You are on page 1of 1

Terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan golongan remaja terlibat

dengan jenayah juvana yang telah merosakkan masa depan mereka. Antaranya
iaitu

Masalah keluarga

Keluarga yang mempunyai masalah seperti penceraian dan pengabaian


ibu bapa terhadap anak-anak telah menyebabkan generasi muda
terjebak dengan jenayah juvana. Hal ini menyebabkan mereka
mendapat kurang perhatian dan kasih-sayang daripada ibu bapa
menyebabkan mereka mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, mereka
telah melakukan jenayah juvana seperti keganasan dan vandalisme bagi
melepaskan tekanan serta menunjukkan protes mereka.

Pengaruh rakan sebaya

Mereka terdorong untuk mengikuti sesuatu yang dilakukan oleh rakan


mereka disebabkan oleh perasaan ingin tahu yang tinggi dalam diri
mereka. Misalnya, mereka melihat rakan-rakan sebaya mereka
menghisap dadah maka mereka turut mencuba untuk menghisap dadah
sehingga menyebabkan mereka ketagih. Hal ini juga turut menyebabkan
mereka khayal dan bertindak di luar kawalan.

1. Faktor latar belakang diri sendiri.


2. Faktor latar belakang keluarga.
3. Bentuk pengaruh rakan sebaya.
4. Permasalahan persekitaran sekolah.

You might also like