You are on page 1of 13

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/334720986

PEMULIHARAAN WARISAN KEBUDAYAAN MELALUI SISTEM TAGAL SUNGAI


DI SABAH

Chapter · January 2019

CITATIONS READS

3 5,473

1 author:

Jurry Foo
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
35 PUBLICATIONS   66 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

SGI0111-2020 Utilizing Local wisdom in managing natural resources View project

COMMUNITY EFFORT IN ADAPTING ENVIRONMENTAL CHANGE DUE TO CLIMATE CHANGE View project

All content following this page was uploaded by Jurry Foo on 27 July 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PEMULIHARAAN WARISAN KEBUDAYAAN
MELALUI SISTEM TAGAL SUNGAI
DI SABAH

JURRY FOO
Program Geografi, Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah.
Unit Penyelidikan Warisan Borneo, Universiti Malaysia Sabah.
Jurryfm@ums.edu.my

PENGENALAN

Warisan kebudayaan merupakan agenda penting dalam kelestarian budaya secara


menyeluruh. Warisan kebudayaan sangat berkaitan dengan cara hidup rakyat di Malaysia
dari pelbagai sudut, terutama dari segi sejarah atau semasa, di atas atau di dalam tanah atau
warisan kebudayaan di bawah air bagi bentuk ketara tetapi tidak termasuk warisan semula
jadi (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 2014). Ketegasan
dalam memulihara warisan kebudayaan telah membawa kepada penggubalan Akta
Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] yang memperuntukkan pemuliharaan dan
pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan
tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan. Bagi negeri Sabah, undang-undang khusus melindungi sumber warisan tertakluk
kepada Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta Karun 1977 (No. 11), Enakmen Warisan
Budaya (Pemuliharaan) 1997 (No.2) 2 dan Enakmen Barang-barang Kuno dan Harta
Karun (Pindaan) 2006 (No.2)(Bazley, 2007) .

Perlindungan alam sekitar merupakan satu daripada prinsip rangka tindakan Koridor
Pembangunan Sabah (SDC) kearah pembangunan lestari negeri Sabah, khususnya bagi
industri eko-pelancongan, pertanian dan pembuatan melalui tindakan memanfaatkan
biodiversiti. Di Sabah, wujud Sistem Tagal Sungai berasaskan komuniti dalam pengurusan
sistem biosfera, khususnya ekosistem sungai yang telah terbukti mampu memulihara
warisan semulajadi dan budaya. Walaupun secara asasnya matlamat utama sistem ini
adalah untuk memulihara warisan semulajadi, namun dari segi pelaksanaannya,
pemuliharan warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara telah diangkat sebagai pelengkap
kepada kejayaan sistem tersebut. Artikel ini mengupas pemuliharaan warisan kebudayaan
yang telah dilaksanakan melalui sistem tagal sungai di Sabah.

Warisan kebudayaan

Warisan budaya boleh dikategorikan kepada warisan budaya ketara dan warisan budaya
tidak ketara. Ia juga termasuk warisan tokoh orang hidup dan warisan semulajadi (Mohd
Yuszaidi & Muammar, 2015). Kepelbagaian bentuk falsafah, lambang budaya menjadi
asas warisan budaya di Malaysia (Yuszaidy etal., 2011).

Kebudayaan Ketara

Kebudayaan ketara adalah sesuatu yang nyata, kekal dilihat dan dipegang iaitu sama ada
bersifat statik atau mudah alih, termasuk harta, struktur atau artifak kebudayaan. Ia boleh
diwariskan secara turun temurun kepada generasi akan datang dengan nilai tambah sendiri

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 1
(Yuszaidy etal., 2011). Warisan kebudayaan ketara turut merangkumi warisan semulajadi,
iaitu elemen alam semulajadi fizikal seperti hutan, gunung, gua, sungai, flora dan fauna.

Kebudayaan tidak ketara

Budaya tidak ketara pula lebih kepada sesuatu yang tidak nyata seperti ilmu pengetahuan,
kepakaran, amalan, seni dan semua perkara yang ditafsir melalui pendekatan tradisi lisan,
nilai-nilai adat dan budaya, bahasa dan persuratan (Maisaraf, Tth.; Jabatan Warisan
Negara, 2018; Akta Warisan Kebangsaan 2005. 2006).

Pemuliharaan Warisan Budaya

Tujuan pemuliharaan ialah untuk memberhentikan kemerosotan lanjut, reput atau keadaan
usang kepada bangunan, monumen dan tapak melalui teknik membantutkan atau
memperlahankan proses kemerosotan, reput atau keadaan usang sesuatu butiran atau
struktur, Pembaikan keadaan struktur dan penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil
(Jabatan Warisan Negara, 2018), di mana dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 tertulis
perkara berikut:

“pemeliharaan” ertinya bertujuan untuk memberhentikan kemerosotan lanjut,


reput atau keadaan usang dan menyediakan struktur yang selamat dan kukuh
tetapi tidak menjangkakan pembangunan semula yang penting dan
termasuklah-

(a) teknik membantutkan atau memperlahankan proses kemerosotan, reput atau


keadaan usang sesuatu butiranatau struktur;
(b) pembaikan keadaan struktur untuk menjadikan sesuatu struktur selamat,
boleh didiami, atau selainnya berguna;
dan
(c) penyenggaraan biasa dan pembaikan kecil yang tidak mengubah atau
memudaratkan rupa fabrik atau sejarah sesuatu struktur;

Manakala, pemulihan dan pemuliharaan dicatatkan sebagai:

“pemulihan” ertinya proses mengembalikan sesuatu harta kepada keadaan


kebergunaan melalui pembaikan atau pengubahan, yang memungkinkan
penggunaan semasa yang efisien sambil memelihara bahagian dan ciri harta itu
yang penting kepada seni bina bersejarahnya;

“pemuliharaan” termasuklah pemeliharaan, pembaikpulihan semula, pemulihan dan


penyesuaian atau mana-mana gabungannya;

Berdasarkan takrifan tersebut, pemuliharaan boleh dirumuskan sebagai tindakan yang


termasuk dalam perkara berikut:

i. Pemeliharaan,
ii. Pembaikpulihan,
iii. Pembinaan semula,
iv. Pemulihan dan penyesuaian, atau
v. Gabungan daripada semua perkara i, ii, iii, iv dan v.
Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah
Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 2
Prinsip-prinsip asas pemuliharaan yang dipersetujui antarabangsa pula, khususnya anggota
UNESCO melibatkan tindakan meminimakan gangguan (intervention), mengaplikasi
kajian saintifik dan membuat kerja pemuliharaan sebelum, semasa dan selepas (Jabatan
Warisan Negara, 2018). Ini bermakna, pemuliharaan warisan kebudayaan bukan sahaja
tertakluk kepada menjaga dan melindungi bahan warisan secara berterusan, tetapi juga
memerlukan perhatian dan campurtangan dari segi penyelidikan dan pembangunan serta
pengekalan ilmu secara intensif.

MEMULIHARA WARISAN KEBUDAYAAN MELALUI SISTEM TAGAL SUNGAI

Sungai merupakan warisan semulajadi yang penting dalam kehidupan manusia. Bagi
masyarakat di Sabah, sungai sangat penting dalam kehidupan kerana membekalkan sumber
makanan, khususnya ikan air tawar dan bagi memenuhi keperluan domestik. Sistem tagal
atau Bombon ialah pendekatan memulihara sistem biosfera berasaskan komuniti di Sabah,
khususnya bagi ekosistem sungai dengan tujuan memulihkan masalah kemerosotan kualiti
ekosistem sungai dan ancaman kepupusan spesies yang mula disedari pada tahun 1960-an
(Jurry, 2011; Jephrin 2009). Dalam mencapai matlamat tersebut beberapa objektif asas
sistem tagal telah disenaraikan seperti berikut:

i. Melindungi dan memulihara alam sekitar sungai termasuk ekosistem, habitat dan
perairan supaya tidak rosak dan tercemar.
ii. Melindungi dan memelihara sumber perikanan sungai yang hamper pupus
iii. Meningkatkan pengeluaran ikan sungai sebagai salah satu sumber makanan protein
penduduk luar bandar
iv. Menjalankan pelbagai aktiviti di zon tagal yang boleh menjana pendapatan baru
keapda mesyarakat luar bandar seperti pelancongan.

Objektif yang digariskan menunjukkan bahawa pelaksanaan sistem tagal bukan sahaja
memanfaatkan persekitaran semulajadi, tetap penghidupan manusia sejagat. Malah sistem
ini mempunyai dasar yang sama dengan dasar pemuliharaan warisan budaya. Sistem tagal
diadaptasi daripada sistem tagal hutan yang diamalkan secara tradisional oleh masyarakat
Dusun atau Kadazandusun. Jabatan Perikanan Negeri Sabah (DOF) mengambil inisiatif
mengkaji dan menambahbaik sistem tradisi tersebut kepada sistem yang lebih dinamik dan
bersifat universal dan sesuai dilaksanakan kepada semua jenis ekosistem akuatik. Sistem
tagal sungai tersebut kemudiannya dilaksanakan ke atas sungai-sungai di negeri Sabah
oleh komuniti tempatan dengan pemantauan dan bimbingan daripada DOF. Selain
daripada itu, DOF juga membantu dalam operasi, mempromosi, penyelidikan dan
menyediakan bahan berbentuk material kepada pelaksana (Jabatan perikanan Negeri
Sabah, 1999). Ini menyebabkan sistem ini diangkat sebagai sistem perkongsian pintar
dalan hal ehwal pemuliharaan, perlindungan dan pegurusan spesifik (Specific management
practices) dalam penjagaan persekitaran, tanah dan air antara masyarakat dan pihak
kerajaan negeri Sabah (Normala etal. 2007). Sistem perkongsian pintar ini pula
menitikberatkan tiga ‘P’ iaitu:

i.Perlindungan (Protection)
ii.Pemuliharaan (Reviving/ restoring)
iii.Pengurusan (Management)

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 3
Sistem tagal juga turut dilaksanakan di beberapa ekosistem akuatik lain di kawasan pinggir
pantai dan sawah padi. Walaupun matlamat utama pelaksanaan sistem tagal bagi semua
sungai adalah sama, namun kaedah pengurusan satu komuniti dengan komuniti yang lain
adalah unik kerana ia tertakluk kepada budaya dan adat khusus. Dalam hal ini, komuniti
Tagal diberikan kepercayaan dalam menentukan peraturan dan kaedah pelaksanaannya
mengikut adat dan kepercayaan lokal agar sistem tersebut lebih bersifat mesra komuniti
dan mudah diterima oleh ahli yang terlibat.

Sistem tagal diyakini sebagai sistem pemuliharaan tradisional telah diwarisi sejak turun
temurun (Normala etal., 2007; Er etal., 2012). Oleh itu pengetahuan, nilai dan amalan
tradisional dikumpul dan ditambahbaik sebagai sebahagian warisan kebudayaan tidak
ketara. Ini termasuk penerapan adat ‘sogit’, pengiktirafan kuasa Mahkamah Anak Negeri
dan Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) serta aplikasi ‘adat kampung’. Komuniti Tagal
berusaha mengekalkan identiti lokasi dan tradisi serta budaya. Dalam hal ini, selain
memulihara warisan semula jadi, sistem Tagal secara tidak langsung juga memulihara
kedua-dua warisan budaya ketara dan tidak ketara.

Pelaksanaan Pelaksanaan
Budaya warisan PEMULIHARAAN
Budaya warisan
WARISAN
ketara SEMULA JADI Pemuliharaan tidak ketara
Pemuliharaan

Rajah 1: Pemuliharaan warisan melalui sistem Tagal

Pemuliharaan warisan semula jadi

Sungai dan segala komponen dalam sistem tersebut merupakan warisan budaya semula
jadi yang dipulihara melalui sistem tagal sungai. Ia juga merupakan sumber bekalan
makanan, khususnya bagi memenuhi keperluan protein dan kenergantungan berterusan
terhadap aktiviti perikanan (Jephrin etal., 2009). Pada masa kini lebih 221 batang sungai
dan saliran di Sabah telah diuruskan menggunakan sistem ini (Godfrey, 2017). Sungai
yang ditagal dikuatkuasakan di bawah peraturan kampong (Disebut juga sebagai adat
kampung). dan merujuk Undang-undang adat dan Enakmen Perikanan Darat dan
Akuakultur 2003. Manakala komunti lokal pula diberi kuasa melindungi dan menguruskan
sumber ikan menggunakan sistem Tagal, dengan tertakluk kepada seksyen 58 Peraturan
Mahkamah Anak Negeri 1995 (PACOS Trust 2008; Jephrin dan Moris, 2007).

Spesies ikan yang paling dilindungi dalam pemuliharaan melalui sistem tagal pula terdiri
daripada spesies yang dianggap sangat istimewa dalam masyarakat dan sering menjadi asas
makanan tradisi, seperti pelbagai spesies Kelah iaitu Tor sp. atau Sabah Masheer Tor spp.
dari keluarga Cyprinidae, termasuk Tor douronensis dan Tor tombroides. Ikan ini dikenali
sebagai ikan Pelian, Garap atau Pait oleh masyarakat tempatan. Ia mempunyai ciri
istimewa, mahal dan sangat sensitif kepada gangguan persekitaran, di mana ikan ini hanya
Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah
Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 4
akan dapat bertahan hidup dalam air bersih, mengalir dan biasanya membiak di kawasan
lubuk. Manakala ikan daripada keluarga Cyprinidae yang dielakkan ialah ikan Barob
(Barb sp.) yang dianggap sebagai pemangsa kepada spesies ikan lain.

Spesies lain yang kini turut menjadi tumpuan pemuliharaan berasaskan sistem tagal ialah
Balat (Phylum Echinodermata) dan udang galah (Macrobrachium rosenbergii). Namun
tujuan pemuliharaannya lebih kepada memenuhi permintaan pasaran. Manakala usaha
memelihara dan memperkenalkan spesies baru yang dikenali sebagai ‘ikan emas’, ‘kap
Jepun’ atau ‘a-koi’ (Cyprinus carpio) daripada famili Cyprinidae pula adalah usaha
mempelbagaikan spesies yang diyakini sebagai berpotensi menjadi produk
ekopelancongan. Dalam memastikan kelangsungan populasi hidupan akuatik, spesies
tumbuhan yang melengkapi rantai makanan telah dikekalkan dan dipulihara. Ini termasuk
tumbuhan semulajadi tebing sungai yang menghasilkan buah seperti Pangi (Pangium
edule), Nunuk (Ficus sp.) dan Marang Parang (Seraca sp.) (Jurry, 2011).

Selain daripada biodiversiti, sesetangah kawasan yang ditagal menetapkan larangan


kepada sumber semulajadi fizikal adalah seperti batu, pasir dan air sungai tidak boleh
diakses tanpa kebenaran pihak berkuasa peringkat kampung. Contohnya, bagi kawasan
tagalan di
Kg. Pinawantai, Ranau, ketetapan yang dipersetujui secara komunal bagi larangan
mengambil sumber fizika, seperti yang tercatat dalam Surat Rasmi Pembentukan Ahli
Jawatankuasa Tagalan Tahun 2009 iaitu:

“..3. Dilarang mengambil batu dan pasir (bagi orang luar dan kontraktor
kecuali mendapat kebenaran AJK tagalan)…”

Jawatankuasa Sistem Tagal Kg. Pinawantai (2009).

Tujuan larangan mengambil sumber semulajadi daripada sungai yang ditagal ialah untuk
mengekalkan kesihatan sistem sungai dan sebagai bekalan bagi memenuhi keperluan
komuniti pada masa hadapan.

Pemuliharaan warisan budaya tidak ketara

Warisan kebudayaan tidak ketara sangat relevan dalam melindungi alam sekitar,
terutamanya sumber biodiversiti melalui penglibatan komuniti dan penggunaan sumber
secara lestari (Maisaraf, Tth.). Warisan budaya tidak ketara amat penting dalam
pemuliharaan ekosistem sungai melalui sistem tagal, terutamanya yang berkaitan dengan
hal ehwal yang berkaitan adat dan peraturan. Ini kerana hubungan antara manusia dan
kepelbagaian persekitaran semulajadi sangat dipengaruhi oleh kepercayaan dan dan sistem
agama yang menjadi pemangkin kepada keharmonian (Normala etal., 2007). Malah bagi
masyarakat tempatan di Sabah, manusia dan alam sekitar bukan sahaja mempunyai
kebergantugan dan hubungan budaya serta spiritual tertapi juga sangat mempengaruhi
pembentukan identiti (Felix, 2002; Jannie & Colin, 2007.). Warisan budaya tidak ketara
amat penting dalam pemuliharaan ekosistem sungai melalui sistem Tagal, terutamanya
tentang hal ehwal yang berkaitan adat dan peraturan.

Adat Kampung dan Mahkamah Anak Negeri

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 5
Pelaksanaan adat kampung dan penglibatan Mahkamah Anak Negeri (MAN) adalah tanda
penerimaan dan keberterusan sistem tradisional dalam sistem Tagal. MAN ialah institusi
tradisional yang mengawal hal ehwal masyarakat lokal di Sabah, khususnya dalam
kalangan etnik Bumiputra. Ia ditubuhkan di Negeri Sabah sekitar tahun 1880-an untuk
menggunapakai dan melaksanakan undang-undang adat anak negeri. Dalam sistem tagal,
MAN befungsi sebagai pihak yang memantau peraturan adat yang diadaptasi dalam sistem
tersebut. Misalnya Undang-undang kecil peringkat kampung yang mendapat pengiktirafan
MAN sebelum ia digunapakai dalam pengurusan sungai berasaskan sistem tagal di sungai
Sugut Perai, Beluran, selain mengendalikan kes salah laku di kawasan tagal sekiranya
tidak berjaya diselesaikan di peringkat kampung (Pengurusan SFM SCA Trusan FR,
2015).

Adat pula ialah peraturan yang ditetapkan oleh kepercayaan, nilai dan norma sesebuah
masyarakat untuk dipatuhi sebagai tanda menghormati leluhur dan pengaturan dalam
kehidupan dan menjadi kelaziman dalam kehidupan seharian. Adat termasuk dalam usaha
mengurus persekitaran semulajadi dalam masyarakat tradisional dan biasanya dilaksanakan
tanpa dokumentasi dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke generasi melalui ahli
komuniti yang lebih tua ataupun dalam kalangan ibubapa (Jannie & Colin, 2007; Godfrey,
2017). Adat lazimnya menjadi ciri kepada sistem pengadilan local dalam mengekalkan
perintah dan membentuk kaharmonian dalam sesebuah komuniti kerana peraturan adat
bukan sahaja memberi kesan kepada individu tetapi juga kepada seluruh komuniti (Felix,
2002)

Adat resam pula ialah peraturan yang diterima oleh masyarakat sebagai garis panduan
dalam melaksanakan hukum, diwarisi berdasarkan amalan nenek moyang, diamalkan dan
menjadi kebiasaan bagi mengekalkan tradisi (Jabatan warisan Negara, 2018). Dalam
konteks pengurusan sistem tagal, adat kampung merupakan adat resam dalam komuniti
tagal yang diserap sebagai pelengkap kepada kaedah pelaksanaan, khususnya berkaitan
dengan kepentingan ahli komuniti. Antara adat yang dikekalkan ialah budaya sogit dalam
monogit. Oleh kerana adat kampung sangat spesifik mengikut komunitu, maka ia
seringkali didapati unik dari satu kawasan tagalan degan kawasan tagalan lain. Peraturan
khusus biasanya ditulis di atas papan tanda seperti dalam Rajah 2 yang menunjukkan
pemberitahuan pelaksanaan peraturan adat di kawasan berkaitan.

Rajah 2:Pemberitahuan larangan menangkap ikan

Sogit
Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah
Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 6
Masyarakat lokal di Sabah telah dididik menghormati alam sekitar sejak zaman awal
kanak-kanak. Mereka diterapkan dengan kepercayaan bahawa semua benda semulajadi
seperti tumbuhan, sungai, laut dan batuan memiliki kuasa yang dipanggil sebagai
penunggu. Manakala alam ini dihuni oleh makhluk halus jahat dan baik yang boleh
dihubungi melalui ritual yang melibatkan bacaan rinait, iaitu ucapan mantera yang
dilakukan untuk mendapatkan kebebaran menggunakan sumber di persekitaran (Minah,
2013). Dalam sistem tagal, ritual biasanya dilakukan semasa perasmian atau pewartaan
kawasan yang akan ditagal dan semasa buka tagal. Pada ketika itu upacara sogit akan
dijalankan.

Sogit ialah istilah dalam Bahasa Dusun yang bermaksud ‘sejuk’, ‘menyejukkan’ atau
‘denda’ oleh yang ditentukan mengikut situasi (Low & Solehah, 2018; Pg. Ismail etal.,
2018; Low & Azlan, 2014). Secara asasnya sogit ialah sesuatu yang perlu diberikan untuk
meneutralkan keadaan. Menurut Felix (2002), sogit bukanlah satu hukuman tetapi lebih
kepada amalan yang memberikan peluang kepada pesalah untuk memohon keampunan dan
seterusnya mengekalkan perpaduan. Lazimnya, sogit dilakukan sama ada melalui upacara
ritual disebut monogit ataupun dujalankan tanpa ritual dalam acara tradisi yang
berlandaskan adat bergantung kepada situasi dan matlamat. Wujud dua keadaan bagi
keperluan monogit yang berkaitan dengan penerokaan sumber dan kawasan. Keadaan
pertama ialah memohon kebenaran sebelum membuka kawasan atau menggunakan
sumber, manakala keadaan kedua pula ialah apabila berlaku masalah atau malapetaka
semasa atau selepas aktiviti penerokaan. Bagi keadaan yang pertama, sogit bertujuan
memohon restu dan memohon kebenaran menggunakan sesuatu kawasan ataupun untuk
menjalankan sesuatu aktiviti terutamanya yang melibatkan penerokaan sumber semulajadi,
maka upacara monogit akan melibatkan ritual dan korban haiwan yang juga disebut
sebagai ‘korban darah’. Keadaan kedua pula ialah ritual yang dilakukan apabila
menghadapi masalah seperti bencana, penyakit atau gangguan dalam kalangan peneroka
atau pengguna sumber. Ini dipercayai berlaku akibat daripada kemarahan kemarahan
rogon iaitu semangat jahat yang terganggu dan tidak diminta kebenaran terlebih dahulu.
Keadaan ini disebut sebagai ‘panas’. Maka monogit dipercayai perlu dilakukan untuk
menyejukkan keadaan dan meredakan kemaharan rogon. Dalam perkara ini orang tua,
iaitu golongan senior yang dianggap berpengetahuan dalam hal ehwal adat atau bobolian
iaitu bomoh atau pawang akan memainkan peranan dalam mengendalikan upacara ritual
tersebut.

Sogit juga merupakan denda adat yang dikenakan ke atas sesuatu pihak untuk memulihkan
keharmonian kampung (Petronella & Kartini, 2015). Salah laku yang biasanya dianggap
perlu didenda ialah termasuk mencemari sumber air kegunaan bersama, kolam atau sungai
kampung secara sengaja (John, 2002). Denda yang dikenakan biasanya berbentuk haiwan
seperti kerbau, khinzir, kambing dan ayam atau hasil pertanian seperti terdiri daripada padi
atau juga peralatan seperti gong, barang perhiasan, senjata dan pinggan. Walau
bagaimanapun, sogit pada masa kini dikenakan dalam bentuk wang tunai yang merupakan
ganti rugi atau pampasan dan lambang permohonan maaf daripada pihak yang ingkar
kepada peraturan lokal atau adat kampung. Jadual 1 menunjukkan contoh denda
berdasarkan sogit dalam pelaksanaan sistem tagal.

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 7
Jadual 1: Contoh denda berdasarkan sogit Dalam Pelaksanaan Sistem Tagal

Kesalahan Sg. Moroli Sg. Konipir


Menceroboh (i) Denda seekor kerbau (i) Seekor khinzir atau kambing
atau lembu berharga dewasa berharga RM200
RM1500 atau,
dan, (ii) Denda RM300 tunai
(ii) Denda RM500 tunai. atau,
(iii) Denda RM1500 tunai
Nota: Tertakluk kepada pindaan semasa
Sumber: Jawatankuasa Tagal Kg. Luanti Baru, Jawatankuasa Tagal Kg. Kinarasan.

Buka tagal

Buka Tagal ialah acara menuai sumber daripada hasil kawasan yang ditagal secara
beramai-ramai melibatkan semua ahli komuniti tagal. Buka tagal akan diadakan setelah
pihak berkuasa tagal dan ahli tagal berbincang dan mencapai persetujuan bersama
mengenai zon yang akan ditagal, pihak yang bakal terlibat dan tarikh acara akan
dilangsungkan. Sesetengah komuniti tagal menganjurkan pesta tagal secara besar-besaran
sebagai mempromosikan sistem tagal kepada orang awam. Pada masa kini buka tagal
telah menjadi satu produk pelancongan yang diisi dengan program seni dan budaya lokal
dan aktiviti rekreasi dan riada. Ciri budaya yang masih dikekalkan dalam acara buka tagal
ialah bacaan rinait, mitabang dan moginakan (makan beramai-ramai). Manakala aktiviti
tambahan adalah sukan rakyat dan sukan memancing. Dalam sistem tagal, Mitabang
(tolong menolong) ialah acara gotong royong dari peringkat menyediakan peralatan, acara
menangkap ikan, pengagihan hasil tangkapan dan menyediakan makanan. Manakala
moginakan diadakan dengan mengadakan jamuan untuk dinikmati secara bersama-sama
sebagai tanda kesyukuran.

Rajah 3: Gotong royong menyiang ikan Rajah 4: membakar ikan di tepi sungai

Pemuliharaan warisan ketara

Warisan ketara dalan sistem ini ialah peralatan penangkapan ikan. Hanya peralatan
tradisional yang diyakini tidak memberikan impak besar sahaja dibenarkan dalam aktiviti
Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah
Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 8
menuai ikan dan sumber akuatik lain. Racun atau tuba juga tidak dibenarkan dalam
penangkapan ikan walaupun ia adalah racun berasaskan tumbuhan semulajadi. Antara
peralatan penangkapan ikan tradisional yang dibenarkan adalah Siud, pancing, cangkuk,
tombak, jaring (Bernard, 2002), sauk, rambat (jala atau pukat) dan bubu (Minah. 2013).
Siud atau sauk (Rakah 5) ialah jaring yang diikat pada bulatan rotan atau besi dan biasanya
mempunyai pemegang untuk mempermudahkan proses menangkap ikan menggunakan
tangan. Pancing pula ialah tali yang dipasang dengan mata kail diikat pada batang buluh.
Tombak atau bujak pula ialah besi tajam, manakala bubu adalah peralatan seperti bakul
yang leletakkan pada kawasan air mengalir untuk memerangkap ikan.

Rajah 5: Siud Rajah 6: Rambat

ISU DAN CABARAN PEMULIHARAAN MELALUI SISTEM TAGAL

Pemuliharaan warisan budaya sering berdepan dengan pelbagai cabaran. Antara isu utama
yang sering menjadi persoalan dalam pelaksanaan sistem tagal ialah kesediaan masyarakat
dalam menyertai dan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam sistem tersebut. Ini
kerana komitmen yang bakal diberikan memerlukan perubahan gaya hidup dan juga
sekatan akses terhadap sumber pada tempoh masa tertentu. Manakala isu berkaitan dengan
pemilikan, hak dan manfaat bersama turut menjadi perdebatan yang tidak pernah selesai.
Cabaran utama pula ialah memastikan semua ahli tagal yang terlibat berpuas hati dengan
kaedah dan output sistem tagal dan memperolehi manfaat yang optimum. Di samping itu,
cabaran yang sering menjadi perdebatan ialah penguatkuasaan peraturan dalam individu
yang menceroboh kawasan sistem tagal, pencemaran sungai akibat kegiatan antropogenik,
seperti perladangan dan pertanian, pembangunan infrastruktur dan pembalakan. Dalam
pada itu, Godfrey (2017) telah menyenaraikan beberapa isu dan cabaran dalam pelasanaan
sistem Tagal, iaitu:

i. Konflik penggunaan sungai (termasuk menggunakan sungai, sumber seperti batu


dan pasir)
ii. Kuasa pengurusan
iii. Pertindihan pemilikan tanah
iv. Konflik pembinaan dan struktur lain
v. Sungai yang ditagal terlalu lama
vi. Isu perselisihan berpanjangan antara ketua komuniti dan orang kampong
vii. Pelaksanaan sistem Tagal yang tidak aktif
viii. Pengiktirafan

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 9
KESIMPULAN

Pemuliharaan warisan sangat penting dalam memastikan kelangsungan budaya secara


keseluruhan. Dalam konteks pemuliharaan sumber semulajadi berasaskan komuniti, sistem
tagal dilihat mampu menjadi pendekatan terbaik dalam memulihara warisan budaya,
khususnya bagi masyarakat tempatan di negeri Sabah. Bagi memastikan keberkesanan
sistem ini dalam mencapai matlamatnya, semua pihak berkepentingan harus memainkan
peranan dalam mnjalankan fungsi masing-masing. Manakala pembudayaan adat dan
amalan masyarakat perlu diteruskan sebagai asas kepada pengurusan sumber yang lebih
mesra komuniti

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 10
RUJUKAN

Akta Warisan Kebangsaan 2005. 2006. Undang-Undang Malaysia. Akta 645. Kuala
Lumpur:Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang, Malaysia.
Barnard M Yaang. 2002. Giliran Penduduk Kampung Malanggang ‘anjur pesta ikan’.
Harian ekspres. 16 March.
Bazley Bee B. Basrah. B. 2007. Signifikasi Akta Warisan Kebangsaan 2005 Kepada
Warisan Kebudayaan Bawah Air Malaysia.
http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL13.2007/Signifikasi%20Akta%20W
arisan%20Kebangsaan%202005.pdf. [4/10/2018]
Er Ah Choi, S. Sekvadurai, N. Lyndon, Sheau Tsuey Chong, Adam, J.H, Mohd Fuad, M.J.,
A Habibah & J. Hamzah. The Envolvement of Tagal On Ecotourisme and
Environmental Conservation: A Case Study in Kampong Luanti Baru, Sabah.
Advances in Natural and Applied Sciences. 6 (1). Hlm. 61-64.
Felix Tongkul. 2002. Traditional Systems of Indigenous Peoples of Sabah, Malaysia.
PACOST Trust: Kota Kinabalu.
Godfrey Kissey. 2017. The “Tagal System” – A Community-Based FisheriesManagement.
ASIA Regional Workshop On Satoyama Initiatives In Sabah. https://satoyama-
initiative.org/wp-content/uploads/2017/04/Panel-4.-Godfery-Kissey_TAGAL-LE-
MERIDIAN-30-MAC-2017xx-rev-1.compressed.pdf. [10/10/2018].
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. 2014. Garis Panduan
Perancangan. Pemuliharaan dan Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar
(KSAS) Warisan Kebudayaan dan Warisan Semula Jadi. Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Kementerian Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Jabatan Perikanan Negeri Sabah. 1997. The Tagal Initiatives.
http://fishdept.sabah.gov.my/tagal2.asp. [14/3/2011].
Jabatan Warisan Negara. 2018. Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645]
http://www.heritage.gov.my/ms/kenali-kami/akta-warisan-kebangsaan-2005.
[27/9/2018].
Jannie Lasimbang & Colin Nicholas. 2007. Malaysia. The Changing Status of Indigenous
and Statutory Systems on Natural Resource Management. In. Helen Leake.
Bridging The Gap. Policies and Practices on Indigenous Peoples’ Natural
Resources Management in Asia. United Nation Development Programme.
Jephrin Zefrinus Wong & Moris Chong. 2007. Berita Perikanan. Sistem Tagal. Konsep
urus sumber ikan sungai secara mampan.
http://www.dof.gov.my/html/themes/moa_dof/documents/Berita_Perikanan/2007/b
pj63/page10.pdf. [3/1/2011].
Jephrin Zefrius Wong, Seiichi Etoh, Arthur Besther Sujang (2009). Toward sustainable
community based fishery resources management: The Tagal system of Sabah,
Malaysia. Dlm. Siri Ekmaharaj et. al (Pnyt.) Uplifting Of the Socioeconomic
Condition Of The Fisher Via Sustainable Fisheries Management. Fish for the
people. Vol. 7. Nov. 2. Southeast Asian Fisheries Development Center.
Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah
Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 11
John Aziz. 2002. Penduduk kesal Tindakan individu tertertu racun sungai Sook. Harian
Ekspres. 16/3.
Jurry Foo. 2011. Sistem tagal dalam industri pelancongan: Manfaat kepada komuniti.
GEOGRAFIA Online. Malaysia Journal of Society and Space. 7: 1. Hlm. 14 – 25.
Low Kok On & Solehah Ishak. 2018. The Spiritual Significance of Komburongo In The
Folk Beliefs Of The Dusunic Peoples of North Borneo. Electronic Jurnal Folklore.
Vol. 71. Hlm. 179-206. https://www.folklore.ee/folklore/vol71/low_solehah.pdf
[1/10/2018].
Maisaraf Binti Marman (Terj.). Tth. Warisan Kebudayaan Tidak Ketara dan Pembangunan
Mampan. International Information and Networking Centre for Intangible Cultural
Heritage in the Asia-Pacific Region. https://ich.unesco.org/doc/src/34299-MS.pdf.
[27/9/2018].
Minah Sintian. 2013. Kepercayaan dan Amalan Masyarakat Kadazandusun dalam
Pemeliharaan Alam Sekitar. Prosiding. Persidangan Intelektual Kebangsaan
Malaysia. Hlm.631-642.
Mohd Yuszaidi Mohd Yusoff & Muammar Ghaddafi Hanafiah. 2015. Akta Warisan
Kebangsaan 2005 (AKTA 645): Penilaian Dari Aspek Perundangan Dan
Penguatkuasa. Jurnal Melayu. Bil. 14(2) 2015. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia. Hlm. 202-233.
Normala Othman, Sri Rayahu Ismail, Jayyum A. Jawan, Adlina Ab. Halim & Nurul Nadia
Ibrahim. 2007. Amalan Sistem Tagal dan Penjagaan Biodiversiti di Sabah.
Prosiding. Seminar Kebangsaaan Sains Sosial. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
Hlm. 406-413.
PACOS Trust. 2008. Securing Indigenous Peoples’ Rights in Conservation Reviewing and
Promoting Progress in Sabah, Malaysia. Working draft. FPP series on Forest
Peoples and Protected Areas. 1 September. Forest Peoples Programme.
Pengurusan SFM SCA Trusan FR. 2015. Sistem Tagal Sungai Sugut Parai.
http://www.forest.sabah.gov.my/sugut/PDF/System%20Tagal%20Kg%20Terusan
%20Sugut.pdf. [21/9/2018].
Pg. Ismail Pg. Musa, Siti Zubaidah Ismail & Narizan Abdur Rahman. 2018. Amalan Sogit
Ke Atas Anak Negeri Sabah Beragama Islam Di Mahkamah Anak Negeri: Kajian
dari Perspektif Hukum. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari. Vol. 19.
Penerbit Universiti Sultan Zainal Abidin.
Yuszaidy Mohd Yusoff, Hanapi Dollah & Ab Samad Kechot. 2011. Akta Warisan
Kebangsaan, 2005: Tinjauan Sepintas Lalu. National Heritage Act, 2005: A
Review. Jurnal Melayu (8) 2011: 173 – 188.
http://journalarticle.ukm.my/3481/1/bil%25208%2520-%2520topik%25209.pdf.
[4/10/2018].

Borneo Dalam Kepelbagaian Perspektif. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah


Buku Festchrif Sempena Persaraan Prof. Dr. Low Kok On 12

View publication stats

You might also like