You are on page 1of 1

USTAZAH ALWIYAH ASSEGGAF

Dilahirkan dan dibesarkan di kota Solo, Indonesia, ibu muda kepada tiga orang putera ini
mendapat pendidikan di madrasah Az Zahra, Pasuruan, Indonesia, di bawah pimpinan
Habib Taufiq AsSegaf selama 6 tahun.

Setelah mendirikan rumah tangga dengan pemuda Malaysia, beliau menetap dan mula
mengajar di Malaysia dan sekitarnya. Beliau banyak memimpin majlis-majlis ilmu, bacaan
selawat Nabi ‫ﷺ‬, khatam Al-Quran, dan memberi pengisian-pengisian tausiyah dalam
pelbagai tajuk, terutamanya berkaitan Fiqh wanita.

Pada tahun 2016, beliau mengasaskan kumpulan AlBatul dan melatih beberapa orang anak
muridnya untuk bermain hadrah dan membaca maulid dan qasidah. Semenjak itu, kumpulan
AlBatul sering mengiringi beliau dalam mengadakan majlis-majlis bacaan selawat
terutamanya majlis tahunan Maulid Akbar Muslimat.

Majlis-majlis pimpinan beliau tidak terhad di Lembah Klang sahaja, bahkan turut mendapat
permintaan dan sambutan daripada jemaah di Negeri Sembilan, Terengganu, Johor, Perak,
dan juga di Sarawak. Sekali-kala apabila berkesempatan, beliau turut memenuhi undangan
untuk mengajar di Indonesia, dan juga di Brunei.

Antara kitab-kitab yang biasa beliau biasa bahaskan ialah Kitab Khulasah Nurul Yaqin,
Mukhtar Hadis, Tadzkiratul Hadramiyah, Safinatun Najah Al Risalah Al Jamiah dan Busyrol
Karim. Beliau telah mengikuti daurah dan mendapatkan ijazah langsung dari pengarang
Kitab Ibanah wal Ifadhah iaitu AlHabib Abdurrahman Bin Abdillah Bin Abdul Qadir Assegaf.

You might also like