You are on page 1of 2

CARA MENANAM HIDROPONIK

1. Kenal alatan – takung, penutup takung, raga tanaman, kapas/ span, set baja A
dan B dan satu bungkus biji benih.
2. Basuh semua alatan dengan air bersih/ air paip

SEMAIAN BIJI BENIH HIDROPONIK

1. Sediakan span berdasarkan saiz raga tanaman


2. Belah span menggunakan pisau
3. Rendam span dalam air di bekas semaian
4. Celup lidi dalam air dan lekatkan lidi pada biji benih anggaran 3 hingga 5 biji
benih
5. Masukkan biji benih di celah belahan span
6. Susun span dalam bekas semaian yang mengandungi sedikit air
7. Letakkan bekas semaian yang telah siap di rumah semaian
8. Biarkan selama 3 hingga 5 hari/ tumbuh 2 hingga 3 helai daun

SEMAIAN TERUS BIJI BENIH HIDROPONIK

1. Bahagikan kapas untuk 8 raga tanaman dan rendam dalam air


2. Masukkan kapas dalam raga satu per satu
3. Buat lekukkan pada kapas
4. Celup lidi dalam air dan lekatkan lidi pada biji benih anggaran 3 hingga 5 biji
benih
5. Letakkan biji benih dalam lekukan kapas
6. Letakkan raga dalam takung semaian berisi air separas lubang raga bahagian
bawah
7. Letakkan bekas semaian yang telah siap di rumah semaian
8. Biarkan selama 3 hingga 4 hari/ tumbuh 2 hingga 3 helai daun

MENANAM BIJI BENIH HIDROPONIK

1. Sediakan larutan dengan mengisi air dalam takung sehingga paras 2 cm dari
bibir takung
2. Ambil 100 ml set baja A, tuangkan dalam takung dan larutkan sehingga sebati
3. Basuh alat sukatan sehingga bersih sampai kering
4. Ambil 100 ml set baja B, tuangkan dalam takung dan larutkan sehingga sebati
5. Ambil anak benih yang telah hidup 2 hingga 3 helai daun dan letakkan di atas
penutup takung
MAKLUMAT TAMBAHAN

 Bila tuai jangan buang kapas/ span untuk mengelakkan sayur layu
 Plastik silver shine boleh digunakan untuk mengelakkan serangan serangga.
Letakkan lapisan berwarna kelabu di bahagian atas supaya cahaya boleh
dipantulkan seperti cermin untuk mengelakkan serangan serangga di bawah
daun. Manakala lapisan hitam diletakkan di bahagian bawah untuk menyerap
lebih banyak haba dan menghalang pertumbuhan lumut.
 Plastik silver shine juga boleh menyebabkan biji benih yang asalnya dominan
menjadi resesif.
 Kacau larutan 1 minggu sekali supaya larutan tidak berkumpul
 / mendap di bawah menjadi Kristal.
 Kalau larutan kurang, tambahkan air sahaja
 Masukkan air dulu dalam takung sebelum menuang larutan baja A dan B
(Formulanya pekat ke cair)

You might also like