Professional Documents
Culture Documents
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud ,
kerana wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada
zat. Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama
Islam tetapi semua kepercayaan di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan
itu ada.
Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain
daripada Allah Ta'ala.
3. Baqa' : Ertinya Kekal
Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah
menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada
Allah Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan
dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang
mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka,
jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz ,
syurga dan lain-lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada
perkara yang diatas tadi ( Kedua ).
Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.