You are on page 1of 2

Tutorial Minggu 4

1. Data statistik boleh dibahagikan kepada data kuantitatif dan data _kualitatif_____________.

2. Data kuantitatif terdiri daripada data diskret dan data selanjar. Nyatakan bagaimana kedua-dua
jenis data ini boleh diperolehi.
i. Data diskret diperoleh secara hasil menghitung atau mengira dan bukannya mengukur.
ii. Data selanjar diperoleh secara pemerhatian ke atas nilai-nilai satu pembolehubah selanjar
yang hanya boleh diberi nilai dalam suatu julat dan tidak boleh mengambil satu nilai tunggal
atau satu nilai tepat.

3. Nyatakan jenis data yang boleh diperoleh secara pemerhatian, temu bual atau soal selidik.
Data kualitatif.

4. Berikan definisi untuk :


i. Data primer: secara langsung diambil dari objek penelitian oleh peneliti perorangan
mahupun organisasi.Contohnya kaedah temu bual.
ii. Data sekunder : data yang didapati secara tidak langsung dari objek penelitian.Peneliti
mendapatkan data yang sudah dikumpulkan oleh pihak lain dengan berbagai cara atau
metode. Contohnya melalui rujukan internet.

5. Proses pengendalian data terdiri daripada empat langkah asas yang berikut :
i. _____Pengendalian data______________
ii. _____Penyusunan data_______________
iii. _____Perwakilan data________________
iv. _____Pentafsiran data________________

6. Data di bawah menunjukkan bilangan pesakit yang dirawat setiap hari di sebuah klinik selama
tiga minggu.

60 31 42 55 64 68 78
59 53 63 81 44 58 62
75 65 72 69 86 75 47

Bina plot batang dan daun untuk mewakili data di atas.


Batang Daun

3 1
4 2 4 7
5 3 5 8 9
6 0 2 3 4 5 8 9
7 2 5 5 8
8 1 6

Daripada rajah tersebut jelas bahawa nilai terkecil ialah 31 manakala nilai terbesar ialah 86.
Selain itu, batang 6 mempunyai kekerapan paling tinggi.

You might also like