You are on page 1of 42

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

(Gambaran Umum Tema 1)


TEMA 1: MASYARAKAT

HASIL PEMBELAJARAN:
1. Calon seharusnya dapat membincangkan bentuk masyarakat dan proses
perubahan yang bermula dari masyarakat feudal hingga masyarakat
industri.
MasaKajian:
16 waktu

RuangLingkupPerbincangan:
1. Konsep masyarakat Feudal
2. Ciri-ciri masyarakat Feudal
3. Susun Lapis masyarakat

FOKUS PdP

Masyarakat

Feudal Agraria Maritim Industri


Abad ke 16 – 17 Abad ke 16 – 17 Abad ke 16 – 17 Abad ke 17 – 18
England & Belanda & China Portugal & England &
Jepun Jepun Jerman

Fokus:

- Tumpuan perbincangan mengikut kronologi masa

- Mengikut kawasan kajian


MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.1 : Masyarakat Feudal

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri dan susun lapis masyarakat
feudal di England

Kawasan Kajian/ Masa : Masyarakat Feudal di England abad ke-16 hingga 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan


- Digunakan oleh sejarawan untuk menerangkan
1. Konsep /definisi susunan sosial masyarakat yang muncul di Eropah
Masyarakat Feudal pada zaman pertengahan di Eropah.
- Secara umum terdapat dua maksud feudalisme yang
merangkumi ciri persamaan dan perbezaan. Takrifan
pertama feudalisme ialah satu bentuk organisasi
politik dan sosial yang mempunyai kelas atau susunan
tertentu iaitu mengikut susun lapis hierarki. Takrifan
kedua membawa maksud satu sistem hubungan
timbal-balas yang berdasarkan ketaasetiaan antara dua
kumpulan manusia bebas

2. Sejarah kemunculan - Sebuah kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada


sistem feudal di abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar
England Charlemagne dan berlanjutan sehingga abad ke-13 M
- Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan
jatuh ke tangan orang persendirian
3. Ciri-ciri masyarakat ● Sosial
feudal di England - Masyarakat bersusun lapis yang terdiri daripada raja,
bangsawan dan petani (serf)
- Wujud hubungan timbal balas di antara dua
kumpulan iaitu golongan yang memerintah dan
diperintah.
- Golongan pemerintah terdiri daripada raja, dan
beberapa bangsawan
- Bangsawan merupakan pengikut yang setia (vassal)
kepada raja
- Rakayat biasa yang dikenali serf merupakan
golongan yang setia kapada bangsawan yang
berkuasa ke atas mereka.
Bil Kandungan Keterangan
Ekonomi
- Masyarakat bergantung kepada tanah dan tinggal
dalam komuniti kampong yang dikenali sebagai
manor
- Kegiatan konomi bergantong kepada aktiviti
pertanian. Manor menjadi asas ekonomi feudalisme
kerana manor yang menghasilkan makanan untuk
semua lapisan masyarakat termasuk raja.
- kegiatan perdagangan tidak meluas kerana manor
tidak menjalankan perdagangan dengan manor yang
lain sebaliknya mereka menghasilkan barangan untuk
keperluan sendiri
- perkembangan ekonomi terhad dan perniagaan
dkendalikan secara sistem barter.

● Agama
- Gereja katolik merupakan institusi yang berkuasa,
mereka memiliki sebahagian besar tanah.
- Institusi gereja mengongkong kehidupan masyarakat
pada zaman feudal.
- Pengaruh gereja Khatolik merangkumi seluruh
kehidupan masyarakat
- Gereja menekankan aspek kerohanian (keagamaan)
dan kurang menekankan aspek duniawi.

● Politik
- Keadaan politik tidak stabil. Pemerintahan pusat yang
lemah menyebabkan pperangan sering berlaku antara
wilayah.
- Kedudukan raja lemah (pemerintah pusat) kerana
berkongsi kuasa dengan golongan pembesar.
Golongan pembesar pula sering menentang raja.

Susun lapis ● Raja


masyarakat feudal di - berada didudukan yang tinggi. Berperanan
England menyatupadukan penduduk di bawahnya dengan
memberi jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain.
- Di bawah raja terdapat beberapa lapisan bangsawan
yang menjadi pengikut raja (vassal) dan memberi
kesetiaan kepada raja.
- Bangsawan kelas pertama digelar tenant in chief.
Golongan ini kadang-kala menjadi terlalu berkuasa dan
mencabar autoriti raja.
- Raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas tuan tanah
(lord) dan pemilik kepada semua tanah dalam
kerajaannya. Ini scara langsung membolehkan raja
menyeragamkan undang-undang yang berkaitan
Bil Kandungan Keterangan
dengan hal-ehwal politik, ekonomi dan sosial.
- raja memberi tanah kepada golongan bangsawan
seperti baron dan knight sbagai ganjaran terhadap
perkhidmatan yang diberikan. Sebagai balasannya
bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk
peperangan.
 Bangsawan
- terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
Lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara
langsung daripada raja dan dikenali sebgai tenants in
chief.
- Bangsawan lapisan pertama membahagikan tanah (fief)
mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Bangsawan
lapisan kedua seterusnya membahagikan fief mereka
kepada golongan banagsawan yang lebih rendah
daripadanya atau golongan petani.
- Setiap bangsawan (vassal) berkuasa ke atas petani yang
menetap dalam fiefnya.
- Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada
raja akan memerntah di tanahnya. Mereka akan
mengawal penggunaan tanah, undang-undang sendiri
dalam mengawal petani yang mengusahakan tanah dan
dikenakan cukai tertentu. Tanah yang diberikan oleh
raja boleh diwariskan oleh golongan banagsawan
- sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan
bangsawan akan dikenakan cukai ke atas tanah
berkenaan, mereka harus memberi kesetiaan kepada
raja dan menyediakan knight sebagai tentera raja
- Golongan bangsawan diberikan gelaran oleh raja
seperti duke, count, baron (lord) dan vassal.
● Knight
- Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan
dalam bidang ketenteraan. Berkhidmat dengan raja,
bangsawan (lord atau baron) dan mendapat ganajaran
seperti tanah, harta, dan barang rampasan.
- bertanggungjawab melindungi bangsawan dan keluarga
banagsawan. Terikat dengan sumpah yang
mengkehendaki mereka berkhidmat untuk raja dan
bangsawan. Boleh dipanggil bila-bila masa.
- Knight mengagihkan tanah kepada serf dan sebagai
balasan serf akan memberi perkhidmatan kepada
knight. Knight pula akan melindungi serf dan
keluarganya.
- Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah
dan pasukan tentera sendiri. Meek juga berhak
memungut cukai di kawasannya.
Bil Kandungan Keterangan

● Petani
- rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan
golongan bangsawan. Mereka dikenali sebagai serf
iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas
sepenuhnya.
- petani terikat dengan pemimpin atau tuan tanah mereka
dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu
tempat ke tempat yang lain.
- berada di bawah pengawasan dan bergantung kepada
raja dan bangsawan untuk mendapatkan rezeki.
- bercucuk tanam dan menjelankan ternakan di tanah
yang diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan
harian. Ada juga petani yang menyewa tanah dengan
golongan bangsawan.
- Petani mewakili sebahagian besar daripada penduduk
England. Mereka dikenali sebagai freeman, villian,
sokeman, border dan cottar.
- Petani dikawal oleh tuan tanah antaranya oleh lord
manor (institusi manor/ladang) yang akan melindungi
petani, mendirikan mahkamah bagi membolehkan
petani mendapatkan keadilan.

● Hamba
- Berada di bawah golongan petani.mewakili satu
persepuluh penduduk England.
- Golongan ini tidak memiliki tanah dan mempunyai hak
perundangan yang terhad.

● Paderi
- merupakan satu kelas masyarakat yang berasingan.
Sebilangan besar terdiri daripada golongan bangsawan
yang memiliki tanah sebagai vassal.
- pada abad ke-12 dan 13 M hampir 1/3 daipada tanah
yang digunakan di Eropah Barat dikawal oleh gereja..
- Boshop, abot dan pegawai yang memegang jawatan
penting dalam gereja biasanya adalah golongan
bangsawan. Campurtangan golongan bangsawan dalam
pemilihan jawatan gereja menyebabkan pegawai-
pegawai gereja terdiri daripada golongan yang
mementingkan material dan mempunyai dua
tanggungjawab iaitu agama dan dunia (tanah).
3. Cadangan BBM  Peta Jepun dan England
 Power Point
Bil Kandungan Keterangan
4. Cadangan Aktiviti  Kuliah
 Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 I Think
 Kuiz :
a. Guru membina beberapa soalan
b. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c. Guru melantik hakim dan juri
d. Aktiviti kuiz dijalankan
e. Guru membuat rumusan

5 Bahan Rujukan 1. Qasim Ahmad 1994, Eropah Moden, Kuala Lumpur,


Dewan Bahasa dan Pustaka
2. Sivachandralingam Sundra Raja, Sejarah Dunia (1500-
1955),Shah Alam,Oxford Fajar

6 Latihan Pengayaan Huraikan struktur masyarakat feudal di England pada abad


ke-16 hingga abad ke-17.

7 Latihan pengukuhan Lampiran 1


MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.1 : Masyarakat Feudal

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan ciri-ciri dan struktur masyarakat feudal di Jepun


abad ke-16 dan 17

Kawasan Kajian/Masa : Masyarakat Feudal di Jepun abad ke-16 hingga 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan


1. Sejarah kemunculan - Feudalisme di Jepun dapat dikesan dengan jelas pada
sistem feudal di Jepun zaman Kamakura (1192 – 1333) hingga zaman
Sengoku Jidai (1536 -1598)
- Feudalism di Jepun mencapai kematanagan pada
zaman Keshogunan Tokugawa (1603 – 1867)
2. Ciri-ciri masyarakat ● Kedudukan maharaja dan Daimyo
feudal di Jepun - Maharaja tiada kuasa. Keadaan geografi negara Jepun
yang bergunung-ganang menyebabkan maharaja gagal
mengawal Daimyo.
- Gabenor yang dilantik yang terdiri daripada bangsawan
istana gagal mengawal kuasa Daimyo kerana kelekaan
dengan kemewahan dan mereka tinggal di kota.
- Belakunya perebutan dalam kalanagan suku untuk
menguasai kekuasaan politik. Kemuncak perebutan
tersebut berlaku apabila ketua keluarga Miramoto
Yoritomo berjaya membentuk kerajaan bersifat
keteneteraan yang pertama di Kamakura yang dikenali
Bakufu. Miramoto Yoritomo menggunakan gelaran
Shogun
- Kemerosotan kuasa raja memberi ruang kepada
kemunculan tuan-tuan tanah (Daimyo) yang memiliki
banyak ladang yang dipanggil syo atau Syoen.
- Keadaan ini menyebabkan kekuasaan golongan tanah
(Daimyo) mengatasi kekuasaan istana dan maharaja.
Impaknya petani tidak lagi memberi ketaatsetiaan
kepada maharaja tetapi sebaliknya kepada Bakufu.
- Pemerintahah Kamakura menandakan bermulanya
sistem feudal di Jepun
- Pada zaman Shogun Tokugawa, maharaja dianggap
sebagai ketua negara tetapi dan lambang perpaduan
Bil Kandungan Keterangan
kuasa sebenarnya berada ditangan Shogun.
- Bagi mengawal kuasa maharaja, Shogun mengeluarkan
satu ordinan yang dikenali Kinchu Kuge Sho-Hatto
(Peraturan bagi Istana)

● Ekonomi
- Pada era Shogun Tokugawa, ekonomi berasaskan
beras. Hasil pendapatan dan kekayaan Daimyo dan
Samurai diukur mengikut banyak beras yang
dimilikinya dan bukannya wang.
- Kedudukan petani penting kerana mereka adalah
jentera yang menghasilkan beras. Kedudukan atau
kekayaan Daimyo dan Samurai bergantung kepada
petani.
- Pekembangan perdagangan menyebabkan golongan
Samurai menjual beras mereka kepada pedagang untuk
memperoleh wang.
- Masalah ekonomi menyebabkan golongan Samurai
berhutang dengan golongan pedagang. Keadaan ini
menyebabkan berlaku kemerosotan kedudukan
golongan Samurai dan seterusnya meningkatkan status
sosial golongan pedagang
● Kepentingan golongan Samurai
- mempunyai kedudukan istimewa kerana mereka adalah
penentu kepada kelangsungan kekuasaan Shogun.
Berfungsi menjaga keamanan negara dan menjaga
kepentingan Daimyo tanpa berbelah bahagi.
- Tidak melakukan sebarang pekerjaan walaupun dalam
keadaan aman. Kehidupan mereka ditanggung oleh
petani
● Kepentingan Petani
- Kedudukan penting kerana Jepun mengamalkan dasar
tutup pintu.
- Bertanggungjawab mengeluarkan beras yang menjadi
makanan rakyat
- Kehidupan petani tertekan kerana mereka dikenakan
sistem kerah iaitu dikerah untuk mengangkut barangan
pertanian melalui sepanjang jalan Tokaido dengan
dikenakan beberapa tempat sekatan bagi membolehkan
pegawai menjalankan pemeriksaan. Mereka juga
dikenakan cukai yang tinggi.
● Peranan golongan artisan
- mereka terdiri daripada tukang kayu, tukang rumah,
tukang besi, tukang tembaga, tukang timah, penenun,
pembuat kertas dan lain-lain.
- mereka diberi gaji dan rumah yang baik serta
dibenarkan menggunakan pedang. Walaupun tarafnya
Bil Kandungan Keterangan
lebih rendah daripada petani tetapi kehidupannya lebih
baik.
● Peranan Pedagang
- Dipandang hina kerana Jepun amalkan dasar tutup
pintu.
- Mereka mmpunyai kedudukan ekonomi yang baik dan
kaya raya. Akhirnya berjaya memperbaiki status
sosialnya.

Susun lapis masyarakat ● Kedudukan Raja/Daimyo


feudal di Jepun - Masyarakat feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-
1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang
mahir dan saudagar. Maharaja hanyalah sebagai
boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja.
- Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun
dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang
penting adalah daimyo Fundai. Mereka akan
membantu Shogun dalam pemerintahan. Mereka
merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu
Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah
dan utara Honshu.
- Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri
daripada suku-suku barat seperti Satsuma,Chosu,Toza
dan Hizen. Mereka akan diawasai oleh Shogun dan
dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.
- Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan
dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh
maharaja sendiri.

● Samurai
- Golongan samurai mempunyai kedudukan yang
istemewa kerana kemahiran mereka dalam bidang
ketenteraan.
- Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang
kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan
samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi
keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan
menceburi bidang pekerjaan yang lain.

● Petani
- Golongan petani menduduki tempat yang istimewa
kerana Jepun juga adalah negara pertanian. Mereka
merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan
pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.
Bil Kandungan Keterangan
 Tukang / Artisan
- Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas
petani. Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti
pedang untuk kegunaan samurai.
- Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang.
Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak
dibenarkan dalam pergerakan sosial namun keamanan
yang mendorong perkembangan ekonomi
membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan
berjaya sebagai pemiutang kepada golongan
bangsawan.

● Saudagar
- Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang
Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak
dibenarkan dalam pergerakan sosial namun keamanan
yang mendorong perkembangan ekonomi
membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan
berjaya sebagai pemiutang kepada golongan
bangsawan.
4 Bahan Rujukan a) Rajendran ,M. 1988 Sejarah Jepun, Kuala
Lumpur,Arenabuku
5 Latihan pengayaan Soalan Latihan:
a) Bandingkan ciri-ciri masyarakat di England dengan di
Jepun pada abad ke-16 dan 17
b) Analisiskan struktur sosial masyarakat di England dan
Jepun pada abad ke-16 dan 17
6 Latihan pengukuhan Lampiran 2
MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : MASYARAKAT

Unit 1.2 : Masyarakat Agraria

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria.

Kawasan Kajian/Masa : Masyarakat Agraria di Belanda abad ke-16 hingga


abad ke- 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan


- Masyarakat Agraria ialah masyarakat yang berasaskan
1. Konsep /definisi pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan
Masyarakat Agraria dan sungai.
- Masyarakat agrarian tinggal menetap di
kawasantanahpertanian yang subur dan sesuai untuk
menjalankan kegiatan pertanian.

2. Ciri-ciri masyarakat 1. Kegiatan ekonomi


Agraria di Belanda - Kegiatan ekonomi utama ialah pertanian. Aktiviti
pertanian yang diusahakan terdiri daripada pelbagai
jenis tanaman, antaranya sayur-sayuran, dan bijirin.
- Hasil sayur-ssyuran yang diusahakan seperti bawang,
biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Hasil bijirin pula
seperti barli, gandum dan oat. Hasil tanaman
berlebihan akan dijual.
- Pada peringkat awal barli merupakan tanaman utama
tetapi merosot pada abad ke-17 dan peranannya
diambil alih oleh tanaman gandum.
- Tanaman bukan makanan pula terdiri daripada tanaman
dagang seperti hemp, biji kol, dan mader.
- Masyarakat Belanda juga menjalankan kegiatan
pentenakan secara meluas. Antara ternakan yang
dijalankan ialah lembu dan kambing. Mereka juga
mengusahakan perusahaan tenusu iaitu menghasilkan
susu, mentega dan keju. Kawasan tebusu utama ialah
di utara Samsterdam dan di wilayah Waterland. Hasil
tenusu Belanda banyak di ekspot

2. Petempatan
- Masyarakat membina penempatan di lembah-lembah
sungai kerana tanahnya yang subur.
Bil Kandungan Keterangan
- Antara kawasan tanah lanar yang subur dan menjadi tumpuan
penempatan masyarakat agraria di Belanda ialah di wilayah
Friesland, Zeeland, Flanders dan Utrect

3. Pembinaan sistem pengairan


- Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan,
kolam takungan air dan tali air dengan tujuan untuk mengairi
kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air dari
sungai untuk tujuan pertanian.
- Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat
diperluaskan dan diusahakan secara insentif.
- masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk
menyalurkan air daripada tanah yang ditebusguna bagi tujuan
pertanian

4. Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah


- Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk
meningkatkan kesuburan tanah pertanian. Baja asli digunakan
untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.
- Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan
yang diperoleh daripada kawasan ternakan.

5. Pengenalan kaedah pertanian baru


- Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan
kegiatan pemugaran tanah pertanian bagi mengekalkan
kesuburan tanah.Peralatan tengala baru telah dicipta dan
digunakandi Gelderland
- Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad
ke16 dan 17 bagi mengekalkan kesuburan tanah. Antara
tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman sengkuan
dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini
dipraktikkan dengan meluas di wilayah Waes pada tahun 1644.
Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di wilayah
Brabant pada tahun 1800.
- Pengenalan sistem pengiliran tanaman telah menyebabkan
sistem tanah rang yang diamalkan sebelum ini dimansuhkan.

6. Penambakan laut untuk kawasan pertanian


- aktiviti penambakan laut telah dijalankanuntukmeluaskan
kawasan pertanian.
- kesannya pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda
bukan sahaja berjaya meningkatkan keluasan kawasan
pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian
Bil Kandungan Keterangan
7. Kemajuan dalam teknologi pertanian
- masyarakat agraria Belanda mempunyai kemahiran
dalam mencipta peralatan-peralatan baru bagi
menjalankan kegiatan pertanian. Antara alatan yang
dicipta ialah tugal dan tenggala beroda untuk tujuan
memugar dan membajak tanah pertanian. Alat ini
digunakan di Gelderland
 Penciptaan peralatan baru telah membolehkan kegiatan
pertanian dijalankan secara besar-besaran.

3. Cadangan BBM  Peta Belanda


 Gambar Petani masyarakat Belanda
 Power Point

4. Cadangan Aktiviti  Kuliah


 Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 Kuiz :
1. Guru membina beberapa soalan
2. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
3. Guru melantik hakim dan juri
4. Aktiviti kuiz dijalankan
5. Guru membuat rumusan
 I Think

5. Sumber Rujukan  Buku Rujukan :


1. Sivachandralingam Sundar Raja Sejarah Dunia
(1500 – 1955), Shah Alam Raja Fajar Bakti.
2. Mahdi Shuib dan rakan-rakan, Teks STPM Sejarah
Penggal 1,Bandar Baru Bangi, Pelangi
.
 Internet/Blogspot :
a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm

6. Cadangan latihan  Contoh soalan esei :


pengukuhan/pengayaan a. Masyarakat agraria di Belanda abad ke-16 hingga
17 menjalankan aktiviti ekonomi berasaskan
pertanian. Bincangkan.
MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : MASYARAKT

Unit 1.2 : Masyarakat Agraria

Hasil Pembelajaran : Menghuraikan definisi dan ciri-ciri masyarakat agraria.

Kawasan Kajian/Masa : Masyarakat Agraria di China abad ke-16 hingga


abad ke- 17

Waktu pengajaran : 2 waktu

Bil Kandungan Keterangan


1. Ciri-ciri 1. Sistem ekonomi feudal
masyarakat - Sistem ekonomi yang diamalkan di China pada abad ke-16
Agraria di dan 17 bersifat saradiri. Sebahagian besar penduduk China
China terlibat dengan aktiviti bercucuk tanam. Kebanyakan petani
menyewa tanah daripada tuan-tuan tanah yang kaya.
- Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah penanaman
padi sawah. Kawasan penanaman padi sawah utama ialah di
lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning.

2. Pemilikan tanah pertanian


- Tanah adalah milik kerabat diraja atau golongan bangsawan.
Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang dimiliki oleh kerabat
diraja seluas 1.28 juta mu. Keluasan tanah milik keluarga
diraja telah meningkat kepada 20 juta mu pada tahun 1522
- Menjelang zaman Ching, tanah pertanian diletakkan di bawah
pentadabiran Jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja. Pada masa
pemerintahan Maharaja Jiaqing jabatan ini menguruskan tanah
seluas 4 juta mu

3. Pengkhususan pengeluaran pertanian


- Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam
pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti
tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan;
teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang
dan selatan Kingsu; kapas di Kiangsu dan daerah utara;
perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain sutera,
dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan hasil
hutan (kayu balak) di Manchuria.

4. Sistem cukai
- Petani yang tidak memiliki tanah menyewa tanah dengan
tuan-tuan tanah (bangsawan) dengan kadar yang ditetapkan
Bil Kandungan Keterangan
oleh tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-
petani membayar sewa tanah dalam bentuk hasil pertanian
- Petani dikehendaki menyerahkan antara 50 – 60% daripada
hasil pertanian yang diperoleh sebagai cukai.
- Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa
kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru
diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui
cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu jenis
cukai sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.

5. Sistem pengairan
- Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan
mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk
menyalurkan air ke kawasan pertanian dan mengelakkan
banjir. Terusan juga digunakan untuk mengangkut hasil
pertanian ke bandar-bandar. Petani di China juga mahir
membina teres di lereng-lereng bukit bagi penanaman padi.

6. Pegkhususan pengeluaran barangan


- Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan dalam
pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan seperti
tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan
Szechwan; teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera
di Chekiang danselatanKingsu; kapas di Kinagsu dan daerah
utara; perlombongan di Yunnan; perusahaan kain kapas, kain
sutera, dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan, dan
hasil hutan (kayu balak) di Manchuria.

2. Cadangan  Peta China


BBM  Gambar Petani masyarakat China
 Power Point

3. Cadangan  Kuliah
Aktiviti  Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 Kuiz :
a) Guru membina beberapa soalan
b) Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c) Guru melantik hakim dan juri
d) Aktiviti kuiz dijalankan
e) Guru membuat rumusan
Bil Kandungan Keterangan
4. Sumber  Buku Rujukan :
Rujukan 1. Sivachandralingam Sundar Raja Sejarah Dunia (1500 –
1955), Shah Alam Raja Fajar Bakti.
2. Mahdi Shuib dan rakan-rakan, Teks STPM Sejarah
Penggal 1,Bandar Baru Bangi, Pelangi
3. Raymond Birn, Crisis, Absolutism, Revolution Europe
1648-1789, Harcourt Brace Jovanovich College Publishers.
 Internet/Blogspot :
d. Semekar Cintaku
e. Sukosensei
f. Cikgustpm

5. Cadangan  Contoh soalan esei :


latihan 1. Analisiskan masyarakat agraria di China pada abad ke-16
pengukuhan/ hingga 17.
pengayaan 2. Jelaskan ciri-ciri masyarakat agraria di China pada abad ke-16
hingga ke-17.

6. Latihan Lampiran 3
pengukuhan

MODUL SEJARAH 940/1


SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.4 : Masyarakat Maritim

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim

Kawasan Kajian/Masa : Portugal Abad ke-18 hingga 19

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan

1. a) Definisi dan Masyarakat Maritim di Portugal


ciri-ciri - Orang Portugis ialah bangsa Eropah terawal
masyarakat mempelopori pelayaran-pelayaran ke seberang laut
maritim di pada abad ke-15 M.
Portugal
Definisi Masyarakat Maritim:
- Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang
bergantung kepada aktiviti berasaskan laut.
- Masyarakat ini terlibat dalam perdagangan ,
perikanan, pengumpulan hasil laut, perkapalan,
penerokaan, penjelajahan dan aktiviti-aktiviti lain
yang mempunyai kaitan dengan kelautan. Kemunculan
masyarakat maritim di negara Eropah dapat dikesan
sejak abad ke-15M
- Portugal muncul sebagai kuasa laut yang terunggul
menjelang abad ke-16 M.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim:


a) Kegiatan ekonomi
- Kegiatan utama masyarakat maritim ialah aktiviti
perdagangan
- Masyarakat maritim membekalkan hasil tempatan
kepada pedagang-pedagang asing yang singgah di
pelabuhan
- Mereka juga terlibat dalam membeli dan mengedarkan
barang dagangan kepada pedagang-pedagang asing
yang singgah di pelabuhan.
b) Petempatan
- Lazimnya masyarakat maritim tinggal di kawasan
pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.
- Kedudukan berhampiran dengan laut memudahkan
mereka menjalankan aktiviti berkaitan dengan laut
Bil Kandungan Keterangan
c) Kemahiran membina kapal
- Masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran
dalam pembinaan kapal
- Mampu membina kapal yang besar seperti caravel
yang boleh belayar di lautan luas
- Kemajuan dalam pembinaan kapal menyebabkan
muncul industri pembinaan kapal di Portugal

d) Kemahiran teknologi pelayaran


- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran dalam
teknologi pelayaran
- Masyarakat maritim mempunyai kemahiran
menentukan arah pelayaran dengan menggunakan
kompas magnetik dan astrolabe
- Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi
dalam ilmu nautical
- Putera Henry mendirikan sebuah sekolah pelayaran
untukmelatih ahli pelayaran dan jurumudi di Sagres.

e) Penjelajahan dan penerokaan


- Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang
terdedah kepada kegiatan penerokaan dan
penjelajahan
- Mempunyai kemahiran dalam merancang dan
melancarkan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan
- Menjelang abad ke-15M, orang Portugis melancarkan
beberapa ekspedisi mencari jalan laut ke Timur –
contohnya Vasco da Gama melancarkan ekspedisi atas
permintaan Raja Manuel I sekitar tahun 1497

f) Sifat ingin tahu


- Masyarakat maritim mempunyai sifat ingin tahu yang
mendorong mereka melakukan penerokaan dan
penjelajahan
- Semangat ini mendorong mereka menjalankan kajian
mengenai bentuk muka bumi dan iklim sesuatu tempat

g) Semangat keterbukaan
- Masyarakat maritim memiliki semangat keterbukaan
- Sanggup mengharungi lautan luas dan belayar ke
negara-negara lain
- Menjalin hubungan dan berinteraksi dengan
masyarakat tempatan
- Hasilnya berlaku pemindahan idea dan teknologi
- Melahirkan cerdik pandai yang dapat menghasilkan
ciptaan-ciptaan baru
Bil Kandungan Keterangan
h) Memiliki sifat berani
- Masyarakat maritim berani hadapi cabaran
- Mempunyai kemampuan untuk hadapi pelbagai
cabaran ketika belayar di lautan luas
- Contohnya Ferdinand Magellan melancarkan
ekspedisi ke Timur pada tahun 1519
- Pengalaman yang diperoleh masyarakat maritime
ketika di laut menjadikan mereka bangsa yang berani

i) Keupayaan menguasai laluan laut


- Mempunyai keupayaan dan kebolehan dalam
menguasai jalan laut
- Mengatur langkah untuk mencari dan menguasai
laluan laut ke Timur
- Mendirikan pangkalan perdagangan di Sri Lanka,
Sumatera, Jawa dan Kepulauan Rempah

2. Cadangan BBM  Peta Portugal


 Gambar Kapal, Peta Pelayaran
 Power Point

3. Cadangan Aktiviti  Kuliah


 Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 Kuiz :
a. Guru membina beberapa soalan
b. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c. Guru melantik hakim dan juri
d. Aktiviti kuiz dijalankan
e. Guru membuat rumusan

4. Sumber Rujukan  Buku Rujukan :


a. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja
Fajar Bakti.
b. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi

 Internet/Blogspot :
a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm
Bil Kandungan Keterangan
5. Cadangan latihan  Contoh soalan struktur :
pengukuhan/pengayaan a. Jelaskan definisi masyarakat maritim di negara
Portugal pada abad ke-19.
_______________________________________
_______________________________________

 Contoh soalan esei :


a. Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritime di
negara Portugal pada abad ke-18.

6 Latihan pengukuhan Lampiran 4


MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.4 : Masyarakat Maritim

Hasil Pembelajaran : Menjelaskan definisi dan ciri-ciri masyarakat maritim

Kawasan Kajian/Masa : Jepun (Abad ke-18 hingga 19)

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan


1. a. Definisi dan Masyarakat Maritim di Jepun
ciri-ciri - Kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim boleh
masyarakat dikesan sejak abad ke-3 M apabila menjalinkan
maritim di hubungan dengan China dan Korea pada dinasti Qin
negara Jepun (221 – 206 M)
- Kemunculan Jepun sebagai kuasa dagang / maritim
dapat diperhatikan dengan jelas pada abad ke-14 M

Definisi Masyarakat Maritim


- Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang
memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan
dan kegiatan yang berkaitan dengan laut.
- Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat
untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau
kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi
dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air,
tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan
kawasan untuk berjual beli.
- Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang
tinggal di pesisir pantai, menjalankan aktiviti
perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan
mengutip hasil laut.
- Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu
manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah
Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk
masyarakat maritim.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun.

a) Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan.


- Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan
penangkapan ikan. Harold M. Vinacke mengatakan
makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah
Bil Kandungan Keterangan
ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan,
membaiki dan membuat kapal. 
- Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk
Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi
masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga
adalah penyelam mutiara yang handal.

b) Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai.


- Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di
keempat-empat pulau terbesarnya iaitu  Hokkaido, 
Honshu (pulau terbesar),  Shikoku, dan Kyushu.
Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-
gunung, dan sebahagian di antaranya
merupakan gunung berapi.
- Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai
seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan
menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar
pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima
dan lain-lain bandar pelabuhan.

c) Masyarakat pelbagai Budaya.


- Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa
menyebabkan masyarakat Jepun menerima pelbagai
pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian
yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian
Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China
serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan.
Di bandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-
pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum
pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian
dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama
Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan
kegiatan agama mereka.

d) Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran.


- Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran
mereka belayar hingga ke Australia, Asia Tenggara,
Amerika Selatan, Korea dan China.
- Mereka mampu membina kapal besar meredah
lautan. Kapal mohor merah (Shuinsen) adalah kapal
layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam
perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia
Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan
Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350
kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar
negeri.
Bil Kandungan Keterangan
b) Pelabuhan Entreport.
- Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan
melalui pelabuhan  entreport Kyushu, Shimoda,
Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada
abad ke-16, telah mengeksport  perak, 
berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya.
- Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-
produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit
rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh
Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan
daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi
tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

c) Menerima Pengaruh Luar.


- Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat
maritim Jepun mudah menerima pengaruh luar seperti
agama Buddha, Confucius dan agama Kristian.
- Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal
pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan
pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun
dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). 
- Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka
dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan
Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa
Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis.
- Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari
Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar
dari selatan

2. Cadangan BBM  Peta Jepun


 Gambar Kapal, Peta Pelayaran
 Power Point

3. Cadangan Aktiviti  Kuliah


 Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 Kuiz :
a. Guru membina beberapa soalan
b. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c. Guru melantik hakim dan juri
d. Aktiviti kuiz dijalankan
e. Guru membuat rumusan
Bil Kandungan Keterangan
4. Sumber Rujukan  Buku Rujukan :
a. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja
Fajar Bakti.
b. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi
c. Sejarah Jepun, Rajendran, M, Arena Buku

 Internet/Blogspot :
a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm

5. Cadangan latihan  Contoh soalan struktur :


pengukuhan/pengayaan b. Jelaskan faktor-faktor kemunculan Jepun sebagai
kuasa Maritim
_______________________________________
_______________________________________

c. Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa


Maritim :
i. Sosial
_____________________________________
_____________________________________
ii. Ekonomi
_____________________________________
_____________________________________

6 Cadangan latihan  Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim di Jepun pada


pengukuhan/pengayaan abad ke-18 hingga abad ke-19.

7 Latihan pengukuhan Lampiran 4


;MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.4: Masyarakat Industri

Hasil Pembelajaran : Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri.

Kawasan Kajian/Masa : England dan Jerman (Abad ke 18-19 )

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan


1. a. Masyarakat Definisi :
Industri di - Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang
England bergantung kepada sektor perindustrian.
- Terlibat dalam pengeluaran barangan dan
perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
- Dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung
kepada pengeluaran secara besar-besaran.

Ciri-ciri masyarakat industri:

a) Kegiatan ekonomi
- Pada peringkat awal, masyarakat industri di England
bekerja di kilang-kilang tekstil.
- Masyarakat bergantung kepada sektor perindustrian
sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan bagi
menyara hidup.

b) Mobiliti sosial
- Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian
menyebabkan taraf hidup golongan pekerja
meningkat. Peningkatan dalam pengeluaran
menyebabkan mereka menerima pendapatan yang
tinggi .

c) Pengkhususan kerja
- Pekerja-pekerja hanya perlu melakukan sebahagian
drpd kerja utk menghasilkan sesuatu barangan.
(pengkhususan kerja)

d) Kemunculan kelas
- Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka
menerima pendapatan yang tinggi dan perkembangan
ini melahirkan golongan kelas menengah dalam
Bil Kandungan Keterangan
- masyarakat.
- Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas, iaitu
kelas kapitalis dan kelas pekerja.
- Menjelang tahun 1851, ramai penduduk berhijrah ke
bandar-bandar perusahaan seperti Manchester, Leeds
dan Liverpool. Perkembangan ini melahirkan proses
pembandaran terutamanya di bandar-bandar
perindustrian.

e) Masyarakat literasi
- Merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan
berpendidikan. MI terdedah kepada unsur-unsur
demokrasi dalam kehidupan mereka. Mereka turut
memperjuangkan hak asasi dan kebajikan golongan
pekerja yang bekerja di sektor perkilangan.
- Sebagai contoh, David Ricardo memperjuangkan hak
golongan pekerja di parlimen England.

2. Cadangan BBM  Peta England


 Gambar Kapal, Peta Pelayaran
 Power Point

3. Cadangan Aktiviti  Kuliah


 Tutorial
 Sumbangsaran
 Melayari Laman Sesawang
 I Think
 Kuiz :
a. Guru membina beberapa soalan
b. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c. Guru melantik hakim dan juri
d. Aktiviti kuiz dijalankan
e. Guru membuat rumusan

4. Sumber Rujukan  Buku Rujukan :


a. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja
Fajar Bakti.
b. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi
c. Eropah Moden, Qasim Ahmad, Dewan Bahasa
dan Pustaka.

 Internet/Blogspot :
a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm
Bil Kandungan Keterangan
5. Cadangan latihan  Contoh soalan esei :
pengukuhan/pengayaan a) Sejauhmanakah peranan golongan puritan di
England menyumbang perkembangan
masyarakat industri di England pada abad ke-
18-19.

b) Analisakan ciri-ciri masyarakat industri di


England pada abad ke-18-19.

 Contoh soalan struktur :


a. Nyatakan konsep masyarakat industri di England
pada abad ke-18 hingga abad ke-19.
_______________________________________

_______________________________________

6 Latihan pengukuhan Lampiran 5


MODUL SEJARAH 940/1

SEJARAH DUNIA (1500 – 1955)

TAJUK 1 : Masyarakat

Unit 1.4: Masyarakat Industri

Hasil Pembelajaran : Menerangkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri.

Kawasan Kajian/Masa : Jerman Abad ke 18-19

Waktu pengajaran : 2 Waktu

Bil Kandungan Keterangan


1. a) Masyarakat Definisi masyarakat industri
Industri di - Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang
Jerman bergantung kepada sektor perindustrian.
- Masyarakat industri terlibat dengan pengeluaran
barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan
mesin.
- Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian
kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara
besar-besaran.
- Kemunculan masyarakat industi di Jerman berlaku
semasa tercetusnya Revolusi Perindustrian tahap
kedua(1860-an -1914)
- Pada era ini muncul industri-industri baru seperti
elektrik, kimia, petroleum dan logam ringan.
Keluaran sampingan terdiri daripada kereta, radio,
kapal terbang dan kain tiruan.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman.


a) Kegiatan ekonomi
i. Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan
bijih besi di Saxony dan Silesia barat Jerman.
- Pertambahan pengeluaran arang batu dua kali
ganda antara 1860 -1870.
- Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5
juta tan pada 1871 kepada 8.5 juta tan pada
1900.
- Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred
Krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti
berkualiti tinggi dan peralatan besi.

ii. Kemajuan dalam industri kulit


- 1870 -1914, Jerman telah mengambi lalih
tempat England dalam industri kulit.

Bil Kandungan Keterangan


- Berlaku perubahan kehidupan masyarakat kepada
gaya hidup yang mewah
iii. Pembangunan industri tekstil
- Tertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan
Silesia.
- Bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin
bagi meningkatkan lagi industri tekstil di
Jerman.

iv. Ciptaan baharu mulai berkembang di Jerman


- Syarikat Siemens dan Martin mula
meningkatkan pengeluaran keluli pada tahun
1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta
tan.
- Membawa kepada kemunculan kejuruteraan
elektrik di Jerman.
- Syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi
perintis kepada pembangunan perusahaan
kimia dan elektrik .

b) Kemajuan dalam teknik penyelidikan


- Jerman menghasilkan perbagai ciptaan baru yang
membantu kelahiran industri berskala besar.
- Syarikat kimia dan elektrik Jerman memonopoli
penubuhan makmal-makmal penyelidikan yang
lengkap dengan ahli-ahli kimia dan fizik terlatih
daripada universiiti.
- Beberapa perbadanan Jerman telah member
sumbangan besar mencipta teknik baru dengan
menjalinkan teknik penyelidikan saintifik dengan
amalan kerja biasa di kilang.
- Menjelang akhir abad 19, industri kimia dan
elektrik Jerman telah memimpin dunia.

c) Kemajuan kewangan
- Kerajaan Jerman mengawal pasaran bebas.
- Perkembangan sistem perbankan di Jerman
menggalakkan pertumbuhan perdagangan dan
perniagaan di Jerman. 1840an, Bank of Prusia
berfungsi sebagai joint stock dalam pengeluaran
kredit dan menyediakan pelaburan kapital.
- Bantuan modal mempercepatkan perkembangan
industri di jerman pada tahun 1870an. Hal ini
menggalakkan pertumbuhan industri
perlombongan arang batu, keluli, kapas dan kain
bulu serta kemajuan sistem pengangkutan darat
dan laut.

Bil Kandungan Keterangan


d) Kejuruteraan manusia
- Bidang perdagangan di Jerman dan sekolah-
sekolah teknik menyediakan lelaki untuk kerja-
kerja spesifik dan lebih efektif.
- Lahir satu kumpulan elit pengurusan yang penuh
disiplin dengan semangat kerja berpasukan ‘spirit
de corps’.

e) Kemajuan sistem pengangkutan


- Pembinaan jalan keretapi dibina dengan pesat
pada tahun 1870 hasil pembangunan industri
besi dan keluli.
- Firma Jerman di Borsig telah menjadi
pengeluar utama keretapi di Jerman.
- Kerajaan juga menyediakan kadar
perkhidmatan kereta api yang murah untuk
menghantar besi Jerman ke negara-negara
Eropah lain.
- Kemajuan ini membolehkan Jerman mula
mengeksport besi dan keluli ke lain-lain Negara
Eropah.
- Pada 1913, eksport besi dan keluli Jerman
bernilai 100 juta pound sterling.

f) Peluasan perdagangan antarabangsa


- Perkembangan pembangunan perindustrian di
Jerman menyaksikan pertambahan dalam
eksport sehingga menimbulkan masalah dalam
memasarkan barangan dan mendapatkan
sumber bahan mentah.
- Perindustrian di Jerman telah berkembang
kepada 243.8 peratus dari tahun 1887 -1912.

g) Dasar kerajaan Jerman


- 1879, Jerman menamatkan dasar perdagangan
bebas dan mengamalkan dasar melindungi
industri.
- Hal ini membantu dalam menambahkan hasil
pengeluaran Jerman antara tahun 1872 -1910.
- Bismarck telah memperkenalkan undang-
undang insuran sosial pada 1883 bagi
memastikan para pekerja mendapat
perlindungan.
Bil Kandungan Keterangan
2. Cadangan BBM  Peta Jerman
 Gambar Kapal, Peta Pelayaran
 Power Point

3. Cadangan Aktiviti  Kuliah


 Tutorial
 Sumbangsaran
 Kuiz :
a. Guru membina beberapa soalan
b. Guru membahagikan kepada pasukan A dan B
c. Guru melantik hakim dan juri
d. Aktiviti kuiz dijalankan
e. Guru membuat rumusan
4. Sumber Rujukan  Buku Rujukan :
a. Sejarah Dunia, Sivachandralingam Sundara Raja
Fajar Bakti.
b. Sejarah Dunia, Mahdi Shuib, Pelangi
c. Eropah Moden, Qasim Ahmad, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

 Internet/Blogspot :
a. Semekar Cintaku
b. Sukosensei
c. Cikgustpm

5. Cadangan latihan  Contoh soalan esei :


pengukuhan/ a) Perkembangan sektor industri di negara Jerman
pengayaan pada abad ke-19 telah mengubah corak kegiatan
masyarakat di negara tersebut. Bincangkan.
b) Masyarakat Jerman mengutamakan peningkatan
teknologi pada abad ke-19. Bincangkan
pernyataan ini.
 Contoh soalan struktur :
a. Jelaskan konsep masyarakat industri di Jerman.
_______________________________________
_______________________________________

 Contoh soalan esei :


a. Bandingkan ciri-ciri pemerintahan masyarakat
industri di England dan Jerman pada abad ke-18-19
7 Latihan pengukuhan Lampiran 5

LAMPIRAN 1 - AKTIVITI PENGUKUHAN

DimensiCiri / Masyarakat Feudal di England Masyarakat Feudal di Jepun


Masyarakat

Persamaan

Perbezaan
LAMPIRAN 2 - AKTIVITI PENGUKUHAN

DimensiSusun Lapis / Masyarakat Feudal di England Masyarakat Feudal di Jepun


Masyarakat

Persamaan

Perbezaan
LAMPIRAN 3 - AKTIVITI PENGUKUHAN

DimensiCiri / MasyarakatAgraria di Belanda MasyarakatAgraria di China


Masyarakat

Persamaan

Perbezaan
LAMPIRAN 4 - AKTIVITI PENGUKUHAN

DimensiCiri / MasyarakatMaritim di Portugal MasyarakatMaritim di Jepun


Masyarakat

Persamaan

Perbezaan
LAMPIRAN 5 - AKTIVITI PENGUKUHAN

DimensiCiri / MasyarakatIndustri di England MasyarakatIndustri di Jerman


Masyarakat

Persamaan

Perbezaan
LAMPIRAN 6 - AKTIVITI PEMULIHAN

Masyarakat Feudal di England

KONSEP

CIRI-CIRI

SUSUN LAPIS / STRUKTUR / HIERARKI


LAMPIRAN 7 - AKTIVITI PEMULIHAN

Masyarakat Feudal di Jepun

KONSEP

CIRI-CIRI

SUSUN LAPIS / STRUKTUR / HIERARKI


AKTIVITI PEMULIHAN

LAMPIRAN 8 - Masyarakat Feudal di England

Peranan Raja

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

PerananBangsawan

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………

Peranan Knight

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….…

Peranan Rakyat

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………

LAMPIRAN 7 - AKTIVITI PEMULIHAN

Masyarakat Feudal di Jepun

Peranan Raja

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….

Peranan Shogun

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………

Peranan Daimyo

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………

Peranan Samurai

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….

Peranan Rakyat

…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………….
LAMPIRAN 9 - AKTIVITI PEMULIHAN

Mengenalpasti lokasi kajian. Rujuk Peta Dunia. Pelajar melabelkan peta.

You might also like