You are on page 1of 16

Deco-interior Design

Perkhidmatan Dekorasi Dalaman

Emmuel Johusa Bin Stephen


 No.3 Tingkat 1, Bangunan Kota Emas, Jalan Setia Budi 10, 73100 Kota Damansara, Damansara Utama,
Selangor Darul Ehsan
Deco-interior Design

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

STID 1103 APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGURUSAN


( KUMPULAN C )

SEMESTER OKTOBER SESI 2020/2021

TUGASAN # 1
MICROSFT WORD

DISEDIAKAN UNTUK
DR. MOHD HENRY BIN MOHD NASIR

DISEDIAKAN OLEH
EMMUEL JOHUSA BIN STEPHEN
(2282173)

TARIKH
29 MEI 2021

1
Deco-interior Design

SYARIKAT DECO-INTERIOR DESIGN


00671190-M

2
Deco-interior Design

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

Pendahuluan………………………………………………………………………….5
Objektif, matlamat dan hala tuju…………………………………………………….6
Maklumat Syarikat…………………………………………………………………..7
Carta organisasi……………………………………………………………………...8
Biodata pemilik syarikat…………………………………………………………….9
Jenis perniagaan…………………………………………………………………..10-11
Maklumat kewangan syarikat………………………………………………………12
Senarai kerja yang pernah dijalankan……………………………………………..13-14
Senarai kerja yang sedang dijalankan………………………………………………15

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

NO. RAJAH DAN NO. JADUAL MUKA SURAT

3
Deco-interior Design

Jadual 1…………………………………………………………………………..10
Jadual 2…………………………………………………………………………..12
Jadual 3…………………………………………………………………………..12
Jadual 4…………………………………………………………………………..12
Jadual 5…………………………………………………………………………..12
Jadual 6…………………………………………………………………………..13
Jadual 7…………………………………………………………………………..15
Rajah 1…………………………………………………………………………..14
Rajah 2…………………………………………………………………………..14

SYARIKAT DECO-INTERIOR DESIGN


1.0    Pendahuluan
    Keindahan ruangan dalaman kawasan kediaman merupakan satu impian yang acap
kali diidamkan oleh penghuni rumah hari ini. Dekorasi dalaman telah menjadi satu

4
Deco-interior Design

perniagaan yang mendapat tempat pada mata masyarakat dengan adanya perunding
dekoras dalaman, maka sudah tentulah impain dekorasi tersebut mudah tercapai.
        Pembangunan profil syarikat ini ialah salah satu pendektan syarikat Deco-
interior design bagi melebarkan sayap pemasaran kepada para pelanggan.
Berpengalaman luas selama lebih lima tahun telah meletakkan syarikat sebagai sebuah
perniagan yang sering mendapat permintaan ramai. Syarikat ini empunyai kekuatan
seramai lapan orang yang menjadi perunding dekorasi dalaman kepada mana-mana
pelanggan yang mahukan idea baru dan melakukan perubahan pada ruang dalaman
kediaman mereka. Selain itu, syarikat Deco-interior design menggunakan segala jenis
bahan dan peralatan yang terkini dan tahan lama. Hal ini ialah jaminan kami kepada
pelanggan agar jaringan perniagaan akan sentiasa berkekalan.
        Syarikat ini mempunyai beberapa buah cawangan sebagai kemudahan kepada
pelangganyang berada di luar ibu kota Kuala Lumpur seperti di Ipoh (Perak), George
Town (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor) dan juga di Kota Bharu (Kelantan). Ibu
pejabat Deco-interior Design terletak di Damansara (Kuala Lumpur). Dengan adanya
empat cawangan ini, syarikat kami berupaya memberikan perkhidmatan kepada
seluruh rakyat Malaysia demi merealisasikan impian dekorasi dalaman mereka. Pada
tahun 207, syarikat ini teah dianugerahkan sebagai salah sebuah perniagaan baru yang
berpotensi berkembang. Justeru, anugerah Syarikat Bestari Perdana telah dirangkul
dan disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya.
        Antara factor kejayaan syarikat adalah dengan mengamalkan pendekatan seperti
berikut :

 Merealisasikan impian pelanggan mnjadi satu impian syarikat.


 Kualiti produk dan jaminan mutu sebagai janji syarikat.
 Mesra pelanggan dan berkongsi idea merupakan amalan syarikat.
Profil syarikat ini diharapkan akan lebih memberikan kesan positif kepada
strategi pemasaran syarikat Deco-interior Design demi meningkatkan gaya hidup
masyarakat umum di negara ini. Kesemua aspek utama perniagaan syarikat ada
dimuatkan dalam dkumen ini sebagai rujukan umum dan pelanggan khususnya.
Oleh itu, meniadi suatu kewajipan bagi syarikat ini membentangkan profil
syarikat yang terkini agar selari dengan perkembangan pertumbuhan semasa.

2.0     Objektif, matlamat dan hala tuju

Objektif : Ingin menjadi sebuah pusat rujukan dan perkhidmtaan dekorasi


dalaman      yang menyediakan pelbagai idea kreatif dan terkini kepada

5
Deco-interior Design

rakyat Malaysia tanpa mengira taraf kehidupan dan mampu diperoleh


oleh semua peringkat kawasan perumahan dan pejabat.

Matlamat    : Menjadi sebuah syarikat penyedia dan pembekal dekorasi dalaman


yang terkenal di Malaysia dengan rangkaian cawangan di seluruh
Malaysia sebagai jaringan pelanggan agar semua pelanggan mudah
mendpatkan perkhidmatan syarikat kami.

Hala tuju : Menjadikan semua kediaman di Malaysia lebih menarik dan


kelihatan kreatif, iaitu dapat menjadikan rumah sebagai kawasan
terbaik untuk beristirehat sempena slogan ‘Rumahku Syurgaku’ yang
selari dengan laungan kerajaan Malaysia amnya.

3.0.     Maklumat Syarikat

    Yang berikut merupakan butiran syarikat Deco-interior Design yang telah didaftarkan
mengikut prosedur perniagaan dalam negeri yang telah dikeluarkan lessen perniagaan
dan permit yang sah mengikut peraturan yang ditetapkan :

6
Deco-interior Design

    Nama Syarikat : Deco-interior Design


    No. lesen perniagaan : 00671190-M
    Tempoh sah        : 01 Jan 2008 – 01 Jan 2009
Alamat perniagaan     : No.3, Tingkat 1 Bangunan Kota Emas, Jalan Setia
Budi 10, 73100 Kota Damansara, Damansara
Utama, Selangor Darul Ehsan

  Nama pemilik : Emmuel Johusa Bin Stephen

    No. telefon : 0148760120

   No. Faks : 03-78424321

    Bank syarikat : Affin Bank, Kota Damansara

    No. Akaun : 8-5781 0002 21-9 (Akaun Semasa)

    Lesen yang diperolehi : Lesen ubah suai (DBKL), Lesen Tenaga Nasional
(TNB)   

    Tempoh sah : 01 Feb 2007/09

   Jenis perniagaan : Dekorasi dalaman, landskap, dan ubah suai bangunan

4.0     Carta organisasi

isasi

7
Deco-interior Design

Pengarah Urusan
Emmuel Johusa

Pengurus Kewangan Pereka Kreatif Pengurus Pemasaran

Siti Halwa Jamilah Rosli Haiqal Amree

Jurutera 4 Orang

Stanly Adam Eksekutif Perunding 2

Pekerja 4 Orang Eksekutif


Perunding 1
Wan Shamsah

Pekerja
Mohd Syukri

Profile
Emmuel Johusa Bin Stephen
14.10.1994
0148760120

8
Deco-interior Design

Lot 15, Jalan Delima 5, Batu 5 Tambun, Ipoh Perak


Emmuel.johusa94@gmail.com
No. Fax 03-78424321

Pendidikan
STPM (2013-2014)
SMK Asyakirin Ipoh, Perak

Kebolehan
Boleh berbahasa Inggeris,
Malaysia, Iban
Komited dengan kerja
Bijak membahagikan masa

Hobi
 Travelling
 Photografi
 Playing Games
 Listening to music

v.    Jenis perniagaan

5.0 Jenis Perniagaan

Syarikat Deco-interior Design menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan menaik


taraf hiasan dekorasi dalaman rumah kediaman dan pejabat. Hiasan dalaman ini merangkumi
pelbagai aspek, iaitu dinding, lantai, siling, dan landskap kecil luaran rumah. Syarikat ini
merupakan syarikat persendirian yang mempunyai kepakaran dalam bidang hiasan dalaman.
Dengan cetusan idea dan bermatlamat untuk meningkatkan gaya hidup penduduk Malaysia

9
Deco-interior Design

khususnya, maka perkhidmatan ini dikomersialkan dengan harapan dapat berkogsi idea dan
menjana keuntungan yang berpatutan.

Antara produk dan perkhidmatan yang terdapat di Deco-interior Design ialah :

 Dekorasi kertas dinding (wallpaper)


 Kemasan siling (Plaster ceiling)
 Kemasan lantai (Flooring)
 Taman Luaran/Landskap
Selain itu, syarikat ini juga menjadi perunding hiasan dalaman untuk pejabat.
Kemasan dan hiasan dalaman untuk pejabat. Kemasan dan hiasan yang menarik menjadi
faktor psikologi dalam membentuk peribadi kerja harian di pejabat. Justeru, syarikat kami
berupaya menjadikan ruangan pejabat menarik dan mewujudkan suasana kerja yang sihat.

No Jenis Produk Konsep Kadar Harga

1. Kertas dinding Tradisional, Inggeris, abstrak, Kiraan ukuran per kaki


(Wallpaper) pemandangan, rekabentuk persegi

2. Kemasan siling Normal, Inggeris, Ketimuran, Kiraan ukuran per kaki


(Plaster ceiling) Bali/Spa persegi dan penggunaan
bahan

3. Kemasan lantai Kayu, Simen, Marmar, Karpet Kiraan ukuran per kaki
(flooring) persegi

4. Taman luaran Taman rimba, Inggeris, Kiraan ukuran per kaki


(Landscape Bali/Spa, Taman Air persegi dan penggunaan
bahan

Jadual 1 Menunjukkan kiraan harga bagi jenis produk untuk bahan mengubah suai dalaman.
Perkhidmatan yang disediakan mengikut proses tempahan yang telah ditetapkan oleh
pihak Deco-interior Design. Pihak syarikat akan membuat janji temu bersama dengan
pelanggan terlebih dahulu dan melihat kawasan yang ingin diubah suai. Setelah itu,
perbincangan berkenan penggunaan produk dan harga diadakan sebelum kerja-kerja ubah
suai dijalankan mengikut jadual yang telah dikeluarkan oleh syarikat ini. Hal ini adalah
penting bagi syarikat ini mengetahui ketersediaan produk dan masa ubah suai dijalankan
mengikut kesesuaian pihak pelanggan.
Syarikat ini sentiasa menjaga hubungan baik dengan pelanggan dengan memberikan
idea dan harga yang berpatutan agar tidak membebankan pelanggan. Kaedah pelanggan yang
fleksibel, iaitu hanya memberikan deposit sebnyak 50% daripada nilai keseluruhan setelah
pemilihan perkhidmatan ditetapkan dan bakinay seminggu selepas tarikh kerja-kerja
pengubahsuaian reka bentuk dalaman siap dengan sempurnanya.
Deco-interior Design telah banyak menyempurnakan kerja pengubahsuaian dekorasi
dalaman di rumah-rumah kediaman pelanggan mahupun disyarikat-syarikat yang besar
seperti Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Bank Muamalat, Malaysia Airport
Berhad, dan banyak lagi seperti yang tertera dalam bahagian seterusnya. Kepakaran syarikat
kami telah terbukti dengan kepuasan hati pelanggan yang telah dinyatakan melalui beberapa
laporan.

10
Deco-interior Design

Dalam penyediaan kaedah perkhidmatan yang bersistematik, pihak syarikat telah


menyusun beberapa prosedur yang telah ditetapkan supaya segala proses pengubahsuaian
berjalan dengan lancar seperti yag diharapkan oleh pihak pelanggan. Justeru, proses
rundingan perkhidmatan adalah seperti yang berikut :
1.       Janji temu    - Kakitangan syarikat akan berhubung dengan pelanggan.
2.      Pemilihan perkhidmatan - Idea, konsep, jangka masa siap dan deposit.
3.      Proses Pengubahsuaian - Mengikut jadual yang ditetapkan.
4.     Penyempurnaan dan servis - Kerja selesai da servis selepas jualan.

6.0     Maklumat kewangan syarikat


Bagi memperlihatkan nilai kewangan syarikat Deco-interior Design ini, disertakan
maklumat kewangan syarikat secara umum bagi tujuan rujukan. Maklumat yang

11
Deco-interior Design

dipaparkan merupakan angka terkini berdasarkan tahun perniagaan, iaitu pada tahun
2008.
    Aspek asset dan inventori kewagan dikawal rapi dalam usaha memastikan operasi
perkhidmatan sentiasa berterusan dan tida menganggu perjalanan proses
pengubahsuaian.

Butiran Wallpaper Alatan Alatan Kakitangan


(Aset) (RM) lantai/Siling Landskap (RM)
(RM) (RM)

Pada 31 Dis 8,900 38,000 18,220 70,000


2008

Jadual 2 Menunjukkan maklumat kewangan pada 1 Januari - 31 Disember 2008

Butiran Kenderaan Peralatan ubah Pejabat/Depo Produk


(Aset) (RM) suai (RM) h (RM) contoh
(RM)

Pada 31 Dis 140,800 24,700 30,000 25,000


2008

Jadual 3 Menunjukkan maklumat maklumat aset syarikat

Butiran Alatan Alatan Alatan Utiliti/


(Aset) Wallpaper lantai/Siling Landskap Jaminan
(RM) (RM) (RM) (RM)

Pada 31 Dis 24,880 90,470 122,500 36,600


2008

Jadual 4 Menunjukkan maklumat pembekal

Butiran Tunai/Sim Kebenaran Penggunaan Baki


(Aset) panan(RM Nilai Kredit Nilai Kredit Bersih
) (RM) (RM) (RM)

Pada 31 Dis 169,000 500,000 389,460 169,000


2008

Rajah 5 Menunjukkan maklumat bank

7.0.    Senarai kerja yang pernah dijalankan


   
    Sepanjang menjalankan perusahaan perkhidmtan reka bentuk dalaman ini,
syarikat Deco-Interior Design telah pun banyak menyempurnakan kerja

12
Deco-interior Design

pengubahsuaian dan naik taraf serta telah diberi kepercayaan penuh bagi menjayakan
projek-projek yang penting dari syarikat swasta mahupun sektor kerajaan.

No Nama Tarikh Nama projek/ Nilai


. pelanggan dikeluarkan/Siap kerja/tender

1. Bank 21 Januari 2008 Mereka bentuk hiasan RM 16,800


Muamalat dalaman pejabat
Berhad cawangan bank di
Wangsa Maju

2. Telekom 16 Februari Menaik taraf hiasan RM 23,890


Malaysia 2008 dinding dan siling bilik
Berhad seminar, ibu pejabat,
Bangsar

3. Tenaga 27 Februari Kerja-kerja mereka RM 12,700


Nasional 2008 bentuk imej baru bagi
Berhad kedai Tenaga Cawangan
Jalan Kuchai Lama

4. Malaysia 01 April 2008 Menaik taraf hiasan RM 54, 870


Airport Berhad lantai lapangan terbang
Subang, Terminal 3

5. Syarikat 17 Mei 2008 Kerja mengubah suai RM 23, 630


Shipping- imej hiasan dalaman ibu
Docks Sdn pejabat, Klang
Bhd

6. Syarikat 03 Ogos 2008 Menaik taraf hiasan RM 6,900


Telekotel, siling beserta lantai,
Gombak cawangan Lembah
Pantai

7. Menara Kuala 19 Oktober 2008 Kerja-kerja menghias RM 11,900


Lumpur kertas dinding, ruangan
kaunter jualan tiket,
tingat bawah

8. Ibu Pejabat 25 November Mereka bentuk hiasan RM 43,600


UMNO,PWTC 2008 dalaman ruangan tetamu
VIP, Tingkat 28, PWTC

Jadual 6 Menunjukkan senarai kerja yang pernah dijalankan di syarikat besar

13
Deco-interior Design

Rajah 1 Merupakan pejabat di Bank Muamalat cawangan Wangsa Maju yang pernah
diubahsuai.

Rajah 2 Merupakan pejabat utama Tenaga Nasional Berhad (TNB) cawangan Kuchai Lama.

14
Deco-interior Design

8.0   Senarai kerja yang sedang dijalankan

Selain itu, syarikat Deco-interior Design masih mempunyai kerja atau projek yang
sedang dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelanggan ini datangnya
daripada pelbagai sektor yang telah membuat kontrak dan ikatan perjanjian bagi
tujuan pengubahsuaian yang berterusan.

Di bawah merupakan senarai kerja yang sedang dijalankn sebgai rujukan :

No Nama Tarikh Nama projek/ Nilai


. pelanggan dikeluarkan kerja/tender

1. Rumah Anak- 29 November Menaik araf hiasan RM 12,700


anak Yatim 2008 dalaman ruangan asrama
Cheras anak-anak yatim blok A &
B

2. Tenaga Nasional 03 Disember Kerja-kerja hiasan kertas RM 8,100


Berhad 2008 dinding dan siling di kedai
Tenaga cawagan Wangsa
Maju

3. Telekom 01 Disember Mereka bentuk hiasan RM 28,400


Malaysia Berhad 2008 dalaman baru untuk
cawangan Bangi Seksyen
4

4. Jabatan 18 Disember Kerja-kerja menghias RM 8,800


Pendidikan 2008 kertas dinding
Wilayah berunsurkan pendidikan di
Persekutuan pejabat Unit Kaunseling,
WP

5. Jabatan Bomba 23 Disember Menaik taraf hiasan siling RM 4,600


& Penyelamat 2008 bilik Ketua Jabatan
Sungai Besi

6. Rumah Ketua 27 Disember Mereka bentuk hiasan RM 5,240


Menteri Melaka 2008 kertas dinding kediaman

7. Tadika KEMAS 30 Disember Mereka bentuk hiasan RM 9,120


Cawangan 2008 dinding berkonsepkan
Bandar Sunway kanak-kanak

Jadual 7 Menunjukkan senarai kerja yang sedang dijalanlan

15

You might also like