routladse,
Natanla, 2002, hlm 345.
27
Ibid

16
yang penting kerana jarak antara kedua dua negara hanya terpisah beberapa

kilometer sahaja.

Sebagai contoh, kawasan Lahad Datu yang menjadi rebutan Kesultanan Sulu

mempunyai persamaan budaya yang sama dengan mereka. Nama Lahad Datu sahaja

telah membuktikan persamaan budaya yang sangat kuat iaitu “Lahad” yang

membawa maksud tempat manakala “Datu” pula adalah gelaran bagi pembesar

masyarakat Suluk semasa era Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu (Hassan dan

Dollah, 2018).28 Nama Lahad Datu mula diperkenalkan dan digunapakai semasa

penghijrahan golongan datu daripada kerajaan Suluk yang diketuai oleh Datu Puti

sebelum tahun 1879 akibat daripada penyerahan kuasa kawasan Borneo Utara oleh

Sultan Brunei kepada Sultan Sulu (Musa, 2013).29 Berdasarkan sejarah, komuniti

Suluk sudah tinggal di wilayah Sabah sejak ribuan tahun dahulu kerana perluasan

empayar Kesultanan Sulu suatu ketika dahulu. Hal ini menyebabkan pelbagai adat

resam budaya telah wujud di kawasan tersebut.30

Kepelbagaian kaum telah menyebabkan wujudnya agama, bahasa, adat istiadat dan

pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi. Antara contoh suku kaum di Lahad

Datu seperti kaum Idahan, Dusun Subpan, Dusun Bagahak, Bajau, China, Kokos,

Jawa, Iranun, Sulu, Melayu Brunei, Bugis, Kadazan – Dusun, Timor, Tidong, Jawa,

Sungai dan Kadayan. Suku etnik Bajau dan Sulu merupakan suku yang berasal

daripada selatan Filipina dan telah menetap lama di Sabah iaitu sejak abad ke-17

manakala suku etnik Bugis dan Jawa pula berasal daripada Sulawesi dan Jawa,

28
Marining. A, Othman. Z, Mohd Radzi. M, Abdul Rahim. M. S (2019) Komuniti Suluk Dan
Persoalan Migrasi ‘Sirih Pulang Ke Gagang. Retrieved September 211, 2019 from
file:///C:/Users/MS/Downloads/1678-Article%20Text-4443-3-10-20190517.pdf
29
Ibid
30
Ibid

17
Indonesia yang menetap sejak tahun 1960-an lagi (Rashid, 2013).31 Kewujudan

penduduk berketurunan etnik daripada Filipina dan Indonesia ini menyebabkan

migrasi penduduk ke wilayah Sabah tidak pernah putus sehingga pada masa kini.

1.6 METODOLOGI KAJIAN

Penyelidikan melibatkan satu proses yang sistematik. Keperluan asas dalam proses

ini adalah untuk mengumpul data yang relevan dan sah. Pelbagai kaedah boleh

digunakan dalam proses pengumpulan data bergantung kepada jenis pengajian,

sebagai kaedah yang berbeza akan sesuai untuk menangani soalan-soalan

penyelidikan yang berbeza. Dalam menentukan kaedah yang paling sesuai,

penyelarasan tiga konsep asas dalam reka bentuk penyelidikan, iaitu epistemologi,

metodologi penyelidikan (yang juga dikenali sebagai strategi siasatan) dan kaedah

penyelidikan, akan memastikan bahawa proses penyelidikan keseluruhan dan

penemuan akan dibenarkan memuaskan.32

Dalam usaha untuk fokuskan kepada ketiga-tiga objektif tersebut pengkaji

menggunakan kaedah kualitatif iaitu menggunakan kaedah penghuraian, kajian

sejarah dan kajian kes, Hal ini kerana kaedah kualitatif cenderung kearah bidang

Sains Sosial. 33

31
Wan. S, Dollah. R. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia. Retrieved
September 21, 2019, from https://www.academia.edu/22822477/ISU-
ISU_KESELAMATAN_SABAH_DAN_IMPAK_KEPADA_MALAYSIA_Issues_in_Sabah_Securit
y_and_Its_Impact_to_Malaysia
32
Khadijah Mohamed. 2012. Trademark Counterfeiting: Comparative Legal Analysis On
Enforcement Within Malaysia and The United Kingdom and at Their Borders. Phd Thesis. In Law at
Newcastle Law School, Newcastle University
33
Punch, K .1998. Introduction to Social Research: Quantitative and Qualitative Approaches,
London, Sage

18
Kaedah kualitatif cenderung kearah bidang antropologi, kemasyarakatan, linguistik,

sosiologi dan sejarah. Selain itu, kaedah kualitatif iaitu membina tujuan untuk

melengkapkan teori, meningkatkan kefahaman, menghuraikan kenyataan,

menyatakan kejadian semulajadi dan menerangkan kejadian. 34 Dari sudut reka bentuk

kajian, Kaedah kualitatif berbentuk pemerhatian, pemerhatian peserta, rujukan

maklumat dokumentasi dan kajian kes. Dari sudut sampel pula, Manakala kaedah

kualitatif pula, sampel yang diambil berskala kecil, persampelan bukan

kebarangkalian dan pemilihan sampel dengan mempunyai tujuan berdasarkan

penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik. Keupayaan keputusan yang

digeneralisasikan adalah tinggi dengan menggunakan kaedah kualitatif berbanding

kaedah kajian kuantitatif.

Melihat perbezaan dari segi data, manakala kaedah kualitatif pula menjurus kearah

penghuraian deskriptif, nota pandangan, catatan verbal, rakaman pemerhatian atau

temubual dan maklumat dari bahan dokumentasi. 35 Dari sudut analisis data, kaedah

kualitatif pula menganalisis secara tertutup, dalam jangka masa yang panjang dan

secara mendalam. 36

Oleh kerana itu, penyelidik berpendapat bahawa kaedah kajian kualitatif lebih

bersesuaian digunakan dalam kajian ini berbanding kaedah kajian kuantitatif.

1.7 KAEDAH KAJIAN

1.7.1 Sumber Data

34
Ibid
35
Ibid
36
Ibid

19
Kepelbagaian dalam sumber adalah penting bukan sahaja kerana ianya melibatkan

nilai yang berbeza-beza dalam konteks kajian tetapi ianya memberikan hasil yang

berbeza-beza dalam aspek Sains Sosial.37 Data yang digunakan didalam kajian ini

adalah daripada sumber sekunder.

Dalam konteks sains sosial, “sumber sekunder” pula merujuk kepada maklumat yang

dihasilkan selepas kejadian berlaku yg mana pengkaji tidak menyaksikan sendiri

situasi ditempat kejadian. Ia termasuklah data seperti majalah, buku, akhbar dan

data-data daripada kajian terdahulu, kes kajian, rekod perpustakaan dan data internet.

Data sekunder dalam konteks ini mungkin akan menghasilkan analisis yang lebih

mendalam terhadap data yang telah wujud dengan adanya interpretasi terkini yang

berbeza dengan kajian terdahulu.38

1.7.2 Kaedah Menganalisis Data

Kaedah analisis dokumen merupakan salah satu jenis metod yang sering digunakan

dalam metodologi penelitian sosial yang berkaitan dengan teknik pengumpulan data

terutama sekali metod ini banyak digunakan dalam lingkup kajian Sains Sosial. Hal

ini kerana sebahagian besar fakta dan data sosial banyak tersimpan dalam bahan-

bahan yang berbentuk dokumen bertulis. Data dalam penelitian kualitatif kebanyakan

diperoleh dari sumber manusia, melalui dokumen, dan foto.39

37
Mahoney, J & Goertz, G. (2006) A Tale of Two Cultures: Contrasting Quantitative and
Qualitative Research, Journal of Political Analysis, vol14. hlmn 227–249
38
Ibid
39
Cropley. A (2019). Introduction to Qualitative Research Methods. Retireved from
http://www.hu.liu.se/larc/utbildning-information/scientific-methodology/course-literature-and-
links/1.253567/Qualitative20Content20Analysis_1.pdf

20
Metod kualitatif menggunakan beberapa bentuk pengumpulan data seperti transkrip,

temubual, pemerhatian, serta analisis kandungan. Data tersebut dianalisis dengan

tetap mempertahankan keaslian. Hal ini dilakukan kerana tujuan penelitian kualitatif

adalah untuk memahami fenomena dari sudut pandang peserta, konteks sosial dan

institusi. Pendekatan kualitatif umumnya bersifat induktif. Selain itu, di dalam

penelitian kualitatif juga terdapat tata cara pengumpulan data yang lazim, iaitu

melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian kepustakaan ialah cara

mengkaji sumber tertulis seperti dokumen, laporan tahunan dan peraturan

perundangan. Pengumpulan data melalui kajian lapangan berkait dengan situasi

alamiah. Penyelidik mengumpulkan data dengan sacara langsung dengan situasi

lapangan, misalnya mengamati pemerhatian, temubual atau, diskusi kelompok

(Focused group discussion).40

Oleh kerana itu, penyelidik merasakan bahawa kajian analisis dokumen ini sesuai

dijadikan kaedah kajian bagi mengkaji permasalahan kajian yang telah dinyatakan

sepertimana di atas. Hal ini adalah kerana penyelidik akan menggunakan dokumen

dalam mendapatkan dapatan kajian.41

1.7.3 Analisis Kandungan

Selain itu juga penyelidik turut menggunakan Analisis kandungan sebagai salah satu

kaedah menganalisis data. Analisis kandungan secara kajian kualitatif berbeza

daripada analisis kandungan kuantitatif yang lebih mementingkan angka dan

pengiraan secara objektif serta melihat aspek tersurat semata-mata. Sedangkan


40
Ibid
41
Ibid

21
analisis kandungan kualitatif lebih melihat teks sebagai interpretasi makna secara

dalaman dan objektif.42

Kajian analisis kandungan sama ada kualitatif mahupun kuantitatif banyak digunakan

dalam bidang media dan komunikasi – untuk menganalisis dokumen – seperti

akhbar, televisyen dan juga filem. Namun, kajian kualitatif turut menggunakan

analisis kandungan bagi menganalisis tema-tema daripada kajian lepas.43

Terdapat sarjana penyelidikan kualitatif seperti Berg, Mayring dan Hsieh dan

Shannon membezakan analisis kandungan (kualitatif) sebagai kelebihan dalam

meneliti isi media berdasarkan context dan process. Aspek konteks dilihat melalui

isi kandungan utama secara tersirat (latent content) manakala aspek process

melibatkan proses interpretasi teks yang dijalankan secara teliti dan berulang-ulang

kali.44

Zhang dan Wildermuth (2009) menyatakan terdapat lapan langkah penting yang

terkandung dalam proses analisis kandungan kualitatif melalui pengumpulan dan

penganalisaan data iaitu persediaan data, mentakrifkan unit analisis, membina

kategori dan skema pengekodan, menguji skema pengekodan melalui teks sampel,

pengekodan teks, menilai ketekalan pengekodan, kesimpulan daripada data yang

telah dikod, dan laporan kaedah dan hasil kajian. Analisis kandungan kualitatif akan

dianalisis menggunakan analisis tema dengan pengekodan dan pengkategorian.

Selalunya, proses analisis data berlaku secara berterusan dan non - linear.45

42
Azmi. J (2014). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/41091/
43
Ibid
44
Ibid
45
Ibid

22
Bagi memperolehi data dan maklumat sekunder melalui kajian kepustakaan, data dan

maklumat akan diperolehi melalui dokumen bercetak seperti buku dan artikel

berkaitan hubungan antarabangsa, jurnal hubungan antarabangsa seperti Asian

Perspective, Asian Survey, RUSI Journals, Pacific Affairs, International Security,

International Studies Review, World Politics,The Copenhagen Journal of Asian

Studies dan sebagainya yang mempunyai perbahasan kritikal dan komprehensif

mengenai isu yang berkaitan dengan IS. Selain itu, kajian akan turut mendapatkan

data dan maklumat dari majalah bertaraf ilmiah seperti ASIAWEEK, TIMES, Foreign

Policy, Jane’s Defence, Asia Times, Perajurit dan lain-lain berkaitan kajian. Dalam

pada itu, data dan maklumat juga akan diperolehi dari akhbar perdana luar negara

yang terpilih seperti The New York Times, USA Today, Washington Post, dan

seumpamanya yang akan dapat membantu kajian mendapatkan maklumat dan berita

semasa sebagai maklumat tambahan yang signifikan kepada kajian.

Kajian ini akan mula mengumpulkan data dan maklumat melalui dokumen bercetak

ini dari pusat percernaan ilmu seperti perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM yang

memiliki pelbagai bahan ilmiah dan jurnal mengenai kajian strategi dan hubungan

antarabangsa khususnya bagi rantau Asia Timur Laut, Perpustakaan Universiti

Malaya, UM yang mempunyai koleksi buku dan jurnal berkaitan kajian,

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim, UPNM yang turut mempunyai koleksi dan bahan

ilmiah dan jurnal yang berkaitan dengan kajian.

1.8 PEMBAHAGIAN BAB

23
Kertas kajian yang dihasilkan ini telah dibahagikan kepada lima bab yang meliputi

keseluruhan tajuk kajian. Bab pertama menerangkan mengenai tajuk kajian yang

dihasilkan. Bab ini juga pembaca dapat melihat secara terperinci mengenai objektif

kajian, persoalan kajian, signifikan kajian, kajian literasi dan kaedah kajian.

Pengenalan yang terdapat dalam bab pertama ini adalah untuk memberi gambaran

tentang tajuk kajian kepada pembaca bagi meneruskan pembacaan kertas kajian yang

telah dihasilkan dan menjadi panduan kepada kerja penghasilan bab-bab yang

seterusnya mengikut ketetapan objektif yang ingin dicapai bagi menjawab setiap

persoalan yang ingin dirungkai.

Seterusnya, dalam bab kedua pula merupakan bahagian pelampiran fakta yang

merangkumi kajian sejarah dan latar belakang mengenai kedatangan penjajah

Sepanyol yang memberi kesan kepada rakyat Filipina yang beragama Islam. Dalam

bab ini menerangkan bagaimana rakyat islam ditindas dan dilayan dengan tidak adil

dari zaman penjajahan Sepanyol, zaman pemerintahan Amerika Syarikat dari tahun

1890-an hingga semasa perang dunia kedua dan hingga pemerintahan kerajaan

Filipina yang sedia ada. Hal ini menyebabkan kebangkitan rakyat beragama islam

terutama bangsa Moro bangkit menentang penjajah dan kerajaan bagi menuntut

kebebasan dan kemerdekaan.

Selain itu, dalam bab ketiga pula membincangkan tentang kesan konflik dari

bermulanya konflik sehingga ke hari ini. Pada bab ini juga menerangkan kesan

terhadap rakyat dan negara Filipina itu sendiri. Bahkan, kesan terhadap negara jiran

iaitu Malaysia juga turut dibincangkan kerana Malaysia merupakan negara yang

sering menerima tempias akibat konflik yang berlaku. Sebagi contoh, serangan

24
daripada Keturunan Sultan Sulu pada tahun 2013 yang menyerang Lahad Datu

kerana tuntutan mereka terhadap Sabah yang diwarisi mereka sejak sekian lama.

Pengkaji juga akan menerangkan serba sedikit mengenai pembentukan kumpulan

militan yang menentang kerajaan Filipina demi menuntut hak dan kemerdekaan yang

mereka ingini.

Melalui bab keempat pula, penulis mengenal pasti dan menganalisa tentang usaha

kerajaan Filipina dan kerjasama antara Filipina dan Malaysia bagi menyelesaikan

masalah yang telah berlaku yang kebanyakannya memberi kesan yang buruk

terhadap kedua dua negara. Malaysia sebagai negara yang berhampiran dengan

Filipina cuba membantu Filipina menyelesaikan konflik dalam negara mereka kerana

Malaysia berpegang dengan konsep Prosper thy neighbour yang merupakan

sambungan daripada konsep Keselamatan Bersama (common security).

Seterusnya, dalam bab lima merupakan tentang penutupan dan rumusan yang

merangkumi pendapat, kesimpulan serta ulasan keseluruhan yang telah dibuat.

Sebarang komen dan cadangan yang berkaitan dengan kajian akan disimpulkan

dalam bab terakhir ini.

BAB 2

SEJARAH FILIPINA YANG MENJADI PUNCA KONFLIK

2.1 PENDAHULUAN

25
Dalam bab ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai sejarah Filipina sebagai sebuah

negara yang telah dijajah oleh kuasa penjajah iaitu Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Perkara asas untuk menyelesaikan konflik yang berlarutan di Selatan Filipina adalah

dengan mengenalpasti punca dan sejarah awal negara Filipina. Penjajahan yang

memakan masa melebihi 300 tahun telah memberi kesan terhadap rakyat dan negara

Filipina sehingga telah mengubah sejarah negara tersebut. Sepanjang penjajahan

Sepanyol dan Amerika, pelbagai jenis sistem dan pentadbiran yang telah diwujudkan

demi kepentingan mereka sendiri. Kewujudan perkara ini secara tidak langsung telah

mendapat tentangan yang sangat dasyat daripada penduduk tempatan sehingga

menimbulkan konflik yang berlanjutan sehingga sekarang.46

Kemerdekaan Filipina yang diberikan oleh Amerika Syarikat pada tahun 1946 juga

turut memberi kesan terutama kepada golongan masyarakat yang beragama Islam

yang mendiami sekitar kawasan Selatan Filipina. Keinginan masyarakat Islam untuk

memerintah wilayah sendiri dengan membentuk pentadbiran sendiri tidak tercapai

kerana tidak mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada ketika itu.47

Pasca kemerdekaan, pentadbiran negara Filipina dimonopoli oleh kerajaan yang

beragama Kristian. Sebahagian penduduk Islam di Selatan Filipina beranggapan

bahawa mereka sering ditindas dan dipinggirkan oleh kerajaan mereka sendiri.

Sebilangan besar pemimpin dan rakyat Filipina mengabaikan undang-undang dan

adat masyarakat di Selatan Filipina sehingga menimbulkan konflik antara agama dan

wujud penentangan dari masyarakat Islam terhadap kerajaan Filipina.

46
Muslim, Macapado, The Moro Armed Struggle in the Philippines: The Non-Violent Autonomy
Alternative (Marawi City: Mindanao State University, 1994).
47
Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge: Cambridge
University Press, hlm. 256.

26
2.2 SEJARAH AWAL FILIPINA

RAJAH 2 Peta negara Filipina

Sumber: The Country Called the Philippines [Photograph]. (n.d.). Retrieved from

https://www.google.com/search?q=peta+filipina

Filipina merupakan negara yang terdiri daripada beberapa pecahan pulau serta

dikelilingi oleh Laut China Selatan dan Laut Filipina. Kedudukan geografi yang

strategik serta kaya dengan sumber semula jadi yang merangkumi hasil di lautan dan

27
daratan telah menarik minat penjajah asing untuk bertapak di Filipina sejak dahulu

lagi. Begitu juga dengan kewujudan gunung berapi yang aktif di sebahagian pulau –

pulau di Filipina yang menyebabkan kawasan tanah di sekitar tersebut sangat subur

serta sesuai untuk pertanian.

Lokasi Filipina yang strategik telah menyebabkan kawasan tersebut menjadi

tumpuan sebagai pusat perdagangan sama ada domestik ataupun antarabangsa. Pada

abad ke 10 sehingga awal abad ke 16, sektor perdagangan Filipina dikuasai oleh

penduduk tempatan yang beragama Islam dan juga pedagang dari Arab.48 Ini jelas

membuktikan bahawa Filipina dahulu adalah sebuah kuasa besar yang dikuasai oleh

Islam.

Pendapat sejarah lain pula, Filipina adalah sebuah kerajaan Islam dan berkait rapat

dengan masyarakat Melayu kerana pecahan-pecahan pulau di Filipina mempunyai

persamaan dengan masyarakat di Malaysia, Brunei dan Indonesia. Pendapat ini

berhujah bahawa semua negara di Asia Tenggara merupakan satu ras darah melayu

Austronesia yang berkongsi pelbagai persamaan terutama dari segi bahasa dan

budaya.49

Filipina terdahulu adalah sebuah kerajaan Islam yang memiliki populasi seramai

98% penduduknya adalah beragama Islam dan mempunyai kemajuan dari segi

teknologi, bidang ilmu, perdagangan dan menguasai ilmu pelayaran.50 Namun,

segalanya musnah setelah kerakusan penjajah Sepanyol pada tahun 1565 yang

48
Admin. (2019). Sejarah Awal Kedatangan Islam di Selatan Filipina. Retrived September 24, 2019,
from https://www.harum.org.my/ms/sejarah-awal-kedatangan-islam-di-selatan-filipina/
49
Omar. A. (2011). Asal Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya. Retreived September 27,
2019 from https://core.ac.uk/download/pdf/11492181.pdf
50
Ibid

28
menjajah dan memusnahkan peradaban Islam dan Melayu di Filipina. 51 Sebagai bukti

yang dapat dilihat sehingga sekarang adalah nama ibu kota Filipina iaitu Manila. Hal

ini kerana pada asalnya nama tersebut adalah ‘Fi Amanillah’ yang membawa maksud

‘Di bawah perlindungan Allah’ namun oleh kerana kebencian penjajah Sepanyol

yang beragama Kristian terhadap Islam, mereka menukar nama ‘Fi Amanillah’

kepada Manila.52 Manakala bagi nama Filipina pula bersempena dengan nama Raja

Phillip II yang merupakan Raja Sepanyol. Sebutan “Philippine” ini diberikan oleh

Ferdinand Magellhand yang merupakan orang Sepanyol yang pertama menjejakkan

kaki di Filipina pada tahun 1521.53

2.3 LATAR BELAKANG KONFLIK

Tuntutan kemerdekaan dan keinginan mentadbir negara menggunakan sistem dan

pegangan tersendiri merupakan penyebab utama berlakunya konflik di Selatan

Filipina. Majoriti penduduk Filipina yang beragama Islam menolak cara pentadbiran

kerajaan sejak daripada pemerintahan penjajah Sepanyol, Amerika Syarikat dan

kerajaan Filipina yang terkini kerana dipengaruhi oleh agama Kristian.54 Beberapa

tahun selepas kemerdekaan Filipina, masyarakat Islam Filipina hidup dalam keadaan

yang penuh kemiskinan, diskriminasi dan tidak mendapat perhatian dari kerajaan

Filipina.55

51
Sidek. N. (2019). Kisah Kejatuhan Pengaruh Islam di Negara Filipina. Retrieved September 27,
2019 from https://iluminasi.com/bm/kisah-kejatuhan-pengaruh-islam-di-negara-filipina.html
52
Ibid
53
D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor: 1981, hlm, 297
54
Syaiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta: Pustaka LP3ES,
1993, hlm. 46.
55
Ibid

29
Kewujudan sistem daripada penjajah asing yang mementingkan diri sendiri juga

mendapat tentangan daripada penduduk. Proses untuk mengkristiankan dan

membaratkan penduduk Fillipina telah berjaya dilakukan oleh Sepanyol dan Amerika

sehingga membawa perubahan kepada bilangan penganut agama di Filipina.

Usaha untuk menguasai autonomi kerajaan Filipina terhadap wilayah Selatan Filipina

terus dijalankan sehingga membarakan lagi api konflik antara dua pihak.

Pertembungan dua agama yang mempunyai sejarah hitam antara keduanya juga telah

menyebabkan sering berlaku pertempuran kecil yang mengorbankan kedua dua

pihak.56

2.4 ZAMAN PENJAJAHAN SEPANYOL

Sebelum kedatangan Sepanyol, bangsa Moro telah mempunyai sistem dan corak

pemerintahan mereka tersendiri. Pada pertengahan kurun ke 15, Sultan Shariff ul-

Hashim telah menubuhkan Kesultanan Sulu dan diikuti dengan penubuhan

Kesultanan Magindanaw yang diasas oleh Shariff Muhammad Kabungsuwan pada

kurun ke 16.57 Kerajaan – kerajaan ini juga telah mengadakan hubungan diplomatik

dan menjalankan perdagangan dengan negara asing seperti China. Kerajaan Islam di

Filipina pada waktu itu berkembang secara meluas dan mampu mempertahankan

kedaulatan mereka daripada penjajahan barat.

56
Maisanrn Nasima. (2016). Filipina Negara Islam Yang Dimurtadkan? Retrieved September 27,
2019 from https://atikanisma.blogspot.com/2016/06/filipina-negara-islam-yang-di-murtadkan.html?
m=1
57
Lingga. M. (2007). The Role of Third Parties in the Mindanao Peace Process. In Kreuzer. P,
Werning. R. (Eds.), Voices from Moro Land (pp. 41). Selangor, Malaysia.

30
Kedatangan penjajah Sepanyol pada mulanya sedikit sebanyak telah menggugat

kerajaan Islam di Filipina yang telah menyebabkan Sepanyol memerlukan masa yang

lama untuk menguasai keseluruhan Filipina walaupun kemenangan Sepanyol

tersebut tidak disokong oleh rakyat dan kerajaan di Selatan Filipina. Tujuan utama

penjajahan Sepanyol adalah kerana ingin meluaskan pengaruh dan tanah jajahan

serta menyebarkan ideologi atau fahaman Kristian ke seluruh kawasan Filipina. 58

Namun, tentangan yang sangat sengit telah diberikan oleh rakyat Filipina umumnya

yang beragama Islam. Hal ini kerana bangsa Moro atau rakyat Filipina pada ketika

itu sudah mempunyai kekuatan dan teknologi ketenteraan dan kuasa maritim yang

sangat kuat yang mampu mempertahankan tanah air mereka.59

Walaupun tentangan sengit telah diberikan, Sepanyol tetap berjaya menguasai

beberapa kerajaan dan kawasan di sekitar pulau – pulau Filipina. Namun tidak

menguasai sepenuhnya terutama di kawasan Selatan Filipina yang dikuasai oleh

majoriti bangsa Moro yang beragama Islam. Namun demikian, penjajah Sepanyol

tetap mengisytiharkan bahawa mereka telah berjaya menguasai sepenuhnya negara

Filipina pada ketika itu. Hal ini telah membangkitkan lagi kemarahan bangsa Moro

di Selatan Filipina. Jadi, secara logiknya penyerahan Filipina daripada Sepanyol

kepada Amerika Syarikat dalam The Treaty of Paris 1898 adalah tidak sah kerana

Sepanyol tidak pernah mendapat kemenangan secara mutlak bagi keseluruhan

kawasan jajahan Filipina.60

Penjajahan Sepanyol selama lebih daripada 300 tahun terhadap seluruh tanah jajahan

Filipina telah memberi kesan yang sangat ketara dalam sejarah Filipina itu sendiri
58
Ibid
59
Ibid, 42
60
Ibid, 42

31
terutama terhadap agama Islam.61 Filipina asalnya merupakan sebuah kawasan

kepulauan yang penduduknya majoriti menganut agama Islam telah menerima kesan

yang buruk kerana telah ditindas oleh penjajah. Hal ini kerana sepanjang penjajahan

Sepanyol, ramai rakyat Filipina yang beragama Islam telah dimurtadkan dan

memeluk agama Kristian. Hanya sebilangan kecil rakyat yang beragama Islam

mampu bertahan dan memberi tentangan kepada Sepanyol iaitu di kawasan Selatan

Filipina. Buktinya sekarang, daripada jumlah keseluruhan rakyat Filipina iaitu 94

juta penduduk, hanya 5 % sahaja yang memeluk agama Islam.62

2.4.1 Gospel, Gold & Glory

Penjajahan Sepanyol ke Filipina mempunyai matlamat mereka yang tersendiri demi

memenuhi kepentingan negara dan agama mereka. Sepanyol menggunakan sistem

kuno atau dipanggil Ancient Imperialisme semasa meluaskan kuasa di Filipina.63

Sistem kuno ini mendorong Sepanyol menjajah Filipina dengan mengutamakan tiga

tujuan yang dirancang mereka. Tujuan pertama adalah untuk menguasai perdagangan

rempah ratus dan secara tidak langsung berjaya menandingi kuasa Barat yang lain di

setiap tanah jajahan mereka sendiri. Tujuan kedua adalah untuk menyebarkan lagi

dakyah Krisitan dengan lebih meluas meliputi kawasan China dan Jepun. Tujuan

ketiga adalah untuk mengkristiankan rakyat Filipina yang mana pada ketika itu

majoritinya adalah memeluk agama Islam. Setelah dikaji, tujuan ketiga lebih berjaya
61
Ibid
62
Yakim. M. (2016). Ummah Patani Darussalam. Dengan Sebab Dijajah, Manila Kota Yang Murtad.
Retrieved September 29, 2019 from http://ummahpatani.blogspot.com/2016/04/dengan-sebab-di-
jajah-kafirmanila-kota.html
63
D.G.E Hall, (1981). Sejarah Asia Tenggara, Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
F. Zaide Gregorio, (1963). The Republic of the Government and Cilivization, Philippines: Rex Book
Store Manila.

32
dilakukan oleh Sepanyol semasa menjajah Filipina. Sebagaimana yang disebut oleh

Ratu Isabella (1474 – 1504) dalam surat wasiatnya yang terakhir yang berbunyi:

...Tujuan utama negara kita adalah sentiasa untuk menukarkan agama

penduduk-penduduk pulau-pulau Hindia dan Terra Firma kepada agama

suci kita dan menghantar mereka biskop-biskop, mubaligh dan orang

terpelajar yang lain untuk mengajar, mendidik dan melatih mereka supaya

bertata-tertib...’64

2.4.2 Sistem Encomienda

Perkataan encomenderos berasal daripada Sepanyol iaitu encomendar yang

membawa maksud “untuk mempercayakan” kerana sistem ini digunapakai semasa

zaman penjajahan Sepanyol di setiap tanah jajahannya. 65 Pada asalnya Sepanyol

menggunakan sistem encomenderos di Filipina adalah untuk menjaga keamanaan,

mengutip cukai yang telah dikenakan kepada perdagang dan peniaga serta

mengkristiankan penduduk di Filipina.66 Sistem ini diketuai oleh seorang ketua yang

digelar sebagai encomiendero. Sistem ini juga mengamalkan konsep pemilikan tanah

rakyat tempatan Filipina oleh orang-orang Sepanyol yang menjadi ketua mereka.67

Namun sistem encomienda ini mendapat tentangan yang sengit daripada penduduk

tempatan kerana berlakunya kezaliman yang dilakukan oleh orang Sepanyol yang

menjadi ketua terhadap rakyat tempatan Filipina. Tugas yang diberi kepada
64
Maruwiah Ahmat (Pengamatan Semula), Penjajahan Portugis dan Sepanyol Ke Atas Asia
Tenggara, Publication Karisma, Selangor: 2006, hlm, 126-127.
65
Efferit. (n.d.). Sejarah & Budaya : Kolonialisme dan imperialisme: Tanah Jajahan Sepanyol dan
Sistem Encomienda. Retrieved September 28, 2019, from https://ms.eferrit.com/tanah-jajahan-
sepanyol-dan-sistem-encomienda/
66
Ibid
67
Ibid

33
encomiendero sebagai ketua yang menjaga kepentingan dan melindungi rakyat

Filipina tidak dilakukan dengan baik. Sebaliknya mereka telah melakukan kezaliman

dengan melakukan pemerasan kepada rakyat tempatan yang tidak berkemampuan.

Ramai rakyat Filipina dijual sebagai hamba, didera dengan kejam, dipaksa untuk

membayar cukai yang tinggi dan berlaku penindasan terhadap kaum wanita.

Pembunuhan terhadap rakyat tempatan juga turut berlaku terutamanya yang tinggal

dikawasan pedalaman kerana tiada yang berani untuk menuntut keadilan dan tiada

pihak yang memberi sokongan terhadap mereka.

Masalah rasuah dan penyelewengan berlaku dalam skala yang sangat besar

merangkumi semua peringkat. Tanggungjawab menjadi ketua kerajaan Filipina pada

ketika itu diberi kepada Gabenor Jeneral yang memegang kuasa yang cukup luas.

Antara kuasa sebagai Gabenor Jeneral adalah kuasa dari segi legislatif, pentadbiran,

kehakiman dan kewangan. Selain itu, Gabenor Jeneral juga diberi taraf yang sama

dengan Raja dan ini menyebabkan Gabenor Jeneral bebas untuk melakukan apa

sahaja tindakan dan kesalahan kerana segala tindakan yang diambil oleh Raja

Sepanyol kepada Gabenor Jeneral tidak memberi kesan kepadanya.68

Institusi yang bertanggungjawab untuk mengawasi Gabenor Jeneral iaitu Royal

Audiencia69 dan Visita70 tidak memberikan laporan kepada Raja Sepanyol kerana

mereka telah dirasuah oleh Gabenor.71 Sebagai contoh, Gabenor Jeneral Velario

Weyler (1888-1891) telah menyeleweng duit sebanyak 3,000,000 peso dan


68
Nicholas P. Cushner, Spain in the Philippines from Conquest to Revolution, Quezon City: Ateneo
de Manila University, 1971, hlmn. 154-155
69
Badan Penasihat kepada Gabenor Jeneral yang menjalankan tugas sebagai mendengar rayuan,
penasihat Gabenor Jeneral dan menguatkuasa undang-undang
70
Badan yang bertanggungjawab untuk menyelia Gabenor Jeneral dan memberi laporan kepada Raja
Sepanyol.
71
Tajudin. H. (2010). Kesan Penjajahan Sepanyol dan Amerika Ke Atas Filipina. Retrieved
September 29, 2019, from http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/kesan-penjajahan-sepanyol-
dan-amerika.html

34
membawanya ke Sepanyol.72 Penyelewangan dan rasuah juga turut berlaku di

peringkat rendah yang berlaku dalam kalangan Alcalde Mayor73 yang mana

pemberian gaji yang sedikit iaitu hanya 300 peso setahun.74

2.4.3 Sistem Polo, Sistem Vandala & Sistem Cedula

Usaha Sepanyol membangunkan ekonomi Filipina demi kepentingan mereka sendiri

ternyata telah menyebabkan rakyat Filipina ditindas akibat ketamakan Sepanyol.

Pelbagai jenis sistem telah diwujudkan namun semuanya memberi kesan dan

penindasan yang sangat teruk kepada rakyat Filipina.

Sistem Polo75 yang diperkenalkan oleh Sepanyol sememangnya memberi kesan yang

buruk kepada rakyat tempatan terutama rakyat tempatan golongan bawahan. Sistem

Polo ini lebih dikenali sebagai sistem penghambaan yang dilakukan oleh Sepanyol

terhadap rakyat tempatan Filipina yang mana semua rakyat tempatan yang berumur

dalam lingkungan 16 – 60 tahun dipaksa untuk menjadi buruh selama 40 hari

setahun.76 Antara tugasan yang perlu melakukan adalah seperti membina dan

membaiki jalan raya, jambatan, gereja dan sebagainya. Sistem ini dianggap sebagai

satu penindasan terhadap rakyat tempatan. Hal ini kerana mereka bekerja secara

72
Vicencio R. Josw, The Rise and Fall of Antonio Luna, Manila: Solar Publishing Corporation, 1991,
hlmn, 23
73
Alcalde Mayor adalah ketua di peringkat wilayah. Pada abad ke 17 Filipina dibahagikan kepada 12
wilayah dan setiap wilayah dilantik seorang Alcalde Mayor
74
Ibid
75
Polo – Sistem buruh kerahan atau buruh paksa. Model daripada Mexico yang dikenali sebagai
repartimiento iaitu penduduk tempatan wajib memberi perkhidmatan buruh mereka kepada pihak
pemerintah. Semua lelaki berumur 18 – 60 tahun terlibat dalam sistem ini kecuali ketua tempatan dan
anak sulung mereka.
76
Admin. (2009). Sejarah Asia STPM: Penentangan Rakyat Filipina Ke Atas Penjajahan Sepanyol.
Retrieved September 29, 2019, from http://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/04/penentangan-
rakyat-filipina-ke-atas.html

35
paksa malahan tidak dibayar gaji dan hanya diberi beras sebagai balasan untuk

mengelakkan mereka mati kebuluran.77

Sistem Vandala78 pula diperkenalkan untuk memastikan penjajah Sepanyol

mendapatkan hasil penduduk tempatan dengan cara termudah. Sistem ini juga

dijalankan dengan cara memaksa para peniaga tempatan menjual barang – barang

kepada Sepanyol dengan harga yang murah.79 Manakala petani pula tidak diberikan

wang tunai malah diberikan kupom atau surat tanda hutang yang tidak bernilai pada

ketika itu. Sistem Cedula80 pula adalah sistem yang mengenakan cukai terhadap

rakyat Filipina yang berumur 18 tahun ke atas. Sekiranya individu tersebut gagal

untuk membayar cukai, pihak Sepanyol akan mengambil tindakan kepada individu

tersebut.

2.4.4 Pengkristianan Rakyat Filipina

Aspek keagamaan memberi kesan yang sangat jelas dan berpanjangan terhadap

rakyat dan negara Filipina itu sendiri. Pada mulanya majoriti rakyat Filipina adalah

berpegang dengan ajaran Islam, namun setelah beratus tahun dijajah oleh Sepanyol

dan Amerika Syarikat, rakyat Filipina sekarang majoritinya adalah beragama

Kristian. Semasa penjajahan Sepanyol terhadap Filipina, faktor keagamaan ini sangat

77
Ibid
78
Vandala adalah satu sistem di mana penduduk tempatan mesti menjual hasil kepada kerajaan
Sepanyol
79
Goh. A. (2012) Pemberontakan Rakyat Filipina Menentang Kuasa Sepanyol. Retrieved September
29, 2019, from https://prezi.com/5bchmn828mum/filipina/
80
Cedula – penduduk berumur 18 tahun ke atas diberi ‘cedula personal’ atau dokumen pengenalan
diri. Harga cedula adalah dari 25 dollar hingga 50 sen dan dimiliki mengikut kemampuan pemohon.
Setiap lelaki dan wanita yang memiliki cedula bernilai kurang dari 3 dollar wajib menjadi buruh paksa
selama 15 hari dalam setahun. Sekirang memiliki cedula yang lebih tinggi mereka perlu bekerja
separuh daripada kerja sahaja. Sila rujuk Horacio de la Costa, Readings in Phillippines History,
Manila: Bookmark, 1965, hlmn, 224

36
berkait rapat dengan Perang Salib antara agama Islam dan Kristian yang berlaku

dalam tempoh masa yang sangat panjang iaitu dari tahun 1095 - 1492. 81 Walaupun

Perang Salib telah berakhir tetapi kesan dan kebencian orang Kristian terhadap Islam

sangat kuat dan tertanam dalam diri mereka.

Kedatangan Sepanyol ke Filipina bukan disebabkan faktor perdangangan, ekonomi

dan kuasa sahaja, malah ia merangkumi aspek keagamaan bagi memastikan agama

Kristian dapat diperluas dan mampu melemahkan masyarakat dan agama Islam itu

sendiri.82

Sepanyol menggunakan Dasar Hispanisasi83 dalam memastikan semua matlamat

mereka dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta membolehkan mereka

bertapak dengan lebih lama di Filipina. 84 Dasar Hispanisasi dalam aspek keagamaan

di Filipina yang digunakan oleh Sepanyol telah menimbulkan penentangan dari pihak

tempatan terutama yang beragama Islam. Matlamat Sepanyol adalah untuk

menyebarkan agama Kristian dan membentuk negara Krisitan di Filipina.

Kedatangan Sepanyol membawa agama Kristian bukan sahaja berjaya mengubah

pegangan terhadap Islam malah ia memberi kesan kepada ekonomi dan sosial.

81
Walaupun pihak Kristian mendapat kemenangan secara mutlak namun mereka telah menanam
kebencian kepada umat Islam. Hal ini kerana sepanjang berlakunya Perang Salib, pihak Kristian
tepaksa menanggung kerugian yang besar dari segi ekonomi dan jumlah kematian. Mereka ingin
memusnahkan semua tamadun dan negara Islam termasuk negara Islam di Asia Tenggara. Sila rujuk
Othman. H. (n.d.). Kesan Perang Salib Terhadap Penjelajajan Kuasa Eropah Ke Alam Melayu.
Retrieved September 29, 2019 from
https://www.academia.edu/42019506/Kesan_Perang_Salib_Terhadap_Penjelajahan_Kuasa_Eropah_K
e_Alam_Melayu/
82
Ibid
83
Dasar Hispanisasi adalah langkah ‘mengsepanyolkan’ Filipina iaitu menjadikan Filipina seperti
Sepanyol merangkumi semua perkara. Dasar ini telah berjaya dilakukan di Peru dan Mexico. Ianya
bertujuan untuk menyeragamkan dan memudahkan pentadbiran serta pengawalan ke atas tanah
jajahan dari aspek pentadbiran, ekonomi dan sosial. Secara tidak langsung, dasar ini akan
melenyapkan segala pentadbiran politik, ekonomi dan sosial yang sedia ada. Sila rujuk John Leddy
Phelan, The Hispanization of the Phillippines: Spanish Aims and Filipino Response 1565-1700,
Madison: University of Wisconsin Press, 1959, hlmn. 7
84
Ibid

37
Golongan agama ini terlibat dalam perdagangan galleon dengan bantuan Obras Pias

yang telah memberi bantuan kewangan untuk menjalankan kegiatan perdangangan.85

Perebutan kariah86 antara paderi tempatan dan paderi Sepanyol juga telah

mewujudkan penentangan daripada penduduk tempatan. Hal ini kerana paderi

Sepanyol mahu menikmati kekayaan menerusi sumbangan yang diterima daripada

kariah. Perkara ini telah menyebabkan rakyat Filipina bersepakat untuk

membebaskan diri daripada dikawal oleh golongan paderi Sepanyol dan bangkit

memperjuangkan hak mereka. Akibat daripada penyalahgunaan kuasa dan

penindasan ini telah menyebabkan wujud semangat menentang penjajah terutama

terhadap golongan paderi. Golongan paderi digambarkan dengan begitu buruk

sehingga mencetus api kemarahan di kalangan orang Filipina.87

Walaupun terdapat masalah dan penentangan kepada golongan paderi namun

matlamat Sepanyol untuk menyebarkan agama Kristian dan mengkristiankan rakyat

Filipina tetap berjaya dengan memaksa penduduk tempatan yang beragama Islam

untuk memeluk agama Kristian. Sekiranya terdapat penduduk yang ingkar dengan

paksaan tersebut, mereka akan di hukum bunuh dan diseksa dengan begitu dasyat.

Penjajah Sepanyol turut melayan dengan kejam terhadap penduduk yang beragama

Islam dengan menghalau penduduk asal, membakar tanaman dan perumahan serta

merosakkan kekayaan seperti pertanian dan ekonomi orang Islam. Penindasan ini

telah menyebabkan ramai penduduk yang beragama Islam lari meninggalkan

kawasan mereka demi menyelamatkan nyawa dan agama. Dapat dilihat sehingga ke
85
Willian Lytle Schurz, The Manila Galleon, Quezon City: R.P Garcia Publishing Co. Inc., 1895,
hlmn. 135
86
Tempat untuk melakukan ibadah seperti gereja atau tempat pentadbiran agama Kristian mengikut
kawasan semasa zaman pemerintahan Sepanyol di Filipina. Paderi Sepanyol bertanggungjawab dalam
sesuatu kawasan menjalankan tugasan keagamaan di setiap kariah yang telah ditetapkan.
87
Dennis. M. The Friar Estates of the Philippines. University of Origin: The Department
ofAnthropology, 1974, hlm. 193.

38
hari ini penduduk Filipina yang beragama Islam hanya menguasai kawasan Selatan

Filipina sahaja kerana telah terpisah sejak sekian lama.88

2.5 ZAMAN PENJAJAHAN AMERIKA SYARIKAT

Penjajahan Amerika keatas Filipina bermula pada tahun 1898 setelah tercetusnya

perang Sepanyol – Amerika yang berpihak kepada Amerika. Kemenangan Amerika

dalam peperangan tersebut telah menyebabkan Sepanyol perlu menyerahkan Filipina

kepada Amerika namun Amerika perlu membayar US$20 juta kepada Sepanyol.89

2.5.1 Keterbukaan Corak Pemerintahan

Kedatangan Amerika ke Filipina tidak seperti Sepanyol yang melibatkan siri

pertempuran yang sangat banyak dan berskala besar. Amerika memerintah Sepanyol

dengan memberi kebebasan kepada masyarakat untuk memilih agama mengikut

kepercayaan masing-masing. Amerika juga melayan penduduk tempatan dengan baik

dan adil tanpa mengira agama. Hal ini bersesuaian dengan tujuan utama mereka

datang ke Filipina iaitu membaratkan masyarakat Filipina umumnya yang beragama

Islam.90

Sepanjang pemerintahan Amerika, mereka memberi kebenaran kepada penduduk di

Utara Filipina berimigrasi ke Selatan demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

88
Ibn. Jawi. (2019). The Patriots. Filipina: Sebuah Kerajaan Islam Yang Menjadi “Vatikan Asia”.
Retrieved September 30, 2019 from https://www.thepatriots.asia/filipina-sebuah-kerajaan-melayu-
islam-yang-menjadi-vatikan-asia/
89
Mary-Ann Asico. (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National Centennial
Commision. hlm 236.
90
Apipudin, Islam Asia Tenggara: Penerbit Akhbar Media Eka Sarana, 2008, hlmn. 109

39
Kelonggaran ini telah menyebabkan ramai masyarakat yang beragama Kristian

berpindah ke Selatan Filipina dan menguasai tanah di sana. Peningkatan pemindahan

masyarakat Kristian dari kawasan utara ke selatan berlaku sekitar tahun 1950

-1960.91 Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat Islam

di Selatan Filipina yang mana ramai Muslim murtad lalu memeluk agama Kristian

kerana beranggapan Kristian lebih bebas untuk melakukan apa sahaja. Masyarakat

Islam juga merasakan bahawa berlaku campur tangan Kristian dari segi budaya dan

adat istiadat. Hal ini telah menyebabkan ajaran Islam yang sekian lama telah

diterapkan dalam diri semakin hakis dan terpadam begitu sahaja.92

2.5.2 Perubahan Sosial Masyarakat

Pengaruh Amerika sangat memberi kesan terhadap kehidupan sosial masyarakat

Filipina terutama sekali kepada golongan belia yang mudah terpengaruh dengan

kehidupan sosial yang bebas. Pengaruh ini secara tidak langsung telah memusnahkan

segala nilai – nilai yang murni, budi bahasa dan tatatertib yang ada pada penduduk

tempatan Filipina.93

Walaupun kedatangan Amerika telah berjaya membentuk budaya membaca dalam

masyarakat Filipina, namun terdapat kesan disebalik wujudnya budaya membaca

tersebut. Belia Filipina pada ketika itu menyambung tradisi yang dilakukan semasa

zaman pemerintahan Sepanyol iaitu menginggeriskan nama mereka seperti Juan

91
David. J. S, The Philippines Edition III, Oxford: Westview Press, hlmn. 68
92
Mc Kenna, Thomas M. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed Separatism
in the Southern Philippines. University of California Press
93
Ibid

40
kepada Johnny, Pedro kepada Peter manakala perempuan pula gemar menggunakan

nama Inggeris seperti Mary, Betty, Vicky dan Claudia.94

Perkara ini semestinya telah menyebabkan jati diri asal mereka iaitu Melayu dan

Islam telah hilang. Sokongan terhadap Islam juga semakin lama semakin lemah dan

menyebabkan matlamat Amerika untuk membaratkan masyarakat Islam Filipina

telah berjaya.

2.5.3 Jurang Ekonomi Masyarakat

Kedatangan Amerika di Filipina telah menyebabkan terbentuknya golongan rakyat

Filipina mengikut pendapatan dan kemewahan iaitu golongan kaya, golongan

pertengahan dan golongan rakyat yang ditindas. Golongan kaya menjadi semakin

kaya manakala yang miskin terus ditindas kerana dasar ekonomi bebas yang

diamalkan oleh penjajah Amerika. Golongan kaya mempunyai rumah yang besar dan

mewah serta tinggal di kawasan bandar seperti Manila manakala golongan miskin

terus ditindas dan tinggal di dalam pondok yang terletak di pinggir bandar.95

Bagi masyarakat Islam yang mendiami di kawasan Selatan Filipina sangat terkesan

dengan pentadbiran ekonomi yang dilakukan oleh Amerika. Segala pembangunan

dan bantuan tidak disalurkan secara efektif dan besar kepada Selatan Filipina. Hal ini

telah menyebabkan masyarakat Selatan Filipina semakin lama semakin tertekan dan

kian ditindas oleh penjajah Amerika.

94
G.E. Taylor. 1934. The Philippines and the United States, New York: Frederick A. Praeger.
95
Zaide. F. Sejarah dan Politik Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1978

41
2.5.4 Pengisytiharan Kemerdekaan

Filipina memperolehi kemerdekaan dari Amerika Syarikat pada tahun 1946 setelah

diperintah oleh negara tersebut dari 1898 yang menggantikan pemerintahan Sepanyol

yang memerintah Filipina melebihi 300 tahun.96 Pemberian kemerdekaan daripada

Amerika ini sudah semestinya mendatangkan masalah kesalamatan terhadap negara

Filipina iaitu penentangan dari bangsa Moro dan masyarakat Islam yang mendiami di

Selatan Filipina. Mereka tidak menyokong dan menolak kemerdekaan Filipina

kerana berpendapat bahawa mereka tidak dijajah atau tidak diperintah oleh mana-

mana pihak. Hal ini kerana sejak dari awal zaman kolonial Sepanyol lagi sehingga

zaman pemerintahan Amerika, tiada satu kuasa pun yang berjaya menguasai kawasan

Selatan Filipina secara sah yang dikuasai oleh masyarakat yang beragama Islam.

Mereka beranggapan bahawa kemerdekaan Filipina tidak melibatkan mereka iaitu

Selatan Filipina. Penentangan dan pemberontakan terus diberikan kepada kerajaan

Filipina demi mendapatkan hak sebagai tuan tanah atau wilayah di Selatan Filipina.97

2.6 PEMBANTAIAN JABIDAH (JABIDAH MASSACARE)

Tragedi Jabidah merupakan satu tragedi yang membawa kepada kebangkitan

masyarakat Islam Filipina. Tragedi ini berlaku kerana sifat benci yang ada pada

pemerintah Filipina pada ketika itu iaitu Ferdinand Marcos terhadap keberadaan

masyarakat Islam di Selatan Filipina. Kuasa tentera pada waktu itu dipegang oleh

Ferdinand Marcos yang mana mereka cuba menghasut pemuda Islam untuk
96
Mary-Ann Asico. (1999). 100 Events that Shaped the Philippines. Quezon City: National
Centennial Commision. hlm 236.
97
McKenna, Thomas M. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and Armed Separatism
in the Southern Philippines. University of California Press

42
mendapatkan kembali wilayah Sabah daripada Malaysia dan membentuk satu operasi

yang digelar sebagai Operasi Merdeka.98

Operasi Merdeka ini dirancang secara rahsia oleh pihak tentera Filipina dan tujuan

utamanya juga turut dirahsiakan daripada pemuda Islam Selatan Filipina. Tujaun

utama pihak tentera Filipina mewujudkan operasi ini adalah untuk menimbulkan

kekacauan antara umat Islam dan secara langsung dapat menguasi wilayah Selatan

Filipina. Namun berbeza dengan matlamat masyarakat Islam Filipina pada ketika itu,

mereka ingin memiliki satu pasukan tentera sendiri yang mampu menegakkan

undang – undang syariah Islam di Filipina serta merampas kembali wilayah mereka

iaitu Sabah.99 Disebabkan itu mereka menerima seruan kerajaan untuk melibatkan

diri dalam Operasi Merdeka ini.

Seramai 180 orang pemuda Islam Tausug dan Samal yang berumur antara 18 – 30

tahun dari Sulu dan Tawi – Tawi menjadi sukarelawan dalam Operasi Merdeka dan

mereka direkrut serta diberikan latihan ketenteraan di sebuah pulau yang terletak di

kawasan perairan Manila iaitu Pulau Corregidor.100 Mereka diberi latihan khas oleh

pihak tentera Republik Filipina (AFP). Kesemua sukarelawan yang terlibat ini

merupakan dari keluarga yang susah. Mereka dijanjikan untuk diberikan gaji

sebanyak 50 peso sebulan dan diberikan makanan sepanjang latihan diberikan.

Setelah beberapa minggu mengikuti latihan akhirnya mereka mengetahui tujuan

sebenar Operasi Merdeka ini. Mereka menyedari bahawa rancangan pemerintah

98
Sunan. A. (2018). The Patriots: Tragedi Jabidah 1968: Pembunuhan Beramai – Ramai Pemuda
Moro Muslim. Retrieved September 30, 2019, from https://www.thepatriots.asia/tragedi-jabidah-1968-
pembunuhan-beramai-ramai-pemuda-moro-muslim/
99
Syed Muhammad Khairuddin al Junid, Social memory and the state-civil society relations in the
Philippines: Forgetting and remembering the Jabidah Massacre, Sage Publication (2013)
100
Ibid

43
Filipina adalah untuk memerangi masyarakat Islam yang juga saudara mereka di

Sabah. Mereka juga memberontak kerana janji yang pihak tentera dan kerajaan

berikan iaitu dibayar gaji bulanan sebanyak 50 peso tidak ditunaikan. 101

Akibat daripada pemberontakan itu, berlaku pembunuhan yang dilakukan oleh pihak

tentera terhadap pemuda Islam. Pemuda Islam yang terbunuh tidak disemadikan

mengikut ajaran Islam. Kubur mereka juga tidak ditanda, terdapat mayat yang

dibakar dan sisanya dicampakkan ke laut. Tragedi ini menjadi tumpuan seluruh

warga Filipina terutama masyarakat Islam. Akibat daripada tragedi ini semakin

membawa semangat masyarakat Islam untuk menolak dan melawan pemerintahan

Presiden Marcos. Masyarakat Islam Filipina menuntut keadilan dan meminta pihak

kerajaan bertanggungjawab ke atas tragedi yang telah berlaku.

2.7 PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Sejak dari dulu lagi masyarakat Filipina yang beragama Islam yang mendiami di

Selatan Filipina cuba sedaya upaya untuk mendapatkan hak mereka sendiri. Erti kata

lain mereka berjuang untuk mendapatkan wilayah mereka dan memerintah mengikut

pentadbiran mereka sendiri. Mereka berusaha dan bercita-cita untuk membentuk

sebuah ‘negara’ atau ‘bangsa’ yang melambangkan identiti mereka iaitu sebagai

sebuah negara Islam yang menjalankan pentadbiran Islam tanpa campur tangan dari

pihak asing terutama agama yang berlainan.102

Ibid
101

102
Buendia, R.G. (2005). The State-Moro armed conflict in the Philippines unresolved national
question or question of governance? Asian Journal of Political Science, 13(1), 109-138.

44
Semenjak penjajahan Amerika lagi, masyarakat Islam di Filipina terutama dari

Selatan Filipina telah membuat permohonan terhadap Amerika bagi menubuhkan

negara bagi orang-orang Moro.103 Mereka juga menolak kemerdekaan Filipina yang

diberi oleh Amerika kerana tidak mahu wilayah atau kawasan yang mereka diami itu

diletakkan di bawah satu pemerintahan yang dikuasai oleh pemerintah yang

beragama Kristian. Namun, permintaan mereka itu telah ditolak oleh Amerika dan ia

memberi kesan kepada kedua dua belah pihak. Hal ini kerana semakin lama semakin

banyak penentangan dan pemberontakan yang melibatkan pertempuran antara pihak

kerajaan Filipina dan pihak Islam di Selatan Filipina yang menuntut kemerdekaan

mereka sebagai sebuah negara Islam yang berdaulat.104

2.8 KESIMPULAN

Jika dilihat dari sudut sejarah yang telah dinyatakan, penjajahan Sepanyol dan

Amerika ke atas Kepulauan Filipina adalah satu penjajahan yang telah dirancang

sejak sekian lama. Kedua – dua kuasa besar ini mempunyai kepentingan yang

tertentu untuk negara masing – masing. Sepanyol melakukan penjajahan dengan

berpegang pada prinsip mereka iaitu Gospel, Gold & Glory. Mereka menjajah

Filipina bukan disebabkan perdagangan semata mata, malah mempunyai agenda

tersendiri untuk menyebarkan dakyah Kristian dan memastikan agama Krisitan terus

tersebar luas ke serata dunia. Perasaan dendam terhadap agama Islam akibat daripada

103
Harun. R. (2017). Journal of Nusantara Studies (JONUS). Konflik Selatan Filipina: Isu, Cabaran
dan Penyelesaian. Retrieved Oktober 3, 2019, from
https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/view/170
104
Ibid

45
rentetan Perang Salib juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi penjajahan

Sepanyol di Filipina.

Sistem pentadbiran yang diwujudkan oleh Sepanyol seperti Sistem Polo, Sistem

Vandala dan Sistem Cedula serta Sistem Encomienda sememangnya telah menindas

rakyat Filipina. Sepanyol mengenakan kadar bayaran cukai yang sangat tinggi dan ia

memberi beban terhadap rakyat Filipina yang tidak berkemampuan.

Amerika Syarikat menjajah pula lebih kepada keterbukaan. Mereka memberi hak

kebebasan kepada warga Filipina untuk bersuara, hak dalam memilih agama, hak

kehidupan yang bebas dan sebagainya. Walaupun terdapat juga beberapa

pemberontakan semasa penjajahan Amerika namun tidak dinafikan terdapat juga

perkara yang positif.

Rakyat Filipina mengalami perubahan yang sangat jelas ekoran penjajahan Sepanyol

dan Amerika Syarikat terutama dari segi agama dan kehidupan sosial. Ramai

penduduk Islam yang beragama Islam menjadi murtad dan memeluk agama Kristian

manakala bagi kehidupan sosial pula rakyat Filipina lebih kepada dipengaruhi negara

barat. Kehidupan yang bebas telah menyebabkan hukum, adat istiadat dan identiti

kebudayaan tradisional telah terhapus ditelan zaman.

46
BAB 3

KESAN KONFLIK TERHADAP FILIPINA DAN MALAYSIA

3.1 PENGENALAN

Pada bab ini, pengkaji akan menerangkan tentang kesan-kesan konflik ke atas negara

Filipina dan juga kesan terhadap negara jiran iaitu Malaysia. Kebiasaannya, konflik

dalaman sesuatu negara memberi kesan terhadap rakyat dan negara itu sendiri

sehingga membawa kepada perubahan sosial, ekonomi dan politik. Perkara yang

paling ditakuti oleh semua pihak iaitu membawa kepada kematian juga turut berlaku

dalam sesuatu konflik.

Sememangnya setiap konflik yang berlaku dalam negara akan memberi tempias

terhadap negara jiran terutama apabila kedua dua negara tersebut mempunyai

sejarah, budaya dan adat yang sama. Ditambah lagi dengan jarak sempadan antara

kedua dua negara yang dekat.

Namun, terdapat juga konflik antara kerajaan Filipina dan Malaysia yang bukan

disebabkan oleh konflik dalaman Filipina. Konflik antara dua negara ini berlaku

selepas terbentuknya gagasan Malaysia pada tahun 1963.105 Selepas Suruhanjaya

Cobbold berpihak kepada Malaysia kerana majoriti rakyat Sabah bersetuju untuk

merdeka melalui Persekutuan Malaysia. Perkara ini berlanjutan apabila waris

Kesultanan Sulu menuntut wilayah Sabah yang merupakan sebahagian wilayah pada

zaman Kesultanan Sulu di Kepulauan Borneo.106

105
Dollah. R. & Hassan. W. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia.
106
Ibid

47
Tuntutan ini sememangnya memberi kesan kepada Malaysia sehinggan berlakunya

pencerobohan terhadap wilayah Sabah yang menggugat keamanan dan keselamatan

rakyat Sabah serta negara Malaysia itu sendiri. Pencerobohan yang berlaku pda 9

Februari 2013 di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah telah

memberi tamparan yang sangat besar kepada Malaysia.107

Pada bab ini juga, pengkaji akan menjelaskan kemunculan kumpulan – kumpulan

pemisah yang ingin menuntut kemerdekaan terhadap wilayah yang telah mereka

perjuangkan daripada kuasa penjajah asing selama beratus tahun. Walaupun

mempunyai matlamat yang hampir sama, namun tidak dapat dinafikan setiap

daripada kumpulan tersebut mempunyai cara – cara mereka yang tersendiri dalam

memastikan matlamat mereka dapat dicapai.

3.2 KONSEP KESELAMATAN

Konsep keselamatan adalah sesebuah negara yang merdeka bebas daripada sebarang

penjajahan yang tidak menghadapi sebarang ancaman daripada kuasa asing.108

Semasa Perang Dingin berlaku antara dua kuasa besar yang mempunyai ideologi

yang berbeza iaitu Soviet Union dan Amerika Syarikat, banyak perkara yang dibuat

mengancam keselamatan negara. Sebagai contoh, pembesaran angkatan tentera dan

persaingan penggunaan senjata nuklear.

107
Aziz. H. & Sais. S. (2016). Tuntutan Kesultanan Sulu Terhadap Sabah: Sorotan Dari Perspektif
Sejarah dan Perundangan https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wpcontent/uploads/2016/07/7Su
lu.pdf&ved=2ahUKEwiorl7h_qbpAhWN_XMBHQthD1MQFjAegQIBRAB&usg=AOvVaw2bNIrka
EQsX_AQ_44LvjQU
108
Hedley Bull, The Anarchical Society: A Study of Order in World Politics (New York:
Columbia University Press, 1977).

48
Namun, selepas Perang Dingin pelbagai isu telah wujud yang mana ia mampu

memberi ancaman terhadap keselamatan negara seperti isu ekonomi, politik, sosial,

alam sekitar dan masyarakat.109

Peredaran zaman yang terus berlaku telah menyebabkan ancaman keselamatan boleh

berlaku dengan pelbagai cara. Perkara ini memberi kesan kepada semua negara

terutama kepada negara yang mempunyai ekonomi, kuasa politik dan pertahanan

yang lemah. Setiap negara akan menghadapi isu baharu seperti isu migrasi,

terrorisme, rangkaian jenayah antarabangsa seperti penyeludupan haram yang

merangkumi peralatan dan manusia, keruntuhan ekonomi dan pelbagai lagi.110

Sebagai contoh isu yang ditakuti oleh masyarakat dunia sekarang ini adalah

terrorism. Isu ini menjadi perhatian selepas Peristiwa 11 September 2001 dan secara

tidak langsung telah mewujudkan satu musuh baru untuk keselamatan negara.

Kemunculan kumpulan – kumpulan yang menggunakan ideologi dan agama sebagai

matlamat perjuangan telah menyebabkan terjadinya rentetan konflik sama ada

konflik dalaman ataupun konflik antara negara. Perkara ini juga menyebabkan

wujudnya islamophobia dalam kalangan masyarakat dunia terhadap negara yang

beragama Islam dan juga umat Islam.

3.3 KONSEP KESELAMATAN NASIONAL

109
Barry Buzan, People, States and Fear: An Agenda for International for International Security
Studies I the Post-Cold War Era. (Boulder: Lynne Rienner, 1991)
Dollah. R. & Hassan. W. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada
110

Malaysia. Retrieved from https://jati.um.edu.my/article/view/6199

49
Keselamatan nasional merupakan bagaimana langkah – langkah kerajaan untuk

mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman luar. Pelbagai kaedah telah

diwujudkan bagi melindungi kepentingan dan kedaulatan negara seperti hubungan

diplomatik, aset ketenteraan dan peningkatan bidang perisikan.

Konsep keselamatan nasional juga berkait rapat dengan isu keselamatan negara

seperti keselamatan tradisional dan bukan tradisional serta ancaman ketenteraan.

Perkara ini perlu diambil perhatian bagi memastikan kedaulatan dan kepentinga

negara dapat dijaga dan dilindungi dengan baik. Setiap negara bukan sahaja

berhadapan dengan risiko ancaman ketenteraan malah isu ekonomi, isu politik, isu

persempadanan, isu migrasi, isu pemerdagangan haram dan isu yang melibatkan

sosial dan kemasyarakatan.

Walaupun isu keselamatan bukan tradisional tidak memberi kesan secara langsung

kepada keselamatan negara, namun ia mampu memberi kesan jangka masa panjang

terhadap kelangsungan hidup sesebuah negara. Kedudukan Malaysia yang strategik

di perairan Asia Tenggara seringkali terbabit dengan isu seperti isu migrasi, isu

persempadanan dan isu pemerdagangan haram. Hal ini kerana sempadan yang begitu

hampir dengan negara jiran seperti Thailand, Filipina, Brunei dan Indonesia.

Dari aspek ancaman ketenteraan dalam rantau Asia Tenggara pula mudah terdedah

dengan adanya pembentukan kumpulan – kumpulan pengganas yang ingin menuntu

hak mereka. Terdapat beberapa negara Asia Tenggara yang masih menghadapi

masalah ini seperti Thailand dan Filipina yang mana isu tersebut memberi kesan

kepada ramai pihak termasuk negara jiran seperti Malaysia. Jadi, secara tidak

50
langsung keselamatan Malaysia turut terganggu yang boleh menjejaskan kepentingan

negara serta rakyat Malaysia.

Sebagai contoh dapat kita lihat bagaimana pihak luar memberi kesan kepada

keselamatan nasional di Malaysia iaitu serangan dan pencerobohan kumpulan

bersenjatan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013. Peristiwa seperti ini

menunjukkan bahawa pentingnya menjaga sempadan negara bagi melindungi

kedaulatan negara daripada ancaman luar. Kebijaksanaan pemimpin dan kepakaran

anggota keselamatan amat ditagih oleh rakyat Malaysia bagi melindungi negara.

3.4 KESAN KONFLIK TERHADAP FILIPINA

Konflik dalaman sesebuah negara sememangnya memberi kesan yang sangat

mendalam terhadap rakyat dan negara yang mengalami konflik tersebut. Penjajahan

yang memakan masa selama beratus tahun terhadap Filipina sememangnya memberi

kesan dalam konflik Selatan Filipina antara pihak kerajaan Filipina dan kumpulan

pembebasan yang digelar sebagai ‘kumpulan militan’.111

Konflik Selatan Filipina menjadi lebih besar sepanjang pemerintahan Presiden

Ferdinand Marcos yang mengisytiharkan Undang – Undang Tentera (Martial Law)112


Aziz. H. & Sais. S. (2016). Tuntutan Kesultanan Sulu Terhadap Sabah: Sorotan Dari
111

Perspektif Sejarah dan Perundangan. Retrieved from https://www.google.com/url?


sa=t&source=web&rct=j&url=http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wpcontent/uploads/2016/07/7Su
lu.pdf&ved=2ahUKEwiorl7h_qbpAhWN_XMBHQthD1MQFjAegQIBRAB&usg=AOvVaw2bNIrka
EQsX_AQ_44LvjQU
112
Undang – undang Tentera digunakan oleh sesebuah kerajaan untuk mengawal pergerakan dan
aktiviti dalam negara yang boleh memberi ancaman terhadap negara. Kebiasaannya digunakan ketika
konflik atau berlaku darurat dalam negara, berlaku pencerobohan, bencana alam yang tidak dapat
dielak dan sekiranya negara terlibat dalam satu peperangan yang besar. Semasa pemerintahan
Presiden Marcos mengisytiharkan undang – undang tentera untuk menghalang pergerakan kumpulan
pengganas di Filipina terutama di bahagian selatan.
Smith, Paul. Terrorism and Violence in Southeast Asia: Transnational Challenges to States and
Regional Stability. New York, NY: M.E. Sharpe, 2005.

51
pada Septermber 1972.113 Pada mulanya Undang – Undang Tentera digunakan untuk

menghalang peningkatan keganasan semasa demonstrasi pelajar yang menolak corak

pemerintahan kerajaan pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, Presiden Marcos mengambil langkah tersebut sebagai satu cara

untuk menghalang ancaman daripada Communist Party of the Philippines (CPP) dan

kumpulan pemisah iaitu Moro National Liberation Front (MNLF).114 Pada awal

pengisytiharan Undang – Undang Tentera, orang awam dapat menerima tindakan

kerajaan tersebut namun tidak bagi penduduk Islam yang mendiami kawasan Selatan

Filipina yang mana kawasan tersebut turut didiami oleh penyokong dan anggota

MNLF. Konflik antara kerajaan Filipina dan MNLF terus berlarutan walaupun

terdapat pihak yang cuba untuk mengadakan rundingan gencatan senjata. Begitu juga

dengan pergerakan CPP yang semakin bebas kerana CPP mewujudkan satu parti

baharu iaitu National Democratic Front (NDF).115

Dengan pengistiharan Undang – Undang Tentera ini, rakyat di Selatan Filipina yang

beragama Islam seperti di Marawi dan Mindanao berasa tidak selamat untuk tinggal

di kawasan mereka. Hal ini kerana mereka boleh ditangkap dan diserang oleh

kerajaan kerana boleh disyaki sebagai kumpulan militan atau memberi kerjasama

dengan pihak tersebut.

Pengisytiharan Undang – Undang Tentera ini memberi kesan dalam jangka masa

panjang kerana semakin banyak konflik yang timbul terutama antara pihak di Selatan

113
Patricio. N. & Donna. J. (2005). State and Society in The Philippines: The Presidency of Ferdinand
Marcos.
114
Ibid, 207.
115
Ibid

52
Filipina dengan pihak kerajaan Filipina.116 Antara kesan buruk yang timbul selepas

pengisytiharan Undang – Undang Tentera dan sepanjang konflik Selatan Filipina

adalah peningkatan kadar kematian, kemusnahan harta benda, pembaziran sumber,

dan peningkatan aktiviti keganasan.117

3.4.1 Peningkatan Kadar Kematian

Konflik dalaman sudah pasti menyebabkan kematian tidak kira daripada pihak

kerajaan atau pemberontak. Tidak lupa juga kepada orang awam yang menjadi

mangsa yang tersepit di dalam konflik dalaman negara.

Konflik Selatan Filipina yang berlanjutan berdekad lamanya masih tidak menemui

jalan pendamaian. Sebaliknya, konflik masih berlaku dan menyebabkan pertempuran

antara pihak kerajaan dan pemisah secara tidak langsung telah mengakibatkan

kematian kepada kedua dua pihak.

Pertempuran di Marawi antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah telah

menyebabkan kematian seramai melebihi 600 orang.118 Kematian ini merangkumi

semua pihak termasuk orang awam yang tidak bersalah. Seramai 428 orang daripada

pihak pemisah yang mempunyai beberapa kumpulan seperti Maute dan Abu Sayyaf

telah menemui kematian dalam konflik di Marawi. Manakala bagi pihak tentera

Filipina pula seramai 105 terbunuh semasa menjalankan tugas dan seramai 45 orang
116
Pinpin-Feinstein, Vicky. A Thousand Little Deaths: Growing Up Under Martial Law in the
Philippines. Pennsauken, NJ: BookBaby, 2013
117
Ibid
118
Guzman, Chad. Marawi crisis hits 300 death toll mark. CNN Philippines, June 19, 2017. Retrieved
from http://cnnphilippines.com/news/2017/06/19/Marawi-crisis-hits-300-death-toll-mark.html

53
awam mati akibat terperangkap di tengah tengah pertempuran serta 3 orang pegawai

polis.

3.4.2 Kemusnahan Harta Benda

Kemusnahan harta benda dan infrastruktur adalah perkara yang sinonim dalam

sesuatu konflik dan peperangan. Lebih – lebih lagi apabila pertempuran berlaku di

kawasan bandar dan dan perumahan yang didiami oleh penduduk tempatan.

Kemusnahan akibat pertempuran antara tentera Filipina dan kumpulan pemisah telah

mengakibatkan rakyat yang menjadi mangsa. Rakyat Filipina yang tinggal

berhampiran kawasan pertempuran telah hilang tempat tinggal. Hal ini menyebabkan

mereka terpaksa berteduh di khemah dan rumah perlindungan yang dibina oleh

kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).119

Infrastruktur lain seperti jalan raya, kedai, sekolah dan lain – lain utiliti juga turut

musnah akibat pertempuran. Rakyat terpaksa hidup dalam serba kekurangan lebih –

lebih lagi apabila terdapat di antara mereka yang hilang pekerjaan menyebabkan

kesukaran untuk mendapatkan sumber asas seperti makanan, bekalan air bersih,

rawatan kesihatan dan sebagainya. Perkara ini menyebabkan kerugian yang agak

besar dan memerlukan masa yang agak lama untuk membaik pulih serta mestabilkan

semula pembangunan di kawasan pertempuran.120

3.4.3 Pembaziran Sumber

119
Ibid
120
Ibid

54
Sudah menjadi norma kehidupan bahawa sumber sangat penting dalam kehidupan

semula jadi kepada semua manusia. Ianya menjadi perkara asas bagi menjalankan

kehidupan dan memastikan keperluan dan kehendak dapat dituruti. Dalam sesuatu

konflik dan peperangan, sumber tidak boleh lari dan menjadi satu perkara asas yang

sangat penting bagi semua pihak. Tujuannya bagi memastikan segala perjalanan

sepanjang konflik dapat dilakukan sama ada dalam keadaan pertahanan atau

melakukan serangan. Sumber perlu diuruskan dengan sehabis baik supaya tiada

sebarang pembaziran dan dapat diguna apabila diperlukan.

Dalam konflik Selatan Filipina, setiap pihak menanggung kerugian yang sangat besar

dan ia menyukarkan pergerakan pasukan. Terutama kepada pihak kerajaan Filipina

yang perlu mengeluarkan aset tentera mereka untuk melawan pihak pemisah. Pihak

tentera Filipina juga perlu mengawal kawasan yang sangat besar selain daripada

kawasan yang di diami oleh pihak pemisah.

Berbeza pula dengan pihak pemisah yang mana mereka dibekalkan aset oleh negara

atau kumpulan luar yang membantu perjuangan mereka. Sebagai contoh, kumpulan

pemisah di Filipina diberi aset dan modal melebihi $600,000 oleh ISIS untuk

melawan kerajaan Filipina. Hal ini kerana ISIS dan kumpulan pemisah Filipina

mempunyai ideologi dan matlamat yang hampir sama iaitu menggunaka agama
121
sebagai matlamat perjuangan. Pembaziran duit yang perlu ditanggung oleh

kerajaan Filipina sepatutnya boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur dan

meningkatkan ekonomi Filipina.

121
Ortiz, Erik. Why Duterte Declared Martial Law in Southern Philippines Over ISIS-Linked Group.
NBC News, May 27, 2017. Retrieved from http://www.nbcnews.com/storyline/isis-terror/why-
duterte-declared-martial-law-southern-philippines-over-isis-linked-n764546

55
3.4.4 Peningkatan Aktiviti Keganasan

Konflik yang berpanjangan di Filipina ini menyebabkan semakin banyak kumpulan

pemisah dari negara lain turut serta dalam konflik tersebut. Mereka memberi bantuan

dari segi aset dan tenaga kepada kumpulan pemisah di Filipina demi mencapai

matlamat yang sama. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan semakin

besar kuasa yang perlu kerajaan Filipina tangani.

Kedudukan Filipina yang strategik dan keadaan yang tidak dapat dikawal dengan

baik oleh kerajaan Filipina telah diambil kesempatan oleh The Islamic State (ISIS).

ISIS cuba menjadikan Filipina sebagai tapak mereka dengan memberi bantuan

kepada kumpulan pemisah di Filipian seperti MILF dan Abu Sayyaf. Hal ini kerana

kegagalan ISIS untuk mengambil alih Iraq dan Iran kerana mereka terpaksa berlawan

dengan kuasa yang besar. ISIS cuba menjadikan Filipina sasaran kerana kekuatan

kerajaan dan tentera Filipina yang tidak begitu kuat dan secara tidak langsung

menyebarkan ideologi dan fahaman mereka ke sekitar Filipina terutama Selatan

Filipina. Perkara ini menyebabkan konflik semakin kerap berlaku bukan sahaja dari

segi pertempuran malah dari segi penculikan juga kerap berlaku. Penculikan yang

berlaku umumnya terhadap pelancong asing yang melancong di sekitar pulau – pulau

di Sabah yang seterusnya mampu memberi kesan kepada hubungan antara Filipina

dan Malaysia.

3.5 KESAN KONFLIK TERHADAP MALAYSIA

56
Semenjak pembentukan gagasan Malaysia yang disertai oleh Sabah pada tahun 1963,

Sabah berhadapan dengan beberapa isu yang menggugat keamanan Sabah dan juga

Malaysia. Berbeza dengan negeri di Semenanjung yang lebih selamat kerana

kedudukannya yang jauh dengan sempadan negara lain.122 Namun, tidak untuk Sabah

dan Serawak yang terletak di Kepulauan Borneo yang berhampiran dengan

sempadan negara lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina. Kedudukan yang begitu

hampir dengan negara lain ini memberi impak keselamatan kepada Malaysia.123

Kesan konflik dalaman bukan sahaja dirasai di dalam negara malah ia juga dapat

dirasa oleh negara terutama negara jiran yang mempunyai jarak sempadan yang

sangat dekat. Kesan konflik Selatan Filipina ini turut memberi kesan kepada negara

jiran iaitu Malaysia malah ia juga menimbulkan konflik antara kerajaan Malaysia dan

Filipina. Persamaan yang sangat jelas antara dua negara ini dari segi sejarah, budaya

dan adat juga menjadi punca kesan konflik di Selatan Filipina dirasai sehingga ke

Malaysia terutama di Sabah.124

Antara isu yang dihadapi oleh Malaysia terutama di kawasan Sabah ialah aktiviti

mundu atau perlanunan, kedatangan pendatang tanpa izin dan serangan terhadap

Sabah. Isu ini seterusnya memberi sedikit kesan terhadap kerajaan dan rakyat

Malaysia.

3.5.1 Aktiviti Perlanunan (mundu) di Perairan Sabah

122
Dollah. R. & Hassan. W. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia.
Retrieved from https://jati.um.edu.my/article/view/6199
123
Ibid
124
Marinsah. &. Azizul. S. (2013). Amalan Tradisi Dalam Masyarakat Bajau di Semporna, Sabah.
Masters Thesis, University of Malaya. Retrieved from http://studentsrepo.um.edu.my/id.eprint/5069

57
Sempadan perairan Sabah yang luas dan terbuka menyebabkan kesukaran pihak

keselamatan Malaysia untuk menjaga serta mengawal dengan lebih efektif.

Kelemahan ini menyebabkan terdapat pihak yang tidak bertanggugnjawab cuba

mengambil kesempatan untuk memenuhi kehendak mereka. Perairan Sabah

menghadapi ancaman lanun atau ‘mundu’ yang cukup serius sehingga memberi

kesan kepada keselamatan Malaysia.125

Aktiviti lanun atau mundu yang dijalankan di Sabah adalah seperti menyerang dan

mencuri bot – bot nelayan, menyerang perkampungan di sekitar kepulauan Sabah

atau pesisir pantai untuk memperolehi sumber makanan dan kewangan. Mereka juga

merompak serta menculik orang tempatan atau pelancong asing untuk mendapatkan

wang tebusan.126

Kebiasaannya, para lanun ini atau boleh dikategorikan sebagai pengganas membuat

rompakan dengan menggunakan senjata berbahaya dan melakukan aktiviti mereka

secara berkumupulan. Antara kumpulan yang aktif melakukan aktiviti ini adalah

seperti Kumpulan Pipi Uwah, Kumpulan Akil Dewan, Kumpulan Akil Jani,

Kumpulan Tandanan, Kumpulan Madjura dan Kumpulan Sarikal.127 Semua

kumpulan ini menjadikan Selatan Filipina sebagai markas utama mereka.

Namun, terdapat satu kumpulan yang sering menjadikan pelancong asing sebagai

sasaran mereka adalah Kumpulan Abu Sayyaf (KAS). Kumpulan ini adalah salah

satu kumpulan yang menentang kerajaan Filipina selain daripada Moro National

Liberation Front (MNLF) dan Moro Islamic Liberation Front (MILF). Kumpulan
125
Dollah. R. & Hassan. W. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia.
Retrieved from https://jati.um.edu.my/article/view/6199
126
Ibid
127
Dollah. R. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan. Jurnal Jati,
Bil. 8 (2003) hlm. 223.

58
Abu Sayyaf ini terlibat dengan beberapa rentetan penculikan seperti penculikan di

Pulau Sipadan pada 23 April 2000 yang melibatkan 21 tebusan termasuk 10

pelancong asing.128 Selain itu, penculikan di Pulau Pandanan pada 10 September

2000 yang melibatkan tiga tebusan dan pada 5 Oktober 2003 yang mana mereka

menculik enam pekerja Borneo Paradise Ecoresort.129 Seterusnya, pada 11 April

2004 mereka menculik tiga orang anak kapal TB East Ocean dan seterusnya pada 2

April 2005 mereka sekali menculik anak kapal sebuah bot penunda seramai tiga

orang berhampiran Pulau Mataking.130

Matlamat mereka hanyalah satu iaitu bagi mendapatkan sumber kewangan untuk

digunakan sebagai modal menentang kerajaan Filipina di Selatan Filipina. Perkara ini

secara tidak langsung menimbulkan ketakutan kepada rakyat di sekitar Pantai Timur

Sabah. Walaupun kawalan keselamatan dilakukan oleh pasukan keselamatan

Malaysia namun perkara ini tetap berlaku. Hal ini akan merugikan kerajaan Malaysia

yang terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk memperketatkan lagi kawalan

keselamatan di Sabah. Selain itu, dari segi pelancongan turut merugikan Malaysia

kerana pelancong asing mungkin tidak mahu datang lagi ke Sabah kerana takut

sekiranya mereka menjadi mangsa penculikan kumpulan – kumpulan pengganas dari

Selatan Filipina itu.

3.5.2 Kebanjiran Pendatang Asing Filipina di Sabah

128
MStar Urban. Versatil (2014, April 3). Kawasan Kes Culik di Resort Semporna Ada Banyak
Sejarah Penculikan Lain [Blog Post]. Retrieved from
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/04/03/kawasan-kes-culik-di-resort-semporna-ada-
banyak-sejarah-penculikan-lain#top
129
Ibid
130
Ibid

59
Kedatangan pendatang asing Filipina ke wilayah Malaysia bukan satu isu yang baru.

Terdapat faktor penolak dan penarik yang menjadi punca kebanjiran pendatang ini

berlaku. Faktor penolak yang dikenal pasti adalah seperti ketidakstabilan politik yang

berlaku di wilayah Selatan Filipina. Hal ini kerana jika dilihat dari sudut sejarah,

terdapat ramai penduduk yang berketurunan Filipina di Sabah malah kedudukan

yang begitu hampir antara dua wilayah ini juga memain peranan yang begitu penting.

Sepanjang berlakunya konflik antara kerajaan Filipina dengan kumpulan pemisah di

Selatan Filipina, ramai penduduk di Selatan Filipina yang beragama Islam melarikan

diri ke Sabah. Perkara ini terjadi pada 1972 apabila Presiden Marcos

mengisytiharkan Undang – Undang Tentera (Martial Law) yang mana berlakunya

kebanjiran penduduk Islam Filipina ke Sabah.131

Manakala bagai faktor penarik pula adalah peluang pekerjaan di Sabah dari segi

sektor pembinaan, pembalakan, perladangan dan perindustrian. Peluang pekerjaan

yang wujud ini menyebabkan ramai pendatang Filipina berminat untuk melibatkan

diri kerana ketiadaan peluang pekerjaan di negara asal mereka. Kebanjiran pendatang

ini menimbulkan isu keselamatan terutama kepada penduduk tempatan di Sabah. Hal

ini kerana, terdapat ramai pendatang Filipina yang datang ke Sabah terlibat dengan

pelbagai jenayah seperti membunuh, merompak dan mencuri. 132 Menurut Wan

Hassan dan Ramli Dollah (2003) perkara ini berlaku kerana budaya dan sikap

mereka di negara asal yang sudah biasa dengan perkara sebegitu. 133 Antara bukti

jenayah yang dilakukan oleh pendatang asing adalah pada tahun 2001 terdapat 171

131
Ibid
132
Dollah. R, Hassan. W, Peters. D, & Omar. A. ‘Pendatang Filipina Di Sabah: Satu Pemerhatian dari
Sudut Keselamatan”, dalam Jurnal JATI, Bil. 8 (Disember, 2003) hlm. 226.
133
Dollah. R. & Hassan. W. Pendatang Filipina di Sabah: Satu Pemerhatian dari Sudut Keselamatan.
Borneo 2002 Conference, Kota Kinabalu, Julai 2002.

60
kes jenayah kekerasan yang dilakukan oleh pendatang asing berbanding 127 kes

yang dilakukan oleh penduduk tempatan di sekitar Sabah.134

Penyeludupan dalam kalangan pendatang Filipina dengan bantuan sindiket luar juga

turut berlaku. Antara penyeludupan yang sering dilakukan adalah penyeludupan yang

membabitkan dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia. Penyeludupan dadah

dan senjata api sememangnya ditentang oleh kerajaan Malaysia kerana ianya

membahayakan rakyat yang membolehkan rakyat terjebak dengan jenayah dan najis

dadah. Penyeludupan dadah seperti syabu kebiasaannya datang dari Zamboanga,

Maibog, Tawi – Tawi, Bango dan Palawan. 135 Sebagai bukti, pada tahun 2001 dan

2002 terdapat 979 kes tangkapan melibatkan dadah di pantai timur Sabah dan

kebanyakannya melibatkan pendatang Filipina.136

3.5.3 Serangan Terhadap Sabah

Peristiwa pencerobohan terhadap Sabah merupakan satu tragedi yang akan diingati

oleh semua warganegara Malaysia terutama penduduk Sabah dan pasukan

keselamatan yang terlibat. Insiden pencerobohan ini berlaku pada 9 Febuari 2013

yang mana Felda Sahabat 17, Lahad Datu merupakan sasaran utama para

pengganas.137 Pencerobohan ini diketuai oleh Raja Muda Agbimudin Kiram yang

merupakan adik kepada Jamallul Kiram III dan Ismael Kiram III yang mendakwa
134
Dollah. R. & Hassan. W. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada Malaysia.
Retrieved from https://jati.um.edu.my/article/view/6199
135
Ibid
136
Ibid
137
Aziz. H. & Said. S. (2016). Tuntutan Kesultanan Sulu Terhadap Sabah: Sorotan Dari Perspektif
Sejarah dan Perundangan. Retrieved from https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=http://jurnalmelayu.dbp.my/wordpress/wpcontent/uploads/2016/07/7Su
lu.pdf&ved=2ahUKEwiorl7h_qbpAhWN_XMBHQthD1MQFjAegQIBRAB&usg=AOvVaw2bNIrka
EQsX_AQ_44LvjQU

61
sebagai waris Kesultanan Sulu. Matlamat mereka adalah untuk mendapatkan semula

wilayah Sabah yang merupakan salah satu kawasan di bawah penguasaan Kesultanan

Sulu pada zaman dahulu. Pada mulanya, satu pendaratan dilakukan di kawasan

perkampungan di Lahad Datu dengan anggaran hampir 100 orang anggota

berpakaian ala tentera dengan membawa senjat M-16, pelancar roket dan senjata

tajam seperti parang.138

Pada mulanya rundingan awal diadakan bagi mengelak pertempuran yang boleh

membawa kepada kematian. Setelah melakukan beberapa rundingan namun

semuanya tidak berhasil kerana tidak memenuhi seperti mana kedua dua pihak

kehendaki. Pada 1 Mac 2013, selepas segala rundingan menemui jalan buntu, berlaku

pertempuran dia antara pihak keselamatan Malaysia dan pihak penceroboh.

Pertempuran demi pertempuran berlaku antara dua pihak yang berlanjutan sehingga

22 Mac 2013 dengan mengorbankan 63 orang dari pihak penceroboh dan 10 orang

anggota keselamatan Malaysia.139

Insiden ini memberi kesan kepada penduduk tempatan yang mana mereka berasa

cemas, panik dan ketakutan. Segala aktiviti sama ada pada waktu siang dan malam

adalah terhad kerana takut penduduk tempatan menjadi mangsa para penceroboh.

Pihak kerajaan pula dengan bijak mengukuhkan lagi kekuatan dengan mengetatkan

kawalan dan menambah anggota keselamatan di sekitar Sabah terutama di kawasan

pantai timur Sabah yang terdedah dengan insiden tersebut.140

138
Othman. Z, Omar. K, Jabar. A, & Idris. A. (2016). Memelihara Keselamatan Negara Malaysia:
Peristiwa Lahad Datu, Sabah
139
Ibid
140
Ibid

62
Insiden ini juga menyebabkan kerajaan Malaysia telah mewujudkan kawasan untuk

memperkukuhkan lagi tahap keselamatan maritim di bahagian timur Sabah yang

dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah atau Eastern Sabah

Security Command (ESSCOM) dan Zon Selamat Sabah Timur atau Eastern Sabah

Security Zone (ESSZONE).141

3.6 PEMBENTUKAN KUMPULAN MILITAN

Selepas kemerdekaan Filipina yang diberikan oleh Amerika Syarikat pada tahun

1946, wilayah selatan Filipina juga turut dimasukkan di dalam pembentukan Filipina.

Perkara ini ditentang hebat oleh majoriti penduduk yang beragama Islam di Selatan

Filipina kerana mereka beranggapan yang wilayah Selatan Filipina tidak pernah

dijajah dan dikuasai oleh mana – mana kuasa asing. Kesultanan Sulu memohon

untuk menolak menjadi sebahagian daripada kemerdekaan Filipina dengan

menghantar surat kepada Kongres dan Presiden Amerika Syarikat. 142 Namun ditolak

oleh Amerika Syarikat kerana semuanya telah tertakluk semasa perjanjian

penyerahan Filipina daripada Sepanyol kepada Amerika Syarikat yang menyatakan

Selatan Filipina merupakan tanah jajahan Sepanyol.143

Pasca kemerdekaan Filipina, layanan kerajaan Filipina terhadap penduduk Islam

umumnya di Selatan Filipina tidak seperti yang dijanjikan. Penduduk Islam dilayan

dengan tidak adil dan ditindas oleh kerajaan Filipina lebih – lebih lagi semasa

141
Dollah. R. & Suharani. Z. (2015). Fungsi dan Peranan ESSCOM dalam menjamin keselamatan
Sabah: Satu Perbandingan Persepsi Antara Komuniti Luar Dan Komuniti ESSZONE. Jurnal
Komunikasi Borneo 2: 1-28.
142
Haryo. N. (n.d.). Perlawanan Bangsamoro di Mindanao dan Sulu 1889 – 2013. Retrieved from
https://www.academia.edu/29359649/Sejarah_Panjang_Konflik_Bangsa_Moro.docx
143
Ibid

63
pemerintahan Presiden Ferdinand Marcos sehingga menyebabkan berlakunya

pembantaian umat Islam seperti Jabidah Massacare.144 Akibat daripada ketidakadilan

ini, telah munculnya kumpulan dan organisasi yang menuntut kemerdekaan dan hak

untuk wilayah Selatan Filipina seperti Moro National Liberation Front (MNLF),

Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Abu Sayyaf Group (ASG).145

3.6.1 Moro National Liberation Front (MNLF)

Moro National Liberation Front (MNLF) merupakan satu kumpulan yang aktif dan

seringkali memberi tentangan terhadap kerajaan Filipina. Selepas melihat

ketidakadilan yang diberikan oleh kerajaan Filipina terhadap Bangsamoro dan

penduduk yang beragama Islam, individu yang bernama Abul Khayr Alonto,

Jallaludin Santos dan Nur Misuari bertindak menubuhkan MNLF. Kumpulan ini

ditubuhkan pada 1969 apabila Presiden Ferdinand Marcos menindas penduduk Islam

umumnya di Selatan Filipina. Mereka mahu membela nasib bangsa dan etnik mereka

agar tidak ditindas dan mendapat layanan sama seperti penduduk yang beragama

Kristian. Pada masa yang sama, tujuan MNLF diwujudkan adalah untuk

menubuhkan satu kerajaan dengan corak pemerintahan mereka sendiri dengan

melibatkan organisasi mereka dalam pilihan raya di Filipina.

Pada mulanya, MNLF memperoleh bantuan dari segi kewangan dan ketenteraan

yang diterima daripada Libya dan Malaysia.146 Pada tahun 1970 yang merupakan

144
Budiarti. N. (2009). Muslim Moro Filipina: Tragedi Jabidah di Corregidor 1968. Unversitas
Indonesia. Retrieved from https://www.scribd.com/doc/291257488/Muslim-Moro-Filipina-Tragedi-
Jabidah-di-Corrigedor-1968
145
Ibid
146
Jihoon. P. (2009). Southern Philippines and the Policy of the Second Front in the Global War on
Terrorism. Retrieved from http://hdl.handle.net/10945/4573

64
tahun kemuncak bagi MNLF, mereka mempunyai kekuatan sebanyak 30,000

anggota. Namun jumlah tersebut semakin berkurang pada awal tahun 1980-an

apabila rakyat Moro sendiri berasa letih kerana konflik yang berlarutan dan berlaku

perpecahan dalam kumpulan dengan membentuk kumpulan yang baru. Pengampunan

yang diberi kepada ahli MNLF oleh kerajaan Filipina juga menyebabkan ramai yang

berpaling tadah daripada matlamat asal MNLF dan ramai dari antara mereka

berpihak kepada kerajaan Filipina. 147 Secara tidak langsung, pergerakan MNLF

semakin perlahan dengan beralih corak dari konflik bersenjata kepada organisasi

politik yang lebih kepada perdamaian dengan kerajaan Filipina pada tahun 1996.

Pada tahun 2001, ketua MNLF iaitu Nur Misuari terlibat dengan skandal rasuah dan

menyebabkan kehilangan pemilihan sebagai ketua Autonomous Region in Muslim

Mindanao (ARMM). Pada masa yang sama, Nur Misuari juga dituduh sebagai

dalang serangan pejabat kerajaan di Jolo yang menyebabkan kemusnahan harta

benda dan kehilangan nyawa. Akibat takut ditangkap oleh kerajaan Filipina, Nur

Misuari melarikan diri ke Malaysia walaubagaimanapun ditangkap oleh pihak

keselamatan Malaysia dan dihantar semula ke Filipina lalu dipenjara di sana.148

3.6.2 Moro Islamic Liberation Front (MILF)

Moro Islamic Liberation Front (MILF) merupakan salah satu pecahan daripada

kumpulan yang semakin tidak mendapat sokongan daripada ahlinya sendiri iaitu

MNLF. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1984 yang diketuai oleh Salamat Hashim

yang mempunyai pengalaman ketenteraan di negara yang bergolak seperti Mesir dan
147
Ibid
148
Ibid

65
Libya. Perpecahan MILF daripada MNLF adalah disebabkan ketidaksepakatan antara

individu yang mempunyai jawatan. Nur Misuari yang mengetuai MNLF ingin

membuat proses perdamaian dengan kerajaan Filipina namun tidak bagi Salamat

Hashim yang menginginkan konflik persenjataan yang berterusan.149

Namun, matlamat antara MNLF dan MILF masih lagi sama iaitu ingin menuntut

kemerdekaan Selatan Filipina daripada kerajaan Filipina dan mendirikan satu

kerajaan Islam yang mengikut Undang – Undang Syariah.150 Anggota MILF

kebanyakannya terdiri daripada orang Magindanao dan mereka membuat beberapa

kem tentera di wilayah Magindanao yang mana kem utama adalah Kem Abu Bakar

As-Siddique.151

Pada lewat tahun 1990, anggota MILF dianggarkan mencecah 15, 000 anggota yang

mana kebanyakannya mempunyai pengalaman dalam pertempuran di Afghanistan

serta mempunyai kelengkapan senjata yang lebih banyak dan canggih. Konflik antara

MILF dan tentera kerajaan Filipina tidak menemui kejayaan kepada kedua – dua

belah pihak sebaliknya menemui jalan kebuntuan walaupun beberapa proses

perdamaian telah dibuat.

3.6.3 Abu Sayyaf Group (ASG)

Abu Sayyaf Group (ASG) merupakan satu kumpulan yang lebih kecil berbanding

MNLF dan MILF namun corak pemerintahannya lebih ganas berbanding kumpulan

149
Ibid, 158
150
Ibid, 159
151
R. Tiglao, “Hidden Strength: Muslim Insurgents Shun Publicity and Grow in Power,” Far Eastern
Economic Review 158, no. 8 (1995): 22–28.

66
yang lain. ASG diasaskan oleh Abu Bakar Janjalani pada tahun 1991 dan bertapak di

Pulau Basilan. Mempunyai matlamat yang hampir sama dengan MNLF dan MILF

iaitu ingin mewujudkan satu kerajaan Islam yang menggunakan Undang – Undang

Syariah. Kumpulan ini mendapat sambutan daripada penduduk tempatan kerana

perjuangan mereka terhadap kerajaan Filipina dan mempunyai kelengkapan senjata

dan anggota yang terlatih.152

ASG mempunyai perkaitan dengan AL-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta telah

diisytiharkan sebagai satu organisasi pengganas oleh Amerika Syarikat. 153 Selepas

kematian Abu Bakar Janjalani pada 1998, ASG diketuai oleh Khaddafi yang

merupakan bukan seorang yang mengamalkan ajaran Islam secara mendalam. 154

Selepas penggantian ketua tersebut, aktiviti ASG lebih kepada rompakan dan

menculik penduduk tempatan serta pelancong asing. Tujuannya adalah untuk

mendapatkan wang tebusan. Terdapat pelbagai siri rompakan dan penculikan yang

dilakukan oleh ASG melibatkan warganegara tempatan ataupun dari luar negara

terutama negara yang berhampiran seperti Malaysia dan Indonesia.

Sebagai contoh penculikan yang dilakukan dalam wilayah Malaysia adalah

penculikan Pom Pom 2013 yang mana mereka menyerbu sebuah restoren yang

terletak di Pulau Semporna, Sabah. Dua orang warga Taiwan telah diculik dan di

bawa ke Kepulauan Sulu, Selatan Filipina. Selain itu, penculikan di ladang ikan

Kampung Air Sapang dan Singamata Resort, Pulau Baik 2014. Pada tahun 2015,

152
Jihoon. P. (2009). Southern Philippines and the Policy of the Second Front in the Global War on
Terrorism. Retrieved from http://hdl.handle.net/10945/4573
153
A. Feickert, “U.S. Military Operations in the Global War on Terrorism: Afghanistan, Africa, the
Philippines and Colombia”. Congressional Research Service Report RL 32758, February 4, 2005
154
Jihoon. P. (2009). Southern Philippines and the Policy of the Second Front in the Global War on
Terrorism. Retrieved from http://hdl.handle.net/10945/4573

67
berlaku penculikan Restoren Ocean Seafood 2015 di Sandakan Sabah yang

menyebabkan seorang tebusan dibebaskan manakala seorang lagi tebusan telah

dipancung kerana permintaan wang tebusan tidak dipenuhi.

3.7 KESIMPULAN

Keganasan akibat daripada konflik di Selatan Filipina telah menyebabkan semua

pihak berhadapan dengan pelbagai ancaman. Hal ini kerana wujudnya kumpulan –

kumpulan pengganas yang hanya mementingkan keutamaan mereka asalkan

matlamat mereka dapat dicapai. Proses perdamaian yang menemui jalan buntu juga

turut menyebabkan konflik ini berlanjutan hingga sekarang. Sememangnya, kesan

yang terhasil daripada konflik itu sangat memberi impak negetif kepada semua pihak

sama ada terhadap rakyat, negara ataupun negara jiran. Hubungan antara negara

boleh terjejas kerana konflik yang berlanjutan ini.

Kesan konflik yang dirasai sehingga ke negara jiran seperti Malaysia adalah satu

perkara yang perlu diambil peduli kerana ianya melibatkan keselamatan bersama.

Pencerobohan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah adalah satu peristiwa yang

perlu diingati oleh semua supaya ianya tidak berlaku lagi. Keputusan bijak daripada

kerajaan Malaysia semasa berlakunya pencerobohan tersebut yang mengadakan

rundingan terlebih dahulu dengan penceroboh bagi mengelakkan berlakunya

pertempuran awal adalah satu tindakan yang bijak. Hal ini kerana, dapat

melengahkan masa bagi mempersiapkan kekuatan dengan menghantar anggota

keselamatan berserta dengan kelengkapan di kawasan berlakunya pencerobohan.

68
Walaubagaimanapun, rundingan tersebut menemui jalan buntu apabila tiada

persetujuan antara kedua dua pihak. Pihak tentera kerajaan Malaysia melancarkan

satu operasi yang dikenali sebagai ‘Operasi Daulat’ yang merupakan satu serangan

secara habis – habisan ke atas kumpulan pencerobooh yang meliputi kawasan darat,

air dan udara. Keberaniaan pasukan keselamatan Malaysia harus dipuji sehingga

sanggup menyusup ke dalam kawasan musuh. Tindakan pantas dan bijak daripada

kerajaan Malaysia yang mewujudkan ESSCOM dan ESSZONE sebagai satu langkah

keselamatan untuk semua penduduk Sabah.

Kewujudan organisasi atau kumpulan pemisah yang inginkan kerajaan yang

tersendiri telah membuatkan Selatan Filipina sebagai ‘hub’ pengganas. Bukan itu

sahaja, malahan agama Islam juga turut dipandang rendah oleh masyarakat dunia

sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap Islam dalam diri semua orang.

69
BAB 4

USAHA MENYELESAIKAN KONFLIK

4.1 PENGENALAN

Dalam bab ini pengkaji akan menganalisa kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh

kerajaan Filipina mengikut Presiden yang mentadbir Filipina dalam usaha

menyelesaikan konflik yang berlaku. Walaupun hampir kesemua Presiden Filipina

tidak berjaya menyelesaikan konflik ini dari terus berlaku, namun kita dapat

mengetahui usaha dan rundingan yang telah dilakukan. Terdapat Presiden Filipina

yang berusaha untuk menyelesaikan konflik dan terdapat juga Presiden yang

menentang kumpulan pengganas secara terang terangan kerana keadaan politik yang

berlaku pada masa itu.

Pengkaji juga akan menerangkan kerjasama yang melibatkan negara jiran iaitu

Malaysia. Kerjasama bersama Malaysia lebih kepada meningkatkan keselamatan

bagi memastikan kepentingan kedua belah pihak dapat dilindungi. Kawalan dan

latihan bersama antara pihak keselamatan dijalankan bagi menghalang aktiviti

jenayah yang dilakukan oleh kumpulan pengganas seperti Abu Sayyaf. Kumpulan ini

banyak melakukan jenayah penculikan dan rompakan di sekitar perairan Malaysia

terutama di kawasan Sabah. Ianya sudah pasti memberi impak yang amat mendalam

kepada keselamatan kerana melibatkan nyawa rakyat Malaysia.

Walaupun konflik Selatan Filipina merupakan satu konflik yang mendapat bantuan

dan kerjasama dari pihak antarabangsa, namun pengkaji akan menerangkan dalam

skop yang kecil iaitu usaha kerajaan Filipina itu sendiri dan usaha bersama Malaysia.

70
Sejak dari pemerintahan Presiden Ferdinand Emmanuel Edralin Marcos sehingga

Presiden Rodrigo Roa Duterte lagi pelbagai usaha dan dasar telah diwujudkan bagi

menyelesaikan konflik ini namun ianya tidak mencapai seperti yang dirancang.

Kerjasama bersama Malaysia sedikit sebanyak dapat membantu kerajaan Filipina

mengurangkan pengaruh dan kuasa kumpulan pengganas yang aktif di Selatan

Filipina dan kawasan perairan antara Filipina – Malaysia terutamanya selepas

berlakunya serangan yang dilakukan oleh Kesultanan Sulu terhadap Lahad Datu

yang ingin menuntut wilayah mereka daripada Malaysia. Proses kawalan bersama,

pertukaran dan perkongsian maklumat, latihan bersama dan pelbagai lagi telah

dijalankan antara dua negara. Semua ini dijalankan bagi memastikan kepentingan

kedua belah negara dapat dilindungi.

4.2 KONSEP PROSPER THY NEIGHBOUR

Kestabilan dari segi politik dan ekonomi yang dikecapi oleh Malaysia telah

menyebabkan Malaysia dijadikan sebagai role model kepada negara jiran di rantau

Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, keharmonian dari segi sosial dalam kalangan

masyarakat turut dijadikan contoh walaupun Malaysia mempunyai masyarakat

pelbagai kaum. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu dasar luar iaitu

prosper thy neighbour yang bertujuan untuk memastikan persekitaran rantau Asia

Tenggara berada dalam keadaan aman dan harmoni serta tiada campur tangan dari

pihak luar terutama negara Barat.155

155
Dollah. R, & Prayitno. E. (2015). Dasar Memakmurkan Jiran dan Penglibatan Malaysia Dalam
Proses Keamanan di Selatan Filipina. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/9475/

71
Konsep prosper thy neighbour adalah salah satu kesinambungan daripada konsep

Keselamatan Bersama adalah salah satu kesinambungan daripada konsep

Keselamatan Bersama (common security).156 Konsep ini menggunakan pendekatan

dengan membantu negara jiran yang mempunyai masalah ekonomi dan politik.

Namun, sekiranya negara jiran mempunyai masalah atau konflik dalaman, maka

negara yang berhampiran turut akan menerima kesan akibat konflik yang berlaku.

Tun Mahathir yang merupakan pencetus idea prosper thy neighbour beranggapan

bahawa kemakmuran yang dimiliki oleh Malaysia ini dapat digunakan dalam

hubungan luar antara negara jiran umumnya dengan negara yang mempunyai

masalah dan konflik seperti Filipina dan Thailand. 157 Penglibatan Malaysia sebagai

orang tengah atau terlibat secara terus dalam konflik di rantau Asia Tenggara

merupakan bukti Malaysia mengamalkan semangat prosper thy neighbour.158

Konsep prosper the neighbour mempunyai kaitan dengan konflik Selatan Filipina.

Hal ini kerana pada permulaan kewujudan Persekutuan Malaysia, konflik Selatan

Filipina ini telah memberi kesan kepada Malaysia. Kecenderungan Malaysia untuk

membantu penentangan Bangsamoro dilihat jelas kerana wujud kebimbangan

mengenai tuntutan Filipina ke atas Sabah. Bahkan, insiden Jabidah Massacare dilihat

sebagai usaha kerajaan Filipina untuk menimbulkan kekacauan di negeri Sabah.

Perkara ini menyebabkan kebanjiran pendatang asing Filipina ke Sabah telah

menimbulkan masalah sosial dalam kalangan rakyat Malaysia.

156
Bjørn Møller. 1996. “Common Security and Non-Offensive Defence as Guidelines for Defence
Planning and Arms Control?”, The International Journal of Peace Studies, 1(2), July,
http://www.gmu.edu
157
Ramli Dollah et. al., “Organisasi Antarabangsa dan Keselamatan Serantau: Pengalaman Asia
Tenggara, Model Kepada Asia Timur”, Jurnal Pemikir, 52, 2008, hlm. 1-30.
158
Dollah. R, & Prayitno. E. (2015). Dasar Memakmurkan Jiran dan Penglibatan Malaysia Dalam
Proses Keamanan di Selatan Filipina. Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/9475/

72
Kewujudan kumpulan – kumpulan pengganas yang menjalankan aktiviti mereka di

sekitar perairan dan wilayah Sabah juga turut berlaku. Perkara ini telah menyebabkan

perubahan dasar luar Malaysia ke arah membawa keamanan bersama di Selatan

Filipina. Malaysia berusaha membawa kedua dua pihak ke arah perdamaian dan

mencapai kata sepakat agar konflik dapat diselesaikan secara tidak langsung

memberi jaminan keselamatan terhadap Malaysia.

4.3 USAHA KERAJAAN FILIPINA

4.3.1 Presiden Ferdinand Marcos

Pemerintahan Presiden Marcos merupakan era yang sangat mencabar kepada

kerajaan dan rakyat. Terdapat banyak penentangan bersenjata yang berlaku pada

ketika itu. Pemerintahan Presiden Marcos bukan sahaja berhadapan dengan

penentangan daripada kumpulan pemisah malah terpaksa mempertahankan wilayah

mereka daripada Parti Komunis Filipina (PKF).159 Ditambah lagi dengan kewujudan

MNLF yang menentang kerajaan Filipina selepas berlakunya peristiwa Jabidah

Massacare. Pada 1972, Presiden Marcos mengambil langkah untuk perang habis –

habisan (total war) terhadap MNLF dan gerakan komunis dengan mengisytiharkan

undang – undang darurat (Martial Law).160

Namun, penentangan yang sengit diberikan oleh MNLF telah menyebabkan Presiden

Marcos mengambil langkah untuk berundingan dengan kumpulan pemisah tersebut.

Tekanan dari pihak luar juga turut diterima terutama daripada Organisation of

159
Harun. R. (2017). Conflict in the Southern Region of the Philippines: Issues, Challenges and
Solutions. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/iew/170
160
Ibid

73
Islamic Cooperation (OIC) yang mana organisasi tersebut mendesak agar kerajaan

Filipina mengadakan rundingan kumpulan pemisah.161 Tekanan dari rakyat juga

dapat dirasai kerana Presiden Marcos merupakan seorang ketua negara yang terlibat

dalam pelbagai skandal seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Presiden Marcos menyambut baik cadangan OIC dengan membenarkan wakil OIC

melihat sendiri keadaan yang sebenarnya di Selatan Filipina terutama masalah orang

Islam. Setelah diteliti, keamanan di Selatan Filipina tidak dapat dicapai dengan

menggunakan tindakan ketenteraan semata – mata. Oleh kerana itu, wujud satu

rundingan bersama yang dikenali sebagai The Tripoli Agreement pada tahun 1976

antara kerajaan Filipina dan MNLF di bawah pimpinan Nur Misuari.162 Rundingan

ini memastikan Bangsamoro mendapat kuasai hak autonomi di wilayah Selatan

Filipina dan secara tidak langsung dapat menyerlahkan identiti Bangsamoro itu

sendiri seperti mana yang dikehendaki oleh Nur Misuari. Namun, rundingan yang

membawa kepada perjanjian itu gagal dilaksanakan oleh kerajaan Filipina

sepenuhnya dan menyebabkan konflik di Selatan Filipina terus berlanjutan.

4.3.2 Presiden Corazon Aquino

Setelah kejatuhan pemerintahan ditaktor Presiden Marcos, Filipina diperintah oleh

seorang presiden yang mendapat sokongan rakyat iaitu Corazon Aquino.

Penyelesaian konflik Selatan Filipina masih tetap dijalankan oleh Presiden Aquino

161
Ibid
162
Mempertahankan Isu – Isu Masyarakat Islam. Retrieved from
https://studentsrepo.um.edu.my/2486/6/BAB_5.pdf

74
bagi memastikan Filipina dapat berada dalam keadaan aman seperti negara serantau

yang lain.

Pada tahun 1987, satu perjanjian telah ditandatangani iaitu Jeddah Accord antara

kerajaan Filipina di bawah pemerintahan Presiden Aquino dan MNLF yang masih

lagi diwakili oleh Nur Misuari.163 Dalam perjanjian ini kerajaan Filipina akan

memberikan autonomi kepada MNLF namun MNLF perlu menggugurkan segala

tuntutan kemerdekaan di wilayah Selatan Filipina yang ingin diberikan kepada orang

Islam.164 Hasil perjanjian tersebut, terbentuk satu persatuan yang ditubuhkan untuk

mentadbir Selatan Filipina iaitu Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (Autonomous

Region of Muslim Mindanao – ARMM).

Namun segala yang dirancang tidak berjalan dengan lancar kerana wujud satu unsur

rasuah dan nepotisme dalam ARMM serta kegagalan ARMM mentadbir dengan

lancar dan baik.165 Bukan itu sahaja, kegagalan ini juga ditambah dengan kelemahan

Presiden Aquino yang gagal mengawal tentera Filipina yang bertindak diluar

jangkaan ke atas Bangsamoro.

4.3.3 Presiden Fidel V. Ramos

Presiden Ramos mentadbir Filipina pada 1992 – 1998 dengan menjadikan konflik

Selatan Filipina sebagai perkara yang perlu diambil berat dalam pemerintahannya.

Presiden Ramos menganggap bahawa Selatan Filipina adalah satu wilayah yang

163
Izhaq. M. (2016). Peranan Malaysia Dalam Penyelesaiam Konflik Filipina Dengan MILF: Era
Pemerintahan Aquino III. Retrieved from https://core.ac.uk/download/pdf/77627128.pdf
164
Ibid
165
Harun. R. (2017). Conflict in the Southern Region of the Philippines: Issues, Challenges and
Solutions. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/iew/170

75
penting untuk pembangunan negara dan konflik ini perlu diselesaikan dengan segera

agar pembangunan ekonomi dapat dibangunkan yang akan menjamin keamanan dan

keselamatan Filipina.166 Oleh itu, Presiden Ramos berusaha mengadakan rundingan

dengan MNLF kerana MNLF adalah satu pertubuhan yang diiktiraf oleh OIC yang

menjadi wakil penduduk Islam Filipina.

Satu usaha telah dijalankan bersama pada 1992 iaitu The Jakarta Accord 1996

(Peace Agreement with the MNLF) yang bermatlamatkan untuk meningkatkan

pembanguna sosio-ekonomi dan kestabilan politik di Selatan Filipina. 167 Satu

institusi khas telah dibentuk iaitu Southern Philippines Council for Peace and

Development.168 Perjanjian ini juga merupakan satu usaha kerajaan Filipina untuk

memastikan penentangan MNLF dapat diperlahankan kerana melalui perjanjian ini

pejuang MNLF boleh diserap sebagai Angkatan Tentera dan Polis Filipina. Secara

tidak langsung bilangan dan kekuatan MNLF dapat dikurangkan dan ianya juga

dapat meningkatkan kekuatan dan keselamatan kerajaan Filipina.

Namun, perjanjian ini tetap mempunyai masalah yang tersendiri sama seperti

perjanjian yang sebelumnya. Ramai pejuang MNLF beranggapan bahawa perjanjian

ini hanya memberi keuntungan kepada sebelah pihak sahaja iaitu kerajaan Filipina

kerana MNLF hanya mendapat status autonomi sahaja bukan satu wilayah yang

merdeka yang ditadbir oleh mereka sendiri.169 Bukan itu sahaja, kemasukan pelabur

asing dan orang Kristian ke Selatan Filipina untuk pembangunan ekonomi telah

166
Ibid
167
The Moro Voice Online. (2016). The 1996 Final Peace Agreement. Retrieved from
www.mnlf.org.ph/index.php/peace-process/the-final-peace-agreement/342-the-1996-final-peace-
agreement
168
Ibid
169
Harun. R. (2017). Conflict in the Southern Region of the Philippines: Issues, Challenges and
Solutions. Retrieved from https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/iew/170

76
menjadi satu tanda tanya yang memberi keraguan kepada penduduk Islam di situ. 170

Akhirnya perjanjian ini tidak dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang.

4.4 KERJASAMA ANTARA FILIPINA – MALAYSIA

Hubungan dua hala antara Filipina dan Malaysia telah berlaku sekian lama.

Walaupun hubungan dua hala ini memberi kesan yang positif namun terdapat juga

isu yang timbul hasil daripada hubungan ini. Antaranya adalah seperti isu Spartly

antara beberapa negara termasuk Filipina dan Malaysia, isu tuntutan wilayah Sabah

dan isu kebanjiran pendatang Filipina. Namun, sebagai negara jiran yang mempunyai

banyak perkaitan persamaan dari segi sejarah dan sosial masyarakat, isu yang timbul

diselesaikan dengan rundingan yang aman. Terutama mengenai isu keganasan yang

sering berlaku di Selatan Filipina yang memberi kesan di wilayah Malaysia iaitu

Sabah. Kerjasama antara dua negara ini lebih kepada keselamatan bersama dan

peranan Malaysia sebagai orang tengah antara kerajaan Filipina dan kumpulan

pengganas.

4.4.1 Kerjasama Keselamatan Bersama

Hubungan antara Filipina dan Malaysia sangat baik dalam bidang keselamatan

kerana sering kali berlaku insiden dan isu keganasan yang melibatkan dua negara

tersebut. Hal ini kerana kedua – dua negara berusaha untuk melindungi kepentingan

170
Ibid

77
negara tersendiri di samping mahu menghapuskan aktiviti keganasan di kawasan

mereka.

Insiden yang sering berlaku dan memberi ancaman serta menjejaskan keselamata

kedua dua pihak adalah isu penculikan. Kerjasama antara kedua negara dijalankan

bagi mengani masalah penculikan daripada berlaku. Penculikan yang dilakukan oleh

kumpulan Abu Sayyaf pada tahun 2020 telah mewujudkan satu operasi yang

dilakukan oleh Malaysia iaitu “Operasi Pasir”.171 Strategi utama “Operasi Pasir”

adalah mempertahankan kawasan yang strategik seperti pulau – pulau dan kawasan

pantai dengan cara melakukan rondaan pada setiap masa.

Operasi ini dilakukan dengan menempatkan pasukan keselamatan seperti tentera

darat, udara dan laut serta pasukan polis. Manakala pihak keselamatan Filipina yang

dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Filipina untuk bersama sama melakukan

operasi bersama Malaysia adalah Tentera Laut Filipina terutama Angkatan Laut

Mindanao Barat (Naval Forces Western Mindanao - NAVFORWEM).172

Pihak keselamatan Malaysia dan Filipina bersama sama menjaga kawasan sempadan

dan perairan bagi memastikan tiada sebarang pencerobohan dan aktiviti yang

memberi ancaman daripada terus berlaku. Pihak keselamatan Filipina dan Malaysia

turut mengadakan latihan pengawasan bersama, Jawatankuasa Rondaan Sempadan

(Border Patrol Committee Group – BPCG) dan koordinasi Angkatan Udara kedua –

dua negara.173 Penubuhan Rondaan Maritim Terkoodinasi (Coordinated Maritime


171
Dollah. R. & Prayitno. E. (2015). Dasar Memakmurkan Jiran Dan Penglibatan Malaysia Dalam
Proses Keamanan Di Selatan Filipina. Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/9475/1/Ramli_Dollah_and_Eko_Prayitno_Joko_Jebat_42%281%29_July
_2015.pdf
172
Ibid
173
Harun. R. (2009). Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala Malaysia Dan
Negara – Negara Jiran. Retrieved from https://cendekia.unisza.edu.my/neuaxis-

78
Patrol) juga turut diwujudkan yang mana rondaan dilakukan oleh kedua dua pihak

disepanjang sempadan antara negara.174

Kerjasama ini dikuatkan lagi dengan membuat perbincangan dalam “Malaysia –

Philippines Border Patrol Coordination Group Meeting” pada tahun 2003 yang

membincangkan tentang pembaharuan SOP (Standard Operational Procedures).175

Selain itu, membincangkan lagi tentang membanteras aktiviti baharu yang dilakukan

oleh pengganas iaitu membanteras aktiviti pelanunan, penyeludupan dan pendatang

haram serta perikanan secara haram.

Pertukaran maklumat juga turut dilakukan bagi memudahkan segala rondaan dan

kawalan yang dijalankan oleh pihak keselamatan. Sebagai contoh, pihak keselamatan

Malaysia yang diberi tanggungjawab adalah HQ COMNAV 2 (Ibu Pejabat

Pemerintah Tentera Laut 2) yang bekerjasama dengan Pemerintah Tentera Laut

Filipina Selatan (Philippines Navy Southern Command – PNSC).176 Kerjasama dua

pihak ini adalah bagi mendapatkan maklumat persisikan (intelligence) mengenai

pergerakan, kedudukan, jumlah dan keupayaan kumpulan pengganas.

Kerjasama ini terbukti berkesan semasa berlaku serangan Abu Sayyaf di Pulau

Pandanan yang mana PNSC memperoleh maklumat mengenai rancangan kumpulan

Abu Sayyaf terlebih dahulu dan telah memaklumkan kepada COMNAV 2 dua jam

sebelum berlakunya serangan tersebut.177 Secara tidak langsung HQ COMNAV 2

memberi amaran kepada pasukan keselamatan Malaysia untuk bersiap sedia

menghadapi sebarang kemungkinan. Hal ini membolehkan pasukan keselamatan


e/Record/oai:www.myjurnal.my:9205
174
Ibid
175
Ibid
176
Ibid
177
Ibid

79
Malaysia menghantar anggota sebelum kumpulan Abu Sayyaf masuk ke sempadan

Malaysia.

4.5 KESIMPULAN

Konflik Selatan Filipina mempunyai fasa turun naik mengikut corak pemerintahan

setiap Presiden Filipina. Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan namun konflik

tidak dapat diselesaikan sepenuhnya oleh kerajaan Filipina. Kumpulan pengganas

masih lagi aktif melakukan aktiviti mereka namun sedikit terhad kerana kawalan dari

pihak keselamatan Filipina dan negara jiran seperti Malaysia telah dijalankan.

Sebagai contoh, kumpulan Abu Sayyaf masih aktif melakukan aktiviti penculikan

dan rompakan di perairan Malaysia seperti pulau – pulau yang terdapat di Sabah.

Kawalan keselamatan perlu ditingkatkan ke paras maksimum bagi memastikan tiada

lagi individu yang menjadi mangsa penculikan Abu Sayyaf.

Presiden Filipina yang terkini iaitu Presiden Duterte masih tidak mampu

menyelesaikan konflik yang berlaku kerana kurang memberi perhatian dan

mengambil mudah tentang apa yang berlaku di Selatan Filipina. Penggunaan

kekerasan yang diterapkan oleh Presiden Duterte untuk membendung kumpulan

pengganas telah mewujudkan kesan positif dan negatif. Walaupun terdapat

pertempuran yang memihak kepada tentera Filipina namun perjuangan kumpulan

pengganas masih tidak luntur. Penentangan tetap terus diberikan kepada kerajaan

Filipina.

80
Jadi, semua pihak harus bersama sama membantu menyelesaikan konflik ini. Bagi

mengelakkan pertempuran dan kematian, proses rundingan sememangnya salah satu

cara yang berkesan untuk dijalankan. Kedua dua belah pihak perlu memainkan

peranan dam bersedia dalam apa jua kemungkinan seperti menerima sebarang

perjanjian yang akan memberi kuntungan kepada kedua dua pihak. Kegagalan

menyelesaikan konflik akan memberikan kesan yang sangat mendalam kepada

negara dan negara jiran dan secara tidak langsung hubungan antara negara akan

terjejas. Rantau Asia Tenggara juga turut menerima tempias yang sama kerana

seperti yang diketahui terdapat beberapa negara Asia Tenggara yang mempunyai

perkaitan dan sejarah mengenai kumpulan pengganas.

BAB 5

KESIMPULAN

Proses ketamadunan di Filipina telah wujud sejak sekian lama lagi sebelum

berlakunya penjajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat. Sebelum kedatangan

penjajah, masyarakat di Filipina mempunyai budaya, kehidupan dan corak

81
pemerintahan yang tersendiri. Namun, semuanya berubah setelah kedatangan

Sepanyol yang mengubah seluruh sejarah Filipina. Sikap tamak untuk menguasai

kekayaan hasil bumi di Filipina dan kebencian yang begitu mendalam terhadap Islam

telah menjadi faktor utama kejayaan mereka mendapatkan Filipina dengan

memegang teguh prinsip Gospel, Gold & Glory.

Dakyah penyebaran agama Kristian turut menjadi faktor utama kepada penaklukan

mereka ke atas Filipina kerana keazaman mereka untuk memastikan agama Kristian

tersebar luas ke seluruh dunia. Hal ini dikuatkan lagi dengan kesan daripada rentetan

Perang Salib antara masyarkat Islam dan Kristian. Hal ini menyebabkan orang

Kristian ingin menghancurkan agama Islam dengan menakluk negara – negara yang

mengamalkan ajaran Islam.

Pemerintahan Sepanyol dan Amerika Syarikat ke atas Filipina telah menyebabkan

rakyat tempatan melakukan pemberontakan dengan menolak pemerintahan mereka

kerana berlakunya penindasan terhadap rakyat tempatan terutama masyarakat yang

beragama Islam. Keinginan membentuk negara sendiri dalam kalangan pemimpin

tempatan telah memberi tamparan yang besar terhadap penjajah.

Penjajahan yang memakan masa ratusan tahun ini sememangnya memberi tamparan

yang sangat besar terhadap rakyat Filipina sehinggakan sejarah Filipina juga turut

berubah. Pemberontakan dan konflik yang kian berlaku dari tahun ke tahun telah

memberi kesan yang negatif. Pembentukan kumpulan – kumpulan yang ingin

menuntut keadilan dan hak mereka juga sedikit sebanyak memberi kegusaran

terhadap pemerintahan Filipina dan negara jiran yang terkena tempias konflik seperti

Malaysia.

82
Serangan terhadap Sabah pada tahun 2013 merupakan satu peristiwa hitam yang

kekal dalam sejarah Malaysia. Serangan yang dilakukan oleh tentera Diraja Sulu

yang ingin menuntut hak mereka ke atas Sabah adalah satu perkara yang tidak

sepatutnya berlaku kerana ianya telah mencabar dan menjejaskan kedaulatan negara

Malaysia. Tindakan pantas kerajaan dan tentera Malaysia pada waktu itu telah

berjaya menghalang kumpulan tersebut daripada melakukan kerosakan ke atas tanah

Malaysia. Hal ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran kepada rakyat dan

kerajaan Malaysia tentang pentingnya melindungi sempadan dan wilayah daripada

dicerobohi oleh pihak luar. Akibat daripada serangan tersebut kerajaan Malaysia

telah mewujudkan Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) dan Eastern Sabah

Security Command (ESSCOM) yang bertujuan untuk menjaga kedaulatan dan

keselamatan kawasan pantai timur Sabah.

Pemerintahan Filipina silih berganti begitu juga dengan konflik dalaman Filipina

yang mempunyai fasa turun naik. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi menghalang

konflik daripada terus berlaku namun tetap menemui jalan buntu. Kumpulan

pengganas yang masih aktif seperti Kumpulan Abu Sayyaf perlu dihalang dengan

pantas bagi memastikan keamanan dapat dikecapi. Rompakan dan penculikan yang

sering dilakukan sememangnya memberi kesan kepada negara Filipina dan Malaysia

kerana dua negara ini menjadi tumpuan utama mereka. Kawalan keselamatan

bersama perlu dipertingkatkan bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku

lagi demi kepentingan kedua dua negara.

Konflik Selatan Filipina merupakan salah satu konflik yang terpanjang dalam sejarah

dunia yang memakan masa ratusan tahun daripada zaman pemerintahan Sepanyol

83
pada 1521 sehingga sekarang. Walaupun konflik masih berlaku namun sinar

perdamaian antara kedua dua pihak kian terlihat apabila aktiviti kumpulan pengganas

kian perlahan.

Kerjasama daripada semua pihak amatlah ditagih terutama negara jiran seperti

Malaysia yang mempunyai banyak perkaitan dari segi budaya dan sejarah.

Kerjasama dari negara negara ASEAN juga adalah sangat diperlukan kerana konflik

Selatan Filipina ini membawa nama rantau Asia Tenggara. Ancaman pengganas

bukan sahaja terhad di Filipina, malah ia berlaku di beberapa negara ASEAN yang

lain seperti di Indonesia, Thailand dan Malaysia.

Kerjasama dari pihak luar juga memberi kesan positif terhadap konflik Selatan

Filipina seperti kerjasam ASEAN dengan negara kuasa besar seperti Amerika

Syarikat. Walaupun prinsip ASEAN menolak campur tangan kuasa asing namun

dalam hal ini negara ASEAN perlu mengamalkan sikap terbuka untuk kepentingan

bersama bagi memastikan kemakmuran rantau Asia Tenggara dapat dikecapi oleh

semua pihak.

84
BIBILIOGRAFI

Artikel Jurnal

Harun. R (2017, Oktober 17). Journal of Nusantara Studies (JONUS): Konflik


Selatan Filipina: Isu, Cabaran dan Penyelesaian. Retrieved from
https://journal.unisza.edu.my/jonus/index.php/jonus/article/download/170/12

Zakaria. (2010). Proses Resolusi Konflik Bangsa Moro di Filipina Selatan (1968-
1998). Retrieved September 15, 2019, from
http://zakariahiuin.blogspot.com/2010/11/proses-resolusi-konflik-bangsa-
moro-di.html

Abu Hassan, A. S. (2016). Daesh: Kebangkitan dan Pengaruh Media Sosial, 32 (2),
382 http://journalarticle.ukm.my/10511/1/16487-46320-1-SM.pdf.

Judd. M (2005, February 24). Social Development Papers Conflict Prevention and
Reconstruction: The Mindanao Conflict in The Philippiens: Roots, Costs and
Potential Peace Dividend
http://siteresources.worldbank.org/INTCPR/2145781111996036679/2048247
7/WP24_Web.pdf

Harun. R. (2009). Peningkatan Keselamatan Bersama Melalui Kerjasama Dua Hala


Malaysia Dan Negara – Negara Jiran. Retrieved from
https://cendekia.unisza.edu.my/neuaxis-e/Record/oai:www.myjurnal.my:9205

Rusli. H, Mazlan. Azmi. (2013). Sultan of Sulu’s Sabah Claim: A Case of ‘Long-
Lost’ Sovereignty. Retrieved September 20, 2019, from
https://www.rsis.edu.sg/rsis-publication/rsis/1933-sultan-of-sulus-sabah-
claim/#.XhSgmUczZEY

Razak. R. (2003). Gagasan Malaysia dan Penglibatan British. Retrieved September


20, 2019, from http://journalarticle.ukm.my/410/1/1.pdf

Nor Azizan Idris, and Zarina Othman, and Rashila Hj Ramli, (2011) Konstruktivisme


sosial dan hubungan antarabangsa Malaysia = Social constructivism and

85
Malaysia’s international relations. Retrieved September 21, from 2019
http://journalarticle.ukm.my/1883/

Marining. A, Othman. Z, Mohd Radzi. M, Abdul Rahim. M. S (2019) Komuniti


Suluk Dan Persoalan Migrasi ‘Sirih Pulang Ke Gagang. Retrieved September
211, 2019 from file:///C:/Users/MS/Downloads/1678-Article%20Text-4443-
3-10-20190517.pdf

Wan. S, Dollah. R. (2008). Isu – Isu Keselamatan Sabah dan Impak Kepada
Malaysia. Retrieved September 21, 2019, from
https://www.academia.edu/22822477/ISU-
ISU_KESELAMATAN_SABAH_DAN_IMPAK_KEPADA_MALAYSIA_I
ssues_in_Sabah_Security_and_Its_Impact_to_Malaysia

Efferit. (n.d.). Sejarah & Budaya : Kolonialisme dan imperialisme: Tanah Jajahan
Sepanyol dan Sistem Encomienda. Retrieved September 28, 2019, from
https://ms.eferrit.com/tanah-jajahan-sepanyol-dan-sistem-encomienda/

Othman. H. (n.d.). Kesan Perang Salib Terhadap Penjelajajan Kuasa Eropah Ke


Alam Melayu. Retrieved September 29, 2019 from
https://www.academia.edu/42019506/Kesan_Perang_Salib_Terhadap_Penjela
jahan_Kuasa_Eropah_Ke_Alam_Melayu/

Marinsah. &. Azizul. S. (2013). Amalan Tradisi Dalam Masyarakat Bajau di


Semporna, Sabah. Master Thesis, University of Malaya. Retrieved from
http://studentsrepo.um.edu.my/id.eprint/5069

Haryo. N. (n.d.). Perlawanan Bangsamoro di Mindanao dan Sulu 1889 – 2013.


Retrievedfrom
https://www.academia.edu/29359649/Sejarah_Panjang_Konflik_Bangsa_Mor
o.docx

Budiarti. N. (2009). Muslim Moro Filipina: Tragedi Jabidah di Corregidor 1968.


Unversitas Indonesia. Retrieved from
https://www.scribd.com/doc/291257488/Muslim-Moro-Filipina-Tragedi-
Jabidah-di-Corrigedor-1968

86
Dollah. R, & Prayitno. E. (2015). Dasar Memakmurkan Jiran dan Penglibatan
Malaysia Dalam Proses Keamanan di Selatan Filipina. Retrieved from
http://journalarticle.ukm.my/9475/

Izhaq. M. (2016). Peranan Malaysia Dalam Penyelesaiam Konflik Filipina Dengan


MILF: Era Pemerintahan Aquino III. Retrieved from
https://core.ac.uk/download/pdf/77627128.pdf
Internet

Admin. (2019). Sejarah Awal Kedatangan Islam di Selatan Filipina. Retrived


September 15, 2019, from https://www.harum.org.my/ms/sejarah-awal-
kedatangan-islam-di-selatan-filipina/

David, Ricardo A. (2003) The causes and prospect of the Southern Philippines
secessionist movement. Retrieved from
https://calhoun.nps.edu/bitstream/handle/10945/6213/03Dec_David.pdf?
sequence=1&isAllowed=y

Collier. P (2000) Economic Causes of Civil Conflict and Their Implications for
Policy. Retrieved from
https://siteresources.worldbank.org/DEC/Resources/econonmic_causes_of_ci
vilwar.pdf

Cropley. A (2019). Introduction to Qualitative Research Methods. Retireved from


http://www.hu.liu.se/larc/utbildning-information/scientific-
methodology/course-literature-and-
links/1.253567/Qualitative20Content20Analysis_1.pdf

The Moro Voice Online. (2016). The 1996 Final Peace Agreement. Retrieved from
www.mnlf.org.ph/index.php/peace-process/the-final-peace-agreement/342-
the-1996-final-peace-agreement

Omar. A. (2011). Asal Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya. Retreived
September 27, 2019 from https://core.ac.uk/download/pdf/11492181.pdf

Sidek. N. (2019). Kisah Kejatuhan Pengaruh Islam di Negara Filipina. Retrieved


September 27, 2019 from https://iluminasi.com/bm/kisah-kejatuhan-
pengaruh-islam-di-negara-filipina.html

87
Maisanrn Nasima. (2016). Filipina Negara Islam Yang Dimurtadkan? Retrieved
September 27, 2019 from https://atikanisma.blogspot.com/2016/06/filipina-
negara-islam-yang-di-murtadkan.html?m=1

Yakim. M. (2016). Ummah Patani Darussalam. Dengan Sebab Dijajah, Manila Kota
Yang Murtad. Retrieved September 29, 2019 from
http://ummahpatani.blogspot.com/2016/04/dengan-sebab-di-jajah-
kafirmanila-kota.html
Tajudin. H. (2010). Kesan Penjajahan Sepanyol dan Amerika Ke Atas Filipina.
Retrieved September 29, 2019, from
http://jauhnyamatahari.blogspot.com/2010/10/kesan-penjajahan-sepanyol-
dan-amerika.html

Admin. (2009). Sejarah Asia STPM: Penentangan Rakyat Filipina Ke Atas


Penjajahan Sepanyol. Retrieved September 29, 2019, from
http://sejarahasiastpm.blogspot.com/2009/04/penentangan-rakyat-filipina-ke-
atas.html

Goh. A. (2012) Pemberontakan Rakyat Filipina Menentang Kuasa Sepanyol.


Retrieved September 29, 2019, from
https://prezi.com/5bchmn828mum/filipina/

Sunan. A. (2018). The Patriots: Tragedi Jabidah 1968: Pembunuhan Beramai –


Ramai Pemuda Moro Muslim. Retrieved September 30, 2019, from
https://www.thepatriots.asia/tragedi-jabidah-1968-pembunuhan-beramai-
ramai-pemuda-moro-muslim/

Guzman, Chad. Marawi crisis hits 300 death toll mark. CNN Philippines, June 19,
2017. Retrieved from http://cnnphilippines.com/news/2017/06/19/Marawi-
crisis-hits-300-death-toll-mark.html

Ortiz, Erik. Why Duterte Declared Martial Law in Southern Philippines Over ISIS-
Linked Group. NBC News, May 27, 2017. Retrieved from
http://www.nbcnews.com/storyline/isis-terror/why-duterte-declared-martial-
law-southern-philippines-over-isis-linked-n764546

88
Dollah. R. & Suharani. Z. (2015). Fungsi dan Peranan ESSCOM dalam menjamin
keselamatan Sabah: Satu Perbandingan Persepsi Antara Komuniti Luar Dan
Komuniti ESSZONE. Jurnal Komunikasi Borneo 2: 1-28.

Jihoon. P. (2009). Southern Philippines and the Policy of the Second Front in the
Global War on Terrorism. Retrieved from http://hdl.handle.net/10945/4573

Mempertahankan Isu – Isu Masyarakat Islam. Retrieved from


https://studentsrepo.um.edu.my/2486/6/BAB_5.pdf

Akhbar

Bernama. (2019). Bernama.Com Pastikan Benar. Kronologi Penculikan di Sabah


Sejak 2016. Retrieved September, 18, 2019, from
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1736610

Apipudin, Islam Asia Tenggara: Penerbit Akhbar Media Eka Sarana, 2008

Syed Muhammad Khairuddin al Junid, Social memory and the state-civil society
relations in the Philippines: Forgetting and remembering the Jabidah
Massacre, Sage Publication (2013)

MStar Urban. Versatil (2014, April 3). Kawasan Kes Culik di Resort Semporna Ada
Banyak Sejarah Penculikan Lain [Blog Post]. Retrieved from
https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2014/04/03/kawasan-kes-culik-di-
resort-semporna-ada-banyak-sejarah-penculikan-lain#top

Buku Ilmiah

Michael E. Brown, “Ethic and Internal Conflicts: Causes and Implications:


Turbulent Peace the Challenges of Managing International Conflict,
(Washington, D.C.: United Institute of Peace Press) 2001, hlmn 211

89
Che Man, W. K. (1990). Muslim separation: The Moros of Southern Phillipines and
the Malays of Southern Thailand. Singapore: Oxford Univercity Press.

Martin Grifftin & Tery O`Callaghan, International Relations: The Key Concepts,
Routladse, Natanla, 2002, hlm 345.

Mahoney, J & Goertz, G. (2006) A Tale of Two Cultures: Contrasting Quantitative


and Qualitative Research, Journal of Political Analysis, vol14. Hlm. 227

Muslim, Macapado, The Moro Armed Struggle in the Philippines: The Non-Violent
Autonomy Alternative (Marawi City: Mindanao State University, 1994).

Nicholas Tarling, (1999) The Cambridge History of Southeast Asia. Cambridge:


Cambridge University Press, hlm. 256.

D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Selangor: 1981,
hlm, 297

Syaiful Muzani, Pembangunan dan Kebangkitan Islam di Asia Tenggara, Jakarta:


Pustaka LP3ES, 1993, hlm. 46.

Lingga. M. (2007). The Role of Third Parties in the Mindanao Peace Process. In
Kreuzer. P, Werning. R. (Eds.), Voices from Moro Land. Selangor, Malaysia,
hlm. 41.

Maruwiah Ahmat (Pengamatan Semula), Penjajahan Portugis dan Sepanyol Ke Atas


Asia Tenggara, Publication Karisma, Selangor: 2006, hlm, 126-127.

Nicholas P. Cushner, Spain in the Philippines from Conquest to Revolution, Quezon


City: Ateneo de Manila University, 1971, hlmn. 154-155

Vicencio R. Josw, The Rise and Fall of Antonio Luna, Manila: Solar Publishing
Corporation, 1991, hlmn, 23

90
John Leddy Phelan, The Hispanization of the Phillippines: Spanish Aims and
Filipino Response 1565-1700, Madison: University of Wisconsin Press, 1959,
hlmn. 7

Mc Kenna, Thomas M. 1998. Muslim Rulers and Rebels: Everyday Politics and
Armed Separatism in the Southern Philippines. University of California Press

Zaide. F. Sejarah dan Politik Kebudayaan Filipina. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1978

91

You might also like