You are on page 1of 11

Pendahuluan

Keperluan terhadap bekalan air bersih bagi setiap hidupan sememangnya tidak dapat
dinafikan. Oleh sebab hampir 70% kandungan badan kita terdiri daripada elemen cecair, maka
sudah pasti air dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. Air bersih yang anda perolehi daripada
sumber bekalan pihak berkuasa atau melalui sistem bekalan air awam seharusnya mempunyai
kualiti dan kuantiti yang dijamin. Bagi tujuan kegunaan domestik, air bersih yang berkualiti
perlu menepati piawaian minima yang diperakui oleh World Health Organisation (WHO).
Apakah kriteria utama yang perlu dipenuhi oleh pihak pembekal air supaya air bersih yang
diterima oleh pengguna mencapai piawai yang ditetapkan. Kita telah pun mempelajari tentang
sistem bekalan air di rumah. Walau apa pun jenis sistem yang digunakan, pasti akan
memerlukan beberapa bahan perpaipan, bahan penyambungan, bahan pemasangan dan juga
kelengkapan perpaipan seperti pili, tangki simpanan air, tangki simbah dan perangkap.
Pemasangan dan percantuman yang tepat serta penggunaan kelengkapan yang sesuai, pasti
akan membuatkan sistem bekalan air di dalam rumah lebih sempurna, tidak ada kebocoran
dan tiada masalah-masalah lain yang boleh mengganggu bekalan air ke dalam rumah.

Agihan Air
Selepas melepasi proses olahan, air yang disimpan di dalam tangki simpanandiagihkan melalui sistem agihan.
Agihan air boleh dilakukan dengan kaedah :
A. Graviti
B. Pam
C. Pam dan takungan
Ciri umum yang ada pada sistem agihan air adalah
:i. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi
ii. Sistem agihan hendaklah berkesan
.iii. Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan denganpenyenggaraan yang minimum
.iv. Bahan yang digunakan untuk paip agihan hendaklah tahan lasak dan tidakmendatangkan kesan buruk
jangka panjangkepadpengguna
v. Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi reka bentuk, susun atur danpembinaan.
Kaedah ciri Kelebihan kekurangan
Graviti Sistem ini digunakana Tidak menggunakan Jika kawasan bekalan terletak terlalu
pa bila loji rawatanair pam,maka ia rendah berbanding loji rawatan air,
terletak pada aras yang menjimatkan kos operasi tekanan di dalam paip menjadi telalu
lebih tinggi. dari segipenggunaan tinggi dan mudah merosakkan paip
elektrik dan sistem agihan
danpenyenggaraan pam
Pam Sistem ini digunakan Boleh membekalkan i.Bekalan air akanterputus
apabila kawasan bekalan airke kawasan yang apabilabekalan elektrikterputus
berada samaaras tangki lebih tinggi .ii. Tekanan di dalam paipakan
atau lebih tinggi dari aras menjadi tinggipada masa
tangki simpanan.Air permintaan(waktu malam)
dipamkan terus danakan menyebabkankerosakan
kekawasan agihan paip
.iii. Sistem ini memerlukankawal
an dan khidmatsenggaraan yangkerap
bagi memastikanbekalan air
sentiasaberada pada tahapoptimum
.iv. Kos operasi tinggiuntuk
penyenggaraanpam dan sistem
agihan
Pam dan Sebahagian air dipamke Sangat ekonomik Tiada kekurangan yangketara
Takungan kawasan agihandan keranaproses
(Gabungan sebahagiannyake pengepamanberoperasi
) tangkiperkhidmatan pada kadaryang tetap.
yangdiletakkan di Pam yangberoperasi
kawasanyang lebih tinggi pada kadaryang tetap
darikawasan bekalan.Air akanmenghasilkan
yang disimpan ditangki kecekapanyang tinggi
perkhidmatanakan serta kurangkos
diagihkansemasa penyenggaraan.Kerosaka
perkhidmatanakan n pada paip dansistem
diagihkansemasa agihan juga
permintaantinggi pada dapatdikurangkan.
waktupuncak. Pada
masapermintaan
rendah(waktu malam),
airdisimpan di
dalamtangki
perkhidmatanuntuk
diagihkan padawaktu
puncakkeesokan harinya

Gambarajah kaedah agihan air

Kaedah Graviti
Kaedah Pam

Kaedah pam dan takungan (kaedah gabungan)


Sistem paip air dalaman bagi rumah berbilang tingkat.

Sistem paip air dalaman

Bekalan ke bangunan berbilang tingkat

1. Biasanya tekanan dalam paip awam tidak mencukupi untuk sampai ke tangki
simpanan oleh itu sistem pam diperlukan.
2. Pemasangan miter pukal
3. Bagi unit kediaman miter individu diperlukan
4. Bagi bangunan yang melebihi 10 tingkat atau 30 meter tangki pecah tekanan atau injap
mengurang tekanan dipasang
Negative Suction head

1. Sistem paip yang mengunakan foot valve


2. Sistem ini memerlukan injap sluis, pam, dan injab sekat hala
Positive Suction head

1. Sistem paip yang tidak mengunakan foot valve


2. Sistem ini memerlukan injap sluis, pam, dan injab sekat hala
Sistem paip bagi bangunan melebihi 10 tingkat.

1. Tangki pecah tekana atau injap mengurangkan tekana diperlukan bagi mengelakkan
pepasangan mengalami kerosakan akibat tekanan tinggi
2. Meter individu di setiap tingkat
3. PBA hanya baca meter puka; dan selenggara sehingga ke meter pukal sahaja
4. Dalam sistem ini terdapat paip awam, miter air pukal, tangki nsedutan , pam, injap
sehala hala.
Sistem paip bagi bangunan 4 tingkat ke bawah

1. Bagi tekanan yang boleh mencapai kearas tinggi bangunan tanpa sistem pam, miter
individu boleh diletakkan di luar.
2. Semua meter individu diletekkan di tingkat bawah.
3. Semua unit perlu mempunyai tangki individu untuk pengunaan sendiri..
4. Sesuai untuk sistem graviti sahaja
5. Pam tidak diperlukan.

Penutup

Terdapat tiga kaedah penghantaran bekalan air bersih iaitu sistem graviti, sistem berpam dan
gabungan sistem bergraviti dan berpam. Empat kaedah pengagihan bekalan air yang lazim
digunakan adalah kaedah hujung mati, kaedah grid, kaedah gelang dan kaedah jejarian.
Penyambungan paip bekalan air utama kepada paip agihan pengguna atau paip perkhidmatan
dilakukan atas permintaan pengguna sendiri dan selepas syarat-syarat yang dikenakan
dipatuhi. Bekalan air secara terus membekalkan air bersih ke setiap peralatan kebersihan di
rumah secara terus tanpa melalui tangki simpanan; sementara keperluan tangki air sejuk
hanya wujud sekiranya perlu membekalkan air kepada silinder air panas. Penggunaan tangki
simpanan air adalah meluas dan pelbagai jenis dan saiz berada di pasaran. Bilangan penghuni
sesebuah rumah kediaman atau bilangan pepasangan atau lekapan di mana air akan
dibekalkan mempengaruhi jumlah isipadu air atau kapasiti tangki simpanan air yang perlu
dipasang. Bahan perpaipan adalah bahan utama dalam sistem bekalan air di dalam rumah
untuk mengalirkan air dari punca bekalan. Tiga jenis bahan perpaipan yang digunakan secara
meluas adalah paip besi bergalvani (GI), paip klorida polivinil (PVC) dan paip polietilena
(PE). Tangki simpanan air digunakan untuk menerima dan menyimpan air dari paip
perkhidmatan dan seterusnya mengagihkan ke kelengkapan paip yang lain melalui paip
agihan. Tangki simbah digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar
melalui paip simbah bagi membersihkan mangkuk tandas.Terdapat tiga jenis tangki simbah:
tangki simbah aras tinggi, tangki simbah aras rendah dan tangki simbah automatik. Pili
berfungsi untuk mengawal pengaliran dan penggunaan air melalui hujung batang paip.
Terdapat dua jenis pili iaitu pili bebibir dan pili bertiang. Perangkap berfungsi untuk
memerangkap sisa kotoran, menyekat serangga dan menghalang bau busuk masuk ke dalam
rumah. Bahan pemasangan (pepasang) digunakan untuk menyambung antara batang paip
dengan paip yang lain atau dengan kelengkapan paip. Bahan penyambungan seperti pita
PTFE dan simen pelarut digunakan untuk mengukuhkan sambungan serta mengelakkan
kebocoran

Rujukan

Curd E. F., & Howard C. A. (1996). Introduction to building services, (2nd ed.). London:
MacMillan Press Ltd.

Hall F. (1993). Teknologi perpaipan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hall F. (1999). Kerja paip: Bekalan air sejuk, saliran dan pembersihan, (2nd ed.). Johor
Bahru: Penerbit UTM.

Ken Doyle. (1987). Plumbing and gasfitting (volume 1 & 2). Wellington: GP Book.

Pusat Latihan JKR Semenanjung. (1986). Bekalan air dan sistem pemasangan paip.
Norhazizi, Jasni, & Shairul. (2004). Kerja paip domestik Tingkatan 4 dan 5: Kurikulum
bersepadu sekolah menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ripka, L.V. (1987). Plumbing: Installation and design, (2nd ed.). Illinois: American
Technical Publishers Inc.

You might also like