Professional Documents
Culture Documents
Kitab Ana Al Haq
Kitab Ana Al Haq
“ANA AL HAQ”
BAB 1
Ahdiyat (KeEsaan)
Oleh
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’
1. Hakikat perkataan ialah ' Alif ' hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah
dakwat. Hakikat dakwat ialah cecair, hakikat cecair ialah debu-debuan (atom-
atom), hakikat debu-debuan ( atom-atom ) ialah unsur dan hakikat unsur, ialah
Cahaya Allah. Gelap ialah Cahaya Zat, dalam gelap itu ialah "Air Kehidupan"
jika anda lihat dakwat, huruf hilang, dan jika anda lihat huruf dakwat hilang.
2. Zat ternyata dngan dua kesempurnaannya, ia itu Zat ternampak pada anda
dengan Jamalnya ( keindahannya ) dan Jalalnya ( keagungannya ) Jika ia tidak
menampakkan dirinya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan dirinya?
Maulana berkata : "Jika anda berkehendakkan bayangannya, lihatlah muka
manusia. Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumannya".
3. Zat dalam peringkat ghaib tidak di ketahui. Siapakah yang menjadikan ? Apa
juga yang ternyata adalah daripada Sifat. Keujudan ( existence ) di ketahui
daripada kesan ( effect ) sifat Hidup. Pengetahuan menjadi gerak daripada sifat
tahu dan seterusnya dengan lain-lain Tujuh sifat. Apa juga baik dan jahat yang
adalah kesan sifat dan bukan Zat. Bagaimanakah dunia ini wujud daripada
Sifat? Keupayaan sifat berkehendakkan penyataan, misalnya keupayaan Wujud
mendapatkan bentuk penyataan dan menjadi hidup, keupayaan Iradat menjadi
Kehendak dan keupayaan kuasa menjadi tenaga dan seterusnya. Di mana
sahaja anda dapati hidup, ianya adalah kesan Wujud, di mana sahaja anda
dapati akal, ianya adalah kesan pengetahuan dan seterusnya. Wujud
mendapatkan bentuk hidup, pengetahuan mendapatkan bentuk akal, iradat
mendapatkan bentuk fikiran, kuasa - otak, pendengaran - telinga, penglihatan -
mata, perkataan - lidah.
4. Tiap-tiap benda adalah bentuk satu Sifat. Seluruh alam dunia ini adalah
terdiri daripada bentuk-bentuk Sifat. Perbezaan dan perubahan bentuk-bentuk
ini adalah kerana berbeza dan berubahnya Sifat.
5. Yang pasti ada dan A'yan tersembunyi dalam ghaib. Apa yang nampak ialah
manifestasi ( penunjuk ) Zat Mutlak dalam bentuk A'yan. Zat Mutlak dan A'yan
adalah tersembunyi - apa yang nampak ialah pertanyaan dan misal ( mithal ).
Salik tidak melihat Wujud atau A'yan tetapi hanya kesan-kesannya sahaja.
6. Kita tidak mengetahui zat Allah itu sendiri kerana ia adalah Ghaib Mutlak,
tidak terjangkau oleh dzauk, perasaan, fikiran, khayalan dan pengetahuan kita.
7. Cinta adalah rahsia Zat. Ianya adalah Zat dalam patinya ( essence ) Ianya
tidak di nyatakan kepada sesiapa pun walau pun nabi-nabi dan wali-wali Allah.
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
2
Pengetahuan yang paling sempurna berkenaannya adalah ' tidak tahu ' Ianya
tidak terkandung dalam pengetahuan atau pun dalam Wahyu- ianya tidak dapat
di bawa dalam lingkungan Keindahan. Apa yang dapat oleh pencinta-pencinta
Allah dan sufi dalam ma'arifat mereka adalah tidak lebih dari penyataan
(epiphanies) dan misal sahaja. Yang Mutlak itu tidak dapat di bawa dalam
lingkungan penyataan dan misal. Orang yang nampak bayangan matahari
dalam air bukanlah bererti dia telah nampak matahari itu sebenarnya.
Kata Nabi Muhammad s.a.w.yang bererti, "saya tidak mengetahui Mu lebih dari
setakat mana saya patut mengetahui Mu" Pengetahuan tentang dirinya adalah
dengan Dia jua, tidak berkongsi dengan siapa dan apa jua.
8. Peringkat di mana yang Haq itu tidak menyatakan kepada dirinya di gelar
dan lain-lain. Peringkat di mana ianya menyatakan atau menunjukkan kepada
dirinya di gelar Ahdiyyat - Sempadan Pertama ( First Limitation ) Hakikat
Muhammad dan lain-lain. Peringkat di mana Ianya menunjukkan pada diri dan
pada 'Yang Lain' secara perincian di gelar Sempadan Kedua. Peringkat di
mana ianya menunjukkan pada Diri dan 'Yang Lain' secara terperinci dalam
pengetahuandi gelar Hakikat Kemanusiaan - Nafas Suci. Peringkat di mana
ianya menunjukkan secara perincian ( in detail ) keluar di gelar Alam Arwah,
Alam Mithal dan Alam Ajsam - dan alam-alam ini merupakan "yang di jadikan".
9 Apabila Wujud itu tersendiri, ia berada dengan sendirinya dan memerhatikan
dirinya sendiri. Tidak ada yang tidak cukup padanya. Ianya pengetahuan yang
tidak berlawanan dengan kejahilan. Ianya sedar tentang ' ke-AKU-an '-nya yang
abadi. Syak dan waham dalam kewujudannya sendiri tidaklah mungkin. Dengan
sendirinya Ianya sempurna. Ketidaksempurnaan adalah berkaitan hanya pada
bentuk. Ianya abadi dan tidak bertukar-tukar dan sentiasa ada. Perkara
'sementara' dan bertukar-tukar dan hilang hanya tertentu bagi bentuk.
Hu ( Dia ) yang ghaib menjadi 'Aku'- menzahirkan Dirinya. Oleh itulah mazhab
Syattariyah membuang kenafian dan mengambil ke-ya-an. Sia-sia sahaja
dalam Maraqaba ( meditasi ) jika kenafian yang di pedulikan kerana itu bererti
menafikan perkara yang tidak ada- seperti menghidupkan kuda yang mati
dalam khayalan dan kemudian memukulnya. Dalam agama Syattariyyah tidak
ada memfanakan diri, tidak ada di situ melainkan 'Aku ialah Aku'.
10. Zat itu mutlak.Tidak berbentuk. jika berbentuk maka itu adalah bentuk yang
mutlak ( sebagaimana yang di katakan oleh Syekh Al-Akbar Muhiyyudin Ibn
Arabi ) yang padanya semua bentuk-bentuk yang ada hadnya bergantung. Ia
menjadi manusia berbentuk ( bayangan ) Rahman. Kayu mempunyai bentuk
yng tersendiri; lain-lain bentuk itu tidak ada bersangkutan dengan bentuk kayu
yang mutlak. Apabila ia berkehendak, Ia ambil satu bentuk dalam bayangan -
sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bererti " Aku nampak Tuhan ku berbentuk
seorang belia yang tidak berjanggut " Ini adalah misalan sahaja. Jika tidak
tentulah banyak orang yang akan sesat. Bukanlah yang mutlak yang nampak
dalam misalan
BAB 2
WAJIBUL WUJUD
[Yang Pasti Ada]
1. Aspek Allah yang tidak zahir ialah Jalal dan yang zahir (manifestasi) ialah
Jamal. Kesempurnaan jiwa bagi Salik ialah berada antara kedua-dua aspek ini.
Badan dan akal dapat di lihat. Ruh, Sirr dan Nur tidak dapat di lihat. Untuk
mencapai Haq seseorang itu hendaklah melalui semua ini secara berperingkat-
peringkat. Perhatikan bagaimana khatra ( gerakan fikiran) menurun ke bawah.
Mula-mula ia turun kepada Nur, kemudian Sirr, kemudian itu Ruth, selepas itu
hati dan akhirnya kepada badan. Sebenarnya khatra ini ialah satu sifat Kalam
(perkataan) Allah.Ia datang melalui tingkat-tingkat Iradat. Hakikat anda
bukannya slah satu daripada tingkat-tingkat ini tetapi adalah (Zat Mutlak) itu
sendiri. Jika kebaikan biasa dalam perbuatan hilang dari kita, itu tidaklah
berapa bahaya. Tetapi amatlah merbahaya jika hilang kebaikan yang sebenar-
benarnya dari kita.
7. Kaum Faqaha tidak bersetuju dengan pendapat Auliya Allah. Mereka tetap
mengatakan wujud itu ada dua; satu yang asal dan yang lagi satu sementara,
yang datang dari 'adum' (tidak ada), meski pun mereka berkat Allah tidak
berkuasa menjadikan'ghayr'nya yang tidak ada wujudnya. Menjadi wujudnya
benda-benda bukan dari 'tidak ada' tetapi adalah dari (bentuk-bentuk tetap
dalam ilmu) yang pada luarnya (tidak ada menurut bandingan). A'yan
ternampak apabila penzahir (manifester) mengurniakan kepada mereka (wujud
bandingan)nya; iaitu pada luarnya mereka 'adum tetapi wujud dalam ilmu. Oleh
itu benda-benda (objects) tidak datang dari 'yang tidak ada' tetapi adalah dari
wujud Allah. Dalam ilmu Allah, mereka berserta dengan wujud Allah. Pada
luarnya mereka datang dengan wujud Allah. Tetapi sepanjang yang berkenaan
dengan pengetahuan mereka tentang lur (zahir) mereka itu, mereka " tidak
membau-bauan wujud dalam luarnya (externality) dengan demikian, perintah
'Jadilah (kun) bukan di arahkan kepada 'adum tetapi adalah kepada ia itu bakat-
bakat Peribadinya sendiri yang asal. Yang nampak pada zahirnya adalh
sementara dan tidak kekal. Hakikat 'adum tidak boleh di tukar menjadi wujud
dans sebaliknya.
KEDUA : Ulamak mengatakan kejadian adalah dari 'adum, dan perintah 'jadilah'
(kun) adalah di tunjukkan kepada 'adum itu mengatakan 'yang diperintahkan itu'
mestilah ada atau wujud untuk menerima perintah itu dan ini ialah a'yan dalam
pengetahuan ia itu bakat dalam batin.
KETIGA : Ialah perkara berkenaan Hu Hu dan Kaannahu Hu. Sufi seperti Syekh
Syihabuddin Suhrawardy mengatakan bahawa dalam Fana, benda atau
makhluk (yang terhad) menjadi Kaannahu (seperti Dia) dan bukan Hu Hu
(Dia,Dia) seperti besi dalam api yang menjadi seperti api dan bukan api yang
sebenarnya. Hakikat besi berlainan daripada hakikat api. Menurut dalam 300
auliya adalah mengikut mazhab ini dan yang 300 lagi itu mengikut Syekh-al-
Akbar yang mengatakan atau makhluk menjadi Hu Hu.
Syekh-al-Akbar mengatakan ia itu wujud tidak lebih dari satu, yang sama itu
juga menzahirkan kepada dirinya dengan dirinya. Seperti air menzahirkan
kepada dirinya dengan rupa ais secara pembatasan (limitation). Apabila dalam
keadaan Fana bentuk atau pembatasan hilang, yang mutlak tinggal dan
menjadi Hu Hu. Mazhab ini pergi sampai ahdiyyat dan mazhab yang satu lagi
(mazhab mustasaffawi) pergi sampai kepada Wahdiyyat. Mazhab yang kedua
itu mengatakan ada dua wujud yang berlainan dan dua benda yang berlainan
dalam pandangan mereka. Misalnya besi dan api; besi menjadi api sementara,
api tetap api dan besi tetap besi. apabila ombak reda, laut tetap tinggal.
Allah adalah Allah dan tidak ada apa pun berserta Dia. " Allah sekarang adalah
seperti Allah dahulu jua " Apabila buih berpecah, air tetap tinggal seperti dahulu
juga. Buih itu pada hakikatnya adalah air juga. Rupa atau bentuknya adalah
pada zahir sahaja tetapi wujudnya tidak ada, air sekarang seperti air yang
dahulu juga. 'Ghayr' (yang lain) adalah tidak lebih dari hanya nama dan benda
fikiran sahaja.
9. Jika sesaorang itu melayan anda secara Nafs, layanlah dia secara Ruh iaitu
balaslah yang jahat dengan yang baik. Inilah cara Ruh. Memandang kejahatan
pada yang lain adalah memandang 'ghayr' Hadith Qudsi ada menyatakan :
10. Mula-mula terpandang Zat dan kemudian Sifat. Mula-mula anda pandang
Zat Zaid dan kemudian sifatnya seperti pengetahuannya, fikirannya dan lain-
lain.
11. Semua benda wujud kerana wujudnya Allah. Dengan sendirinya mereka itu
adalah tidak ada. Huruf-huruf tidak ada. Ada huruf adalah dengan adanya
dakwat.
12. "Yang Tidak Ada" ialah cermin wujud mutlak. Daripadanya terzahir
bayangan dari cahaya Allah. (ada yang negatif) ialah cermin (ada yang
mungkin) ialah bayangan. Wajibul Wujud (Yang Pasti Ada) ialah orangnya.
Dalam terbayang Wajibul-Wujud. Sekiranya tidak ada 'yang tidak ada'
bagaimanakah yang 'positif' itu terbayang ? Apabila sesaorang mengetuk pintu
dan di tanya, " Siapa itu" dia berkata, "tidak ada siapa,hanya Aku" Dia tidak
menafikan wujud dirinya tetapi menafikan badan yang lain, supaya wujudnya itu
dapat di tegaskan dengan lebih kuat lagi. Demikian, tidak ada Tuhan melainkan
Allah. Jika 'yang lain' tidak wujud, bagaimanakah ianya menjadi cermin wujud
Allah ? Apabila 'adum kosong dalam Zat. Harta terpendam itu ternampak
keluar.
14. Zat mengetahui dirinya sendiri. Dari segi mengetahui dirinya sendiri itu. Ia
menjadi 'Wajib','pelaku','tanpa kualiti','pencipta','Yang Mempunyai Kuasa'. Dari
segi Ianya itu di ketahui. Ia menjadi 'Yang Diketahui','Yang Dilakukan
kepada','Yang Diberi Kualiti','Yang Dijadikan','Tanpa Kuasa'. Kedua-dua itu
menjadi (Hakikat Kemanusiaan). Inilah peringkat tertinggi mikraj (naik ke
atas)bagi Nabi-nabi. Aspek yang pertama itu merupakan Asma-i-Wujubiyyah.
Yang kedua, Asma-i-Kiyani atau Asma-i-Kouni. Yang Pertama itu ialah 'wujud
yang terzahir' dan yang kedua ialah ' ilmu yang terzahir'. Kumpulan asma yang
pertama itu ialah 'pelaku','tidak ada kualiti','penzahir' dan kumpulan yang kedua
ialah 'yang dilakukan, yang di kualitikan','yang di zahirkan'(pasif). 'Ke-Aku-an'
yang mutlak ialah hasil penyambungan, kedua-dua itu dan dunia itu terbit dari
penyambungan ini.
'Ke-Aku-an' dari sifat-sifat aktif 'yang wajib' menjadi Rab (pemerintah) yang
tidak ada kualiti, 'pelaku' dan 'penyinta' dan 'kuasa' serta 'kekal'. Dari segi sifat-
sifat pasif'yang mungkin' menjadi 'Abd (yang diperintah) dan mempunyai kualiti;
dan menjadi 'perkakas','yang dilakukan','yang dicintai' dan 'tidak berkuasa'.
Oleh yang demikia, wajiblah Abd mencari keredhaan Rabnya.
15. Dalam bahasa Arab, lelaki dianggap sebagi penyinta dan perempuan
sebagai yang di cintai. Dalam bahasa Hindi, proses itu terbalik. Dalam bahasa
Parsi, kedua-duanya dianggap sebagai penyinta. Cinta adalah dari Wajib dalam
batasan atau had yang pertama dan dengan itu Wajib (yang pasti wujud)
adalah penyinta dan Mumkin (yang mungkin wujud) adalah yang dicintai.
Apabila dalam had yang kedua, Mumkin dizahirkan, ianya menjadi penyinta dan
wajib menjadi yang dicintai. Apabila dalam tajallinya, Wajib dan Mumkin hilang,
penyinta dan yang di cintai juga hilang dan inilah ruang ketidakadaan warna.
16. Firman Allah: Yang bererti : "Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu
berada". Allah adalah hakikat semuanya. Apabila Allah berserta dengan semua.
Dia juga adalah tanpa semua. Jika tidak kehampiran Mumkinul-Wujud dengan
Wajibul-Wujud tidak ada makna, dan dengan itu hulul (kemasukan yang satu ke
dalam yang lain) terpaksalah di terima. Yang satu adalah di sisi ysng satu lagi
dan arahan dalan ruang adalah perlu. Oleh itu selagi anda wujud dalam
pandangan anda, Dia tidak akan nampak; dan apabila anda tidak wujud dalam
pandangan anda, maka Dialah yang anda nampak. jika tidak,dua yang wujud
akan bersatu atau akan bertentangan antara satu dengan yang lain. Timbullah
ruang dan timbullah dua yang wujud. Ini berlawanan dengan Tauhid. Fana ialah
menafikan (perkongsian) dengan yang lain (ghayr)
18. Punca semua gerak ialah gerak dan ini adalah bentuk-bentuk dalam
pengetahuan. Gerak ini di zahirkan keluar. Oleh itu wujud ini adalah gerak dari
keadaan yang terpendam kepada keadaan yang ternampak. Ini adalah gerak
cinta. Allah berfirman:Yang bererti: " Aku adalah harta yang tersembunyi dan
suka sekali supaya di ketahui" Cinta ini adalah untukmanifestasi (penzahiran),
Jika cinta ini tidak ada. Dia akan terpendam dalam ilmu selama-lamanya. Gerak
alam ialah dari menuju penzahirannya keluar. Pergerakkan ini adalah cinta
Allah kepada penzahiran alam dari kepada kewujudannya. Kerana alam suka
melihat zatnya sendiri terzahir seperti yang dilihatnya dalam ilmu. Wujud tanpa
permulaan ialah wujud Allah. Sepanjang yang berkenaan dengan Zatnya ,
wujud itu adalah (kesempurnaan diri) baginya. Wujud yang ada permulaan ialah
dari Allah dalam bentuk alam yang mana ada dalam ilmu Allah dan di gelar
wujud yang sementara dan mungkin. Allah menampakkan (manifestasi) Dirinya
dalam bentuk alam dan ini (kesempurnaan nama). Oleh yang demikian, Dia
adalah kekal dalam Kekal dan sementara dalam Sementara.
19. Harith Muhasibi ada berkata " Jangan anda anggap kerugian atau
keuntungan kepada seseorang itu datangnya dari diri anda sendiri" kerana
wujud dan kualiti-kualitinya adalh hanya pinjaman kepada 'Mumkin' dan apa
yang di pinjamkan itu adalah bergantung kepada'wajib' (pasti) dan bukan
kepada 'Mumkin'. Apa yang tidak ada kualiti tidak boleh mengatakan dia ada
kualiti atau sifat. Jika 'adum berbuat demikian, itu adalah syirik. Inilah sebabnya
Ulamak mengatakan wujud ialah tambahan pada zat. Dari segi mutlaknya,
wujud tidak langsung terfikirkan. Hanya dalam Wahdiyyat, anda mempunyai
tajalli pada wujud. Oleh itu, dalam segi mutlak, wujud adalah tambahan. Ulamak
terlibat dengan Wahdiyyat. Jika mereka naik ke atas lagi, mereka akan dapati
bahawa wujud itu adalah hanya tajalli itu menjadi hakikat seseorang dalam
tajalli. Tajalli dan pembatasan adalah Zat dengan sendirinya. Oleh yang
demikian theori mengatakan wujud itu adalah tambahan, tidak terpakai di sini.
Apabila difikirkan lagi kita dapati ianya terdiri daripada sifat-sifat tertentu yang
tidak wujud pada zahirnya. Ini ialah Akal Kedua. Inilah juga pandangan pihak
Inilah ayat berkenaan perkara ini. Satu lagi ayat ialah yang bererti:
"Sesungguhnya Dia meliputi segala sesuatu" Wujud yang di luar atau yang
terzahir ini mempunyai dua aspek, satu hakikat dan satu lagi manifestasi.
Manifestasi ialah wujud Yang Mungkin dan hamba (Abdiyyat). Orang-orang Sufi
menggelarnya Farq. Tidaklah benar menggelar aspek ini 'Allah'. Yang satu lagi
ialah punca manifestasi (penzahiran) dan ini adalah Ketuhanan (Divine). Aspek
ini di gelar Haq, dan orang-orang Sufi menggelarnya dengan nama Jam'i.
Ertinya: "Jangan hampir dengan pokok itu, jika tidak, kamu menjadi Zalim"
Cinta adalah tarikan kepada yang benar-benar cantik. Memandang kecantikan
dalm kecantikan nya sendiri tanpa halangan dari objek-objek alam di gelar
keadaan jam'i. Syekh-al-Akbar menggelar keadaan ini dengan nama jam'i atau
batasan pertama atau Hakikat Muhammad s.a.w. ianya adalah cinta Zat pada
Zat itu sendiri. Cinta Zat pada alam dinamakan. Cinta Alam pada alam iaitu
seseorang lain dinamakan .
2. Allah dalam manifestasi (penzahiran)nya yang pertama ialah a'yan.
Keupayaannya terzahir dalam cermin a'yanNya. oleh itu, Allah adalah Bapa
a'yan itu di pelihara pada penzahirannya oleh asma dan sifat.
3. Yang terzahir datang dari yang tidak zahir dan yang tidak zahir datang dari
yang terzahir. Penzahiran hanya mengambil bentuk.
Al Quran surah Al Ikhlas : 3,
Apa-apa yang timbul dari ombak tidaklah lain dari laut itu sendiri. Dakwat pada
huruf tidak lain dari dakwat mutlak. Telur datang dari abu ayam dan begitu juga
sebaliknya. Dalam cermin alam ini tidak ada yang nampak melainkan Allah itu
sendiri dalam manifestasi yang kedua. Dalam cermin Allah " lain dari alam "
ternampak dalam manifestasi yang pertama . Oleh itu, alam ini terbit dari Allah
dan tidak ada lain kecuali Allah yang nampak dari alam. Biji benih terzahir
dalam pokok dan pokok itu di dapati dari biji benih. Apa-apa yang terzahir
4. Muhammad ialah dari cahaya rahmat dalam kedua-dua alam. ' Dan tidak Ku
utuskan kepada mu, melainkan rahmat sekalian alam".
Rahmat atau berkat adalah sifat Jamal (indah). Iblis ialah dari api Kebesaran.
Jamal menaungi Jalal dalam manifestasi. Kita mohon perlindungan dari
perbuatan-perbuatan Syaitan. Jangan hinakan mereka yang jahat tetapi
mohonlah perlindungandari perbuatan mereka itu.
5. Segala-galanya kembali kepada asalnya. Pada segi wujud , segala-
galanya berasal dari Allah.
Oleh itu, Muminul-Wujud bergantung kepadaWajibul-Wujud. Untuk Wujud,
huruf-huruf dan perkataan bergantung kepada dakwat. Zat benda-benda tidak
wujud dan ianya adalah ghayr (yang lain) bagi wujud setiap ketika, segalanya
meminjam wujud mereka dari Allah, dan setiap ketika mereka kembali kepada
zat mereka yang mana adalah kosong. Sepanjang yang berkenaan dengan
wujud , mereka kembali kepada wujud 'yang pasti ada' dan sepanjang yang
berkenaan dengan wujud mereka sendiri, mereka kembali kepada
kosong. Dalam Al Quran Allah berfirman
Mumkinul-Wujud mempunyai dua aspek; satu mengadap Allah dan satu lagi
mengadap dirinya sendiri. Pada aspek yang pertama, tidak ada apa-apa
melainkan Allah. Pada aspek yang kedua, ianya tidak ada, kosong atau binasa
sendirinya. " Segala-galanya binasa kecuali wajahnya"
Pada dirinya sendiri, sesuatu benda itu ialah kosong yang abadi; tetapi pada
segi 'wajahnya' iaitu aspeknya terhadap Allah ianya bukan sesuatu yang tidak
ada. Kedua: Zat benda adalah sifat Jalal (agung) dan Jamal (indah). Benda
adalah manifestasi (penzahiran) dari kedua-dua sift ini. Semuanya sama ada
baik atau buruk datang dari pintu kedua-dua sifat ini dan kembali melalui pintu
yang sama.
Tiap-tiap sesuatu ,dalam proses meminjam sesuatu sifat, merasai sifat itu.
Perasaan ini menjadi perhubungannya dengan sifat yang di pinjamkannya itu,
dan ianya menjadi keupayaan (potentiality) bagi benda itu. Tiap-tiap sesuatu
adalah bentuk sifat. A'yan adalah bentuk-bentuk sifat. Apa sahaja yang keluar
dari sesuatu sifat adalah kesempurnaan bagi sifat itu. Segala-galanya akan
kembali dari alam yang sementara kepada alam yang kekal abadi dengan
kesempurnaan yang di terimanya di sini. Apabila sesuatu itu menanggalkan
sifat-sift mereka (dan ini tidak lebih dari satu minit, yang batin menjadi yang
1. Tiga peringkat tanuzzulat (penurunan) yang mula itu adalah peringkat dalam
dan adalah yang satu dan yang sama itu juga. Ahdiyyat berpadu dalam wahdat
dan wahdat berpadu dalam Wahidiyyat. Ahdiyyat berpadu dalam Wahidiyyat.
Dalam Wahidiyyat semua asma tersembunyi. Asma mula-mula terzahir dalam
Alam Arwah, kemudian dalam Alam Mithal dan selepas itu dalam Alam Nasut
(Casual World). Dalam hakikat Muhammad s.a.w. semua asma (nama)
tersembunyi.
Beliau bersabda, " Aku adalah dari cahaya Allah dan semua yang lain
adalah dari cahaya ku "
Dalam manifestasi Nabi itu semua nama tersembunyi melainkan nama Hadi
(Pembimbing Yang Benar) Bagi Iblis pula semua nama tersembunyi melainkan
nama Mudhil (yang menyesatkan)
2. Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan. Indah adalah
sifat Zat.Allah menjadikan manusia dalam wajahnya. Dilitupinya manusia itu
dengan sifat keindahannya sendiri. Oleh itu manusia cenderung kepada yang
indah. Allah cintakan keindahan sebelum menjadikan kedua-dua alam. Oleh
yang demikian, Allah itu indah dan cinta . Keindahannya adalah cinta dan
cintanya adalh keindahan. Dia yang menyintai dan Dia juga dicintai. Dia
nampak Dirinya dalam cermin keindahannya sendiri. Dia cinta dirinya sendiri,
Allah tidak cinta yang lain dari pada diriNya sendiri.
3. 'Adum (yang tidak ada) ialah yang diluar dari yang di jadikan oleh Allah.
“ Dan tiadalah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara kejadiannya sebagai ciptaan yang tidak megandungi hikmah dan
keadilan (Surah Saad : 27)
Allah mempunyai kebaikan yang mutlak dan dari kebaikannya itu timbul
kejahatan. Apa yang nampaknya jahat ialah perhubungan antara asma (nama-
nama) yang bertentangan dan bukannya dari Wujud itu sendiri; atau timbul dari
'adum. Umpama sebilah pedang yang memotong. Memotong itu sendiri,
bukanlah kejahatan; Ianya menunjukkan kesempurnaan pedang itu. Memotong
tangan orang nampaknya adalah jahat dan ini berkaitan dengan 'adum.
Sebenarnya itu adalah perkaitan atau perhubungan antara satu daripada nama-
nama keagungan dengan yang lain. Berbanding dengan nama-nama lemah-
lembut ianya berupa jahat, tetapi jika dengan sendirinya. ianya adalah baik.
4. Rumi ada berkata demikian : 'Attar berjalan melalui tujuh bandar Cinta,
kami masih di selekoh satu lorong’.
Tujuh bandar yang di maksudkan itu ialah tujuh sifat-sifat Allah yang di lalui
oleh pengembara tadi: dan orang lain berjalan hanya dalam satu sifat sahaja.
Nabi Musa diperkaitan dengan sifat 'kalam" (percakapan) dan Nabi Isa
diperkaitan dengan 'Hayat'(hidup).
Atau mungkin juga dimaksudkan kepada yang tujuh ini: badan, mithal, arwah,
wahidiyyat, wahdat, ahdiyyat, mutlaq.
6. Hadith ada mengatakan: Yang bererti: " Ada satu pasar dalam syurga di
mana ada terjual muka ( atau gambar)".
Ini bermaksud 'tajalliyat' (terbayangnya) Allah. Syekh Abdul Qadir Jailani ada
mengatakan , " Aku nampak Allah dalam mimpi berupa Nabi "
Nur (cahaya) ialah manifestasi diri agar ia nampak sebagai ghayr (yang lain)
Syuhud (menyaksikan) ialah penyataan(expression) yang ghaib dan yang
batin.
Wujud ialah manifestasi apa yang tidak ada dahulunya adalah bentuk-bentuk
dalam pengetahuan, hakikat objek dan mengkonkritkan (maujudkan) nama-
nama dan wujud, Dalam peringkat ini, mereka bukan 'majul bijali Jail' (dijadikan
oleh kejadian Yang Menjadikan) tetapi mereka tidak zahir sendiri, maka Yang
Menjadikan membawa mereka menjadi ada.Pelaku hakikat ini bergantung pada
Pelaku; sama ada Pelaku mewujudkan hakikat-hakikat itu pada zahirnya (iaitu
mengambil bentuk dalam wujud seperti dikatakan oleh Mazhab Wujudiyyah),
atau memberi wujudnya pada mereka yang mana mereka adalah 'adum (seperti
di katakan oleh Mazhab Syuhudiyyah), Dia sahaja menjadi sebab athar (kesan)
mereka. Jika anda melampaui had ini, anda akan memasuki lingkungan yang
mengatakan 'dua' (duality). Ambil misalan dakwat dan perkataan. Wujud dakwat
11 MAWAHID ialah seseorang Yang Melihat Tiada Ghayr ( yang lain ) Iaitu Dia
terdiri dalam Zat dia sendiri, tidak ia melihat zat yang lain dari masa yanpa
permulaan hingga masa tanpa akhirnya. Ia hanya satu tajalli Zat yang dari
DiriNya atas DiriNya dan melalui DiriNya. Tidak ada ruang bagi sifat di sini.
Firman Allah :-
Tidak ada Tuhan melainkan Aku. Aku adalah Satu dan tidak ada sekutu
denganKu.
Peringkat ini adalah bahaya kerana ada orang yang direjam dengan batu
hingga mati kerana perkara ini. Di sini Ayniyat (Kedirian keesaan) Zat dan
pembezaan sifat bercantum, yang satu tidak mendinding yang lain. Esanya Zat
tidak mendinding banykanya sifat dan begitu juga sebaliknya. Banyak sifat
adalah perkara khayalan dalam ilmu, iaitu ia tidak wujud bukan sahaja di luar
tetapi juga di dalam.
Sebaliknya pula zat itu melarutkan dan meresapkan banyaknya otak, dan
menimbulkan syak wasangka. Proses ini jika berlanjutan akan menajdi kufur
yang bererti meyembunyikan satu hakikat dengan kegelapan syak wasangka
”Allah telah menutup hati mereka, pendengaran mereka dan pandangan
mereka ada penutup, dan bagi mereka azab yang besar” (al-Baqarah : 7)
12. Allah tidak ada kualiti dalam Tanzih di samping dalam pengkualitiannya
(Tasbih) dan dikualitikan (dalam tasbih), di samping dalam ketidak adaan kualti
Nya (tanzih). Di samping tasnbih dia ada Tanzih dan begitu juga sebaliknya.
Pengkualitian Nya dan tidak ada kualiti Nya adalah secara Tanazzul
(penurunan). Dia mutlak dan tidak tertakluk kepada kedua-dua perkara itu. Dia
bukan satu atau Banyak dalam Zatnya.
13. Zat sebenarnya adalah sifat menurut pendapat orang-orang Sufi dan
Filasuf. Zat anda secara sendirinya tidak dapat membolehkan anda, misalnya
melihat. Tetapi Allah tidak bergantung pada pandangan. Dia melihat dengan
Zat Nya. Zat dan sifat adalah satu pada hakikatnya dan berasingan dalam
Dengan demikian, tidak ada ’yang mengandungi’. Banyak atau lebih dari satu
adalah hanya dalam khayalan sahaja dan bukan dalam hakikatnya.
14. Cahaya gelap adalah menifestasi Jalal, cahaya terang adalah menifestasi
Jamal ’Gelap, jika anda tahu, ialah cahaya Zat.
Dalam ngelap itulah’mata air hidup’.
15. Zat (lahut) adalah punca sifat. Sifat (jabarut) adalah punca afaal (malakut)
dan afaal adalah punca athar (Nasut).
16. Pihak Mutakkalimin berpendapat Masa itu adalah perkara khayalan, Filasuf
berpendapat Masa itu terjadi kerana pusingan langit dan planet.
Orang-orang sufi pula mengatakan bahawa Masa itu ialah azali (masa tanpa
awal) dan abadi (masa tanpa akhir)
Kedua-dua ini bersatu. Cipta dan binasa ada dalamnya. ’Sebelum’ dan
’Selepas; adalah hanya perbandingan sahaja. Jika tidak, cipta dan binasa
adalah dalam ketika yang satu dan yang sama itu juga. Masa ialah sifat kekal
bagi Allah. Ianya tidak ada pangkal atau hujung. Tidak ada awal dan tidak ada
akhir.
17. Masa ialah pusingan ’point’ tahun, bulan, hari, minit dan saat adalah
perincian-perincian masa dan masa itu kekal. Yang lepas dan Yang sekarang
tidak menjadi soal.: ” Tidak ada pagi dan tidak petang dengan Tuhan”.
Masa itu kekal dalam kekal dan sementara dalam sementara. Point itu sentiasa
ada.
’Dan bagi Allah timur dan barat, kemana sahaja kamu hadapkan wajahmu
( mukamu ) di situ ada Wajah Allah. Sesungguhnya Allah Meliputi
semuanya dan Maha Mengetahui”.
Tiap tiap Sifat timbul dan bersinar dari timurnya sendiri ( Ism – i – Ilahi ) dan
terletak pada objek yang dizahirkan di barat Dirinya sendiri ( Ism- i – kiyani ).
Apabila terdiri qiamat atau Fana yang biasanya digelar Hari Akhirat, matahari
terbit di barat iaitu hakikat asma dan sifat akan mempunyai tempat halanya di
tempat-tempat perhentiannya dan boleh dilihat. Dengan lain perkataan, hanya
ada satu wujud yang timurnya ialah sifat dan baratnya ialah menifestasi dunia.
Ia mempunyai Yang Pasti ( wajib ) dan yang Mumkin pada kedua-dua sisinya.
Jika anda lihat dari mana mana sisi, anda lihat Wujud Allah, kekal dalam kekal
dan fana’ dalam fana’.
2. Asma’ Allah (nama-nama Allah) adalah bentuk bentuk yang boleh dikenali
dalam ilmuNya . Orang-orang sufi mengelarnya ’A’yan Sabitah’ atau Maklumat
(yang diketahui) oleh mutakallimin. Mahiyyat atau hakikat oleh ahli falsafah.
Tajjali (kilau cahaya) Allah mula-mula sampai kepada Ummul kitab iaitu
peringakat Jabarut, dari situ ia turun ke Loh Mahfuz iaitu sempadan terendah
sekali bagi peringkat Malakut (juga digeklar Alam Mithal dan Nafs i-Kul).
Tempat Jibrail ialah dalam sempadan antara Malaku dan Jabarut (iaitu alam
mithal dan alam arwah). Apa juga yang terzahir dalam alam benda mula-mula
terlukis pada Loh Mahfuz ini. Seperti dinyata dalam al Quran surah An’am” 59 .
Demikian tentangn wahi bagi Nabi dalam alam semesta. Berkenaan Ilham bagi
auliya dalam kemanusiaan mereka. Ia turun dari Haq melalui peringkat Sirr dan
Khafi (Ruh) iaitu kedua-keduanya dalam peringkat Jabarut dan Zamir dan
Fawad (kedua-duanya dalam Malakut), sampai pu;a Qalb. Qalb ialah Loh
Mahfuz bagi alam mithal wali-wali.
5. Jila ialah satu perkataan bagi penzahiran wujud dalam bentuk-bentuk. Istijila
ialah pandangan oleh wujud bentuk-bentuk ini bagi dirinya.
Biji benih melahirkan dirinya sebagai akar pada akar, batang pada batang dan
seterusnya.Inlah Istijilanya, inilah panadanagnnya bagi dirinya dalam Tanazzul
(penurunan) dan bukan dalam Uruj (Kenaikan).
Pandangan ini membawa lupa, yang mana pengetahuan kedua (jalan uruj)
sahaja hilang. Keduaan, ’yang lain’ dan kehambaan (ubudiyyat) adalah hasil
pandangan ini.
6. Sinaran Zat pada dirinya sendiri adalah tajalli pertama dan ini adalah suci
dan kudus. Ianya digelar Faid Maqdas. Di sini a’yan, yang mana adalah
keupayaan (syuyunat) yang paling terdalam sekali, bagi asma dan sifat bersatu
(Mundarij) dalam Zat –i-batin. Asma dan sifat adalah keupayaan Zat-i-zahir dan
kedua-dua asma dan sifat itu bersatu dalam Zat-i-zahir itu, dan Zat itu sahaja
yang diketahui, maka ianya zahir, dan a’yan, asma dan sifat adalah batin.
Dalam proses sebaliknya, apabila Zat menjadi batin, maka asma dan sifat
menjadi zahir (dalam ilmuj). Asma dan sifat diketahui oleh Zat pada
keseluruhannya. Mengetahui dalam ilmu tenatng asma dan sifat oleh Zat
digelar Wahdat atau Hakikat i-Muhammadi, sempadan atau had pertama
Zahirul Wujud. Batinul Wujud tidak ada batasan dan terzahir dalam ilmu dengan
batasan-batasan asma dan sifat pada keseluruhannya.
Apabila Sifat dan Asma’ mengambil bentuk maka zahirlah A’YAN KHARIJA dan
menjadi objek objek dalam Ilmu. Peringkat ini digelar WAHIDIYYAT (
Perbatasan Kedua ) dalam ilmu di mana dapat dibezakan ULUHIYYAT
(Suasana Ilmu Allah) daripada RUBUBIYYAT (Suasana Manifestasi
Pemerintahan). Apabila Rububiyyat bermula, keadaan atau suasana
manisfestasi itu digelar Faid alMuqdas dan ia mula dari Wahidiyyat turun hingga
ke peingkat habuk.
Inilah perincian Hakikat Muhammad. Nabi saw pernah berkata: ”Aku dari
cahaya Allah dan segala kejadian adalah dari cahayaku”
Oleh itu betullah jika dikatakan tiap tiap objek adalah RASUL ( yang diutus
Allah) atau barzakh (batasan antara dua keadaan) Nabi Besar Muhammad saw
ialah Buruz al jamaa dan daripadanya semua barzakh terzahir. Apabila sesuatu
barzakh mengambil bentuk, maka bentuknya itu lebih tertentu bagi bentuknya
dari yang terdahulu dan yang terdahlu itu menjadi batinnya. Anda dapati
keseluruhannya terbayang-bayang dalam tiap-tiap zarrah (atom)
Dahulunya anda bukan diluar. Allah zahirkan wujud anda dengan wujudNya
sebagaimana diwujudkanNya anda dalam Ilmunya.
8. Perkataan Ism (banyak :asma) berasal dari perkataan wasm yang bererti
mencelup atau dari perkataan Samu yang bererti tinggi atau terang nyata.
Asma menerangkan aspek Zat. Bukan tambahan pada Zat. Asma boleh jadi
untuk eprbuatan, untuk sifat atau untuk zat. Asma perbuatan memerlukan satu
objek yang padanya perbuatan itu berhenti. Tanpa objek tidak ada kesan yang
terlihat. Misalnya murah hati, tentulah memerlukan satu objek yang padanya
kemurahan itu dikurnakan.
Jika asma itu tidak memerulakn objek tetapi menyatakan sifat, maka asma itu
digelar asma sifat, sperti Al Hayy (Pemberi hidup), Al Qadir ( Yang berkuasa).Al
Khabir ( Yanfg mengetahui), dan lain-lain. Semua itu ialah Asma-i-sifat.
Jika asma itu menerngakan zat sahajaj.aka asma itu digelar asma-izati, sepeti
Al Muhaimin (Pelindung), Ar Rabb (Pemberi), Az Zahir (Yang nampak), Al Haq
(Yang benar) As Samad (Yang merdeka) , An Nur (Cahaya) dan lain-lain.
Tidak ada Nama Allah yang tidak menunjukkan sesuatu Sifat. Nama itu
menyatakan sesuatu aspek ZAT. Oleh itu nama-nama itu bukanlah tambahan
pada zat.
9. Faid al Muqdas ialah wujud yang diberi pada a’yan pada zahir, dalam
peringkat Wahidiyyat. Dalam Wahidiyyat ini a’yan itu tetap (A’yan Sabitah).
Ianya adalah wujud biasa yang meliputi a’yan. Ulamak mengatakan ini adalah
tamnahan pada Mahiyyat (iaitu a’yan). Lebih dari ini, ialah wujud mutlak.
Syekh Abdul Hassam Asy’ari mengelarnya wujud biasa hakikat a’yan pada
zahir, Ruh, bayangan yang jatuh atas cermin-cermin hakikat. Yang mutlak tidak
disifatkan dengan ’wujud biasa’ sebelum penzahiran ini.
10. Apa sahaja perintah yang keluar pada a’yan dalam ilmu, maka yang sama
itu jugalah yang berupa zahirnya. Tiap-tiap a’yan ialah menifestasi satu nama.
Tiap-tiap objek adalah manifestasi nama. Nama(ism) memegang jambul objek
itu dan memimpinnya.
Firman Allah :
”Apa sahaja yang merayap dan merangkak adalah dalam tangan Rabnya
(KekuasaanNya ) dan rab itu adalah pada jalan yang betul”
Ini digelar JALAN ASMA’. Asma’ HADI membimbing seseorang kejalan yang
benar...dan Asma’ MUDHIL membimbing seseorang kejalan yang sesat. Yang
satu tidak menganggu yang satu lagi.
Firman Allah :-
”Barangsiapa yang disesatkanNya maka tiada siapa yang dapat
membimbingnya kejalan yang benar”
Salah bimbing diluluskan oleh Rabnya ( Tuhannya ) sendiri tetapi dilaknati oleh
RAB bagi SEGALA RAB ( Rabbul Arbab ).
Apabila yang kena laknat itu mengadu perihal nasib mereka di Hari Pengadilan,
maka hakikat-hakikat A’yan mereka akan dipertunjukkan kepada mereka. Ilmu
Allah tertakluk pada hakikat (yang diketahui) ini...
Yang dilaknati akan menyerah pada hakikatnya dan azab mereka menjadi
selesa kerana penyerahan ini membawa damai dan selesa,seperti api yang
seuai benar dengan semandar, yang mempunyai unsur dalam api itu.
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
21
Dalam keadaan, Zat tidak ada pelabagainya iaitu pelbagai sifat, kerana dalam
keesaan, akhirNya adalah AwalNya, dan Awal Nya adalah Akhir Nya, ZahirNya
dalah BatinNya dan Batin Nya adalah ZahirNya.
Semua aspekNya adalah satu aspek jua. Kalu tidak, tentulah aspek-aspekNya
yang berlawanan dan bertentangan itu tidak menjadi satu.
Di sini sifat-sifat yang berbagai-bagai itu menjadi satu dalam aspek kesatuan
Zat.Oleh itu, manifestasi Nya (berlawanan dan bertentangan) adalah satu
dalam aspek keadaan Zat.
11. Pengetahuan Zat tentang keperluan bakatnya dalam abstrak ialah I’tibar.
Dalam peringkata Wahdat, bakat-bakat itu adalah Zat itu sendiri. Apabila zahir
pengetahuan ilmu), bakat-bakat itu menjadi ‘Yang diketahui’. Apabila bakat-
bakat itu dizahirkan, bakat-bakat itu adalah a’yan objek dan ‘dijadikan’.
Oleh itu, pada zahirnya tidak ada yang wujud kecuali wujud allah dan a’yan
masih ‘adum (tidak ada) dan pada hakikatnya a’yan, a’yan itu tidak wujud dan
dengan itu dengan sendirinya mereka itu bukannya di luar.
14. Pada zahrinya Nafs ialah keduaan (duality) dan pada batinnya ialah
Tauhid. Hadis ada menyatakan:
“Aku mengetahui Allah dengan Allah”
1. Ruh manusia tidak serupa dengan ruh malaikat, kerana Ruh manusia boleh
naik ke peringkat-peringkat yang lebih tinggi seperti Jabarut dan Lahut. Malaikat
tetap tempatnya. Pada malam Mi'raj, Jibril berkata kepada Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai menjawab permintaan Nabi supaya menemani beliau naik lebih
tinggi lagi dari Sidratul-muntaha.
Ruh manusia ialah satu rahsia ketuhanan, satu misalan dan perbatasan Allah
dalam rahsia Ana (Aku) Ruh. Misalan di sini ialah hakikat itu sendiri.
2. Tajalli bererti menunjukkan sesuatu (syaii) pada dirinya dalam beberapa dan
berbagai bentuk, umpama satu biji benih menunjukkan dirinya sebagai
beberapa ladang, dan satu unggun api menunjukkan dirinya sebagai beberapa
unggun api, dan seorang manusia menunjukkan dirinya sebagai beberapa
orang manusia. Ini bukan ulangan dan Hulul (penjelmaan). Ruh itu dalam
tajallinya berbentuk badan. Kadang-kadang, berbentuk lain dari badan dan
nampak berasingan dari badan- berbentuk di luar badan menunjukkan dirinya
kepada dirinya sendiri. oleh yang demikian, ruh itu ada dalam badan dan luar
badan. Sebenarnya badan adalah sarang ruh.
1. Unsur (elementa)
2. Mithal atau barzakh
3. Ruh atau badan Malaikat
Manusia hanya melihat badan kasar sahaja. Tetapi apabila dia melakukan
riadhah dan upacara suluk, bentuk mithal itu keluar dari badan unsur itu dan
menjadi sendirinya 'yang memerhati' dan 'yang diperhati'. Orang akan
menyangkanya sebagai 'yang lain' (ghayr), padahal tidak ada 'yang lain' di sini.
Oleh itu, dia mungkin melihat dirinya dalam seribu bentuk. Sebenarnya seluruh
alam ini adalah sarung atau sangkar ruh yang satu. Badan ini sarungnya dan
ada lagi satu sarung yang tersembunyi dan di bawahnya, dan ini adalah badan
mithalnya, dan inilah badan yang menunjukkan dirinya dalam cermin. Apabila
seseorang itu mati, badan itu mati. Apabila seseorang itu tidur, badan tidak mati
tetapi ruh itu tidak lagi berapa terperangkap dalam badan dan ia menunjukkan
dirinya kepada dirinya, keluar dari badan unsurnya dan dalam sarung mithalnya
yang mana adalah berbeza dari sarung unsurnya. Pada masa keluar, semasa
mati sementara (tidur)bentuk mithal tidak bercerai dari badan. Dalam mimpi
badan mithal itu melayang pergi ke tempat-tempat yang jauh, tetapi apabila
nyamuk menggigit badan unsur itu, badan mithal itu kembali dalam masa
3. Badan itu sendiri adalah ruh, seperti ais (ice) itu air atau wap. Bezanya
terletak pada tebal atau tipisnya benda-benda itu. Ruh tidak masuk, dalam
badan tetapi menzahirkan dirinya dalam badan itu, apabila badan itu sesuai
untuknya. Ruh itu ibarat penunggang,dan badan itu ibarat kuda. Gerak ruh dan
badan ialah umpama gerak tangan dan kunci.
Ertinya " Ruh ialah Allah. Tidak ada yang bergerak melainkan dengan izin
Allah "
Dengan cara ini pandangan yang melihat berbalik kepada dirinya sendiri.
Bayangan (reflection) adalah nama sahaja untuk ini dan yang sebenarnya tidak
wujud. Hanya muka yang memandang yang terlihat. Banyaknya muka itu ialah
sebab banyaknya cermin tetapi muka itu tetap satu jua. Satu muka tidak akan
menjadi banyak jika tidak ada cermin yang banyak yang terdiri dari berbagi-
bagai saiz. Buatan dan warna. Di sini yang melihat tersilap menyatakan yang
satu telah menjadi banyak. Memandang satu benda seperti banyak di gelar Ruh
atau Amr-i-Rab dalam syariat, dan tajalli dalam tasauf. Tajalli sebenarnya
adalah manifestasi dan penunjukkan sesuatu benda kepada dirinya oleh
dirinya.
Oleh itu untuk pandangan diri (nafs) ini, Dia membuat cermin-cermin bagi
Dirinya, dan memanggil muka cermin yang terang itu dengan nama Qaib (hati
atau jiwa) dan muka yang gelap itu dengan nama Qalib (badan). Dia
membayangkan Dirinya pada muka cermin yang terang itu. Cermin, bayangan
dan yang memandang itu adalah hakikat yang satu dan yang sama.
Pandangan boleh tembus dalam air, tetapi tidak dalam ais. Tidak ada
pandangan, jika hanya gelap sahaja atau cerah sahaja . Sinar memancar
melalui kecerahan itu dan di balikkan oleh selaput atau cat merah pada kaca
cermin itu. Allah tidak boleh melihat diriNya terbayang pada malaikat yang
mempunyai badan yang terang atau cerah dan pada binatang yang badannya
gelap.
Manusia mempunyai permuakaan yang cerah dan gelap dan oleh itu sesuai
benar untuk menjadi cermin bayanganNya-bekas yang sesuai untuk
menangkap cahayanya. Manusia tidak nampak jin dalam dunia ini kerana jin itu
cahaya dan pandangan manusia tembus melalui badan-badan jin itu; seperti
tembusnya pandangan melalui kaca (glass). Jin tidak boleh nampak manusia di
akhirat kerana badan mereka lebih terang lagi dari badan jin.
4. Ayat-ayat :
Adalah menunjukkan 'keakuan' salik itu adalah rasul dari 'kediaan' (Huyuat)
Allah.
Hadith ada mengataka: Yang bererti: " Aku tidak boleh di kandung oleh bumi
dan langit, tetapi boleh di kandung oleh hati orang-orang yang beriman "
5. Semua ruh adalah satu dalam ke-ruh-annya. Banyaknya itu timbul oleh
kerana perkaitannya dengan badan-badan, seperti matahari yang cahayanya
memancar pada berbagai-bagai objek tetapi tidak memakan kualiti-kualitinya.
Semua kualiti-kualiti yang baik adalah berhubung dengan ruh; dan kualiti-kualiti
yang jahat adalah hasil kerana perkaitannya dengan badan-badan. Sebenarnya
semua kualiti-kualiti yang baik adalah kepunyaan Alam Malakut. Kualiti ruh
sendiri ialah ma'rifat. 'Ke-ruh-an' adalah satu dengan Zat sebelum manifestasi,
seperti ombak adalah satu dengan laut sebelum manifestasinya. Sebenarnya
ombak adalah laut dan laut adalah ombak.
Ada orang berkata, "Tidak ada perbezaan antara saya dengan Allah kecuali
dalam sifat; wujud saya adalah daripada Dia "
Zat dan sifat adalah Qadim. Jika tidak, adalah dua qadim dan ini tidak mungkin,
kerana dengan itu Zat wujud sendirinya dan sifat wujud pula dengan sendirinya.
Allah ada dan tidak ada sekutu dengan Dia. Bagaimana ada sekutu dengan Dia
sedangkan 'dahulu', 'sekarang', dan 'akan datang' adalah satu sahaja padaNya.
6. Abu Bakr-i-Mukti berkata, Ruh ialah 'perintah' (amr) Allah dan tidak termasuk
di bawah kels 'yang di perintah' seperti Malaikat, Jin, binatang, tumbuh-
tumbuhan dan lain-lain.
9. Apa sahaja objek yang padanya jamal bagi Ruh membayangkan dirinya,
objek itu akan menerima nilainya Lailatul-Qadar menerima nilainya dari Ruh.
Dalamnya maliakat dan Ruh di turunkan. Anda tidak boleh lihat Ruh kecuali
anda mendahului kedua-dua alam. Ruh bukan di dalam atau di luar badan dan
tidak juga lekat atau tidak lekat pada badan. Ruh bukan di luar, bukan di dalam,
bukan terlekat dan bukan tidak terlekat pada badan.
Tidak ada orang yang mempunyai lebih dari satu ruh. Ruh itu mendapat nama-
nama yang berlainan dalam peringkat-peringkat yang berlainan, menurut kualiti-
kualiti yang berlainan yang terzahir. Ruh dalam aspek luarnya adalah
mendengar pada satu tempat, bercakap pada satu tempat lain; dan di tempat
lain pula, melihat. Semua ini adalah satu yang mempunyai nama-nama yang
berlainan. Pada segi dalamnya, Ruh itu, pada satu tempat, adalah Ruh tumbuh-
tumbuhan; di tempat lain, Ruh binatang, dan tempat yang lain pula, Nafsani
Ruh. Ia juga Ruh Nabi-nabi dan Ruh-Quds. Ada juga orang Sufi menyatakan itu
adalah Allah sendiri.
Di sini 'min' (ertinya dari) menunjukkan permulaan dan bukan pengasingan. Nur
Muhammad ialah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak, dan
bahagian ini 'tidak dijadikan', ia adalah daripada keadaan Pencipta itu sendiri.
Ini tidak serupa dengan apa yang di katakan oleh Kaum Dahriyyah ia itu
manifestasi yang zahir ini adalah abadi bersama Allah. Walau bagaimana pun
ia kekal abadi tetapi adalah pembatasan sebahagian daripada Wujud Mutlak,
dan tidak di jadikan.
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
27
10.2. Nur yang zahir mulai dari Aql-i-kul, dan menurun hingga Ruh-i-a'zam,
Qalam, dan lain-lain yang di gelar Ruh-i-Muhammadi. Nur-i-Muhammadi di
panggil Hakikat Muhammad; atau sebagaimana kata hadith, “Allah mula-mula
sekali menjadikan Akalku dan Cahayaku”.
Oleh itu, Ruh-i-Muhammadi ialah Ruh 'yang di jadikan'.
Dari segi 'kejadian' beliau berkata: Bererti: " Hambanya dan Rasulnya " Beliau
adalah barzakh (garisan sempadan antara dua perkara itu)
11. Apabila Nur-i-Rahmani (cahaya Allah) menzahirkan dirinya tanpa tabir Rab,
ianya tidak ada warna, kualiti dan persamaan. Dalam hal ini, tidak ada barat
dan tidak ada timur, tidak ada kiri dan tidak ada kanan, tidak ada bawah dan
tidak ada atas, tidak ada masa dan tidak ada ruang, tidak ada siang dan tidak
ada malam: Ertinya :
" Dengan Allah, tidak ada pagi atau petang "
Tidak ada yang wujud melainkan Allah. 'Dia' Allah terzahir dalam bentuk 'Aku'
salik. Oleh itu memahami 'aku' sendiri adalah memahami 'Dia' Allah.
Dia lah yang mengetahui dan yang di ketahui- Aku kenal Allah dengan Allah.
Memahami atau mengetahui Allah lebih dahulu dari mengetahui diri sendiri.
Oleh itu mereka berkata, "lupa akan Allah adalah lupa akan diri sendiri". Lupa
datang kemudian daripada tahu.
Seseorang yang lupa pada dirinya (nafs),lupa pada Tuhannya. Seorang darwisy
yang memakai pakaian hitam masuk kedalam tempat ibadat Junaid. Apabila di
tanya kenapa dia memakai pakaian hitam , darwisy itu menjawab mengatakan
Tuhannya telah mati. Dia di halau keluar tiga kali.
Kemudian baru di ketahui yang Darwisy itu telah membunuh diri (nafs)nya
sendiri dengan kerana kejahilan, dan oleh itu beliau memakai pakaian hitam.
13. Badan Nabi-nabi dan Wali-wali Allah bukan badan kebendaan (material)
tetapi adalah badan keruhanian. Badan kami ialah ruh kami, dan ruh kami
adalah badan kami, (kata Muhibullah dari Allahabad )
1. Perbatasan pertama terdiri dari Zat, sifat dan a'yan dalam mujarab
(abstract). Disini, Zat tidak dapat di bezakan dari sifat dan begitu juga
sebaliknya. A'yan tidak berbeza-beza antara satu dengan lain dalam ilmu dan
tidak pula di luar. Peringkat ini digelar Hakikat Muhammad atau Wahdat.
Perbatasan kedua ialah apabila Allah melihat segala ini secara perincian , dan
berbeza-beza antara satu dengan lain. Semua ini berbeza-beza dalam ilmu.
Peringkat ini di gelar Rububiyyat, Hakikat Insan, alam Mithal. Pada peringkat
ini, a'yan mengetahui perbezaan dirinya antara satu dengan lain. Bolehlah di
misalkan seperti biji benih. Perbatasan pertama ialah pengetahuan biji benih itu
sebagai biji benih. Pada perbatasan kedua, biji benih itu mengetahuinya untuk
menjadi akar, batang, dahan, daun, bunga dan buah, dalam ilmu atau
pengetahuan. Ini ada perbezaan hanya dalam ilmu bukan dalam wujud. Ini
adalah a'yan orng-orang sufi dan mahiyyat orang-orang failasuf. Butir-butir ini
dalam manifestasi ialah Alam Arwah, Alam Mithal, Alam Shahadat dan Insan.
Dalam keadaan pertama, Zat itu tidak dianggap mempunyai sifat dan iktibarat
bahkan kemutlakan dan wujud sekali pun. Ianya yang pertama tanpa
kepertamaan dan yang Akhir tanpa keakhiran.
Khatrah itu sendiri adalah dari Allah yang turun dari Hahut kepada Lahut, dan
dari Lahut kepada Malakut, dan dari Malakut kepada Nasut. Khatrah itu Hahut
sebelum bermula; setelah bermula ia menjadi Lahut. Apabila berbentuk dalam
ilmu, ia menjadi Malakut. Apabila zahir keluar, ia menjadi Nasut.
4. Perbatasan itu tidak ada had bilangannya. Tetapi untuk menyenangkan kita
faham, kita tetapkan enam sahaja.
1. Wahdat ghaib yang pertama
2. Wahidiyyat-ghaib yang kedua.
Dalam yang pertama, a'yan dalam fana. "Allah ada dan tidak ada yang
sama dengan Dia " Di sini a'yan tidak wujud walaupun dalam ilmu. Dalam
perbatasan kedua, a.yan wujud dalam ilmu Allah, tetapi tanpa pengetahuan
(ilmu) tentang wujud dirinya sendiri. Allah mengetahui perbezaan mereka
antara satu dengan lain, tetapi mereka tidak tahu.
1. Raja Agung itu dalam pintu kuat berkunci. Dengan memakai pakaian Adam,
dia pun keluar. Ini ialah dengan anggapan pakaian sifat dan asma. Dia
menzahirkan DiriNya.
Hadith berkata," Aku adalah harta tersembunyi. Aku suka di ketahui dan
Aku jadikan alam supaya Aku di ketahui,"- terzahir dari perbatasan pertama
hingga ke peringkat habuk.
Seorang penyair Deccan berkata : "Zat mutlak itu hendak melihat temasya
penyembahannya sendiri. Dipakainya pakaian Adam dan ia keluar masuk
untuk memburu ".
2. "Dia jadikan manusia dengan bayangan Rahman". Anak itu rahsia bapanya.
Apabila Allah menzahirkan pada diri, alam ini terlindung pada hakikat dan Allah
ternampak .Apabila alam ini ternampak maka Allah hakikatnya. Bayi yang
belum lahir tidak nampak, bapanya terzahir. Apabila bayi itu lahir, ia pun
terzahir, bapanya menjadi makna tersembunyi bagi bayi itu. Bentuk bapa ialah
hakiakt bentuk anak. Oleh itu kedua-duanya satu bentuk dan satu hakikat.
Banyak (multiplicity) hanya dalam khayalan (i'tibar). Apabila kanak-kanak itu
dalam bapanya, ianya adalah hakikat bapa, dan apabila ia lahir, ia nampak
sebagai cabang atau hasil. Biji benih tersembunyi dalam pokok dan pokok itu
pula tersembunyi dalam biji benih.
Ilmu Allah tersembunyi dalam ilmu sufi (Mathnawi). Siapa yang melihat Allah
tidak nampak dirinya sendiri. Fana ialah apabila anda wujud dan 'yang lain'
tidak wujud-bererti: " Aku Ahmad tanpa mim "-bererti: Aku Ahad- Demikian Nabi
pernah mengatakan.
3. Dalam Manifestasi pertama, Allah adalah cermin alam. Dalam kedua, alam
itu cermin Allah. Jami berkata. " A'yan ialah cermin-cermi, dan Allah
terzahir, atau Nur Allah itu cermin dan a'yan adalah bentuk-bentuk
". Dalam setiap cermin ini, tidak ada yang terzahir kecuali Allah sendiri.
Hafiz berkata: " Seseorang Salik ialah seorang yang tahu. Upacara-upacara
dalam peringkat-peringkat menuju destinasi (perhentian) nya "
5. Wujud kita adalah bayangan (reflection) wujud Dia. Pandangan kita adalah
bayangan pandangan Dia. Apabila saya memperhatinafs saya. Allah
Kenal diri sendiri bererti kenal kepada Allah, ia itu dalam manifestasi yang
tertentu, ilmu Zat adalah seperti ilmu manifestasi sendiri. Zat dan nafs (diri)
adalah dua nama bagi hakikat yang satu dan yang sama.
Hadith berkata : " Aku kenal Allah dengan Allah "
Allah di ketahui oleh Dirinya sendiri kepada Dirinya sendiri tanpa di selangi oleh
'ghayr' (yang lain)."
Firman Allah Taala dalam Surah Fushilat : 53
"Aku tidak mengetahui Engkau, setakat lebih dari yang di perlui oleh
pengetahuan Engkau ".
PengetahuanNya tentang Dirinya sendiri adalah untuk dirinya sendiri sahaja.
Nabi Musa memohon untuk melihat Allah. Oleh kerana melihat yang demikian
adalah terpotong dari 'ghayr' maka dia di beri jawapan.
Ketahuilah bahawa semua perbatasan (rohani dan jasmani) adalah sarung atau
pakaian anda. Ertinya: "Aku adalah harta tersembunyi . Aku suka di ketahui,
maka Aku jadikan alam".Jika suka atau cinta ini tidak ada, harta tersembunyi itu
tidak akan terzahir. Cinta menzahirkan dirinya dalam cermin-cermin harta
tersembunyi itu dan melihat sifat-sifatNya yang berbeza-beza dan memuji
DiriNya sendiri.
Seorang turun ke lubang garam, lalu menjadi garam. Apa yang wujud ada
berupa 'ke-AKU-an' salik ialah'ke-DIA-an yang Haq. Serupa sahaja sama ada
anda kata " Akulah yang Benar " atau " Dialah yang Benar "
8. Hanya ada satu hakikat dan itulah salik. Dia naik dan turun dalam dirinya
sendiri. Naik dari akar ke dahan, dia menjadi penyinta, turun dari dahan ke
akar, dia menjadi yang di cinta. Dia menggantungkan dirinya pada dirinya.
Didapatinya dirinya dalam semua dahan dan akhirnya kembali ke buah - di
lihatnya satu hakikat dalam semua.
9. Ghayriat (yang lain) adalah sifat aktif bagi Kesatuan Zat. Semua sifat-sifat
aktif (active) membawa 'yang lain' ini dalam peranan. Tidak ada manifestasi jika
tidak ada menunjukkan 'yang lain' dan 'banyak' (multiplicity). Oleh itu kesatuan
adalah hakiki, dan banyak adalah sangkaan atau anggapan sahaja.
Dalam peringkat Zat, keupayaan dan bakat adalah Zat itu sendiri, dan tidak ada
'banyak' di sini. Zat adalah zat. Apabila ilmu (pengetahuan) terzahir, keupayaan
dan bakat ini menjadi 'yang di ketahui' Apabila terjadi mnifestasi keluar
(pembazaan antara mereka), mereka menjadi a'yan atau hakikat 'yang di
jadikan', dan akhirnya mendapat nama 'objek yang dijadikan'. Dalam peringkat
ini, banyak dalam ilmu itu berupa banyak yamg sebenarnya, kerana Zat
menunjukkan Dirinya dalam pakaian yang 'banyak' bagi tajalliyat dan misalan.
Semua zat-zat yang banyak ini datang dari Zat yang satu dan menjadi abadi.
Oleh itu, mereka yang dalam syurga itu hidup dengan kekal abadi. Paspot
mereka akan di cap dengan perkataan : Ertinya: " Dari Yang Hidup tanpa Mati
kepada yang hidup yang tidak binasa."
Jangan sangkakan Zat itu satu pada mulanya, dan kemudian menjadi banyak
dan keluar dari aspeknya sendiri. 'Banyak ' pada segi luar ini dari kekal kepada
kekal nampaknya seperti 'banyak' sebenrnya. Tetapi dalam Kasyf yang benar,
ianya adalah 'banyak' pada sangkaan sahaja. Jika sesuatu benda mempunyai
aspek-aspek yang berlainan, maka bukanlah benda itu menjadi banyak dalam
pandangannya sendiri. Air lautan tidak menjadi banyak kerana ombak dan
gelombang. Tanzihnya (Zatnya dengan sifat-sifat yang tidak terhingga) tidak
dapat di fikirkan. Tanzih ialah kesucianNya dari segala kecacatan dan ketidak
Orang 'Arif sampai ke peringkat ini dengan melupakan dirinya dan fana. Setelah
sampai kepada baqa, dia turun dan masuk ke dalam perbatasan sekali lagi dari
ketidakadaan had atau perbatasan, dan mengembara dari peringkat perbatasan
pertama kepada peringkat habuk, dan dalam pengembaraan ini lupanya pun
hilang.
10. Kita adalah bentuk, dan hakikat kita adalah Allah. Allah itu nyawa alam dan
alam itu adalah badan. Inilah keesaan, dan yang lain itu adalah omong kosong.
'Yang terhad' tidak berbentuk tanpa 'yang tidak terhad' dan 'yang tidak terhad'
boleh berbentuk tanpa 'yang terhad'. Dalam pengertian ini 'yang terhad'itu
adalah bentuk, dan hakikatnya ialah 'tidak terhad' makna ini tidak berbentuk
dalam fikiran dengan hanya bahasan, seseorang itu hendaklah masuk dalam
keadaan Hal, dan dalamnya perbatasan atau had tidak ada dan seseorang itu
mengetahui bahawa hakikat 'yang terhad' itu ialah kemutlakan (absolutism)
Tabir pada muka kemutlakan itu ialah tidak lain dari perbatasan (limitations).
Apabila perbatasan buih hilang, ia pun mengetahui dirinya sebagai lautan.
Apabila anda tidak merasai Hal ini, anda masih melayani kepercayaan anda,
dan pada Hari Perhitungan kelak, anda di kira sebagai golongan orang Hal.
Junaid pernah berkata kepada orang-orang yang mendengar ucapannya pada
satu syarahan, " Anda semua datang ke mari dan mendengar ajaran saya,
tetapi janganlah kalian memahaminya. Gelengkan sahaja kepala kalian. Jika di
hari perhitungan kelak, kalian di tanya siapakah kalian itu, kalian katakan 'kami
penggeleng kepala semasa Junaid memberi syarahannya', maka Allah akan
membebaskan kalian."
11. Syekh Yahya Muniri berkata bahawa murka Allah ialah dengan
menunjukkan diriNya sebagai 'ghayr' dan menghalakan diriNya dari 'Aniyat
kepada Ghayriat. Ini adalah daleh Allah. Dijadikannya bunga ros nampak
seperti duri. Mereka yang nampak 'Ghayr' adalah "mahjubin" (tertudung).
Tudung (hijab) ini di ibaratkan sebagai rambut di pipi orang yang di cintai.
Mahjubin ini akan terlibat dalam perkara ini selama-lamanya. Kufr di ibaratkan
sebagai rambut-rambut yang hitam dan Imam sebagai pipi yang cerah. Jadilah
dua golongan: tentera Allah dan tentera iblis. Mereka yang dapat bimbingan di
jalan yang benar, dan mereka yang sesat.
Ertinya: " Sesiapa yang di bimbing Allah di jalan yang benar, engkau (Nabi)
tidak dapat menyesatkannya; dan sesiapa yang di sesatkan Allah, engkau
tidak dapat membimbingkannya ke jalan yang benar ". (Hadis)
Membimbing pada jalan yang benar dan membimbing pada jalan yang sesat
adalah di ibaratkan berkait dengan Muhammad s.a.w. dan Iblis, tetapi kedua-
dua ini adalah sifat-sifat Allah itu sendiri. Yang satu di ibaratkan sebagai pipi
12. Objek-objek adalah... Hakikat-hakikat objek-objek itu ada dalam ilmu Allah,
kerana ilmu Allah itu qadim. Apabila dizahirkan, jadilah mereka hadis
(sementara). Pada peringkat pertama, mereka itu zat, dan manifestasiNya
adalah sementara (atau baharu).
13. Allah mempunyai perhubungan yang khusus dengan wujud. Tiap-tiap syans
(bakat) ada mempunyai rupa yang khusus dan tidak didapati pada lain-lain
syans. Apabila syans ini masuk dalam ilmu, ia menjadi a'yan (satu bentuk
dalam ilmu). Apabila dizahirkan ia menjadi atau Kalimat Allah, atau objek.
Banayknya a'yan tidak mengganggu Esanya zat. Seperti jag atau mangkuk asal
dari tanah liat yang satu. Yang membuat jag atau mangkuk itu mempunyai
perhubungan yang khusus dengan tiap-tiap benda tersebut, dan perhubungan
ini tidak habis dan putus.
14. Manifestasi Allah lebih terang dan nyata dari manifestasi objek-objek yang
lain. Dia yang zahir. Tidak ada lagi atasnya. Dia lebih tersembunyi dari objek-
objek yang tersembunyi. Dia yang batin. Tidak ada lagi di bawahnya.
Manifestasinya tidak berlawanan dengan tersembunyiNya. Dia yang zahir dan
Dia juga yang batin. TersembunyiNya adalah seterang dan senyata
manifestasiNya. WujudNya lebih terzahir dari segala yang wujud.
15. Hijab itu ada dua jenis: Diri dan sifat. Hijab diri tidak akan hilang, selagi
anda 'Abd (hamba Allah), dan zat hamba itu sendiri adalah hijab. Segala usaha
untuk membuang hijab ini tidak akan berhasil, seperti batu hendak di kilat
seperti cermin, dan batu itu selamanya tidak akan berkilat seperti cermin. Hijab
sifat hilang apabila anda menukar zat dan sifat anda dan masuk kepada Zat
dan Sifat Dia, seperti membuang habuk-habuk dari kaca.
16. Nabi itu adalah penzahiran yang lengkap dalam semua peringkat
penzahiran- dari Wahdat hingga Ajsam. Oleh itu Nabi Muhammad itu di gelar
khatum (pengakhir) atau khatim (penutup). Sabda Nabi yang bererti, " Tidak
ada nabi selepas aku ".
17. Hamdan-i-Qassar (tukang basuh) pernah berkata, " Saya tidak mengatakan
diri saya lebih tinggi darjatnya daripada diri Firaun ", kerana dengan
menetapkan 'ke-AKU-an', diri itu telah melakukan syiri. Diri (Nafs) adalah satu.
oleh itu Nafs (diri) Nabi Musa dan Firaun adalah sama jenisnya. Nafs itu tidak
bebas dari melakukan apa sahaja yang di benci oleh pandangan Allah. Nafs
orang-orang 'Arif mengetahui tentang permainan tipu helah.
18. Seorang sufi ialah seorang yang di pilih oleh Allah tanpa orang itu sendiri
memilih, dan dia adalah kekasih Allah. Seorang faqir ialah seorang yang
memilih dirinya untuk kasih Allah. Oleh itu dia adalah penyinta Allah atau
berusaha mencari cinta Allah, dia lari dari semua sekatan-sekatan adat biasa.
Pendeknya sufi ialah ' yang di pilih ' dan faqir ialah 'yang mencari'.
19. Dua berlawanan dengan Esa. Sesiapa yang dihijab oleh keduaan, tidak
nampak ke Esaan. Seorang Mawahid hendaklah keluar dari kedukaan dan
memasukkan dirinya ke dalam ke Esaan diri. iaitu Fana-fil-fana, supaya
keEsaan itu sendiri tidak tinggal. Ertinya: " Tauhid ialah lupa kepada Tauhid
"Ertinya : " Siapa yang kenal Allah, tidak tahu Allah " Orang yang mencari Allah
itu semasa meminta kasyaf atau ilmu, terhijab dari ilmu.
21. Kasyf (Kasyaf) ialah keluar dari yang melindung; dan pelindung yang paling
tebal ialah ' ke-AKU-an' salik. Anda adalah hijab anda sendiri, Oh Hafiz,
keluarlah daripadanya. Tidak ada hijab kecuali sangkaan tentang wujud anda
sendiri.
22. Haq (yang menjadikan) adalah khalq (yang di jadikan) setelah menunjukkan
banyak, dan khalq adalah Haq (yang benar) setelah tidak nampak khalq. Basri
ada berkata, " Pada mulanya Allah itu dapat di lihat dan dunia ini tidak dapat,
sekarang dunia ini nampak dan Allah tidak di lihat- hiduplah dalam keadaan
yang Allah itu di lihat dan dunia ini tidak di lihat sebagaimana pada mulanya
dahulu ". " Allah ada dan tidak ada apa pun berserta Dia". " Allah sekarang
seperti Allah dahulu jua."
Ini ialah berkenaan perjalanan ke bawah (farq) dan kemudian ke atas (jam).
Setelah perjalanan ke bawah, mulalah perjalanan keatas- ia itu Mi'raj. Wahdat
(keesaan) di dapati selepas kathrat (banyak).
Inilah Jamul-Jam yang juga di gelar " Peringkat terpuji " (surah Isra’ : 79) dan
" Tempat pertemuan dua kelok panah ".(Surah al Najm : 9)
Inilah peringkat Ghauth dan Qutub. Perhentian "Farq" ialah "Jam". Ghauth atau
Qutub meletakkan dunia ini atas bahunya.
23. Alam ialah penzahiran Zat dalam pakaian bakat dan sifat, inilah gelora
cinta. Laut nampak dalam pakaian ombak.
Cuba fikir, Hakikat Allah sebagai hakikat Khalq, dan hakikat khalq sebagai
Hakikat Allah. Benda seperti alam nasut, air seperti mithal, udara seperti
nyawa, api seperti sifat dan pandangan seperti Zat.
25. Objek adalah 'perkataan Allah' dan tiap-tiap perkataan ada mengandungi
makna. Sesiapa yang memerhatikan sewajarnya, akan mengetahui makna dari
bentuk sesuatu objek. Tiap-tiap objek adalah cermin Jamalnya.
Firman Allah dalam Al-Quran yang bererti : " Kami akan tunjukkan kepada
mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami dalam dunia dan dalam diri
mereka, sehingga ternyata pada mereka bahawa ianya adalah benar "
(Surah Fushilat : 53)
Di sini objek alam dan diri adalah cermin. Tiap-tiap tidakkan adalah bentuk satu
idea atau niat. jika niat baik, tindakkan tidak berapa di kira, kata hadith yang
bererti: " Niat seorang yang beriman itu lebih baik dari tindakannya ".
Tiap-tiap objek (benda) mempunyai rupa atau bentuk dan juga makna-
maknanya Allah. Anda hendaklah lari dari bentuk kepada makna. Janganlah
hendaknya tindakan zahir anda melebihi dari beberapa Fara'id (tindakan yang
wajib bagi setiap mukmin).
Pada pandangan beliau adalah kufur mengadap ke kiblat yang tertentu letaknya
itu, setelah beliau mengadapkan mukanya kekiblat yang mutlak. Kiblat itu
empat: Kiblat di Mekah, Guru sendiri, Hati, Yang Haq.
Seseorang itu hendaklah berpindah dari yang pertama kepada yang kedua, dari
kedua kepada ketiga, dan dari ketiga kepada keempat. Jika anda telah dapat
melakukan peringkat-peringkat tersebut, maka anda telah meminum dari piala
Muhammad s.a.w. Jika belum, cubalah sedaya upaya untuk mencapainya.
Anda perlu mencerai diri anda daripada diri- kemudian anda akan lekat atau
bercantum dengan Allah. Oleh itu di katakan, "Wudu' ialah penceraian, dan
solah itu penyatuan".
Sembahyang ini ialah mi'raj bagi orang mukmin. Setelah mengosongkan dirinya
daripada dirinya, beliau sampai kepada yang di cintai olehnya.
Firma Allah Taala dal;am surah Isra’: 79):
Penglihatan atau kesedaran batin itu umpama tetamu yang tidak di sangka-
sangka. Ia datang pada masa yang tidak di sangka-sangka. Seseorang itu
hendaklah bersedia menerima kedatangan tetamu itu dengan hidangan-
hidangan yang di perlui.
Seorang Majdzub sujud kepada apa sahaja yang di lihatnya dan berkata " Ya
Allah, aku berlindung dengan Mu dari syirik dalam senua perkara "
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
41
Mas’ud Bek nampak ini dan berkata kepada anaknya ia itu bapanya meminta
perlindungan dengan kelakuan syirik. Anak itu berkata, "Jangan di panggil dia
musyrik, beliau melihat apa sahaja tanpa adanya."
Oleh itu si mukmin dalam sembahyang menukarkan hadapnya dari kiblat
kepada yang haq dan ini di lakukan semasa berniat dalam sembahyang.
Mengadap kepada Allah itu ialah sembahyang yang berkekalan.
Imam-imam ada berkata ia itu sujud malaikat kepada Adam ialah sujud kepada
Nur Muhammad yang terzahir dalam Adam. Jika seseorang menyembah
cahaya yang di balikkan (terbayang) dalam cermin, maka menyembahan itu
adalah untuk cahaya itu dan bukan kepada cermin. Seorang ahli akal (Sahib-i-
basirat) menganggap semua benda sebagai cermin yang dalamnya cahaya
Allah terbayang.
Kiblat sembahyang ini ialah Wujud Mutlak dan kiblat sembahyang biasa itu
ialah Ka'bah.
Firman Allah Taala dalam Surah al Imran : 4-5
1. Berkenaan ’bimbingan yang betul‘ ini, perkara yang penting ialah ilmu
dan dzauk. Jika tidak ,perkara keduniaan ini tetap seperti biasa juga tanpa ada
perubahannya.
Zat mempunyai sifat dan menikmati rasa mereka, tetapi salik tidak mendapat
laporan dan dengan itu tidak mendapat ilmu. Sebelum timbul tajalli ilmu, salik
itu bukan arif, apabila timbul ilmu, dia kenal akan dirinya. Meski pun ada sifat,
Zat tidak tahu mereka sebelum timbulnya ilmu . Zat itu menyerap dalam
diriNya. Salik itu mempunyai wujud, iradat, kuasa, pendengaran dan lain-lain.
Tetapi jika dia tidak tahu akan sifat-sifat ini, maka berertilah serupa dengan dia
tidak mempunyai sifat-sifat tersebut. Salik mendengar dan melihat, tetapi tidak
tahu yang Allah mendengar dan melihat. Dalam hal ini, Allah mendengar dan
melihat, tetapi salik tidak tahu atau kenal sifatNya. Apabila dia kenal, jadilah dia
arif.
Ertinya: “Barang siapa Allah bimbing ke jalan yang lurus, maka tidak ada
siapa yang dapat menyesatkan dia, dan barang siapa Allah bimbing ke
jalan yang sesat, maka tidak ada siapa yang dapat membetulkan dia
“. (Hadis)
8. Guru ialah satu barzakh, melaui dia anda menghampiri Allah. Anda tidak
boleh melihat matahari-kecuali melalui kaca yang gelap. Pengaruh guru pada
muridnya tinggal kekal meskipun guru itu telah meninggal dunia fana
ini.Pengaruh Mansur Al-Hallaj membentuk watak Fariduddin ‘Attar, yang
muncul 150 tahun selepas beliau. Seseorang boleh melakukan bai’at dengan
guru yang lain selepas di benarkan oleh guru pertama dan begitulah
seterusnya. Bayazid Bistami mempunyai 12 orang guru. Sebenarnya semua
guru adalah manifestasi satu nama iaitu Al-Hadi. Murid sangat menghormati
gurunya – bukan sebagai pemujaan pahlawan ( hero-worship ) tetapi adalah
tanda cinta.
9. Ada dua jenis murid – biasa dan khusus. Guru mengajar mereka
dengan cara yang berlainan , menurut kebolehan dan kelakuan mereka.
Murid biasa mendapat pengajaran biasa. Murid khusus mendapat
pengajaran khusus yang tidak di ajar kepada murid biasa. Bererti : “ Syariat
perkataan ku, Tariqat perbuatan ku dan Hakiqat keadaan diriku “
Kepentingan untuk diri sahaja adalah satu racun yang bias bagi orang yang
masih murid. Nabi Khidr menerima Nabi Musa sebagai murid beliau dengan
syarat Nabi Musa jangan bertanya apa sahaja yang beliau lakukan di hadapan
matanya. Untuk cerita ini lihat dalam Al-Quran Surah Kahfi. Nabi Khidr
memaafkan Nabi Musa berkenaan perkara menenggelamkan kapal dan
membunuh seorang kanak-kanak, tetapi apabila beliau ditanya tentang perkara
tidak mahu menerima bayaran kerana mambaiki tembok (dinding), Nabi Khidr
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
44
tidak mahu lagi menerima Nabi Musa sebagai muridnya. Kedua-dua soalan
yang pertama itu adalah kepentingan syariat dan yang akhir itu ialah untuk
kepentngan diri.
Para waliyullah membuang pagar ini dari perjalanan mereka yang ada
kebolehan dan berkelakuan baik. Mereka membuka tabir dari mata salik sedikit
demi sedikit sehingga mereka nampak alam ini penuh dengan nur Allah. Para
waliyullah ini melakukan perkara ini dengan kasyaf (melihat ke dalam alam
mithal) dan bukan melalui khayalan dan pemikiran. Murid akan melihat bahawa
dalam alam dunia ini tidak ada yang berkuasa dan bijak selain Allah sendiri.
Tidak ada yang melihat, mendengar dan bercakap selain Allah sendiri.
Tidak ada pemberi dan penerima atau penjaga selain Allah sendiri.
11. Guru lebih mementingkan hakikat dalam daripada pandangan luar. Pada
permulaan salik menggunakan biji-biji tasbih, ibadat biasa dan berkelakuan
wara’. Semakin ia bertambah maju kehadapan, didapatinya semua itu kosong.
Dia melepaskan jalan selamat dan menggunakan jalan malamat (iaitu
melepaskan upacara-upacara dan peraturan biasa, dan mempraktikkan
ibadat yang sebenar-benarnya). Jika anda ingin melupakan diri anda,
masuklah dalam kedai minum, dan lihatlah apa yang boleh dilakukan oleh kedai
minum dan penjaga kedai minum itu kepada anda.
12. Dunia ini ialah hembusan nafas Allah. Ianya adalah perbatasan Fayd-i-
Rahmani. “Al-alamu karbun min karbun-Rahman“. Dunia ini adalah hembusan
nafas dari Allah. Di hadapan Allah anda boleh mencapai fana sekelip mata.
Allah berfirman dalam Surah al Hajj : 47)
b. Setengah mereka yang ada fana dalam satu tajalli Zat, dan kekal dalam
keadaan itu selama-lamanya. Mereka adalah Majzub yang hakiki.
c. Setengahnya ada yang kembali dari keadaan itu dan menjadi salik.
Dalam suluk mereka, kadang-kadang mereka bebas dan yang terhina,
kemudian menjadi seperti lembu dan masih terhina lagi: seperti dalam
ayat alquran surah al araf ayat 179:
“Mereka itu sepetri binatang ternakan, bahkan mereka itu lebih sesat lagi”.
Kadang-kadang ada pula mereka yang naik dengan mengembara dari tajalii
sifat, dan dari sifat kepada afaal, dan dengan itu sempurnalah pengembaraan
mereka. Suluk terdiri daripada pengembaraan menuju Allah (Al Allah),
dengan Allah (Billah), dalam Allah (Fillah dan beserta Allah (Ma’allah).
Pengembaraan ini ialah untuk membaiki yang lain. Seorang majzub kembali
dari dzauk untuk membaiki yang lain. Dalam dzauk itu ia seperti matahari
tengahari yag menyebabkan tidak ada bayang. Sekembalinya, dia seperti
matahari jatuh, dan dengan itu kembaranya telah sempurna.
Dalam al quran surat Maidah: ayat 3:
Inilah yang dimakdsukan oleh Jalaluddin Rumi apabila beliau berkata: “ Tujuh
ratus tujuh puluh (770) badan telah kulihat”
Pertama-tama guru itu melakukan suluknya sendiri, dan kemudian beliau
melakukannya dengan tiap-tiap muridnya, dan dengan itu beliau sendiri
bertambah-tambah sempurna daripada dahulunya, Gulshan i Raz, berkata:
“Cahaya Nabi adalah matahari.
Kadang-kadang cahaya itu ternampak dalam Musa, dan kadang –kadang
dalam Adam.
Masa guru adalah semasa mentari tepat di atas kepala.
Yang bebas dari lindungan dan bayang”
Inilah sebabanya dikatakan: “sufi tidak menjadi logam yang tidak bercamput
sehinggalah dia telah minum dari piala. Pengembaraan yang banyak adalah
diperlukan untuk yang muda menjadi masak”.
Ertinya “Allah cahaya langit dan bumi, misalan cahaya Nya itu ialah seperti
satu lubang yang di dalamnya ada satu lampu. Lampu itu dalam kaca.”
Dan seterusnya. Cahaya itu bersinar dalam lampu hati terletak dalam ceruk
badan. Oleh itu ‘banyak’ ialah pada sumbu lampu, bukan pada cahaya.
Kenabian bermula dari Adam dan menjadi sempurna dalam khatim penutup
segala nabi-nabi, iaitu “Hakikat Muhammad” telah menjalani pusingannya
dalam semua nabi-nabi dan meneyempurankannya dalam ‘penutup’.
Inilah meresapnya ilmu Allah dalam ilmu sufi. Sufi itu mulanya satu titik air dan
menjadi lautan. Fananya diri itu meluaskan keupayaanya. Keupayaan setitik air
menjadi keupayaan lautan.
“Jika anda belah hati satu titik air.
Anda dapati seratus lautan di dalamnya”
(Gulsyan –i-Raz)
Lautan dalam kapal. Titik air itu binasa dalam dirinya dan kekal dalam lautan.
Bayazid Bustami berkata: “ jIka arasy, dengan semua sekelilingnya dalam
penjuru hati saya, saya tidak akan sedar berekenaannya”
2. Hakikat tidak akan muncul sewajarnya, jika syariat dan tariqat belum
betul lagi kedudukannya. Huruf-huruf tidak akan tertulis dengan betul jika pena
tidak betul keadaanya.
Jamal ini ialah Hakikat Muhammad saw dalam semua perkara yang wujud,
kerana semuanya bergantung kepada hakikat ini dan ini adalah penzahiran.
Hakikat itu dan kembali kepadanya. Keindahannya ternyata dalam semua
perkara dan semua perkara adalah cerminya.
Salik jenis yang terakhir ini mempunyai Muhammad sebagai Pusat (center) nya.
4. Syak wasangka dapat dibuat dengan berkawan dengan orang yang arif.
Murid hendaklah membuang syak wasangka dengan berteman dengan
gurunya. Bayang-bayang akan hilang apabila matahari atas kepala.
Dalam al quran disebut dalam surah isar’ ayat 81:
“ Katakanlah: Yang benar telah datang dan yang palsu akan hapus,
sesunggunya kepalsuan itu dilenyapkan”
Mikraj dan Lailatul qadar adalah ketika-ketika ini. Orang boleh mendapat Hal
dan Wisal yang berlainan jenis iaitu:
a) Abid mendapat Hal (fana) di mana didapatinya dirinya sebagai benda
galian yang tidak bergerak.
b) Asyiq memerhatikan keindahan Haq dalam berbagai -bagai objek
c) Mutakalliq menukar sifatnya kepada sifat-sifat Haq dan mecapai peringkat
Qurb-i-Farayad dan Qurb –i- Nawafil.
Pencinta hanya memerhatikah keindahan yang dicintai daripada jauh, dan
tidak didapatinya dirinya sebagai tiruan yang tepat bagi yang dicintai dan
sifat-sifatNya, tetapi didapatinya yang lain-lain itu bertukar kepada sifat-sifat
itu. Dia menikmati perhatian kepada Yang dicintai iti. Abid tidak mempunyai
rasa atau nikmat itu, meskipun dia dapat merasai sedikit.
BAB 12
SULUK (KURSUS LATIHAN)
1. Sifat melihat tidak terzahir dalam dunia jika tidak ada daya atau kebolihan
melihat. Dan kebolehan melihat itu pula tidak terzahir jika tidak ada anggota
pelihat (mata). Sifat dizahirkan melalui kebolehan dan ini dalam syariat digelar
“MALAIKAT”. Dan dalam istilah orang-orang sufi dinamakan “RUH”. Perkataan
kebolehan atau daya itu digunakan oleh orang-orang falsafah. Dunia ini adalah
pezahiran (manifestasi) sifat-sifat Allah. Tiap-tiap sifat mempunyai kebolehan
dan kebolehan ini disalurkan kepada anggota yang nampak dalam duniia ini.
Kebolehan ini ialah dalam alam malakut, dan sifat dalam alam Jabarut. Semua
anggota badan adalah penzahiran sifat. Orang yang melihat dengan mata
batinnya akan Nampak sifat-sifat ALLAH dalam cermin anggota badannya. Dan
dia menjadi pelaku dalam sifat-sifat ini. Orang-orang sufi menggelarkan
keadaan ini sebagai Qurb-I-Nawafil. – disini Haq menjadi alat kepada salik.
Kadang-kadang orang sufi itu mendapati dirinya sebagai kebolehan dan
anggota-anggotanya, iaitu dia menjadi alat, Allah meenjadi pelaku (actor). Ini
digelar Qurb-I-Farayad.
2. Dalam keadaan fana, wujud salik yang terhad itu dikuasai oleh wujud Allah
yang mutlak, Dengan itu salik tidak mengetahui dirinya dan benda-benda lain.
Inilah peringkat wilayat. Perbezaan antara wali-wali itu ialah disebabkan oleh
perbezaan tempoh masa keadaan ini. Ada yang merasai keadaan fana ini
dalam satu minit, ada yang satu jam, ada yang satu hari, dan seterusnya.
Mereka yang dalam keadaan fana seumur hidupnya digelar majdhub. Mereka
masuk kedalam satu suasana di mana mereka menjadi mutlak. Inilah baqo. Ini
bukanlah bererti baqo Allah yang masuk kepada salik itu, sebagaimana yang
dikatakan oleh setengah orang.
Di sini wujud yang tidak terhad itu dibandingkan sebagai laut dan wujud yang
terhad itu sebagai kapal. Ini dimaksudkan kepada zat dan Insan Kamil.
Oleh itu, seorang arif yang sempurna ialah cermin Allah. Tetapi mengapa pula
ini tertentu kepada arif atau Insan Kamil sahaja ?. padahal tiap-tiap zarah dalam
ala mini adalah cermin yang membayangkan sifat Allah ?. Manusia ialah cermin
yang paling sempurna sekali bagi semua sifat. Manusia mempunyai cat merah
yang tebal disebalik cermin itu dan ini perlu untuk membalikan bayangan orang
yang melihat dalam cermin itu. Malaikat mempunyai permukaan cermin yang
terang itu sahaja tanpa cat merah dibelakangnya dan benda-benda lain
mempunyai permukaan cermin yang bercat itu sahaja tanpa yang terangnya.
Manusia mempunyai kedua-dua permukaan itu, dan oleh yang demikian dia
menjadi cermin yang sempurna.
Syekh Muhammad Ibrahim ‘Gazur-i-illahi’ | ANA AL HAQ
51
5. ‘LAA ILAHA ILLA ALLAH” – ‘Tidak ada tuhan selain ALLAH” Tidak ada yang
wujud melainkan wujud salik, Inilah kepercayaan Anawalla. Percayalah bahawa
wujud ini ialah wujud Haq. Tidak ada sekutu dengan Aku. “LAAMAUJUDUN
ILLALLAH” ( Tidak ada yang Wujud melainkan Aku). Hakikat segala-galanya
adalah yang haq. Daripada gula berbagai bentuk gula-gula boleh dibuat.
Apabila anda memasukkan kedalam mulut satu daripada bentuk gula-gula itu
anda rasai tidak lain hanya rasa manis sahaja.
Semua orang ‘Abid yang berkata “YA ALLAH, ENGKAU TUHANKU, DAN
AKU HAMBAMU”.
Adalah terlibat dalam syirik-i-khofi ini. Berkenaan dengan syirik ini Nabi
Muhammad s.a.w. pernah berkata “YA ALLAH AKU BERLINDUNG
DENGANMU DARIPADA SYIRIK”
Semua tindakan yang baik dan yang jahat adalah syirik, kecuali anda
memfanakan diri anda dalam ALLAH, anda tidak lepas dari syirik;
“LAAILAAAHAILLALLAH” (TIADA TUHAN SELAIN ALLAH) adalah menafikan
syirik dan mendirikan tauhid, seorang Mulhid ialah seorang yang membebaskan
dirinya dari syariaat dan tariqat, dan berpuas hati dengan iman yang
berdasarkan ilmu, dan dengan perbuatan-perbuatan berkenaan perkara iman
dan tauhid. Seorang Mawahid ialah seorang yang mencapai hal dan Wujud
Hakiki itu sentiasa dalam pandangannya, dan tidak melupakan syariat kecuali
apabila dia dikuasai oleh hal.
8. Belakang cermin, aku diletakkan seperti burung nuri. Apa shaja yang
dikatakan oleh Tuan yang kekal itu, iaitulah yang aku katakan. Disini badan
diibaratkan sebagai cermin dan ego (AKU) dibelakang sebagai pekerja.
Apabila salik menukarkan wujudnya kepada tidak ada, maka semua perbuatan,
dan gerak-gerinya adalah perbuatan dan gerak-geri Allah.
Firman Allah didalam surah AL-Anfal ayat 17
Pernah dikatakan bahawa fikir tentang Zat dan Sifat Allah ini dalam satu saat
adalah lebih baik dari ibadat dalam kedua-dua alam. Disini anda hendaklah
menganggap pelbagai benda (objek) sebagai Zat Allah, dengan mengenepikan
pelbagai ini dari dari pandangan; menganggap pelbagai sifat-sifat yang
bertentangan bagi benda itu sebagai sifat-sifat Allah, dan perbuatan mereka
sebagai perbuatan Allah. Ini digelar Wahdat – “Yang lain” hilang dari
pandangan – caranya begini :
Pertama anggaplah diri anda sebagai hakikat Zat – Zat aku adalah Zat Allah.
Kemudian katakan “SIFAT AKU ADALAH SIFAT ALLAH – DAN PERBUATAN
AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH “ Ini secara penurunan (Nuzul). Kemudian
naik (‘Uruj) - “ PERBUATAN AKU ADALAH PERBUATAN ALLAH, SIFAT AKU
Nuzul sekali lagi, dan nuzul ini ialah “DENGAN ALLAH”. Dalam ‘uruj anda dapat
fana dan dalam nuzul kedua anda mencapai baqo. Dalam ‘uruj perbuatan, sifat
dan zat salik meresap dalam perbuatan, sifat dan Zat Allah. Dalam Nuzul,
perbuatan, sifat dan zat Allah terdiri dari salik.
Islam pada kulit sahaja ialah hanya mematuhi hokum-hakam syariat. Oleh itu
dikatakan : “ Sufi tidak ada agama kecuali agama Haq”. Muslim pada kulit
sahaja hanya sibuk dengan menyucikan atau membersihkan yang zahir sahaja.
Seorang sufi ialah seorang yang telah membebaskan dirinya daripada segala
yang tersebut.
Dalam suluk anda hendaklah jangan memandang kepada selain dari Allah.
Nabi pernah meminta setandan kurma dari rumah hasyim, seorang daripada
Ansar. Malik Kafur pernah menghantar hadiah kepada seorang fakir dan fakir
itu enggan menerimanya dan berkata “Aku tidak mahu menerima daripada
selain dari Allah” Malik kafur kemudian member jawapan :-
11. Mematikan diri menurut syariat ialah membuang dosa dan kehendak-
kehendak nafsu. Dalam fana, mereka menghapuskan kehendak-
kehendaknafsu. Dalam baqo, mereka menghitung semua sifatnya.
Dalam Syariat, mati ini bererti menjauhkan dari dosa. Dalam tarikat, bererti
menghapuskan kelakuan-kelakuan yang keji dan memakai akhlak-akhlak yang
terpuji. “TAKHLUK BI AKHLAK KHULLAH – Yang bererti PAKAILAH SIFAT-
SIFAT ALLAH“
Dalam hakikat, ialah menghapuskan Ke- AKU-an diri sendiri, dan ini lebih sukar
lagi dari kedua-dua terdahuu itu. Bukan senang mencapainya kerana ianya
ialah keadaan dzauk. Dua yang mula itu boleh dicapai dengan latihan yang
bersungguh-sunguh. Yang ketiga itu adalah kurniaan Allah dan bimbingan dari
Guru yang sempurna. Untuk mencapainya dengan latihan dan mujahadah
saahaja sangatlah sukar.
Firman Allah didalam Surah Al-Jumaat ayat 4
Ada pula yang mentafsirkan bahawa “Mati Diri” itu sebagai hidup itu sendiri.
Tidak perlu untuk mati. Mati itu telah ada di sini (berkenaan zat manusia yang
mana adalah ‘Adum (tiada), Abdullah Bilyali pernah berkata bahawa si Arif tidak
akan mencapai ilmu Allah kecuali dia menganggap zat, sifat dan afa’al nya
sebagai Zat, Sifat dan Afa’al Allah. Allah kekal dalam kekekalannya sendiri.
Dan tidak ada “yang lain” LAISA PIL WUJUDU ILLALLAH – TIADA YANG
WUJUD SELAIN ALLAH. “INNI ANALLAH, LAAAILA HAILLA ANA –
AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN AKU”.
Kenal zat anda sebagai Zat Allah, wujud anda sebagai Wujud Allah, kenal Anda
sebagai kenal Allah. Tidaklah apa bezanya jika anda katakana “AKU ALLAH”
atau “DIA ALLAH”. Berbilang-bilang atau banyak itu adalah pada sifat dan
kesannya. Wujud tidak lebih dari satu, tetapi ia mempunyai balikan atau
bayangan pada zahir dan batin dalam keESAANnya . Banyak adalah pada sifat
dan afa’al. Berrkenaan dengan Zat dia berkata “AKU”. Apabila ia keluar dari
Ghaib- ia berkata “KAMU” Apabila ia kembali kepada Ghaib, ia mengenangkan
dirinya sebagai “DIA”. Apabila ia memandang pada haikatnya secara
perkumpulan, Ia menggelar dirinya sebagai “KAMI” sebagai yang dikatakan di
dalam Al-Quran didalam surat QAAF ayat 16
“AKU” ialah Tajalli Zat dan lain-lain gantinama tajalliyat nama-nama, sifat-sifat
dan perbuatan-perbuatan. Allah sahaja yang boleh berkata “AKU” kerana yang
lain tidak ada pada hakikatnya “INNI ANALLAH, LAAILA HAILLA ANA , yang
bererti “SESUNGGUHYA AKULAH ALLAH, TIDAK ADA TUHAN SELAIN
AKU”.
Kenallah “AKU” anda dan anggap diri anda wujud dengan diri anda sendiri dan
jangan mengambil nama ghoirullah. “MAN’AROFA NAFSAHU FAKHOD
‘AROFA ROBBAHU – SIAPA YANG KENAL DIRINYA, KENALLAH KEPADA
TUHANNYA”.Jika anda anggap wujud anda sendiri adalah dengan wujud
Allah, anda jadi musyrik (orang yang menyengutukan Allah ). Jika ada wujud
lain selain wujud Allah, pada pendapat anda, maka anda mempunyai Tuhan
yang lain selain Allah. Dia yang keluar dari batin kepada zahir.
Bukannya ghoir (yang lain) Firman Allah didalam surah yusof ayat 106
12. Wali-wali Allah tidak mengajak manusia mengikut iman mereka, tetapi
Rasul-rasul Allah diperintahkan untuk menyampaikan risalah-risalah mereka
kepada manusia. Oleh itu wilayat adalah ujung yang akhir.