You are on page 1of 4

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama

ialah takdir di dalam ilmu Allah yang azali. Ia


bermaksud Allah telah mengetahui segala-
galanya sebelum ia benar-benar berlaku. Takdir
di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak
mungkin berubah secara mutlak. Jika ia berubah
ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal ini
adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan
ini Allah berfirman: "Keputusan di sisiKu tidak
akan berubah dan Aku sekali-kali tidak
menzalimi hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat
29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau
'takdir yang pasti' dan mengingkarinya akan
menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut
ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di
Lauh Mahfuz dan ia dikenali juga sebagai takdir
mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di
dalam buku 40 Masalah Agama, takdir ini boleh
berubah dari masa ke semasa, sebagai
contoh,jika seseorang telah ditakdirkan hidup
hingga ke usia 60 tahun, dan beliau sering
menghubungkan tali persaudaraan dengan
manusia, Allah mungkin menambah umurnya
melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah
ditulis akan memasuki neraka kemudian di
hujung hidupnya beliau bertaubat dan
melakukan amal salih dengan penuh keikhlasan,
berkemungkinan beliau akhirnya akan
dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah
berfirman: "Allah menghapuskan apa yang Dia
kehendaki dan menetapkan apa yang Dia
kehendaki dan di sisi-Nya terdapat Ummul
Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid
Syarh Jauharatut Tauhid berkata: "Lauh Mahfuz,
mengikut pendapat yang hak, menerima
penghapusan dan penetapan." Di antara perkara
yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz
ialah doa dan amalan yang baik, berdasarkan
sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang
boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan
yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika,
telah melafazkan doa-doa ini ketika bertawaf:
"Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku
tergolong di dalam golongan orang-orang yang
bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di
dalam golongan orang-orang yang celaka dan
berdosa, hapuskanlah takdir itu dan
masukkanlah aku ke dalam golongan orang-
orang yang mendapat kebahagiaan dan
keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri
menyuruh kita memilih pasangan yang betul.
Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg
betul, kita mempunyai pilihan. Justeru,
berusahalah dan dalam konteks perkahwinan
berusahalah utk mencari jodoh berdasarkan
landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi
manusia.

RUJUKAN: BUKU 'EMPAYAR MINDA
MUSLIM' OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL
ABIDIN
Di http://formulacemerlang.com/

You might also like