You are on page 1of 7

6.

6 KEPEKATAN
PIAWAI
@Lilacalico
“ - Larutan piawai ialah satu larutan
yang kepekatannya diketahui.
- Kelalang volumetrik digunakan
untuk menyediakan isipadu tepat
suatu larutan tertentu dan untuk
menyediakan larutan piawai.

@Lil
aca
lico
Penyediaan larutan piawai dengan kaedah pencairan
1. Pencairan - proses mencairkan larutan yang pekat dengan menambah air untuk menghasilkan larutan yang lebih
cair.

2. Apabila suatu larutan dicairkan, isipadu larutan bertambah tetapi bilangan mol zat terlarut adalah tetap. Melalui
proses ini, kepekatan larutan berkurang.

3. Sekiranya suatu larutan yang mempunyai isipadu V cm^3 dengan kemolaran M1 mol dm^-⅓ dicairkan menjadi
larutan yang berisi padu V2 cm^3, kemolaran larutan cair, M2 boleh ditentukan menggunakan rumus berikut :

Bilangan mol zat terlarut sebelum pencairan = M1V1/1000

Bilangan mol zat terlarut selepas pencairan = M2V2/1000

Oleh itu, bilangan mol zat terlarut adalah sama sebelum dan selepas pencairan ;

M1V1/1000 = M2V2/1000 atau M1V1 = M2V2


Langkah-langkah
penyediaan larutan
piawai dengan kaedah
pencairan larutan akues
@Lilacalico
@Lilacalico

2. Pipet isipadu
larutan V1, dan
dipindahkan kepada
sebuah kelalang
volumetrik.
1. Hitungkan 3. Tambah air suling
isipadu larutan secukupnya kedalam
V1 yang kelalang volumetrik
diperlukan untuk sehingga sampai
pencairan isipadu V2.
CONTOH
50cm^3 air ditambahkan kepada 200cm^3 larutan NaOH 2 mol
dm^-3. Tentukan kemolaran larutan yang dicairkan.
JAWAPAN :
Jumlah isipadu = 50 + 200 = 250 cm^3
M1V1 = M2V2
2 X 200 = M2(250)
M2 = 2 X 200 / 250
= 1.6 mol dm^-3
CONTOH
Huraikan secara ringkas bagaimana anda menyediakan 100cm^3
asid hidroklorik 0.1 mol dm^-3 daripada suatu larutan piawai asid
hidoklorik 2.0 mol dm^-3.
JAWAPAN :
M1V1 = M2V2
2.0 X V1 = 0.1 X 100
V1 = 0.1 X 100 / 100
= 5cm^3
5 cm^3 HCI 1.0 mol dm^-3 dicampurkan dengan 95 cm^3 air suling
untuk menghasilkan 100cm^3 larutan HCI 0.1 mol dm^-3.

You might also like