You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN LIMPAKU PINANG

D/A. PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG,


TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN,

98707 LIMBANG,

_________________________________________________________________________________

Ruj.Kami: SKLP.100-11/2/3(01)

Tarikh : 8 April 2021

Kepada :

Ketua Cawangan
Tabung Baitulmal Sarawak,
Bangunan LAKIL
Lot 1273, Jalan Buangsiol,
98700 Limbang
Sarawak.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN BAGI SURAU BAHARU


SK LIMPAKU PINANG.

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak kami ingin memohon bantuan sumbangan dan
kelengkapan untuk kegunaan pembelajaran di bawah Panitia Pendidikan Islam dari Baitumal..

3. Antara peralatan-peralatan dan kelengkapan yang ingin memohon sumbangan adalah seperti
berikut :

BIL PERKARA SAIZ & UNIT HARGA (RM)


1 Kain
1. Langsir (12 m ) 12 meter 50.00
2 1. Sejadah panjang 2’ X 20’ X 4 Unit 200 X 4 = 800.00
2. Sejadah Imam 1 unit 50.00
3 1. Rak buku/bahan bacaan 3 unit 84.00 X 3 = 250.00
2. Rehal 30 unit 40 X 30 = 1200.00
4 LCD 1 unit 1200.00
Layar Putih 1 unit 200.00
5 Penyaman udara 1.5hp 2 unit 2000 X 2 = 4000.00
6 P.A System 1 unit 1500.00
Pembesar suara 1 unit 1000.00
7 Jam Waktu Solat DIGITAL 1 Unit 400.00
8 Mushaf Alquran 20 unit 75 X 20 = 1500
9 Surah Yassin 30 unit 3.00 X 30 = 90.00
10 Buku Ayat Matsurat 30 Unit 3.00 X 30 = 90.00
Jumlah RM 12330.00

3 Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar pihak tuan dapat memberikan sumbangan bagi
kemudahan surau SK Limpaku Pinang. Guru yang bertanggungjawab untuk program ini ialah
Mohammad Ruzaini Bin Basrah (0197447344). Kerjasama dan bantuan pihak tuan kami dahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

4. Di sini saya sertakan kertas kerja untuk makluman pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH”

Saya yang menjalankan amanah,

___________________________
(ABDULHALIM BIN SUHAILI)
Guru Besar,
SK. Limpaku Pinang,
Limbang.

You might also like