You are on page 1of 6

PECAHAN SIFAT 20

Dalam syarahan ini, Tok Guru membahagikan Sifat 20 kepada 4 bahagian iaitu:
WUJUD 1
: SIFAT NAFSI
QIDAM 5
: SIFAT SALBIAH
HAYAT 7
: SIFAT MAANI
HAYYUN 7
: SIFAT MAANAWIAH
Wujud 1 Sifat Nafsi Maujud pada zihin dalam iktikad.
Qidam 5 Sifat Salbiah Maujud pada khabar.
Hayat 7 Sifat Maani Maujud pada zihin dan kharij.
Hayyun 7 Sifat Maanawiah Maujud pada zihin.
TAFSIR:
WUJUD 1 SIFAT NAFSI
Nafsi? Nama bagi Zat.
Maujud pada zihin dalam iktikad.
Terbahagi kepada 3 adam iaitu :
Adam Thabit - Tidak ada permulaan.
Adam Lahit - Tidak binasa
Adam Mumasalah - Tidak ada bandingan selama-lamanya.
QIDAM 5 SIFAT SALBIAH
Maujud pada khabar.
Khabar? Berkhabar barang yang tidak patut atau layak bagi Zat iaitu:
Zat yang bersifat Qidam menolakkan permulaan.
Zat yang bersifat Baqa menolakkan kesudahan.
Zat yang bersifat Mukhallafatuhu lil hawadith menolak menyamai gapo-gapo.
Zat yang bersifat Qiamuhubinafsih menolak berhajat pada zat, sifat, asma dan
afaal orang lain.
Zat yang bersifat Wahdaniat menolak berdua atau bertiga.
Syarah Tok Guru:
Qidam 5 adalah Sifat Jalalullah yakni Sifat Ketinggian Allah.
Tujuan dibahagikan 4 sifat itu nak letak di mana?
Tujuannya adalah untuk memasukkan ke dalam kalimah Laa ilaha illaa Allah.
Dalam kita hendak membicarakan Qidam 5 Sifat Salbiah, jangan kita kata
bahawa Qidam menolak permulaan atau Baqa menolak kesudahan tanpa
mendahulukan perkataan Zat yang bersifat.. kerana jika kita tak
mendahulukan perkataan Zat yang bersifat maka dikatakan Sifat
menyempurnakan Zat. Ini tak boleh. Sifat tidak boleh mendahului Zat.
Sifat martabat Zat - Wujud 1 + Qidam 5
Sifat martabat Sifat - Hayat 7
Sifat martabat Asma - Hayyun 7

Page 15 of 33

HAYAT 7 SIFAT MAANI


Terbahagi kepada 2 :

Maujud pada zihin


Maujud pada kharij

MAUJUD PADA ZIHIN - Maujud pada Zat (Tak nyata pada alam) Zat dan Sifat tak
bercerai tanggal.
MAUJUD PADA KHARIJ - Memberi bekas pada sekelian alam (Nyata pada alam).
Sifat yang berdiri di Zatlah yang menjadikan alam ini.
Dalam sifat Maani - sifat Yang Menakluk ada 6 sahaja tanpa Sifat Hayat :
1. QUDRAT DAN IRADAT - takluk sekelian mumkin
Mumkin terbahagi kepada 4:
Mumkin Maujud dikatakan Takluk Mayah yakni menyertai.
Mumkin adam badal maujud dikatakan Takluk Taksir yakni hari yang
lepas doh!
Mumkin sayyujat dikatakan Takluk Bil Quah yakni hari akan datang hingga
Qiamat.
Mumkin Ilmullah innahu lam yujat dikatakan Takluk Hikmiah yakni akan
datang masuk syurga atau neraka.
2. SAMA DAN BASAR - takluk sekelian maujudat tak kira baru atau Qadim
3. ILMU DAN KALAM - takluk hukum aqal yang 3
Syarah Tok Guru
Keempat2 mumkin di atas adalah dalam genggaman Allah swt. Ia termasuk di

QNZZ Z :

bawah Kalimah

LAA( )

- Mumkin Maujud

Z)

ILAAHA(

Z)

ILLA(

ALLAH(

QNZ)

- Mumkin adam badal maujud


- Mumkin Sayyujad
- Mumkin Ilmullah innahu lam yujad.

Bila kita mengucap maka mengandungilah keempat2 perkara di atas. Maka


camlah Allah jadikan makhluk ini dengan 4 SifatNya iaitu:
HAYAT, ILMU, QUDRAT dan IRADAT dan menerima sekelian kejadian ini dengan
SAMA, BASAR dan KALAM.
Mahasuci Allah daripada masiwallah. Hikmat dan Rahsia yang menjadikan alam
ini menandakan Kaya Allah daripada tiap2 barang yang lain.
Kita kena ingat bahawa Sifat Nafsi maujud pada zihin dan Sifat Maanawiah
maujud pada zihin juga tetapi kedua2nya adalah berbeda yakni Sifat Nafsi halnya
TIDAK ADA KERANA DENGAN SESUATU KERANA sementara Sifat Maanawiah
halnya ADA KERANA DENGAN SESUATU KERANA.
Kenapa? Kerana kenyataan bagi Sifat Maanawiah tak ada. Seperti pena dengan
kertas. Sifat Maanawiah berada di antara pena dengan kertas. Tak nyata.
Peringatan! Sedekat2 Allah jangan masukkan Allah ke dalam alam ini. Kenapa?
Kerana alam ini baru dan binasa. Allah tidak baru dan tidak binasa. Kalau Allah
dimasukkan ke alam ini maka dikatakan Ittihad yakni bersatu dengan makhluk.

Page 16 of 33

Kalau jauh dikatakan Hulul pula. Kita kena iktikad bahawa Allah memberi bekas
pada sekelian makhluk iaitu maujud pada adam atau adam pada maujud.
Mahasuci Allah daripada masiwallah. Kaya Allah daripada tiap2 barang yang lain.
Sifat 20 dibahagi kepada 4 yakni Sifat Nafsi, Salbiah, Maani dan Maanawiah
kemudian dibahagi kepada 3 yakni Martabat Zat, Sifat dan Afaal kemudian
dibahagi kepada 2 yakni Kaya dan Kehendak.

LAA( )

tempat JALALULLAH

GQIZ)

tempat JAMALULLAH

RIZ)

tempat QAHARULLAH

ILAHA(
ILLAA(

ALLAH(

HQNZ)

tempat KAMALULLAH

Solat 5 waktu terbit daripada 5 huruf iaitu:


ALIF( )

SUBUH

ZOHOR

LAM( )
HA(

`)

ASAR

MAGHRIB

ISYA

MIM( )
DAL( )

Rukun Islam yang 5 terbit daripada Alif Lam Ha Mim Dal:


Mengucap
Sempurna bab iktikad
Solat
Memperbetulkan diri
Puasa
Membersihkan diri
Zakat
Membersihkan harta
Haji
Sempurnakan Islam.
Alif Lam Ha Mim Dal terbit daripada pancaindera yang 5:
Perasaan
Kesemuanya ini mari mana? Mari daripada Sifat Salbiah yang 5 yang mana Sifat
Salbiah yang 5 ini menafikan barang yang patut bagi Zat Allah swt.
Maka kita juga kena nafi 5 perkara yang tak patut ada dalaam solat kita iaitu:
masiwallah, dunia, hawa, nafsu dan syaitan.
Rakaat solat 17 + 3 witir = 20
Rukun solat 13 + 4 Tamaninah ( Rukuk, Iktidal, Sujud dan duduk antara 2 sujud
;tak sempurna solat kalau tak ada tamaninah ) + Qasad, Taarudh dan Taayin =
20.
Maka Sifat 20 + Rukun 20 + Rakaat 20 = 60
Tak sempurna solat kalau tak ada Tamaninah iaitu di tempat Itidal, Rukuk,
Antara 2 Sujud dan Sujud.

Page 17 of 33

SAMA DAN BASAR


adalah Takluk Inkisas yakni Terbuka dan Nyata di sisi Allah swt oleh Sama dan
Basar tak terlindung di dalam 7 petala langit dan 7 petala bumi dan barang
yang di dalam zihin anak Adam.
Takluk bagi sekelian maujudat (takluk bagi sekelian maujud) benda tak kira
maujud itu baru. Qadim mestilah ada.
*SAMA - Zat, Sifat dan Afaal Dia Mendengar dan yang makhluk pun Dia
Mendengar. Tak kira maujud itu bunyi atau tidak, berhuruf atau tidak, semuanya
Dia Dengar.
*BASAR - Lihat sekelian Zat, Sifat dan Afaal adalah Qadim lagi Azali dan yang
makhluk pun Dia Melihat.
Basar lihat tak kira jauh atau dekat, tersembunyi atau tidak, benda yang
terlintas, niat,cita,fikir oleh kita.
Maka Inkisas yang nyata pada Sama itu lain yang ujud pada Basar.
*Bila Allah ada SAMA DAN BASAR maka keluar lah ayat:
ALLAH TIDAK MELIHAT ATAS RUPA PARAS KAMU. ALLAH LIHAT DI HATI KAMU
Kalau ada ujub, sombong, takabbur itulah tempat Allah tilik kerana ianya
dikatakan salah sebab orang lain tak nampak.
Bila Allah SAMA dan BASAR maka kita kena cuci daripada Sifat Mazmumah yang
10 dan masukkan Sifat Mahmudah.
Niat, qasad, pandang, azam, fikir dan lintasan adalah dalam takluk SAMA DAN
BASAR Allah swt. Maka kita kena buanglah 10 sifat yang dikatakan najis itu.
ILMU DAN KALAM
Takluk hukum aqal yang 3 iaitu Wajib, Mustahil dan Jais (Harus)
*ILMU
Takluk Inkisas. ( Sila rujuk bab SIFAT ILMU )
*KALAM
Takluk Dilalah. ( Sila rujuk bab SIFAT KALAM )
KALAM terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
1. KALAM LAFZI
2. KALAM SIFAT MAANI
3. KALAM SIFAT NAFSIAH/MARTABAT ZAT.
KALAM LAFZI erti Lafaz seperti Quran. Ianya tertulis di Loh Mahfuz dan nyata di
Al Quran. Semua huruf sedikit pun tidak bercampur dengan kalam orang lain dan
tidak ada sesiapa pun yang menambahnya dan mengurangkannya.
Asalnya tidak berhuruf dan tidak bersuara. Bila tertulis di Loh Mahfuz barulah ada
berhuruf dan bersuara. Bappo Allah buat berhuruf dan bersuara? Sebab
hambaNya tak boleh baca Kalam yang tidak berhuruf dan bersuara.

Page 18 of 33

KALAM SIFAT MAANI erti Pankata iaitu satu sifat yang berdiri pada Zat
KALAM MARTABAT ZAT/NAFSI erti Zat yang bersifat dengan Kalam namalah
Berkata-kata.
*Kalam kita:
Perkataan kita
Berkata-kata kita
Pankata kita
Perkataan Kita hak keluar dari mulut kita pergi ke telinga orang lain.
Berkata-kata Kita yang keluar dari mulut kita.
Pankata Kita satu sifat yang berdiri di bawah anak lidah kita yang tidak
berhuruf dan bersuara.
Maka untuk menghampirkan diri dengan Allah kita kena sebut, ingat, pandang,
syuhud dan nazar.
Sebut amalan zahir
Ingat amalan bathin
Pandang amalan yang halus dari bathin
Syuhud amalan yang lebih halus dari segala yang di atas.
Sebab? Rahsia Allah adalah kebathinan. Maka kita zikir Allahu, Allahu 1000 kali
untuk bersihkan:
SODRON TEMPAT ISLAM
QALBUN TEMPAT IMAN
FUADUN TEMPAT MAKRIFAT
SYAGHAF TEMPAT KASIH
LUBBUN TEMPAT TAUHID
Sebagai kesimpulannya sifat yang wajib bagi Allah ada 20 + mustahil bagi Allah
20 + harus bagi Allah 1= 41 aqaid terkandung di dalam

HQNZRIZ GQIZ G)

LAAILAAHA ILLALLAAHU.(

QNZ HuMH"GeHRGH)

MUHAMMADARRASUULULLAAH.(
KERASULAN
Wajib bagi Nabi ada 4:SIDDIQ
AMANAH
TABLIGH
FATANAH

SIDDIQ erti Benar sekelian Rasul lawan Dusta mustahil Dusta maka wajib Benar
sekelian Rasul.
Seluruh 313 Rasul benar dan 24 orang yang wajib diingati benar.
Tidak ada bagi Nabi dan Rasul yang dusta, tipu menipu, kecong mengecong.
AMANAH erti Kepercayaan sekelian Rasul lawan Khianat mustahil Khianat maka
wajib Kepercayaan sekelian Rasul.
Khianat adalah satu sifat kekurangan, kekejian dan kekotoran. Tidak ada bagi
sekelian Rasul itu khianat seperti buat benda orang lain tak serupa dengan hak
kita sendiri. Dengan adanya khianat maka gugurlah amanah.

Page 19 of 33

TABLIGH erti Sampaikan sekelian Rasul lawan Sembunyi mustahil Sembunyi


maka wajib Sampaikan sekelian Rasul.
Menyampaikan sekelian Rasul itu dijalankan atas 3 hukum:
1. Wajib sampaikan serta pakai pada Rasul dan pada orang lain.
2. Memberi pilih kalau patut, kena sampaikan dan kalau tak patut maka nanti
dulu.
3. Khas pada Rasul, tak boleh sampaikan.
Apakah makna Menyampaikan? Maknanya Rasul tidak menambah 1 kalimah dan
mengurangkan 1 kalimah atas apa yang diperintahkan oleh Allah swt. Kalau Allah
swt suruh sampaikan 2 kalimah tapi Rasul sampaikan 1 kalimah maka ini
dinamakan sembunyi. Terbatallah Tabligh.
Maka sekelian hukum-hukum yang sampai kepada Nabi dan Rasul bukanlah helah
dari mereka dan tidak disembunyikan. Wajib Nabi dan Rasul sampaikan dan wajib
bagi kita menerimanya. Jika kita tak menerimanya maka berdosa besar kita.
Sebab menerimanya adalah wajib lagi Fardhu Ain. Pada kita wajib dan pada isteri
dan orang yang berada di bawah tanggungan kita juga wajib.
FATANAH ertinya Cerdik lagi Bijaksana sekelian Rasul lawan Bodoh mustahil
Bodoh maka wajib Cerdik lagi Bijaksana sekelian Rasul.
Makna Cerdik lagi Bijaksana ialah mengalah bagi sekelian lawan dan seteru.
Sebab? Bijak Kerasulan ini muafakatlah bijaknya di bawah perbuatan, fikiran dan
iktikad Rasul.
Kita? Kita ada 3 kelas iaitu:1. Bodoh buat apa-apa tak fikir dan tilik dulu.
2. Cerdik buat apa-apa fikir dulu dan bila rasa molek untuk dia maka dia
buat.
3. Berakal buat apa-apa fikir dan tanya orang yang lebih bijak. Barulah
kerjanya tak dukacita. Erti bijak pula ialah kebijaksanaan itu keluar dari
aqal yang bersih dan tak keluar daripada yang kotor.
Orang lain semua kata Nabi cerdik kecuali Abu Jahal yang kata Nabi bodoh.
Wajiblah kita kena tahu dan kena belajar dan beriktikad akan 4 sifat Nabi/Rasul
itu.
KESIMPULANNYA IALAH DI DALAM KALIMAH LAAILAAHA ILLALLAAHU ADA 41
AQAID DAN DI DALAM MUHAMMADARRASUULULLAAH ADA 9 AQAID. MAKA
MENJADILAH 50 AQAID DI DALAM KEDUA-DUA KALIMAH ITU.
Maka wajiblah diketahui oleh orang yang nak mengucap dan nak
mempenghulukan Rasulullah saw. Kalau kita tak tahu maka tak sempurnalah bab
Ketuhanan dan Kerasulan kita.
ASH HADUALLAAILAAHA ILLALLAAHU Aku mengaku, naik saksi, yaqin dan
percaya bahawa Allah satu jua Tuhan ku.
WA ASH HADUANNAMUHAMMADARRASUULULLAAH Aku percaya, yaqin dan
jelas bahawa Nabi Muhammad Rasulullah dan Penghulu ku dan wajib aku ikut dari
hidup sampai ke mati.
Maka sahlah mengucap 2 kalimah syahadat dan betullah dalam iktikad. Inilah
yang dinamakan 50 Aqaidul Iman atau Kesimpulan Iman serah keyakinan dan
kepercayaan. Kalau tak tahu 50 Aqaidul Imanini maka kita dikatakan fasiq.

Page 20 of 33

You might also like