You are on page 1of 2

KERTAS KERJA

TAKLIMAT PENGURUSAN AM PRASEKOLAH SESI 2016

SK TAMAN RINTING (1), MASAI, JOHOR

1. PROGRAM : Taklimat Pengurusan Am Prasekolah 2016

2. MATLAMAT :
Program ini diadakan bagi melengkapkan ibubapa dengan pengetahuan dan pengalaman
bermakna tentang pendidikan prasekolah. Selain itu ia diharap akan dapat meningkatkan
keprihatinan ibubapa terhadap kepentingan pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

3. OBJEKTIF :
a. Memberi pengetahuan kepada ibubapa mengenai program yang sesuai dengan kanak-kanak
prasekolah.
b. Menyemai semangat kerjasama di kalangan ibubapa dalam pelaksanaan program
prasekolah.
c. Menggalakkan penglibatan ibubapa secara langsung dan tidak langsung dalam program
prasekolah.
d. Menyediakan pengetahuan mengenai pelbagai aspek pembelajaran prasekolah.

4. TARIKH : 31.12.2015 ( KHAMIS )


MASA : 9.00pagi – 11.00pagi
TEMPAT : Bilik Prasekolah

5. AKTIVITI / TENTATIF :
- Pendaftaran Ibubapa
- Ucapan Guru Besar
- Penyampaian surat / sijil Perlantikan AJK Majlis Permuafakatan 2016
- Taklimat Pengurusan Prasekolah 2016
- Pengagihan uniform dan baju sukan murid

6. KOS : RM 110.00

Bil Perkara Anggaran kos Jumlah


1 Sijil AJK RM 1.00 x 10 orang RM 10.00
2 Kudapan RM 2.00 x 50 orang RM100.00

7. SASARAN :
50 orang ibubapa murid-murid prasekolah
8. SUMBER
Sumbangan ibubapa

9. SUMBER TENAGA
Guru Prasekolah
Pembantu Pengurusan Murid

10. STRATEGI PELAKSANAAN


- Perbincangan dengan Guru Besar dan GPK Pentadbiran
- Penyediaan kertas kerja, surat panggilan, pamphlet dan bahan taklimat.
- Melaksanakan program
- Laporan program

11. KAWALAN / SELIAAN


- Guru Besar
- Pentadbiran

12. PENILAIAN
Petunjuk Prestasi : ibubapa yang berpengetahuan
Pengukur prestasi : penyertaan / kehadiran ibubapa

13. PENUTUP
Semoga perancangan yang telah dibuat dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta
mencapai objektif yang diharapkan.

Disediakan oleh Disahkan oleh:

…………………………………………. ....................................................

( RAHMAH BINTI AHMAD ) ( NORLIZA BINTI HASHIM )


Guru Prasekolah, Guru Besar,
SK Desa Cemerlang, SK Desa Cemerlang,

You might also like