You are on page 1of 2

Bahasa Melayu Wahana Perpaduan

Frasa Bahasa Malaysia Teras Perpaduan Bangsa  boleh ditafsirkan sebagai bahasa utama yang
menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa perantaraan berupaya menjadi tunjang atau nadi kepada
penyatuan pelbagai kaum dan bangsa.

Mengikut tulisan Haris Zalkapli dalam Dewan Masyarakat Jun 2007 yang bertajuk “Membina Identiti
Malaysia”, semua rakyat Malaysia sepatutnya berbangga dengan bahasa Melayu yang bukan sahaja
berfungsi sebagai bahasa perpaduan malah mampu berdiri sebagai bahasa ilmu atau bahasa media
sekaligus merupakan  mampu membina peradaban dan tamadun bangsa Malaysia.

 Tuntasnya, pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh termakbul melalui wahana bahasa
Melayu. Bahasa melayu sebagai kebangsaan dan bahasa perpaduan telah meletakkan masyarakat
majmuk di negara ini dalam satu identiti iaitu Bangsa Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh
gahnya Malaysia hari ini kerana  mempu menjadi model perpaduan dunia melalui satu bahasa iaitu
Bahasa Malaysia.
Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan elemen penting dalam mewujudkan perpaduan
di kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ini kerana masyarakat pelbagai kaum dapat berinteraksi dengan
menggunakan satu bahasa yang menjadi tunjang perhubungan atau nadi penyatuan melalui satu bahasa
iaitu Bahasa Malaysia

Hal ini disebabkan menjadi satu kepentingan bahawa negara ini mempunyai masyarakat yang
berbilang kaum dan sangat memerlukan satu bahasa sebagai panduan. Bahasa ini pula boleh
difahami oleh setiap kaum. 

Seterusnya, Bahasa Melayu adalah lambang jati diri. Bahasa Melayu mempunyai lambang, iaitu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa pemersatu. Melalui perkara ini, Bahasa
Melayu telah dipilih sebagai lambang jati diri warganegara Malaysia. Hal ini sangat diperlukan
kerana setiap negara mempunyai bahasanya sendiri.

 Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa perpaduan. Perpaduan sangatlah penting dalam
masyarakat yang berbilang bangsa. Tanpa perpaduan negara akan kucar-kacir dan musnahlah
sebuah negara berdaulat. Di Malaysia ini, terdapat tiga kaum utama iaitu kaum Melayu, Cina dan
India

You might also like