You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG SKBU Kali ke-7 Sesi 2019/2020

Tarikh : 28 November 2020 (Sabtu)


Masa : 10.00 pagi – 12.25 tengahari
Tempat : Kantin SKBU

Hadir :
1- Pn. Badariah Binti Mahfods (Penasihat)
2- En. Hafizi Affandi Mohd Zain (YDP)
3- En. Mohd Wafiy Bin Rosli (Setiausaha)
4- En. Idris Bin Shakbodin (Bendahari)
5- En. Hamzah Bin Hashim (AJK)
6- Pn. Salidah Binti Setahing (AJK)
7- En. Mohd Arif Ismail (AJK)
8- En. Ami Mahyuddin (AJK)

Tidak Hadir :
1- En. Rashid Bin Baharuddin (NYDP)
2- Pn. Subasne Manican (AJK)
3- En. Senderan Sukirivan (AJK)
4- En. Nizam Bin Baharuddin (AJK)
5- En. Syamsir Bin Abu Bakar (AJK)
6- En. Hafsham Rohmat (Juruaudit)
7- Pn. Rohana Binti M.Saan (Juruaudit)

Turut Hadir :
1- Pn. Fauziah Binti Hassan (GPK Kurikulum)
2- En. Mohd Rizaudin Bin Md Yaakub (GPK HEM)
3- Pn. Hjh Raziah Binti Md Nasib (GPK Koku)
4- En. Ab Salam Bin M. Kabir Sahib (GPK Petang)
5- Pn. Rozanita Binti Ismail (GPK PPKI)

1. Ucapan aluan Pengerusi


1.1-YDP En.Hafizi Affandi mengucapkan terima kasih di atas penyertaan semua AJK ke mesyuarat
kali ini dan mengalu-alukan kedatangan barisan guru penolong kanan yang baru ke SK Batu
Unjur.

2. Ucapan Penasihat :
2.1-Mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir dan mengharapkan kehadiran
ajk lain yang lebih ramai.
2.2-Guru Besar memperkenalkan tiga orang guru penolong kanan yang baru datang ke SK Batu
Unjur, iaitu Pn Hjh Raziah binti Md Nasib, En Ab Salam bin M. Kabir Sahib dan Pn Rozanita binti
Ismail.
2.3-.Semua sesi persekolahan bersemuka tidak dibenarkan bermula 8 Oktober sehingga 18
Disember 2020. Secara automatiknya segala program PIBG yang telah dirancang juga terpaksa
ditangguhkan.
2.4- Urusan pejabat sekolah tetap berjalan seperti biasa dengan sistem penggiliran staf dan guru
pentadbir.
2.5-Semua guru akan mengikuti mesyuarat akhir tahun 2020 dan awal tahun 2021 pada suatu
tarikh yang akan diumumkan nanti.
3. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu : Cadangan pengesahan - En. Arif
Sokongan - En. Ami

4. Pembentangan Kewangan : 14-01-2020 hingga 28-11-2020


- Perbelanjaan - RM 21,423.00
- Baki di tangan - RM 500.00
- Baki di bank - RM 14,813.32
- Keseluruhan - RM 37,737.32

Cadangan pengesahan - En. Ami


Sokongan - En. Arif

5. Perkara-perkara berbangkit :
5.1- YDP mengingatkan agar segala program bantuan persekolahan dipercepatkan dan
diperkasakan terutamanya untuk membantu keluarga murid yang terjejas akibat Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP)
5.2- Permohonan cat pagar sekolah RM1000- Diluluskan

6. Hal-hal lain :
6.1-Guru Besar memaklumkan SK Batu Unjur telah mendapat peruntukan RM 20,000 untuk
membaiki tandas murid.Projek telah dimulakan sejak awal Oktober dan telah siap sepenuhnya.
6.2- Guru-guru masih meneruskan pembelajaran secara online,namun tindakbalas daripada
murid semakin menurun. Pihak sekolah telah bersedia dengan modul PKP sebagai langkah
alternatif.
6.3- Penyerahan modul tahun 6 telah dijalankan pada 27 November dengan kehadiran seramai
53%. Murid diminta menghantar semula modul tersebut pada 7 Disember untuk disemak oleh
guru.
6.4- SK Batu Unjur telah terpilih sebagai ssalah sebuah sekolah TS25. Oleh itu, sebuah video
korporat akan disediakan.Antara transformasi yang akan dijalankan adalah termasuk penglibatan
komuniti dengan PIBG dan perlu mewujudkan bilik kelas abad ke-21.
6.5-Duit kutipan tahun 6 tidak akan dikembalikan dan kerana sebahagiannya telah digunakan
untuk cetakan modul dan gambar. Manakala kutipan kelas tambahan akan dipulangkan semula.
6.6-Permohonan pokok bunga akan dibuat melalui Jabatan Taman dan Rekreasi MPK untuk
menaik taraf keceriaan persekitaran sekolah.
6.7-En Rizaudin memaklumkan pendaftaran tahun 1 secara online dibuka sehingga 15 Disember
2020. Orientasi pra sekoah dan PPKI akan dijalankan pada 8 Januari 2021 bersama dengan
pembayaran sumbangan.
6.8-Pihak sekolah menerima sumbangan 100 beg sekolah daripada MacDonald serta pelitup
muka daripada kerajaan Negeri Selangor. Proses pengagihan dijalankan secara berperingkat.
6.9-Duit bayaran murid bukan warganegara akan dikembalikan semula kepada PIBG pada akhir
tahun.
6.10-En Salam memaklumkan dapatan awal mendapati hampir 50% murid Tahun 1 tidak
mencapai tahap menguasai, beberapa perancangan untuk tahun 2021 sedang dirangka.
6.11-Pn Rozanita mengucapkan terima kasih atas sumbangan baikpulih bumbung pra khas.
Namun masih ada beberapa perkara yang masih perlu di baiki,antaranya tandas, bilik Pendidikan
Jasmani dan ruang makan bagi murid yang sukar dikawal.
6.12-Pn Raziah memaklumkan segala perkara berkaitan PAJSK telah selesai.
6.13-Pn Fauziah memaklumkan laporan akhir PBD telah selesai diisi oleh guru. Murid tahun 6
akan menyerahkan semula fail peribadi pada hari yang sama pemulangan buku teks nanti.
6.14-Buku transisi untuk tahun 1 2021 sudah ditempah untuk kegunaan tahun hadapan.
6.15-En Arif memaklumkan langganan internet sekolah sudah ditamatkan,namun masih dalam
proses bayaran kerana belum menerima bil terakhir daripada pihak TM.
7. Penutup:
7.1-YDP mengucapkan terima kasih atas segala komitmen yang diberikan,mesyuarat
ditangguhkan pada jam 12.25 tengahari.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

----------------------------------- ----------------------------------
(Mohd Wafiy Rosli) (Hafizi Affandi Mohd Zain.PJK)
Setiausaha, Yang Di Pertua,
PIBG SKBU. PIBG SKBU.

You might also like