You are on page 1of 4

Semester I Sesi 2018/2019

FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN


SEMESTER I SESI 2018/2019

EPPD1033 PRINSIP PERAKAUNAN


Tutorial Penyata Kewangan Diterbitkan

1. Jelaskan objektif perakaunan kewangan.

2. Perakaunan menyediakan maklumat kepada pengguna untuk tujuan pembuatan


keputusan mengenai pengagihan sumber yang terhad.

(i) Kenalpasti DUA (2) pengguna utama maklumat pelaporan kewangan.

(ii) Huraikan jenis keputusan yang dibuat oleh setiap pengguna yang disenaraikan
dalam (i) di atas dan jenis maklumat yang diperlukan bagi setiap keputusan
tersebut.

3. Bezakan di antara Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan dengan memberikan


perincian jenis laporan yang diliputi bagi setiap satunya.

4. Kerangka Kerja Konseptual bagi Pelaporan Kewangan memberi garispanduan untuk


penyediaan penyata kewangan untuk penggunaan pengguna luaran.

a) Jelaskan kepentingan Kerangka Kerja Konseptual bagi Pelaporan Kewangan.

b) Huraikan ciri-ciri kualitatif asas dan ciri-ciri kualitatif yang boleh meningkatkan
kebergunaan maklumat seperti yang dinyatakan di dalam Kerangka Kerja Konseptual
bagi Pelaporan Kewangan.

c) Terangkan amalan yang dilaksanakan bagi menerapkan ciri-ciri berikut dalam


pelaporan kewangan:
(i) Kebolehfahaman
(ii) Kebolehbandingan
(iii) Kebolehsahan
(iv) Pemasaan

1
Semester I Sesi 2018/2019

5. Terangkan secara ringkas kandungan Laporan Juruaudit.

6. Jelaskan prinsip perakaunan yang boleh dikaitkan dengan setiap yang berikut:
(i) ciri kualitatif kerelevanan
(ii) ciri kualitatif perwakilan benar
(iii) penyediaan Nota Kepada Akaun

7. Jelaskan apa yang dimaksudkan sebagai piawaian perakaunan.

8. Terangkan maksud ‘Polisi Perakaunan yang signifikan’ dengan menyertakan DUA (2)
contoh polisi perakaunan yang bersesuaian.

9. Soalan berikut melibatkan Penyata Alir Tunai

a) Jelaskan kenapa keuntungan bersih tidak semestinya memberikan aliran tunai


yang positif.

b) Bezakan di antara kaedah langsung dengan kaedah tak langsung bagi Penyata Alir
Tunai.

c) Jelaskan kenapa di bawah kaedah tak langsung pelarasan perlu dilakukan


dilakukan ke atas pendapatan bersih.

d) Huraikan jenis pelarasan yang perlu dilakukan ke atas pendapatan bersih bagi
kaedah tak langsung serta berikan DUA (2) contoh bagi setiap jenis pelarasan.

e) Penyata Alir Tunai mengkelaskan aktiviti entiti kepada aktiviti operasi, aktiviti
pelaburan dan aktiviti pembiayaan. Bagi setiap aktiviti tersebut berikan DUA (2)
contoh urusniaga yang melibatkan aliran tunai masuk dan DUA (2) contoh yang
melibatkan aliran tunai keluar.

f) En. Hanif, pengerusi dan pemegang saham majoriti Hanifa Sdn. Bhd., telah
meminta bantuan anda untuk menyediakan penyata kewangan bagi syarikatnya.
Berikut merupakan Penyata Alir Tunai Hanifa Sdn. Bhd. bagi tahun berakhir 31
Disember 2017 yang telah anda sediakan:

Hanifa Sdn. Bhd.


Penyata Alir Tunai
bagi tahun berakhir 31 Disember 2017

Alir tunai dari aktiviti operasi    


Pendapatan bersih 150,000  
Pelarasan untuk memperolehi tunai dari operasi:    

2
Semester I Sesi 2018/2019

Susutnilai 30,000  
Laba dari jualan mesin -150,000  
Perubahan dalam modal kerja    
Penurunan dalam belum terima dagangan 2,000  
Peningkatan dalam inventori barangniaga -26,000  
Penurunan dalam belum bayar dagangan 4,000  
Penurunan dalam belanja terakru -47,000  
Alir tunai bersih dari aktiviti operasi   -37,000
     
Alir tunai dari aktiviti pelaburan    
Penerimaan tunai dari jualan mesin 75,000  
Pembayaran tunai untuk pembelian peralatan -145,000  
Alir tunai bersih dari aktiviti pelaburan   -70,000
     
Alir tunai dari aktiviti pembiayaan    
Pembayaran dividen tunai -40,000  
Alir tunai bersih digunakan dalam aktiviti pembiayaan   -40,000
     
Peningkatan bersih tunai dan kesetaraan tunai   -147,000
Baki tunai dan kesetaraan tunai pada 1 Januari 2017   66,000
Baki tunai dan kesetaraan tunai pada 31 Disember 2017   -81,000

Setelah meneliti Penyata Alir Tunai di atas, En. Hanif telah menghubungi anda untuk
mendapatkan penjelasan tentang beberapa persoalan berikut yang mengelirukan
beliau:

1. Mengapa perlu disertakan Penyata Alir Tunai sedangkan pihak pengguna penyata
kewangan boleh menentukan pergerakan dalam tunai dengan melihat perbezaan
di antara baki tunai awal dan baki tunai akhir?

2. Apa perbezaan di antara aktiviti operasi, aktiviti pelaburan dan aktiviti


pembiayaan?

3. Mengapa perlu ditunjukkan alir tunai bagi aktiviti operasi, aktiviti pelaburan dan
aktiviti pembiayaan secara berasingan sedangkan semuanya merupakan aktiviti
perniagaan?

4. Mengapa perlu dibuat pelarasan kepada pendapatan bersih untuk memperolehi


tunai dari operasi?

5. Mengapa syarikat membuat keuntungan tetapi baki tunainya negatif?


3
Semester I Sesi 2018/2019

Dikehendaki:

Beri penjelasan kepada persoalan 1 hingga 4 yang dikemukakan oleh En. Hanif.

You might also like