You are on page 1of 2

Terima kasih Puan pengerusi majlis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Yang berusaha, Tuan Haji Zainuddin bin Mohd Ali, Guru Besar SK Bandar Tun
Hussein Onn 2,

Yang dihormati,
Ustaz Mohd Faisal bin Mohd Noor, Yang dipertua PIBG.
Datin Norzilla binti Shaari, Naib Yang dipertua PIBG

Puan Zubaidah binti Mohamad, Penolong Kanan Pentadbiran


Tn Hj Mazri bin Ahmad, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Puan Zuhailah binti Semail, Penolong Kanan KoKurikulum
En Jamil bin Mat Noor, Penolong Kanan Petang

Yang diraikan Puan Hajah Noraskin Bin Jafri


Tetamu jemputan dan barisan guru serta rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak majlis
kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan ucapan bagi
mewakili murid-murid SK btho2.

Sebagaimana yang kita maklum, majlis ini merupakan majlis perpisahan buat
Cikgu Noraskin yang amat berpengalaman dalam pengurusan pusat sumber dan
media serta seorang guru yang sangat berdedikasi dalam mendidik anak
muridnya.

Kami bukan sahaja akan kehilangan seorang guru, tetapi kami ibarat kehilangan
seorang ibu dalam keluarga kami yang besar ini. Segala jasa beliau tidak akan
kami terbalas sampai bila-bila.
Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat-Nya kepada
cikgu sekeluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara.
Akhir sekali, saya bagi mewakil rakan-rakan saya yang lain ingin memohon
ampun dan maaf seandainya ada tingkah laku dan perbuatan kami yang
menyinggung hati dan perasaan cikgu samada disedari ataupun tidak.
Halalkanlah segala ilmu yang telah cikgu beri kepada kami selama ini.

Kalau ada sumur di ladang


Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yamg panjang
Boleh kita berjumpa lagi

Sekian. Terima Kasih.

You might also like