You are on page 1of 1

Laporan Kemalangan Di Kawasan Sekolah

Laporan Awal Kejadian

Perkara : Kemalangan melibatkan kecederaan murid.

Nama Sekolah : Sek. Keb. Bukit Damar

Tarikh kejadian: 7.4.2018 (Rabu)

Tempat Kejadian: Kawasan Sekolah (Padang Sekolah)

Masa Kejadian : 8.30 pagi (waktu Kokurikulum permainan Sepak Takraw)

Nama Guru : Muhammad Idil Ilhafiz Bin Rosly

Nama Murid terlibat : Mohamad Hafiq Hafizie Bin Ramzi ( 5Ikhlas)

Ringkasan Kejadian :

Kejadian berlaku pada jam 8.30 pagi di gelanggang sepak takraw semasa waktu Kokurikulum Sukan Dan
Permainan Sepak Takraw. Semasa kejadian tersebut murid sedang melakukan aktiviti sepak takraw
dengan pengawasan guru. Guru yang menguruskan dan menyelia aktiviti sepak takraw tersebut ialah
cikgu Muhammad Idil Ilhafiz Bin Rosly. Semasa melakukan aktiviti sepak takraw, murid tersebut telah
jatuh dan apabila dilihat oleh guru, kecederaan yang dialami oleh murid tersebut didapati mengalami
bengkak dibahagian lengan dan mungkin mengalami patah tangan. Semasa kejadian berlaku, En Anuar
Bin Idris (GPK Kokurikulum) berada dikawasan kejadian dan terus melihat kecederaan pada murid
tersebut dan meminta dua orang guru iaitu En Muhammad idil ilhafiz Bin Rosly serta En Hamzan Bin
Abdul satar untuk terus membawa murid tersebut pergi ke klinik Lanchang untuk mendapatkan
rawatan. Dalam perjalanan ke klinik Lanchang, murid tersebut dibawa balik ke rumahnya untuk
dimaklumkan kepada ibu bapanya tentang kecederaan yang menimpa anak mereka. Bapa murid
tersebut telah memberi kebenaran untuk guru membawa anaknya ke klinik lanchang dengan ditemani
oleh abang murid tersebut. Sampai sahaja di klinik lanchang, murid tersebut telah didaftarkan dan diberi
rawatan oleh pihak klinik Lanchang. Setelah dperiksa dan diberi rawatan, didapati murid tersebut
mungkin mengalami patah tangan dan perlu dibawa ke hospital Temerloh untuk rawatan dan
pemeriksaan selanjutnya kerana klinik Lancahang tidak mempunyai kemudahan xray. Selepas pihak
klinik membuat surat rujukan untuk diberikan kepada pihak hospital Temerloh, murid tersebut dibawa
balik ke sekolah untuk diberikan surat daripada sekolah untuk diberikan kepada pihak Hospital
Temerloh. Semasa disekolah, bapa kepada murid tersebut telah datang ke sekolah dan meminta
kebenaran daripada guru besar Pn. Saripah maisarah Syed Zainal untuk membawa sendiri anaknya yang
cedera ke hospital Temerloh. Pihak sekolah akur dengan kemahuan bapa murid tersebut membawa
anaknya ke Hospital Temerloh. Pihak Sekolah mengeluarkan surat dan memberikan surat rujukan
hospital kepada bapa murid tersebut untuk dibawa ke Hospital Temerloh.

You might also like