You are on page 1of 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


Aras 1, 6 & 7, Blok E13, Kompleks E Tel. :03 88841002
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Faks :03 88841034
62604 PUTRAJAYA Laman Web :www.moe.gov.my
MALAYSIA

Rujukan Kami : KPM.600-12/1/4 JLD ( )


Tarikh : Mei 2020
Ramadan 1441Hijrah

Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri
(Senarai seperti edaran)

YBrs. Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN PERTANDINGAN KODING PERINGKAT KEBANGSAAN 2020 UNTUK


SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH “NATIONAL SCRATCH COMPETITION
(NSC)”

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian


(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menerima maklumat
berkaitan pelaksanaan Pertandingan Koding Peringkat Kebangsaan 2020 untuk
Sekolah Rendah dan Menengah ‘National Scratch Competition (NSC)’ di
sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Kiroboot Technology Sdn
Bhd @ KiroTech Robotics & STEM Education Centre dan Pertubuhan
Intelektual Dan Inovasi Malaysia dengan kerjasama myRis Universiti Malaysia
Sabah, Malaysia Digital Economy Cooperation (MDEC) dan Alumni Parlimen
Belia Malaysia.

3. Kementerian tiada halangan terhadap perlaksanaan NSC. Pertandingan ini


disediakan bagi memupuk minat murid dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan
dan matematik (STEM), sekaligus merapatkan jurang sosial dan digital dengan
memberi peluang kepada murid-murid untuk menceburi bidang robotik dan koding.

4. Untuk makluman YBrs. Dr./Tuan/Puan, pertandingan ini adalah terbuka


kepada murid-murid sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Peserta boleh
mendaftar penyertaan di https://aoneschools.com/event/kirotech-robotics-stem-
education
5. Bersama-sama ini disertakan maklumat berkaitan Pertandingan Koding
Peringkat Kebangsaan 2020 untuk Sekolah Rendah dan Menengah ‘National
Scratch Competition (NSC)’. Pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan dipohon memanjangkan
maklumat berkenaan kepada sekolah-sekolah di bawah penyeliaan YBrs.
Dr./Tuan/Puan.

Kerjasama dan sokongan penuh daripada pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan amat dihargai
dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ZAINAL BIN ABAS)


Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

ZK/zk

s.k: 1. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah)


2. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
3. Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh
4. Pengarah Bahagian Pendidikan dan LatihanTeknikal Vokasional
5. Pengarah Bahagian Pendidikan Swasta
6. Pengarah Bahagian Pendidikan Islam
7. Pengarah Kiroboot Technology Sdn Bhd.
SENARAI EDARAN

1. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Jalan Tun Abdul Razak,
01990 Kangar, Perlis.
Tel : 04-9761177
Faks : 04-9767080

2. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan,
Jalan Stadium,
05604 Alor Star,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-7331311
Faks : 04-7317242

3. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang
Jalan Bukit Gambir,
11700 Pulau Pinang
Telefon : 04-6575500
Faks : 04-6582500

4. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
Jalan Tun Abdul Razak
30640 Ipoh
Perak Darul Ridzuan
Telefon : 05-5015000
Faks : 05-5277273

5. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3e,
Seksyen 4,
40604 Shah Alam,
Negeri Selangor Darul Ehsan
Telefon : 03-55186500
Faks : 03-55102133

6. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telefon : 06-7653100
Faks : 06-7639969
7. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana,
75450 Bukit Beruang Melaka,
Melaka
Telefon : 06-232 3776/777/778/779
Faks : 06-232 0500

8. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor
Wisma Pendidikan
Jalan Tun Abdul Razak
80604 Johor Bahru
Johor
Telefon : 07-2332200
Faks : 07-2385789

9. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Pahang
Bandar Indera Mahkota
25604 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Telefon : 609-5715700
Faks : 609-5734857

10. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
Terengganu
Telefon : 09-6244500
Faks : 09-6227207

11. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Bandar Baru Tunjong
16010 Kota Bharu,
Kelantan
Telefon : 09-7418001
Faks 09-7482554

12. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Jalan Punat Tanah, 88450 Kota Kinabalu,
Sabah, Malaysia

13. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
Jalan Diplomatik Off Jalan Bako, Petra Jaya,
93050 Kuching Sarawak
Telefon : 082-243201 / 253546 / 256195 Faks : 082-246750
14. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Persiaran Duta, Off Jalan Duta,
50604 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-62037777
Faks : 03-62037788

15. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan
Aras 10, Blok 4,
Kompleks Ujana Kewangan,
Peti Surat 81097,
87020 Wilayah Persekutuan Labuan.
Telefon : 087-583351 / 583351 / 583357
Faks : 087-583352

16. Pengarah
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Aras 7, Lobi 2, Blok E2
Kompleks Kerajaan Persekutuan Parcel E
62604, Putrajaya

You might also like