You are on page 1of 6

> Aqidatul Mukminin:

KITAB AQIDATUL MUKMININ

KULIAH KE - 47

17/1/2024

https://fb.watch/pDvJ5U9u1A/?mibextid=Nif5oz

Jawi ms - 145

Rumi ms - 134

TA'ALLUQ

Ta'alluq dalam Kitab² jawi lama dia tulis menuntut Sifat kepada pekerjaan yang lebih.

Bahasa yang mudahnya, Ta'alluq ialah pekerjaan Sifat Ma'ani ataupun fungsi Sifat Ma'ani.

Contohnya, Basar.

Basar ertinya Penglihatan. Ta'alluqnya, melihat sesuatu. Tempat Ta'alluqnya, melihat kepada yang
maujudat / melihat kepada segala yang ada. Segala yang ada ini ada 2 :

1) Wajibul Wujud.

2) Ja'izul Wujud.

PERKARA YANG DIBICARAKAN DALAM SIFAT MA'ANI

5. BAHAGIAN TA'ALLUQ

BAHAGIAN² TA'ALLUQ DALAM SIFAT MA'ANI ADA 4 :

(i) Ta'alluq Soluhi Qodim

(ii) Ta'alluq Qobdoh

(iii) Ta'alluq Tanjizi Qodim

(iv) Ta'alluq Tanjizi Hadith


Dalam Kitab jawi ataupun dalam Kitab arab sekalipun dia tulis Ta'alluq. Ta'alluq Sifat Ma'ani.

Contoh :

Ta'alluq Sifat Basar (Penglihatan) ialah melihat. Ta'alluqnya kepada yang maujudat. Ta'alluqnya ialah
Ta'alluq Ta'sir. Ta'alluqnya ada 4.

(Semuanya Ta'alluq)

Jadi, ditambah sedikit dalam Kitab ini,

Erti Ta'alluq, Tempat Ta'alluq, Nama Ta'alluq, Bahagian Ta'alluq.

Dalam Kitab arab, Kitab jawi tidak disebut. Sebab itu kena mengaji. Belajar Tauhid wajib bersanad.
Haram belajar Tauhid dengan tidak bersanad. Jadi mengaji dengan syaitan.

(i) TA'ALLUQ SOLUHI QODIM

Ertinya perkara yang harus berlaku pada azali tetapi belum terjadi lagi.

Benda tu belum berlaku lagi tapi harus kalau Tuhan nak jadikan ia. Soluhi ni benda yang harus berlaku
tapi belum berlaku lagi.

MAKSUD AZALI

Ertinya waktu sebelum ada makhluk, yang ada semata² Zat Allah Taala dan Sifat²Nya.

Kita sebut waktu azali itu nisbah pada memudahkan faham.

Sebenarnya, 'masa', 'waktu' itupun belum ada. 'Masa' dan 'waktu' ini Allah yang jadikan. Sebelum ada
makhluk, 'masa' pun tak ada.

‫وَ ۡٱلعصۡ َر‬


"Demi masa"

Bila Allah jadikan masa, Allah Taala bersumpah dengan masa. Jadi, Allah tidak duduk dalam masa.
Bahkan 'masa' itu Allah yang jadikan.

َ َ‫تَوَ ۡٱۡل ۡرضََف‬


َ‫یَستَةَأيَم‬ َ ‫ٱّللَٱلَذیَخلقَٱلسَمو‬
َ‫َه‬
"Allah yang menjadikan sekalian langit dan bumi, dan diantara keduanya dalam 6 masa"
َ‫أيَم‬
ini boleh dengan makna masa, boleh dengan makna hari.

Jadi 'masa' itu Allah yang jadikan. Allah tak duduk dalam masa. Allah tidak melalui masa. Yang melalui
'masa' itu ialah kita.

Mula² dulu bayi, selepas itu kanak². Lepas itu remaja, dewasa, kemudian jadi warga kubur. Itu bahasa
kita.

1 lagi yang sama istilah dengan Azali ialah Qodim.

MAKSUD QODIM

• Qodim tertentu bagi yang WAJIB ada.

• Perkara yang wajib ada pada hak Allah ialah seperti Sifat² Ma'ani. Maka kita kata wajib ada pada Allah
Taala Sifat² Ma'ani itu adanya Qodim lagi Azali.

AZALI ini umum. Yang wajib pun dia kata Azali, yang mustahil pun dia kata Azali. Tapi kalau kata Qodim,
Qodim itu yang wajib ada sahaja. Itu Sifat Ma'ani.

Adakah Qodim dan Azali itu serupa atau berbeza?

PENDAPAT PERTAMA :

▪️Setengah Ulama' kata sama. Ini pendapat yang muktamad,yang masyurah dikalangan Ahli Sunnah Wal
Jamaah. Pendapat jumhur Ulama', Qodim dan Azali itu sama.

Seperti kata Imam Sanusi.

PENDAPAT KEDUA :

▪️Tetapi pendapatnya dhoif, katanya Qodim dan Azali itu berbeza.

Itu pendapat Imam Sa'duddin Taftazani.

Beza antara Imam Sa'duddin Taftazani dengan Imam Sanusi, 100 tahun. Imam Taftazani dulu, baru Imam
Sanusi.
Jadi yang pertama, Ta'alluq Soluhi Qodim maknanya harus Allah jadikan pada waktu azali, tapi belum lagi
Allah jadikan.

Ataupun dikatakan bolehnya Allah jadikan makhluk ini pada azali tetapi belum Allah jadikan. Maka itu
dinamakan Ta'alluq Soluhi Qodim.

Bahagian Ta'alluq Qudrat ada 3 :

1) Soluhi Qodim

2) Qobdoh

3) Tanjizi Hadith

Antara Sifat Ma'ani yang ada Ta'alluq Soluhi Qodim ialah Sifat Qudrat.

Contoh :

Sifat Qudrat.

Ta'alluq Soluhi Qodim dalam Sifat Qudrat maknanya ialah bolehnya Allah nak menjadikan alam ini pada
waktu Azali tetapi Allah belum jadikan lagi. 'Bolehnya' itu tapi belum Allah buat lagi, itu namanya Ta'alluq
Soluhi Qodim.

Boleh Allah jadikan alam pada waktu Azali tapi Allah belum jadikan lagi. Itu namanya Ta'alluq Soluhi
Qodim.

> Aqidatul Mukminin:

Boleh Allah jadikan alam pada waktu Azali kerana Allah ada Sifat Qudrat.

(ii) TA'ALLUQ QOBDOH

Ertinya pekerjaan yang didalam genggaman (Kekuasaan) Allah.

Iaitu Ta'alluq yang didalam genggaman Allah.

Iaitu alam yang Allah nak jadikan itu, samada Allah nak jadikan ataupun tidak, itu didalam genggaman
Allah. Dalam Kekuasaan Allah. Samada Allah Taala nak jadikan ataupun tidak.

Contoh :
Kiamat. Tidak tahu bila Allah nak jadikan ia. Itu didalam genggaman / Kekuasaan Allah bila Allah nak
jadikan kiamat itu.

Maka itu namanya Ta'alluq Qobdoh. Kita ini semua didalam Ta'alluq Qobdoh Allah. Didalam genggaman
Qobdoh Allah. Bila kita nak mati, kita pun tak tahu. Dalam Kekuasaan Allah yang memerintah. Didalam
genggaman Allah yang mentadbir kita.

(iii) TA'ALLUQ TANJIZI QODIM

Ertinya tunai pada Azali. Pekerjaan yang sudah ada pada Azali.

Ta'alluq maknanya pekerjaan. Tanjizi maknanya yang sudah berlaku. Kalau dalam Kitab lama dia tulis,
'tunai'. Maknanya perkara yang sudah berlaku. Qodim, iaitu pada Azali. Pekerjaan yang sudah berlaku
pada Azali. Belum ada makhluk, benda ini sudah ada.

Contoh :

Ta'alluq Basar.

Basar ertinya Penglihatan. Samarah Sifat Basar ialah melihat.

APA YANG ALLAH TAALA TELAH LIHAT PADA AZALI?

▪️Allah melihat pada DiriNya yakni Zatnya dan Sifat²Nya.

Itulah Ta'alluq Tanjizi Qodim dalam Sifat Basar. Iaitu Allah melihat kepada DiriNya / ZatNya dan Sifat²Nya
pada waktu Azali. Makhluk tidak ada lagi. Nabi Muhammad tidak ada lagi. Yang ada hanyalah Allah
semata². Jadi Allah Taala melihat pada DiriNya / ZatNya dan Sifat²Nya.

Itu maksud kata Tanjizi Ta'alluq Qodim. Perbuatan yang telah berlaku pada Azali.

(iv) TA'ALLUQ TANJIZI HADITH

Iaitu pekerjaan yang berlaku pada yang baharu ataupun tunai yang baharu. Iaitu pekerjaan yang baru
berlaku. Iaitulah alam ini.

Bila Allah jadikan alam, maka kejadian alam yang baru dijadikan oleh Allah Taala itu, itu namanya Ta'alluq
Tanjizi Hadith. Pekerjaan tunai yang baharu.

(Ta'alluq Sifat Qudrat)


Asalnya alam ini tidak ada. Yang ada hanyalah Allah, lalu Allah jadikan alam. Bila ada alam itu, maka itu
namanya Ta'alluq Tanjizi Hadith. Yakni pekerjaan Sifat Qudrat pada menjadikan alam. Maka alam ini
dinamakan Hadith iaitu perkara yang baharu. Allah itu Qodim, yang sediakala. Alam ini baharu.

Ta'alluq ada 4 iaitu :

▪️Ta'alluq Soluhi Qodim.

▪️Qobdoh.

▪️Ta'alluq Tanjizi Qodim.

▪️Ta'alluq Tanjizi Hadith.

Ikuti Pengajian Kitab Aqidatul Mukminin pada setiap hari Rabu (Kuliah Maghrib) :

https://www.facebook.com/Pondokashsyattariyyah?mibextid=ZbWKwL

Pembelian Kitab di Shopee Pondok :

https://shopee.com.my/berkat_hidayah?smtt=0.734150096-1658292743.9

Sertai Telegram Kitab Aqidatul Mukminin :

https://t.me/Aqidatulmukminin

You might also like