You are on page 1of 12

Syarah Jakim siri 14

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


Malam ini kita sambung muka 20, baris daripada atas 10,
sifat ma’ani yang keenam ialah bashar ( ‫)بصر‬.
Jadi, kita baca sifat ma’ani, matan dia dok di mana?
Muka 16 baris 6 daripada atas:

‫ت ْال َم َعانِ ْي‬ ِ ‫صفَا‬ ِ ‫ت تُ َس َّمى‬ ٍ ‫صفَا‬ ِ ‫ثُ َّم يَ ِجبُ لَهُ تَ َعال َى َس ْب ُع‬
ِ ‫َو ِه َي ْالقُ ْد َرةُ َوااْل ِ َرا َدةُ ْال ُمتَ َعلِّقَتَا ِن بِ َج ِمي ِْع ْال ُم ْم ِكنَا‬
‫ت‬
‫ت‬ِ َ‫ت َو ْال ُم ْست َِح ْيال‬ ِ ‫ت َو ْال َجاِئزَ ا‬ ِ ‫ق بِ َج ِمي ِْع ْال َوا ِجبَا‬ ُ ِّ‫َو ْال ِع ْل ُم ْال ُمتَ َعل‬
ُ َّ‫َو ْال َحيَاةُ َو ِه َي الَ تَتَ َعل‬
‫ق بِ َش ْيٍئ‬
ِ ‫ان بِ َج ِمي ِْع ْال َموْ جُوْ دَا‬
‫ت‬ ِ َ‫ص ُر ْال ُمتَ َعلِّق‬َ َ‫َوال َّس ْم ُع َو ْالب‬
‫ت‬ ٍ ْ‫صو‬ َ َ‫ف َوال‬ ٍ ْ‫ْس بِ َحر‬ َ ‫َو ْال َكالَ ُم ال ِذيْ لَي‬
َّ
‫ت‬ ِ ‫َويَتَ َعلَّ ُق بِ َج ِمي ِْع َما يَتَ َعلَّ ُق بِ ِه ْال ِع ْل ُم ِمنَ ا ْل ُمتَ َعلَّقَا‬
Lepas tu, kita baca dah huraian panjang sifat ilmu, sifat hayah, sifat sama’. Malam ni kita
baca sifat bashar (‫)بصر‬.
Kita kalau rajin di rumah, kita buat senarai atau carta, daripada atas turun ke bawah.
Satu ruangan, dua ruangan, tiga ruangan, empat ruangan.
Ruang pertama:
No Sifat
(Sifat-Sifat Ma’ani) Nama Ta’alluq Cara Ta’alluq Tempat Ta’alluq
1 Kudrah Taksir Soluhi qadim
Tanjizi hadis Sekelian mumkin
2 Iradah Takhsis Soluhi qadim
Tanjizi qadim Sekelian mumkin
3 Ilmu Inkisyaf Tanjizi qadim Sekalian yang wajib, mustahil, dan harus.
4 Hayah Tiada ta’alluq dengan sesuatu
5 Sama’ Inkisyaf Soluhi qadim
Tanjizi qadim
Tanjizi hadis Sekalian yang maujud
6 Bashar Inkisyaf Soluhi qadim
Tanjizi qadim
Tanjizi hadis Sekalian yang maujud
7 Kalam Dalalah (‫ )داللة‬Soluhi qadim
Tanjizi qadim
Tanjizi hadis Sekalian yang wajib, mustahil, dan harus
 
‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Sifat ma’ani yang keenam ialah bashar (melihat).

Bashar, terjemah melayu kata melihat, lepas tu ada orang pertikai.


Ini pun kita susah juga.
Ada orang pertikai, makna dia tolak la kitab.
Bila dia pertikai, dia tolak kitab, makna kitab tu tak betul.
Itu keterlaluan, menolak kitab tu keterlaluan.

Kita, bukan ada saing kita, bukan ada keupayaan kita,


Syarah Jakim siri 14

menolak kitab orang.


Yang ni terjemah daripada bahasa arab kepada bahasa melayu.
Kita bukan ada ahli dewan bahasa, dia buat satu bahasa standard untuk tauhid,
bahasa untuk fekah, bahasa untuk tasawuf, bukan ada, tak dak na!
Bahasa lain depa ada, depa ada istilah, ada kamus.
Bila kita tak ada istilah, lepas tu kita nak terjemah tu, ikut ijtihad ulama yang karang kitab.
Dia mengarang, dia buat, gitu, kita nak pakai, terimalah, kalau tak mau pakai, sudah.
Dia bukan suruh kita pakai hak dia kan!
Kita tolak kitab dia, “Oih, hang buat tak betul ni”.
Dok pi baca buat apa kitab dia, dah kita tak mau.

Ada juga segelintir manusia ini, dia suka menyalah-nyalahkan orang.


Dia berasa berlain daripada dia saja, tak betul.
Pendapat ulama, bila tak ada orang buat satu bahasa standard,
kalau dewan bahasa buat ka? Kita boleh rujuk dewan bahasa.
Dewan bahasa tak buat, kita nak cari istilah ilmu tauhid,
mana nak ada dewan bahasa buat kan!
Lepas tu tak pa la, kita ijtihad ulama yang mengarang, dia ijtihad macam tu, kita pakai la.
Kalau kita tak mau kita buat yang kita sendiri, kita ijtihad juga.
Bila kita buat yang kita sendiri, kita kata hak kita sendiri yang betul, hak orang tak betul.
Itu keterlaluan kita.

Inilah kita ni selalu macam tu.


Orang ni yang kadang-kadang lembu yang baru tumbuh tanduk, dia tanduk rata, gatai.
Biasa (pernah) tengok anak lembu yang baru tumbuh tanduk.
Dia tanduk rata, pongsu anai-anai, dia tanduk pokok pisang,
tapi perdu pokok nyiur dia tak berani tanduk, tak berani tanduk.
Tidak, tanduk la pokok nyiur ka? Pokok paku lima ka?
Dia tanduk pokok pisang.

Baik, kawan ni, dia buat, dia kata bashar, melayu kata melihat.
Nak terima ka tak terima?
Tak terima buat lain, tak sah (tak payah) menyalahkan dia buat tak betul.
Yang tu terjemah, sebab bila kita baca tauhid, hak terjemah tu bukan penting sangat.

Yang penting tu makna sifat.


Ini yang dia habaq artinya sifat yang wujud.
Yang ni semua sifat-sifat ma’ani sama, yang ni yang penting,
yang ni tak boleh salah.

(Maksud sifat Basar) Sifat yang wujud (maujud) lagi azali, terdapat pada zat Allah Taala, ha!
Sifat Allah, dimana dengan sifat ini tersingkaplah bagi Allah Taala segala yang maujud,
sama ada qadim atau hadis (baharu).

Tu maksud sifat bashar.


Jadi, makna sifat bashar tu, yang tu pelihara, yang tu semua semacam,
semua orang mengaji kitab apa pun semacam, makna sifat bashar.
Terjemah bahasa melayu, tu biar pi la, yang tu tak berapa penting.
Terjemahlah apa yang nak terjemah.
Syarah Jakim siri 14

Ini sifat yang wujud lagi azali terdapat pada zat Allah Taala, dimana dengan sifat ini
tersingkaplah bagi Allah Taala segala yang maujud, sama ada qadim atau hadis.
Makna dengan sifat bashar ternyata (tersingkap) lah bagi Allah segala yang maujud.

Yang maujud ni qadim, zat Allah dan sifat Allah, ternyatalah dengan bashar-Nya.
Lepas tu zat baharu dan sifat baharu.
Ternyatalah dengan bashar Allah segala yang baharu.

Jadi, cara-cara ta’alluq dia, makna masa qadim dulu ada ta’alluq tanjizi qadim.
Jadi bashar ta’alluq tanjizi qadim dengan zat Allah dan sifat Allah.
Lepas tu mari baharu ini, ternyata bagi Dia, zat baharu dan sifat baharu,
itu yang ta’alluq tanjizi hadis.

Sama ada qadim atau hadis (baharu).


Ini berarti Allah melihat zat dan sifat-sifat-Nya sendiri.

Dia melihat zat dia, bolehkah? Boleh.


Yang tak boleh kita melihat zat dia, tak boleh!
Penglihatan kekuatan kita, Dia bagi pada kita, penglihatan kita terhad.
Setakat yang dok sekeliling kita saja, yang dekat-dekat saja.
Tu pun yang jauh tak boleh jugakan! Itu saja penglihatan kita.
Itu pun ada terhad. Misalnya perkara-perkara yang halus, yang seni,
kita tak boleh juga, macam zat malaikat kita tak boleh nampak.
Zat malaikat pun kita tak boleh nampak, apalagi zat Allah, lagi tak nampak.

Ini berarti Allah melihat zat dan sifat-sifat-Nya sendiri, dan Allah melihat (juga) segala
bunyi, dan warna dan selainnya. Maksud kedua-duanya (yakni sama’ dan bashar) bertaalluq
dengan seluruh yang maujud ialah kedua-duanya mendapat seluruh yang maujud dengan
inkisyaf (‫)انكشاف‬.  

Ini nama taalluq dia inkisyaf, semacam dengan ilmu, tapi dari segi lain-lain.
Inkisyaf ilmu, inkisyaf sama’, inkisyaf bashar, lain-lain (tak sama).
Nama saja serupa, cara lain-lain.

Apa makna inkisyaf?


Lebih kurang kita terjemah kata ternyata.
Ternyatalah bagi Allah dengan ilmu-Nya.
Apa ternyata bagi Allah dengan ilmu-Nya?
Sekalian yang wajib, sekalian yang mustahil, dan sekalian yang harus.
Semua yang ada, yang tak ada, yang lagi akan ada, yang tetap tidak ada,
semua ternyata pada Dia, dengan ilmu Dia, tidak tersembunyi.

Lepas tu ternyatalah bagi Allah dengan sama’-Nya.


Apa dia? Perkara-perkara yang ada saja.
Yang tidak ada, tak ternyata dengan sama’.
Ternyata dengan ilmu, yang tu luas.
Dengan sama’ ternyata perkara-perkara yang ada (maujud) saja,
termasuk zat Dia, sifat Dia, zat baharu dan sifat baharu.
Yang tak ada tak ternyata.
Syarah Jakim siri 14

Katalah manusia yang tak lahir lagi, adakah Tuhan dengar?


Tidak, tapi Dia mengetahui.
Adakah Dia lihat?
Orang-orang yang tak lahir lagi itu, ada cicit kita, adakah cicit kita?
Mungkin ada satu masa kan?
Tapi ternyata dengan ilmu Allah. Ternyata bagi Allah dengan ilmu-Nya cicit kita tu.
Tapi tidak ternyata bagi Allah dengan sama’-Nya dan bashar-Nya.
Hak yang ternyata dengan sama’ dan bashar ini,
perkara-perkara yang ada (maujud) saja.

Yakni sama’ dan bashar bertaalluq dengan seluruh yang maujud, ialah kedua-duanya
mendapat seluruh yang maujud dengan inkisyaf (ternyata). Ini berarti pendengaran Allah
bukan dengan telinga, dan penglihatan-Nya bukan dengan anak mata.

Allah tak ada mata. Tapi Dia lihat ka? Dia lihat.
Macam mana Dia lihat, tak ada mata?
Yang tu, kita nak pikir mana nak sampai.
Kalau pikir dengan kepala kita, retak kepala la.
Mana nak sampai.

Zat Allah, taalluq sifat Dia, yang tu semua tak boleh kita pikir, tak boleh sampai.
Cuma, kita jadi keyakinan kita, iktikad kita, Dia lihat tanpa mata,
Dia mendengar tanpa telinga.
Macam juga Dia menjadikan sesuatu tanpa ada tangan.
Kita pikir, tak ada tangan macam mana nak buat sesuatu?
Yang tu kita, kita banding dengan kita kan.

Ini berarti pendengaran Allah bukan dengan telinga, dan penglihatan-Nya bukan dengan anak
mata. Sama’ dan bashar mempunyai tiga taalluq, tanjizi qadim (patut dia boh soluhi qadim
dulu kan? Tak pa la).
Tanjizi qadim yakni sama’ dan bashar itu bertaalluq dengan zat dan sifat Allah Taala, dan
soluhi qadim yakni sama’ dan bashar itu bertaalluq dengan seluruh mumkinat yang ada
sebelum wujudnya (wujud seluruh mumkinat).

Jadi, sesuatu yang tak ada lagi, Tuhan lihat ka?


Tak lihat, tapi berkeupayaan melihat. Tu yang kata soluhi.
Jadi, bila ada esok, Tuhan lihat.
Kalau ada Tuhan lihat, kalau tak ada lagi Tuhan berkeupayaan melihat atau layak untuk
melihat perkara-perkara yang akan ada, tapi tak lihat lagi (sebab belum ada lagi).

Soluhi qadim yakni sama’ dan bashar itu bertaalluq dengan seluruh mumkinat yang ada
sebelum wujudnya, dan tanjizi hadis yakni sama’ dan bashar itu bertaalluq dengan seluruh
mumkinat setelah wujudnya.

Ini yang kata perkara-perkara (benda-benda) yang maujud (mumkinat).

Ketahuilah bahwa kita wajib beriktikad bahwa inkisyaf bagi (penglihatan) Allah itu berlainan
dengan inkisyaf bagi pendengaran Allah.
Makna dari segi lain-lain, walaupun taalluq sama’ inkisyaf, taalluq bashar inkisyaf,
tapi dari segi (pungsi) lain-lain.
Syarah Jakim siri 14

Walaupun kedua-dua sama’ dan bashar itu bertaalluq dengan seluruh yang wujud. Begitu
juga kita wajib beriktikad bahwa inkisyaf ilmu berlainan dengan inkisyaf sama’ dan bashar,
walaupun hakikat kesemua inkisyaf itu tidak diketahui melainkan Allah sahaja.

Cara macam mana-macam manakah ternyata pada Allah,


kita tak boleh sampai pikiran kita.
Cuma kita tahu, kita iktikad bagi Allah ilmu, dengan ilmu ini,
ternyatalah bagi Allah sekalian semua apa yang ada, apa yang tak ada pun Dia tahu.
Lepas tu bagi Allah ada sifat sama’, sifat bashar, dengan sama’ dan bashar ternyatalah bagi
Allah segala yang maujud, yang ada sahaja.
Apa juga yang ada, ditaalluq oleh sama’ dan bashar.

Kalau kita terjemah sama’ apa dia? Dengar.


Bashar? Lihat.
Itu pun, kita terjemah tu, kita terjemah saja.
Nak kata adakah tepat yang kita terjemah tu?
Itu pun tak boleh na!
Sebab kita nak kata lain tak boleh.

Sama’, apa kita nak terjemah melayu? Dengar.


Bashar kita nak terjemah melayu apa dia? Lihat.
Tapi sebenarnya fungsi tu lain.

Kita macam mana kita dengar?


Jadi, kita bila ada suara, kita dapatlah suara itu melalui sifat sama’ kita.
Ada lagi alat kita, telinga, apalagi?
Ada gendang telinga, alat untuk dengar, jadi kita pun dengar.
Jadi, kita dapat suara itu melalui pendengaran kita.
Itulah sama’ kita.

Allah dengan sifat sama’ Dia, bukan Dia dapat suara saja.
Memang Dia dapat suara melalui sama’ Dia, Dia dapat juga warna melalui sama’ Dia.
Kita tak boleh, sebab tu bila kita terjemah dengar, kita dengar warna merah,
macam mana kita dengar warna merah?
Kita tak boleh.

Jadi, kira-kira kita terjemah sama’ (sifat Allah) itu dengar,


kira-kira bukan tepat, bagi Allah.
Bagi kita memanglah tepat.

Sebab, Dia dapat sesuatu melalui sama’ Dia, dapat segala suara,
dapat segala bisikan hati, dapat segala warna, dapat segala rasa,
misalnya gula itu manis, Dia dapat manis pada gula itu melalui sama’.
Jadi kita pikir macam mana nak dapat manis melalui sama’ ?
Dia dapat manis gula tu melalui sama’-Nya.
Warna pun dapat melalui sama’.
Tu! Jadi kita terjemah, terjemah tak pa kan.
Terjemah Sama’ tu makna dengar, tapi kita bagi pengertianlah,
kata berlainlah sama’ Allah dengan sama’ kita.
Syarah Jakim siri 14

Begitu juga bashar.


Dengan bashar kita, apakah yang kita lihat?
Kita lihat warna, bentuk dia, juga besar atau kecil, kita lihat dengan sifat bashar.
Sifat bashar Allah, Dia dapat segala warna, segala bentuk, segala suara pun dapat.
Kita pikir macam mana lihat suara?
Yang tu, kitakan!

Tapi bashar Allah dapat suara, dapat juga manis gula itu melalui bashar,
sebab dia maujud. Apa yang maujud ternyata bagi Allah dengan sama’ dan bashar.

Begitu juga kita wajib beriktikad bahwa inkisyaf ilmu berlainan daripada inkisyaf sama’ dan
bashar, walaupun hakikat kesemua inkisyaf itu tidak diketahui melainkan Allah sahaja.

Sifat ma’ani yang ketujuh ialah kalam (berkata-kata).


Terjemah melayu berkata-kata, yang tu pun kadang-kadang,
ada orang tak mau kata berkata-kata.
Dah tu nak kata apa?
Dia terjemahlah macam lain, ha, tak pa la.
Yang tu hak dia, hak orang?
Hak orang jangan tolak gitu sajakan.

Jangan kita tolak hak orang, hak kita saja yang betul, hak orang semua tak betul.
Yang tu payah (susah) la kan.

Kalau dah ada bahasa standard, kalau dewan bahasa bawa keluar bahasa standard, semua
orang kena ikut situ, rujuk situ.
Sekarang ni, bila dah tak ada, kita daripada dulu kala lagi tak ada,
orang melayu ni tak ada buat bahasa ilmiah.
Jadi, terpulang pada tok-tok guru yang buat (karang) kitab, dia ijtihad sendiri.

Kita macam mana nak menyalahkan dia?


Tu, kadang-kadang ada, 5/6 orang dia suka menyalah orang,
dia suka menyalahkan kitab orang.
Jadi, kita nak perbetul akidah kita,
kita dok sigong kawan tu, sigong kawan ni,
kita perbetul akidah kita.
Jadi, kita terjemah melayu, yang kawan ni dia terjemah berkata-kata.

Tu macam saya kata, terjemah melayu tu, tak berapa penting dalam ilmu tauhid.
Dalam ilmu tauhid, yang pentingnya yang ni; arti atau makna sifat.
Yang tu penting, yang tu tak boleh menyalah (salah).
Salah, kita kondem, tak boleh.

Ini mustahak: kalam berarti sifat yang wujud lagi azali (semua sifat ma’ani kan) terdapat pada
zat Allah Taala, dan ia bukan dengan huruf.
Kalam Allah tak ada huruf. Kita boleh eja? Tak boleh.
Pasai apa kita tak boleh eja?
Pasai dia bukan ada bahasa.
Kalau dia bahasa inggris, kita mana boleh eja dengan alif, ba, ta (‫)ا ب ت‬.
Syarah Jakim siri 14

Kita kena eja dengan a, b, c!

Yang ni, dia tak ada bahasa!


Nak eja macam mana?
Kalau dia bahasa tamil, kita boleh eja, yang huruf musing-musing.
Kita pun tak tahu huruf tamil (musing-musing).
Kalau dia bahasa cina, kita boleh la eja dengan huruf empat segi-empat segi ni.

Jadi kalam Allah tak ada huruf, macam mana nak eja?
Tak ada huruf.

Ia bukan dengan huruf dan suara.

Tak ada suara, tapi kita dengarkah? Dengar (ya).


Bila Tuhan buka hijab, kita dengar.
Kita memang tak dengar, kalau dengar pun tak tahu tak faham (kalau Tuhan buka hijab).
Nabi-nabi dulu-dulu, Nabi Adam, rasul, Rasulullah dengar kalam Allah.
Nabi Musa dengar kalam Allah, malaikat-malaikat, Jibril dengar kalam Allah, tanpa huruf,
tanpa suara, tanpa bahasa.
Mereka dengar kalam Allah, lepas tu mereka mari cerita.
Depa cerita ikut bahasa depa.
Lepas tu, Nabi Musa dengar kalam Allah, dia cerita ikut bahasa dia, bahasa ibrani.
Bukan Nabi Musa cerita dalam Bahasa Arab, tidak. Sebab dia cakap bahasa Ibrani.

Ia bukan dengan huruf dan suara. Ia berperanan menunjukkan.

Sini, tanda sikit, tulis dalalah, tadi saya kata nama taalluq dalalah (‫)داللة‬.
Jadi dengan sifat kalam, adakah Tuhan menjadikan sesuatu? Tidak!
Menjadikan sesuatu dengan sifat kudrah.
Adakah Tuhan menentukan sesuatu? Tidak.
Menentukan sesuatu dengan iradah Dia.
Adakah ternyata pada Allah sesuatu dengan sifat kalam? Tidak.
Ternyata dengan sifat ilmu, sifat sama’, sifat bashar.

Lepas tu, dengan sifat kalam ni, apa peranan dia?


Menunjukkan (dalalah), habuan Dia nak habaq dekat kita, Dia habaq dekat nabi-nabi, rasul-
rasul, Dia habaq dekat malaikat, itu kata menunjukkan.
Bahasa Arab kata dalalah.

Berperanan menunjukkan dalil (dalalah tu dalil).


Apakah yang ditunjukkan oleh kalam ini?
Perkara-perkara yang wajib, harus, dan mustahil.

Ilmu, Tuhan mengetahui, apa dia?


Perkara-perkara yang wajib, perkara yang harus, dan mustahil.
Yang ni, dengan kalam Tuhan habaq dekat orang (hamba Dia), apa yang Tuhan habaq?
Segala yang wajib, segala yang harus, segala yang mustahil Dia habaq.

Perkara-perkara yang wajib, harus dan mustahil. Contohnya seperti inkisyaf ilmu daripada-
Nya (yakni tersingkapnya sifat ilmu itu melalui kalam Allah) dimana dengan kalam ini Allah
Syarah Jakim siri 14

memberi faham (tu makna Dia menunjukkan/dalalah) apa yang Dia kehendaki kepada siapa
sahaja hamba-Nya yang Dia kehendaki.

Ketahuilah bahawa bagi sifat kalam yang berbentuk pemberitahuan,


jadi Tuhan bagi tahu, apa-apa yang Dia nak bagi tahu, Dia bagi tahu dengan kalam Dia.
Kadang-kadang kita kata juga, kalam Allah ni memberi kesan.
Tu, dia dok baca Qur’an, kalam Allah tu, memberi kesan pada dia.
Yang tu betulkah?
Ilmu tauhid, tak betul.

Tapi kalau kita boleh takwil pi macam mana boleh.


Sebab sifat kalam dia bukan taalluq memberi kesan.
Yang memberi kesan ni sifat kudrah, taksir; memberi kesan.
Taksir ni (taalluq) sifat kudrah.

Kata kalam Allah memberi kesan, betulkah? Tidak.


Kalam Allah bukan memberi kesan, kalam Allah ini cuma Dia habaq saja.
Nak habaq dekat orang, apa-apa yang Dia nak bagi tahu,
Dia bagi tahu dengan kalam Dia.
Itu taalluq sifat kalam.

Kata Tuhan menjadikan sesuatu dengan kun, bila firman Allah ‫( ُك ْن‬kun) apa makna?
Jadi olehmu.
Bila Tuhan firman kun makna jadi olehmu.
Jadilah perkara tu!

Tapi, bukanlah sebab Dia kata (firman) kun tu jadi.


Dia kata kun, lepas tu Dia menjadikan dengan kudrah Dia.
Bukan Dia kata kun, kudrah tak buat apa, perkara tu berlaku (jadi). Tidak.
Dia kata kun, Dia menjadikan dengan kudrah-Nya.
Sifat kudrah yang memberi kesan.
Sifat kalam? Tak memberi kesan.
Sifat kalam dia cuma menunjukkan.
Itu, bahasa arab kata dalalah, makna menunjukkan.

Baca balik ; ketahuilah, bahawa bagi sifat kalam yang berbentuk pemberitahuan dan
pertanyaan.
Kadang-kadang Dia tanya kita, esok di akhirat bila bicara (hisab) ,
Dia tanya, “Yang Aku bagi pada engkau lidah buat apa?”
Dia tanya kita.
Kita pun jawablah, “Ya Allah, dengan lidah hamba ini,
hamba baca Qur’an, hamba nasihat orang”.
Tuhan tanya, “Lagi?” Kita jawab, “Lagi dak la!”.
Tuhan kata, “Dak apa? Hang mengumpat orang”.
Kita tak mau habaq la kata mengumpat, takut Dia denda.
Jadi Dia tahu.

Lepas tu Dia tanya satu-satu, kita baca surah Al-Ha (At-Takatsur):


‫ثُ َّم لَتُسَْئلُ َّن يُوْ َمِئ ٍذ ِع ِن النَّ ِعي ِْم‬
Syarah Jakim siri 14

“Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-
megahkan di dunia itu)”.
(QS. 102:8).

‫ يَوْ َمِئ ٍذ‬pada hari itu , ‫ ع َِن النَّ ِعي ِْم‬daripada nikmat yang Tuhan bagi.
Dia bagi yang ni kita buat apa?
Dia bagi yang tu kita buat apa? Gitu!
Dia bagi kaki kita buat apa? Dia bagi mata kita buat apa?
Dia tanya, bukan boleh bohong.
Dia habaq, habaq, bila Dia siksa, kan kah engkau mengaku.
Tadi engkau mengaku kata dengan mata tu engkau buat perkara-perkara yang tidak baik,
engkau buat dosa, engkau buat salah. Memang kita mengakukan !
Dia siksa sebab kita mengaku.
Kita cuba nak sembunyi bolehkah?
Boleh, kita sembunyi la, lepas tu Tuhan nyatakan,
Tuhan suruh baca suratan amalan, ada ka situ?
Baca-baca ada la!

Tu:
‫ثُ َّم لَتُسَْئلُ َّن يُوْ َمِئ ٍذ َع ِن النَّ ِعي ِْم‬
“Kamu ditanya pada hari itu daripada nikmat yang Tuhan bagi”.

Ini Dia tanya yang berbentuk pemberitahuan dan pertanyaan atau janji baik.
Kalam Allah, Dia janji dekat kita, kata siapa yang buat macam ni-macam ni,
Aku balas macam ni, siapa yang beriman dan amal shaleh bagi macam ni.

Itu janji baik, dan buruk janji buruk.


Siapa yang ingkar, siapa yang menyalahi kehendak-Ku, Aku siksa dia, janji buruk.

Janji baik dan buruk mempunyai taalluq tanjizi qadim.


Adapun kalam yang berbentuk suruhan atau larangan maka ia bertaalluq dengan taalluq
tanjizi hadis ketika wujudnya perkara yang disuruh atau dilarang itu, dan ia juga bertalluq
dengan taalluq soluhi qadim, yakni kelayakannya sejak azali untuk menzahirkan perintah dan
larangan terhadap siapa yang akan dijadikan.

Jadi, kalam, cara taalluq, macam sama’ dan bashar.


Ada soluhi qadim, ada tanjizi qadim, dan ada tanjizi hadis.
Kalam, sama’, bashar ada tiga taalluq.
Ilmu satu saja taalluq dia: tanjizi qadim.

Minggu sudah kita baca ilmu taalluq dia satu saja, tanjizi qadim.
Iradah ada berapa? Ada dua.
Kudrah pun ada dua.
Kedua (tanjizi hadis) ni (taalluq kudrah) bahagi sampai 7 kan.

Lepas tu, baris 12, peringatan pembahagian sifat ma’ani kepada tujuh, seperti yang telah
disebutkan merupakan Mazhab Asya’irah (‫)األ َشاعرة‬.
Asya’irah ni makna kita ikut Abu Hasan Asy’ari.
Orang-orang yang mengikut Abu Hasan Asy’ari,
ulama-ulama dulu dia kata Asya’irah: ramailah.
Syarah Jakim siri 14

Kalau seorang Asy Sya’ari, yang mengikut Abu Hasan Asy’ari.


Kalau seorang kita kata Asy Sya’ari, kalau ramai-ramai kita kata Asya’irah.
Mazhab Maturidiyah, yang tu pengikut Abu Mansur Maturidi.
Pengikut Abu Mansur Maturidi, kita kata Al Maturidiyah, kalau seorang kata Maturidi.
Tak ada ta (‫ )ت‬belakang, Maturidi.
Pengikut Abu Mansur Maturidi. Kalau ramai Maturidiyah.

Pengikut Abu Hasan Asy’ari dan pengikut Abu Mansur Al Maturidi ramai.
Boleh kata kebanyakan umat islam, mengikut dua ini, Mazhab yang terbesar ni,
dia kata Ahlussunnah wal Jamaah.
Orang yang tak ikut Mazhab Abu Hasan Asy’ari dan Abu Mansur Maturidi ni,
banyak orang-orang yang fekah dia Mazhab Hanbali, depa tak ikut Mazhab Abu Hasan
Asy’ari, Mazhab Abu Mansur Maturidi, macam orang-orang Arab Saudi.
Mereka, fekah dia ikut Mazhab Hanbali.

Betulkah Mazhab Hanbali tu?


Oih, dalam Mazhab yang empat, tapi Mazhab Hanbali ni,
boleh kata khas untuk orang Arab Saudi saja.
Orang lain, jarang-jarang ada la, seorang dua saja kan.
Kalau kita kira negeri, Arab Saudi saja yang fekah dia ikut Mazhab Hanbali,
tauhid dia, depa kira tauhid salaf.

Kitab depa ada kitab ikut tauhid depa.


Nama Akidah Wasitiyah, akidah yang pertengahan, depa kata.
Betulkah tu? Betul.

Orang-orang yang pergi Mekah dan Madinah,


ada budak-budak kita pi mengaji di Mekah dan Madinah,
mengaji university, mereka mengaji tauhid atas Mazhab Wasitiyah.
Betulkah tu? Betul.

Tapi yang tak betulnya, bila depa balik, depa dok cela yang lain.
Tu yang tak betul.
Bila depa balik, depa kata hak kita salah.
Ai, kita tak kata pun hak depa salah.
Depa kata hak kita salah.

Tu, selalu macam tu!


Tu, kita ni, kita, kalau kita mengaji sikit, kalau dia mengajilah lagi,
tambah macam mana-macam mana, dia dapatlah semua kebenaran.
Kalau mengaji sikit, hak tu saja yang dia mengaji, dia nampak yang lain semua tak betul.

Tu macam yang saya kata tadi la, lembu baru tumbuh tanduk.
Dia kira nak tanduk orang, dia tanduk orang nu tanduk orang ni.

Jadi sebenarnya mazhab fekah, Mazhab Hanbali betulkah? Betul.


Mazhab Syafi’i, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, semua tu betul.

Yang tak betul tu bila dia ikut satu mazhab, dia kata mazhab lain salah.
Ni! Syafi’i tak betul!
Syarah Jakim siri 14

Oih, tolak Imam Syafi’i…dia tu apa, kuat ka?


Macam nak tolak gunung Jerai, nak tolak dengan apa?

Begitu juga tauhid.


Mari orang-orang syiah, tauhid depa macam lain pula kan?
Ada yang menyalahi dari Mazhab Ahlussunnah wal Jama’ah.
Tapi kita tak pedulilah, cuma kita habaq (bagi tahu).

Jadi kita ikut yang terbesar ni, Abu Hasan Asy’ari dan Abu Mansur Al Maturidi.
Seluruh dunia, dua ni.
Biasanya orang yang fekah dia Mazhab Asy Syafi’i,
tauhid dia ikut Abu Hasan Asy’ari, macam kita!
Kalau fekah dia Mazhab Hanafi, tauhid dia ikut Mazhab Maturidiyah.

Kalau kita nak ambil Mazhab Maturidi, Abu Mansur Al Maturidi, kita bolehkah?
Boleh la!
Tapi nak baca kitab melayu tak ada la.
Tak ada orang yang mengarang. Kitab arab tu ada.
Atau kita kena pi belajar Bahasa Urdu. Kitab Bahasa Urdu ada la.
Tauhid Maturidi dengan Fekah Hanafi.

Kalau kita tak belajar, kita cuma ambil koz jalan saja,
dengar orang habaq saja.
Orang kata ni, ini Mazhab Hanafi ni, kita ada wudhu’,
kita tempuh orang perempuan tak batal.
Oih, main kutip macam tu saja ka? Mana boleh.

Kita kena tengok dia, bab air macam mana?


Bab rukun wudhu’ macam mana?
Kita cari tengok mana senang, kita kutip ambil keluar mai.
Tak boleh lompat macam tu!

Kalau belajar semua mazhab dia tak pa.


Jangan pi lompat mai, lompat pi.
Kadang saya tengok orang dok bagi kursus haji, dia lompat macam tu.
Bila dia lompat macam tu, orang bakal-bakal haji pun lompat juga.
Dia kata kita ikut Mazhab Hanbali.
Oih senang nak lompat macam tu!
Bagi ketahuan macam mana!
Kadang saya tegur dia.
Ada juga guru-guru yang saya dengar dia kata gitu,
saya tegur la, yang anta kata tu; sentuh dengan orang perempuan tak ada keinginan,
tak batal wudhu’, tu Mazhab Hanbali.
Tapi ambil Wudhu’ Mazhab Hanbali anta tak ajar,
tu yang tak betul tu!
Mazhab Hanbali, bila kita ambil wudhu’ yang pertama katalah kita basuh muka,
kita kena gosok, bukan boleh sapu macam tu saja, tak boleh.
Gosok muka.
Kedua, bila basuh muka, mulut tu kira sebahagian daripada muka.
Basuh muka masuk air dalam mulut, bukan yang kumur tadi, tu tak kira.
Syarah Jakim siri 14

Masa basuh muka tu, kita kena sampaikan air ke dalam mulut,
sebab mulut tu sebahagian daripada muka.
Sampaikan air ke dalam hidung sebab dalam hidung tu kira zahir muka,
macam mulut tadi.
Kita ambil wudhu’ tak lengkap.
Tang batal nak pi ikut Hanbali, yang tu yang tak boleh, rosak.
Jadi guru lompat, anak murid lompat.

Sudah, minggu depan kita baca peringatan.


Wallahua’lam.
 

You might also like