You are on page 1of 7

KATA PERINTAH & AYAT PERINTAH

Kata perintah ialah kata yang menyatakan larangan , arahan , silaan,


harapan, permintaan.

Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh ,meminta, memerintah atau


melarang seseorang melakukan sesuatu.
SILAAN

Sila

* Silalah makan buah-buahan ini.

Jemput
* Jemputlah duduk dahulu , “ kata Kok Seng
kepada tetamunya.
LARANGAN

Jangan

* Jangan bermain di tepi lombong itu.

Usah

* “ Usah terlalu percaya akan kata-kata Mak Jah itu,”


kata Farhan kepada isterinya.
PERMINTAAN

Harap

* Harap Mak Cik Hasnah sudi menerima sumbangan ikhlas


daripada kami.

Minta

* Minta semua hadirin yang berada di luar masuk ke dewan


sekarang.

Tolong

* “ Tolong padamkan suis kipas di dalam bilik itu, “ kata ayah.


A. Warnakan pada kata perintah yang paling sesuai.
1. ________________________ pukul anak kucing itu.

Jangan Jemput

2. ________________________ belikan saya sekilogram gandum.

Harap Tolong

3. “_________________________ lah masuk ke dalam rumah, “ kata Rahimah kepada kawan-kawannya.

Tolong Sila

4. ___________________________ engkau pedulikan kata –kata budak itu kerana dia memang suka bergurau.

Usah Jemput

5. _______________________________ perhatikan murid – murid , ujian bulanan akan diadakan pada minggu hadapan.

Harap Minta
B. Gariskan kata perintah yang paling sesuai dalam ayat-ayat di bawah.

1. (Usah, Sila, Jangan ) beratur ketika menaiki bas.

2. (Sila, Usah, Jemput ) difikirkan perkara yang menyedihkan itu


lagi.

3. ( Sila , Minta, Jangan ) berbual-bual semasa peperiksaan


dijalankan.

4. (Usah, Tolong, Jangan) kemaskan bilik kamu selepas bangun


daripada tidur.

5. “( Sila, Tolong, Jangan) rujuk muka surat 67 , “ kata Cikgu


Sarah.

6. (Minta , Tolong, Jemput) maaf cikgu ,saya terlewat ke sekolah.


C.Bina ayat perintah berdasarkan kata perintah yang diberikan.

1. Sila

2. Jemput

3. Jangan

4. Usah

5. Tolong

You might also like