You are on page 1of 10

PDPR 22/2/2021

Latihan Pengukuhan ( Bab 1- WARISAN NEGARA BANGSA )

1.1 : KONSEP KEDAULATAN


Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta
mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara. Ianya penting
demi kesejahteraan dan kemakmuran negara.

a. Apakah takrif kedaulatan mengikut Bahasa Yunani ?

Berdasarkan Bahasa Yunani, kedaulatan ialah supernuus atau superanus yang bermaksud
agung atau tertinggi. Perkataan ini merujuk negara yang bebas dan merdeka.

( 2 markah )

b. Nyatakan tafsiran kedaulatan yang dibuat oleh ibnu Khaldun ?

Ibnu Khaldun menafsirkan kedaulatan sebagai kekuatan dan kekuasaan sesebuah


negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi
dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban
demi mencapai cita-cita yang sama.

( 2 markah )

c. Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan yang diamalkan oleh


sesebuah negara.
Jelaskan konsep kedaulatan undang-undang.

Konsep kedaulatan undang-undang menjelaskan bahawa kerajaan dan rakyat terikat oleh
undang-undang yang perlu dipatuhi. Kedaulatan undang-undang menjamin keadilan dalam
kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan Makmur. Badan
kehakiman diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.
Kedaulatan undang-undang menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara.
( 4 markah )
1.2 : CIRI-CIRI NEGARA BERDAULAT

Gambar 1

Gambar 1 merujuk kepada lambang kedaulatan negara Malaysia sejak mencapai


kemerdekaan pada 31 Ogos 1957

Nyatakan dua ciri - ciri negara berdaulat.

i. Mempunyai pemerintahan
ii. Mempunyai perundangan

( 2 markah )

Negara kita menghadapi pelbagai cabaran untuk mengekalkan kedaulatannya. Jelaskan


cabaran-cabaran tersebut.

Antara cabaran yang negara hadapi dalam mengekalkan kedaulatannya ialah sikap segelintir
masyarakat yang kurang peka akan tanggungjawab sebagai rakyat. Selain itu, persaingan
hebat antara negara serantau dalam memajukan negara juga menjadi cabaran yang besar.
Seterusnya, negara kita berhadapan dengan cabaran mengekalkan tahap kestabilan
ekonomi negara. Akhir sekali, masih terdapat jurang di antara pemimpin dan rakyat dalam
menentukan hala tuju masa hadapan negara.
( 4 markah )
SOALAN ESEI
1.3 KEPENTINGAN MEWUJUDKAN NEGARA BERDAULAT
Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa patriotik, mengapa kita perlu mengekalkan kedaulatan
negara yang diperolehi pada masa kini.
Fakta
Warisan dan identiti negara dapat dikekalkan
Huraian 1
Negara Malaysia mempunyai warisan dan identitinya yang tersendiri
Huraian Lanjutan
Warisan dan Identiti ini menjadi lambang kepada kemegahan rakyat Malaysia
Contoh
Kepelbagaian budaya
Inferens ( Nilai / kesan / Iktibar / Peribahasa )
Rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan warisan dan identity negara yang unik ini

Kita perlu mengekalkan kedaulatan negara yang diperolehi pada masa kini supaya
warisan dan identiti negara dapat dikekalkan. Hal ini kerana negara Malaysia mempunyai
warisan dan identitinya yang tersendiri.Warisan dan Identiti ini menjadi lambang kepada
kemegahan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Contohnya kepelbagaian budaya rakyat
Malaysia yang terdiri daripada tiga kaum yang terbesar iaitu Melayu, Cina dan India.
Tuntasnya rakyat Malaysia seharusnya berbangga dengan warisan dan identiti negara yang
unik ini.

Selain itu, kedaulatan negara perlu dikekalkan untuk menjamin keselamatan negara.
Hal ini dikatakan demikian kerana kedaulatan negara membantu mengekang ancaman luar.
Melalui kedaulatan, anasir luar sukar memanipulasi dan menggunakan tipu helah dalam
menjatuhkan negara. Misalnya, negara yang berdaulat seperti Malaysia mempunya
pentadbiran yang berkesan dalam menjaga keamanan negara. Maka, kedaulatan penting
dikekalkan agar keselamatan negara terjaga dan selamat untuk rakyat.
Seterusnya, kedaulatan membantu dalam mengekalkan kestabilan ekonomi negara.
Dalam hal ini, kedaulatan berperanan besar dalam meningkatkan kecemerlangan hubungan
luar negara. Kedaulatan memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan
dengan negara lain. Contohnya, Kerjasama politik dan ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara Asean. Oleh itu, penting untuk mengekalkan kedaulatan agar Malaysia terus
maju dan membangun.

Akhir sekali, kita seharusnya mengekalkan kedaulatan negara kerana kedaulatan


negara adalah asas kepada kemakmuran dan perpaduan rakyat. Dalam konteks ini,
kedaulatan adalah tunjang kepada Kerjasama rakyat dalam memajukan negara. Selagi
Malaysia berdaulat, rakyat akan terus berusaha memastikan kesejahteraan sosial dengan
sentiasa bermuafakat. Contohnya, rakyat berbilang bangsa bersatu hati dalam menentukan
hala tuju negara kerana bangga dengan negara yang berdaulat. Jelaslah bahawa, rakyat
perlu sentiasa bersatu hati dan bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran negara.

( 8 markah )
Latihan Pengukuhan ( Bab 2- PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN)
Soalan objektif

1. Apakah maksud Perlembagaan.


A. Negara berdaulat
B. Undang-undang tertinggi
C. Negara merdeka
D. Negara berwibawa

2. Pernyataan di bawah berkaitan dengan penubuhan Majlis di Sabah.

X memberikan kuasa kepada Gabenor untuk membuat undang-undang.

Apakah X ?
A. Majlis Kerja
B. Majlis Negeri
C. Majlis Tertinggi
D. Majlis Undangan

3. Apakah yang menjadi asas pembentukan Perlembagaan


A. Nilai tradisi Kesultanan Melayu
B. Prinsip undang-undang British
C. Undang-undang Acheh
D. Undang-undang Mahkota Alam

4. Ciri tradisional dalam perkembangan perlembagaan ialah


A. bahasa Melayu
B. kewarganegaraan
C. Kerajaan Persekutuan
D. Sistem Demokrasi Berparlimen

5. Berikut merupakan ciri undang-undang Negeri Melayu


A. Raja sebagai pemerintah
B. Rakyat negeri rakyat merdeka
C. Pembesar menentukan undang-undang
D. Sistem Pemerintahan ialah berpusat

6. Sebelum kedatangan kuasa Barat, negara kita mempunyai X dan Y sebagai asas
perlembagaan. Apakah X dan Y?
A. Kedaulatan Moden dan Kedaulatan Tradisional
B. Undang-undang dan adat Melayu
C. Hukum Kanan dan Hukum Laut
D. Raja dan rakyaT

7. Perlembagaan Sarawak 1956 memberikan kuasa pentadbiran negeri kepada


A. Majlis Tertinggi
B. Majlis Negeri
C. Majlis Undangan
D. Majlis Kerja
8. Antara perkara-perkara terma rujukan utama dalam Perjanjian Persekutuan 1957 ialah
A. Kerajaan Persekutuan merupakan kerajaan pusat
B. Parlimen mengandungi tiga dewan
C. Kewarganegaraan yang sama
D. Majlis Raja-raja Melayu

9. Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan kerana


A. Mengandungi tugas utama pemimpin
B. Mengandungi ciri tradisional dan moden
C. Melaksanakan pilihan raya
D. Rakyat hidup aman dan harmoni

10. Antara ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan adalah


I. Kesultanan atau Pemerintahan Beraja
[GRABII.YOURKedudukan
READER’SorangATTENTION WITH
Melayu dan A
Bumiputra
GREAT III.QUOTE FROMsemua
Digemari THE DOCUMENT OR USE
THIS SPACE
IV. TO
KuasaEMPHASIZE A KEY POINT. TO
seorang konsul
PLACEA.THIS TEXT
I dan IIBOX ANYWHERE ON THE PAGE,
B.
JUST DRAG IT.]I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

11. Antara ciri moden Perlembagaan Persekutuan


I. Berpandukan Adat
II. Kuasa oleh Yang di Pertuan Agong
III. Kerajaan Persekutuan
IV. Sistem Demokrasi Berparlimen
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

12. Antara tiga perkara utama yang berlaku dalam pindaan Perlembagaan 1963 adalah
A. Stuktur Mahkamah Atasan
B. Agama Islam Agama rasmi semua
C. Kedudukan rakyat asing
D. Hasil mahsul negeri

13. Pemisahan Singapura


Apakah usul yang diluluskan oleh Parlimen pada Pindaan Perlembagaan 1965?

A. Semua perkara berkaitan Singgapura dimahsuhkan


B. Mesti mematuhi peraturan
C. Tidak relevan
D. Anti peperangan

SOALAN STRUKTUR

1. Perlembagaan merupakan peraturan tertinggi dan panduan dalam sistem pemerintahan


negara.

(a). Senaraikan dua ciri utama perlembagaan yang diperlukan bagi kestabilan serta
kemajuan negara. (2m)

i) Ciri tradisional
ii) Ciri moden
(b). Nyatakan kuasa yang dimiliki oleh raja pada peringkat negeri. (2m)

i) Kuasa eksekutif yang dilaksanakan melalui nasihat Majlis Mesyuarat Negeri


ii) Kuasa mengampun dan menangguhkan hukuman kepada mereka yang disabitkan
kesalahan oleh mahkamah serta pelantikan jawatan utama negeri.

(c). Senaraikan tanggungjawab Suruhanjaya Pilihan Raya. (2m)

i) Pilihan raya persekutuan memilih wakil bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

ii)Pilihan raya negeri pula memilih wakil untuk membentuk Kerajaan Negeri.

(d). Perlembagaan Persekutuan mempunyai keunikan tersendiri. Bincangkan. (4m)

Perlembagaan persekutuan dikatakan unik kerana terdiri daripada ciri tradisional dan ciri
moden. Antara ciri tradisional yang terdapat pada perlembagaan persekutuan ialah agama
islam dan bahasa melayu. Manakala, ciri moden yang terdapat pada perlembagaan
persekutuan adalah seperti kerajaan persekutuan dan kewarganegaraan. Dalam pada itu,
undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan negara bertujuan untuk dipatuhi
rakyat. Akhir sekali, perlembagaan persekutuan merupakan kuasa tertinggi di dalam negara.
Soalan Esei

1. Perkara yang disebut dalam Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 adalah


mengenai Mahkamah.

a. Jelaskan Struktur Mahkamah Atasan

Pada awalnya, struktur mahkamah atasan yang ditetapkan mengikut model mahkamah
tinggi England terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan. Struktur
ini ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957. Selepas Malaysia
terbentuk, tiga buah mahkamah atasan diwujudkan, iaitu di Persekutuan Tanah Melayu,
di Sarawak dan Sabah serta di Singapura. Mahkamah Persekutuan boleh mendengar
mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan
dengan Kerajaan Negeri.

( 4 markah )
b. Jelaskan Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo .

Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan dengan Perlembagaan Malaysia masih


mengekalkan kedudukan Mahkamah Tinggi Malaya. Peranan Mahkamah Tinggi Borneo
ialah menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah. Jawatan Ketua Hakim Borneo
diwujudkan pada tahun 1963 dan berpusat di Kuching, Sarawak. Nama jawatan ini
kemudian diubah pada tahun 1994 iaitu sebagai Hakim Sarawak dan Sabah.

( 4 markah )

c. Sebagai warga negara yang patriotik. Berikan pendapat anda mengapa


perlembagaan penting untuk sesebuah negara.

Sebagai warga negara yang bersifat patriotik, perlembagaan dilihat penting


untuk sesebuah negara kerana merupakan rangka penting dalam pembentukan
kerajaan. Hal ini kerana, untuk membangunkan kerajaan yang baik dan mampan, kita
perlukan undang-undang dalam memastikan keamanan terjamin. Misalnya, undang-
undang dalam jenayah dan kanun keseksaan. Tuntasnya, kita perlukan perlembagaan
agar negara tidak berada dalam keadaan huru-hara.

Selain itu, kepentingan perlembagaan yang ketara untuk negara adalah


membantu menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Melalui perlembagaan,
kebebasan rakyat dalam membuat keputusan terjamin. Terdapat undang-undang yang
dirangka dalam memastikan rakyat dan menjaga kepentingan tertentu yang sesuai dan
selamat untuk negara. Contohnya, undang-undang yang dirangka dalam menyatakan
tanggungjawab rakyat serta pemimpin agar tidak ada penyalahgunaan kuasa dan sikap
tidak menghormati. Jelaslah bahawa, hak asasi rakyat yang dilihat penting hanya mampu
diperoleh dengan mewujudkan perlembagaan.

( 6 markah )

d. Anda seorang yang sangat cinta akan keamanan dan inginkan kehidupan yang
harmoni. Mengapakan setiap rakyat perlu mematuhi undang-undang?

Setiap rakyat perlu mematuhi undang-undang untuk menjamin kedaulatan


sesebuah negara. Dalam konteks ini, asas kepada negara yang berdaulat perlu
mempunyai perundangan yang dipatuhi rakyat. Contohnya, asas sistem perundangan
negara kita ialah Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, rakyat perlu mematuhi undang-
undang kerana sistem perundangan yang melindungi rakyat adalah asas kedaulatan
negara.

Seterusnya, undang-undang perlu dipatuhi kerana undang-undang membentuk


hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum. Rakyat Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum, agama dan adat resam namun terikat dengan undang-undang yang
sama. Contohnya, undang-undang dan perlembagaan berkaitan bahasa dan identity
nasional seperti Rukun Negara. Jelaslah bahawa, undang-undang penting dalam
menyatupadukan rakyat Malaysia.

( 6 markah )

You might also like