You are on page 1of 4

NAMA: NURUL NAJIHA BINTI NOORHIZAM

NO.MATRIK: D20201093071

Biografi Muhammad Haji Salleh


Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh dilahirkan pada 26 Mac 1942 di Taiping, Perak. Kini, beliau
menetap di Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di
High School Bukit Mertajam, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Malayan Teachers College,
Brinsford Lodge, England(1963). Pada tahun 1970, beliau menuntut di Universiti Malaya,
Singapura dan mendapat Ijazah Sarjana Sastera. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian
ke Universiti Michigan, Amerika Syarikat di mana beliau mendapat PhD pada tahun 1977.
Beliau merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan
gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi anugerah Penulis S.E.A pada
tahun 1997 dan pada tahun 2008 beliau dinobatkan sebagai tokoh Akademik Negara. Beliau
pernah menjadi Presiden bagi Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan telah
banyak menterjemah puisi-puisi bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dan beliau juga telah
menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan
Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
10 Sajak
1) Sajak Pengait Tua
2) Sajak-sajak Pendatang
3) Sajak Pulau Si Tenggang
4) Subuh Biru
5) Sajak Arkitek Kota
6) Ini Juga Duniaku
7) Dari Seberang Diri
8) Terlalu lama
9) Hari Terakhir Sebuah Hutan
10) Aksara Usia
Ulasan Sajak

Sajak Pengait Tua

Seorang wanita usang


hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

Dengan benang putih


dijalinkan
masa sudahnya
dan dengan benang hitam
dia mengikat
pucuk, ranting dan kelopak
bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di bangku kecil hijau
dai mengait dunianya.

1) Tema

Seorang wanita tua yang merindui anak dan cucunya

2) Persoalan

Persoalan tentang kerinduan seorang datuk.

3) Bentuk

 Berbentuk bebas. Mempunyai 2 rangkap. Rangkap pertama mempunyai 4


baris manakala rangkap kedua mempunyai 13 baris.

 Asonansi: Terdapat pengulangan huruf vokal a sebanyak 4 kali. Contoh, dan


dengan benang hitam.

 Aliterasi: Terdapat pengulangan huruf konsonan n sebanyak 5 kali. Contoh,


dan dengan benang hitam.

4) Nada

Melankolik

Biografi A. Samad Said


Datuk A.Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said merupakan
seorang sasterawan tanah air yang banyak terlibat dalam bidang penulisan kreatif. A. Samad
Said lahir pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Beliau
menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura dari tahun 1940-1946
dan kemudian telah melanjutkan pelajarannya di Victoria Institution sehingga memperolehi
sijil Senior Cambridge pada tahun 1956. Kerajinannya menghasilkan karya dan
ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A.Samad Said
ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil. Beliau pernah menerima anugerah
Pejuang Sastera pada tahun 1976, SEA Write Award pada tahun 1979, Anugerah Sastera
Negara pada tahun 1985 dan Anugerah Sasterawan Nusantara pada tahun 1999. Anugerah
lain yang diterima ialah Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Kesusasteraan UPSI
pada tahun 2003. A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka
yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang DiPertua Negeri Melaka.
10 Sajak
1) Peludah Bahasa
2) Janda Setinggan
3) Nikmat
4) Hidup Bersama
5) Ombak
6) Dalam Librari
7) Tetamu Senja
8) Bahasa Terindah
9) Menambat Rakit
10) Merindui Buku
Ulasan Sajak

Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja


Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala
 
Pada tetamu yang datang dan 
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan
 
Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad
 
Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas
 
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 

1) Tema
Keagamaan
2) Persoalan
Persoalan tentang menurut segala perintah Allah SWT.
3) Bentuk
 Berbentuk bebas. Mempunyai 5 rangkap yang tidak mempunyai bilangan
baris yang sama.
 Asonansi: Pengulangan huruf vokal a sebanyak 9 kali. Contoh, Kita datang ini
hanya sebagai tetamu senja.
4) Nada
Melankolik.

You might also like