You are on page 1of 3

KEMENTERIAN PENDIDlKAN MALAYSIA

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Tel: 03-55186500


Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen4 Faks : 03-55102133
40604 Shah Alam, Selangor Laman Web: jpnselangor.moe.gov.my

Ruj. Tuan
Ruj. Kami : JPNS.SPM.600-3/15/18 Jld.4 (£, 1)
Tarikh tty Jun 2021

Pengetual Guru Besar


Sekolah-sekolah Negeri Selangor
Tuan,

MAKLUMAN PINDAAN BILANGAN PENYERTAAN MURID DAN ASPEK PENILAIAN


PERTANDINGAN DALAM KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM (SAINS, TEKNOLOGI,
KEJURUTERAANDAN MATEMATIK) PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Dengan segala hormatnya surat daripada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
(BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan nombor rujukan KPM.600-12/1/1
Jld.12 (49) bertarikh 9 Jun 2021 dan surat daripada Jabatan Pendidikan Selangor (JPS)
dengan nombor rujukan JPNS.SPM.600-3/5/18 Jld.4 (25) bertarikh 3 Jun 2021 dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Selangor (JPS) telah menerima


maklumat terkini daripada Sahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (SSKK), KPM dengan
kerjasama Unit Pembangunan Sakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri sedang melaksanakan
Karnival STEM Peringkat Negeri hingga bulan Ogos 2021. Terdapat dua (2) aktiviti individu dan
enam (6) aktiviti berkumpulan yang dipertandingkan dalam Karnival STEM 2021 yang bertujuan
memberi peluang kepada murid untuk menyerlahkan kemahiran reka cipta dan kreativiti mereka
dalam menghasilkan projek STEM.

3. Serikutan penutupan sekolah sehingga 25 dan 26 Julai 2021 serta pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, KPM mengambil maklum akan kesulitan yang
dihadapi oleh murid dan guru yang ingin menyertai enam (6) aktiviti berkumpulan yang
dipertandingkan dalam karnival STEM 2021. Enam aktiviti berkumpulan tersebut adalah
Pertandingan Inovasi STEM, Junior STEM Coding Challenge, Senior STEM Coding Challenge,
Bridge Building Competition, Solar Oven Challenge dan STEM Talent Show Competition.

4. Sehubungan dengan itu, jawatankuasa teknikal Karnival STEM Kebangsaan 2021 telah
bersetuju untuk membuat pindaan terhadap bilangan ahli kumpulan yang dibenarkan untuk
menyertai enam (6) pertandingan di atas. Pihak tuan adalah dimohon untuk memaklumkan
pindaan tersebut kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah tuan yang berminat menyertai
pertandingan ini. Perubahan jumlah penyertaan ahli kumpulan bagi setiap pe·rtandinganboleh
dirujuk di Lampiran 1. Maklumat terkini berkaitan kertas konsep Karnival STEM akan di kemas
kini oleh pihak jawatankuasa teknikal STEM negeri Selangor dan boleh diakses melalui pautan :
(http://gg.gg/KERTAS_KONSEP_STEM_2021). Pastikan akaun google ditetapkan pada akaun
moe-dl sebelum membuat akses ke pautan kertas konsep dan borang pendaftaran pertandingan
bagi menghantar hasil kerja murid.

...12-

@ I'-~~__
~~_~
II Jabatan Pendidikan Selangor Terbilang II
2
MAKLUMAN PINDAAN BILANGAN PENYERTAAN MURID DAN ASPEK PENILAIAN
PERTANDINGAN DALAM KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM (SAINS, TEKNOLOGI,
KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK) PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

JPNS. SPM 600-3/5/18 Jld. 4 " ) fCf Jun 2021

5. Pegawai Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Selangor yang boleh
dihubungi adalah Puan Norfadzilah binti Rosdi, melalui talian 03-55138242 1 0192800966 atau
Encik Ahmad Faiz bin Ismail @ Ibrahim, melalui talian 03-55138242/0129678757.
Kerjasama dan keprihatinan tuan dalam hal ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

! (AZMI BIN MI~) ,


. balan Pe1f'garah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Selangor
s.k. 1.Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Selangor
NRI KarnivaiSTEMPINDAl140621
JPNS.SPM.600-3/15/18 JldA (-6/) Lampiran 1

Senarai pindaan dalam Karnival STEM 2021

Bilangan ahli setiap kumpulan Aspek penilaian


au Pertandingan .pertandingan
Sebelum Pindaan Terkini Aspek penialaian
pindaan d!J>inda
1. Pertandingan Inovasi STEM 3 orang ahli Minimum 1- maksimum 3 orang Tiada
ahli
2. Senior STEM Coding Challenge 3 orang ahli Minimum 1- maksimum 3 orang E: Persembahan
ahli
3. Solar Oven Challenge 2 orang ahli Minimum 1- maksimum 2 orang Persembahan dan
ahli penyampaian
4. Bridge Building Competition 3 orang ahli Minimum 1- maksimum 3 orang A: Rekabentuk
ahli jambatan
5. STEM Talent Show Competition 2 orang ahli Minimum 1- maksimum 2 orang Tiada
ahli
6. Junior STEM Coding Challenge 3 orang ahli Minimum 1- maksimum 3 orang Proses penghasilan
ahli

* Semua pindaan hendaklah merujuk kepada Kertas Konsep Karnival STEM 2021 peringkat Negeri Selangor

You might also like