You are on page 1of 1

Huraikan cara guru boleh memastikan ujian bilik darjah mudah ditadbir.

1. Menentukan tujuan ujian


- Guru hendaklah memastikan tujuan sebenar sesuatu ujian diadakan berdasarkan
kepentingan ujian dan keperluan ujian. Guru juga perlu menentukan objektif ujian
dengan tepat mengikut tahap Taksonomi Bloom yang bersesuaian
2. Memilih jenis soalan
- Guru perlu memilih jenis-jenis soalan bergantung kepada tahap kemahiran yang hendak
dinilai.
3. Menyediakan soalan ujian
- Semasa menggubal atau menulis item ujian, guru harus memastikan item mudah
difahami, ringkas dan tepat. Arahan soalan dan format ujian juga haruslah tepat dan
jelas.
4. Mengumpulkan soalan
- Dalam mengumpul soalan, guru harus menyusun ujian yang telah digubal mengikut jenis
soalan dan sukatan kandungan.
5. Mentadbir ujian
- Pentadbiran ujian juga perlu mengambil kira semua kriteria seperti tempat ujian, jenis
kertas dan tulisan, masa dan suasana yang optimum untuk pelajar seperti susunan
jadual.
6. Mentaksir ujian
- Guru harus mentaksir soalan ujian dari segi kesukaran dan kebolehan mendiskriminasi
item tersebut. Proses penafsiran adalah secara saintifik
7. Menggunakan keputusan
- Pencapaian keputusan dalam ujian akan menunjukkan keberkesanan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bilik darjah. Keputusan sangat penting kepada pelajar, guru dan ibu
bapa.

You might also like