You are on page 1of 4

LAPORAN KEMALANGAN MURID SEKOLAH

LAPORAN AWAL KES/ KEJADIAN

Tajuk/Perkara : Kemalangan Melibatkan Kematian Murid (Jatuh Bagunan )

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan (2) Taman Selayang

Tarikh Kes/ Kejadian : 19.05.2017 ( Jumaat )

Tempat Kes/Kejadian : Pangsapuri Mawar Selayang Muia ( Rumah Mangsa )

Masa Kes/ Kejadian : Lebih kurang 1.30 petang.

Nama Murid Terlibat : Mohammad Nazirul Nasyat B.d Isa ( Tahun 3 amanah )

Ringkasan Kes Kejadian :

Kejadian berlaku lebih kurang jam 1.30 petang ditempat tinggal mangsa dimana peristiwa ini
disedari oleh orang ramai dan ibu mangsa ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah
dari menghantar anak yang darjah satu ke sekolah. Ibunya telah memaklumkan kejadian
kepada guru kelas anaknya mengenai kejadian tersebut. Tanpa berlengah guru Puan
Jasmadinah telah melaporkan kepada Guru Besar kejadian tersebut. Guru Besar telah
mengarahkan GPK HEM bersama seorang guru pergi ke tempat kejadian untuk mendapat
maklmat yang sebenar dan melaporkan kejadian kepada pihak PPD Gombak dengan
segera.
Hasil maklumat orang ramai dan pihak polis, mangsa didapati terjatuh dari tingkat 10
semasa sedang bermain kejar-kejar diluar rumahnya bersama rakan rakannya tanpa
disedari oleh bapanya. Jenazah mangsa telah dibawah oleh pihak polis ke Hospital Selayag
untuk proses bedah siasat lebih kurang jam 5.00 petang.
Lebih kurang jam 9.00 malam, jenazah dibawa ke masjid untuk urusan jenazah dan
pengebumian ditanah perkuburan Sungai Tua. Beberapa orang guru bersama dengan KPPG
turut hadir.
Sementara itu selepas kejadian, pihak sekolah telah melakukan bantuan awal dengan
memberi sumbangan kewangan bagi membantu meringankan bebanan kelurga mangsa.
Guru Besar bersama dengan AJK Kebajikan Murid hadir kerumah kelurga mangsa untuk
menyampaikan sumbangan tersebut.
Pihak sekolah juga membantu Ibubapa mangsa menguruskan tuntutan insuran Takaful
Murid 1Malaysia dengan Syarikat Takaful Malaysia.

Laporan di sediakan :

............................................
AZMAN BIN ISHAK
PK HEM
SK(2) TAMAN SELAYANG

 Simpanan fail
Gambar Kejadian

You might also like