You are on page 1of 2

UMMUL BARAHIN SIRI 6 & 7

Ulangkaji bab Mukhalafatuhu Taala Lilhawadithi

Bersalahan pada zat.

Zat Tuhan tak sama dengan zat makhluk. Jirim itu ialah tiap tiap benda yang ada tempatnya. Wajib
bertempat. Jirim ialah barang yang berhajat kepada tempat. Jirim terbahagi kepada 2 jenis. Ada yang
keras dan ada yang lembut. Yang lembut seperti angin, air dan yang keras seperti kayu, batu. Takda jirim
yang tiada tempatnya. Tempat itu ialah dikira sekeliling jirim dan bukan dikira bawah sahaja. Tuhan
takda tempat. Kalau bertempat itu jirim. Atas, bawah,kiri, kanan itu semuanya tempat bagi jirim. Gerak
atau diam itu semuanya sifat jirim.

Bersalahan pada sifat.

Sifat Tuhan tak sama dengan sifat makhluk. Jirim pun ada sifat. Sifat pada jirim itu dinamakan aradh.
Sifat Tuhan bukan aradh. Sifat kita aradh. Apa dia aradh? Benda yang menumpang pada jirim. Tiap-tiap
aradh tidak boleh bercerai daripada jirim. Kalau terasing nescaya binasa. Contoh: Masin duduk di garam,
kalau ambil masin sahaja dari garam boleh? Tak ! Buah pisang bila muda hijau bila masak kuning. Hijau
dulu tu pergi ke mana? Masam,manis,panas,sejuk,masin,warna, keras,lembut dll. Seluruh alam ini jirim
dan aradh. Bergerak atau diam itu pekerjaan jirim. Soal? Tuhan kita a’lim atau jahil? Jawab: a’lim dengan
sifat ilmunya Taala. ‘Aqal itu milik jirim. Allah Hidup (Hayyun) bil Hayati (dengan sifat Hayat) . Sifat Hayat
itu kita tak tau apa bendanya. Wallahu’alam. Kita hidup dengan Nyawa tetapi kita sendiri tak dapat
ketahui diri nyawa itu di mana duduknya. Ruh kita itu urusan Tuhan (Amri Robbi).

Bersalahan pada perbuatan.

Perbuatan Tuhan dengan perbuatan kita tak sama. Perbuatan Tuhan ialah menjadikan benda yang Tiada
kepada Ada. Kun Fayakun. Perbuatan kita ialah Usaha dan Ikhtiar sahaja dan nak mengubah tak boleh
sama sekali. Ikhtiar ialah cenderung atau mahu hati kita membuat atau mengerjakan sesuatu
perbuatan. Usaha itu ialah menyertai qudrat kita (Gheng) dengan Qudrat Tuhan ketika Tuhan
mengubahkan satu-satu perkara dengan QudratNya dan bukan qudrat kita. Contoh: Kita nak
menggergaji kayu, menyertai qudrat kita (Gheng) dan Qudrat Tuhan pada perbuatan menggergaji kayu.
Tapi yang bagi putus adalah Qudrat Tuhan dan bukan qudrat kita. Itulah namanya ikhtiar usaha ketika
gheng kita menyertai sekali. Wallahu khalaqakum Wama Ta’malun.

Tidak ada sesuatu perkara yang mengubahkan sesuatu di dalam alam ini seperti berjalan kereta
bukannya enjin tetapi adalah Allah Taala. Mengubah daripada lapar ke kenyang adalah Allah Taala dan
bukan nasi. Mengubah daripada haus ke hilang dahaga adalah Allah Taala dan bukan air. Mengubah
daripada sakit ke sembuh adalah Allah Taala dan bukan ubat. Jika tidak memahami ini maka nasi, air,
ubat dan enjin adalah Tuhan sama macam Allah Taala. Inilah berhala dalam perut. Syirik khafi iaitu
iktikad benda lain ada Kuasa. [Fazli]. Semua perbuatan di alam ini dikuasai oleh Allah Taala. Innallaha
‘ala kulli syaiin qadir.

*Nota:Asah pisau bagi tajam. Potong sayur.Amboi! tajam pisau ni. Siapa bagi putus sayur tu? Pisau?
Bila tak asah dia lambat putus. Kalau asah tajam dia cepat putus. Pisaulah yang bagi putus tu. Sudah
jadi adat bagi Allah Taala. Kalau tak asah aku bagi lambat putus. Kalau asah aku bagi cepat putus.
Lambat putus itu aku yang bagi lambat putus dan bukan pisau. Yang ni aku bagi cepat putus pasal mu
asah bukan pisau.Pilih atau ikhtiar itu amrun iktibari dan bukan pekerjaan Tuhan ianya bagi kita. Tidak
ada sangkutan ikhtiar dan usaha itu dgn qudrat Tuhan.

Aqidah kita ASWJ semua perkara yang berubah ubah itu dikuasai oleh Tuhan. Tidak ada satu benda pun
yang keluar dari taaluq qudrat Tuhan. Samada pekerjaan baik atau jahat dikuasai oleh Allah. Tetapi ada
kaitan jugak dengan kita iaitu IKHTIAR & USAHA. Semua perkara yang berubah itu pekerjaan Tuhan.

Al Wujud itu Sifat Nafsiyyah dan yang lima kemudiannya Sifat Salbiyyah.

UMMUL BARAHIN SIRI 8

Dinamakan Wujud itu sifat Nafsiyyah (sifat diri/sifat serupa diri mausuf) kerana wujud itu seperti diri
Mausufnya. Serupa macamana? kalau Wujud ada mausuf, kalau tidak ada wujud, mausuf pun tiada. Tapi
diri Wujud tak Nampak yang Nampak hanya mausufnya sahaja. Pasal apa tak nampak? Ia bukan jenis
wujudi. Sifat Wujudi itu ialah diri sifat itu ada yang boleh kita dapatkan dengan pancaindera yang 5.
Bukan wujudi itu ialah sifat yang kita tak boleh dapat dengan pancaindera yang 5 cuma kita dapat
dengan fikiran kita sahaja. Maka sifat itu dinamakan Amrun Iktibari (ada dalam fikiran kita sahaja/wujud
fi zihni=bangsa sungguh sahaja/perkara yang kita kira dengan aqal).

You might also like