Professional Documents
Culture Documents
Sifat ini ialah sifat zat bagi Allah Ta’ala. Didalam sifat nafsiah ini, hanya ada satu
sifat saja yang terkandung didalamnya iaitu sifat Wujud. Wujudnya Allah adalah
tetap ada, benar ada, adanya Allah tidak disebabkan oleh sesuatu sebab.
Wujud ertinya ada. Allah itu wajib bersifat wujud dan mustahil bagi Allah bersifat
tiada. Wujud Allah ialah wujud zali iaitu adanya Allah itu kerana zatnya, wujudnya
Allah tidaklah dengan berantaraan sesuatu pun diluar zatnya. Tidaklah seperti
manusia, wujudnya manusia melalui perantaraan ibubapa, sebaliknya Allah tidak
seperti manusia dan Allah saja yang maha mengetahui.
Dalil Naqli bagi wujudnya Allah, seperti dalam surah Az-Zumar ayat 5:
Tafsirnya: Telah menjadikan (Allah) tujuh lapisan langit dan bumi dengan
kebenarannya
Dalil Aqli bagi wujudnya Allah, kita perhatikan sendiri keadaan alam sekeliling kita,
peredaran masa, pertukaran masa siang malam, adanya matahari, bintang, bulan,
gunung-ganang, dan kejadian-kejadian yang sempurna mengikut kehendaknya.
Persoalannya siapakah yang menciptakan ini semua, hanya ada satu sahaja yang
mampu menjadikannya dan menciptakannya iaitu Allah, jika tidak wujud Allah itu
maka akan tiadalah alam dan segala isinya ini. Maha suci Allah yang maha mencipta.
1 - QIDAM
Qidam maksudnya sedia ada. Wajib bagi semua umat Islam mempercayai bahawa
Allah itu sedia ada (tiada permulaan dan tiada akhir baginya) dan mustahil bagi Allah
itu baharu, jelas bagi Allah sudah ada sebelum adanya segala mahluk atau sesuatu
kejadian di dalam dunia dan alam lain. Dalil Naqli bagi sifat Qidam ialah sebagimana
firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 3:
Tafsirnya: Dialah Allah yang pertama, yang akhir, yang terang (kelihatan tanda-
tanda kebesarannya dan yang tersembunyi kerana tidak dapat dilihat oleh mata
kepala manusia dan dialah Allah yang maha mengetahui segala sesuatu.
Dalil Aqli, Sekiranya Allah itu bersifat baharu nescaya Allah berhajat kepada yang
membaharukannya, dan yang membaharukannya akan berhajat kepada yang
membaharukannya pula dan seterusnya tanpa kesudahan. Yang demikian itu adalah
mustahil bagi Allah dan tidak boleh diterima oleh akal fikiran manusia yang bijak.
2 - BAQA
Wajib bagi Allah bersifat Baqa. Baqa bermaksud kekal selama-lama nya, tiada
kesudahan bagi-Nya. Mustahil bagi Allah bersifat Fana iaitu binasa.
Dalil Naqli bagi sifat Baqa ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Ali Imran
ayat 2:
Tafsirnya: Allah tiada tuhan (yang berhak disembah), melainkan dia, Yang tetap
hidup, Yang kekal selama-lama nya mentadbir sekalian alam.
Dalil Aqli, sekiranya Allah itu bersifat fana (binasa), maka ia adalah baharu, maka
jika ia baharu maka dia sangat memerlukan pertolongan dan berhajat kepada yang
membaharukannya. Sedangkan Allah itu maha besar dan maha berdiri dengan
sendirinya.
Wajib bagi Allah bersifat Mukhalafatuhu lil hawadith yang bererti, Allah berlainan
dengan segala yang baharu.
Allah tidak ada bandinganNya dengan segala yang baharu samada pada zatNya,
Sifat-sifatNya atau perbuatanNya.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi zatNya iaitu Allah tidak seperti
zat makhluk tiada berupa dan tidak berwarna dan tidak bertempat dan seterusnya.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi sifatNya iaitu Allah tidak seperti
sifat manusia umpama qudrat dan iradat Allah tidak sama dengan kuasa dan
kehendak manusia.
Allah berlainan dengan segala yang baharu darisegi perbuatanNya iaitu Allah tidak
ada perantaraan seperti makhluk.
Dalil Naqli bagi sifat ini ialah sebagaimana firman Allah dalam surah Asy-Syura ayat
11:
Tafsirnya: Tiada sesuatu pun yang menyerupai Allah Ta’ala. Dialah Allah yang Maha
Mendengar dan Maha Melihat
Dalil Aqli, Jika sekiranya Allah tidak bersifat demikian maka dai bersifat baharu, jika
dia bersifat baharu maka Allah berada didalam kelemahan. Ini adalah mustahil bagi
Allah berada didalam kelemahan kerana Allah maha berkuasa dan gagah
sebagaimana firmannya didalam surah Al Maaidah ayat 95:
Tafsirnya: ……dan (ingatlah) Allah maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan
azab seksa.
Dengan ini dapatlah dibuktikan bahawa Allah itu tetap berkuasa dan berlainan
dengan segala yang baharu.
4 - QIYAMUHU BINAFSIHI
Adapun segala yang Mawujud menurut berkehendak kepada tempat berdiri dan
berkehendak kepada yang menjadikan dia itu empat bahagi:
a. Tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia dan tiada berkehendak kepada
tempat berdiri, yaitu zat Allah Ta’ala
b. Berdiri pada zat Allah Ta’ala dan tiada berkehendak kepada yang menjadikan Dia,
yaitu sifat Allah Ta’ala
c. Tiada berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang
menjadikan dia yaitu segala jirim yang baharu
d. Berkehendak kepada tempat berdiri dan berkehendak kepada yang menjadikan
dia yaitu segala ‘aradh yang baharu
5 - WAHDANIAH
artinya Esa
Maka sekarang kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana keadaan atau
perjalanan didalam alam ini semuanya teratur dengan baiknya maka menerimalah
aqal kita wajib diterima aqal Wahdaniah bagi Allah Ta’ala dan mustahil lawannya
berbilang-bilang atau bercerai-cerai.
Maka Kammuttasil dan Kammumfasil itulah yang hendak kita nafikan pada zat Allah
Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua perkara ini maka barulah dikatakan
Ahadiyyatuzzat, yakni Esa dzat Allah Ta’ala.
Adapun Wahdaniah pada sifat menafikan dua perkara:
Maka Kammuttasil dan Kammumfasil inilah yang hendak kita nafikan pada sifat Allah
Ta’ala, apabila sudah kita nafikan yang dua itu maka baharulah dikatakan
Ahadiyyatussifat, yakni Esa sifat Allah Ta’ala.
Sifat ma’ani ialah sifat-sifat yang ada dirinya diZat Allah s.w.t sekira-kira dapat dilihat
diri sifat itu ada di zat Allah s.w.t.
1. Qudrat
2. Iradat
3. Ilmu
4. Hayat
5. Sami’
6. Bashir
7. Kalam