You are on page 1of 1

Soalan: Setiap orang mempunyai hobi. Tulis sebuah karangan tentang hobi kamu.

Setiap orang mempunyai hobi tersendiri. Saya juga tidak terkecuali. Hobi saya ialah membaca
komik. Membaca komik dapat menenangkan perasaan saya dan membuat diri saya berasa gembira.

Hobi ini bermula sewaktu kakak saya membawa sebuah komik tempatan semasa pulang dari
sekolah. Sebelum ini, saya tidak suka membaca komik tetapi selepas membaca komik itu, sikap saya
telah berubah. Semenjak itu, saya mula mengumpulkan wang saku yang diberikan oleh ibu saya untuk
membeli komik-komik. Kini, saya sudah mempunyai 113 buah komik Gila-gila, 64 buah komik Ujang,
koleksi buku Naruto dan beberapa buah komik lagi.

Selain itu, saya juga sering bertukar-tukar komik dengan beberapa orang kawan baik saya yang
mempunyai hobi yang sama. Kami sering meluangkan masa berbual-bual tentang dialog dan
penceritaan dalam komik. Sekarang, hobi saya telah diikuti oleh adik lelaki saya yang turut
mengumpulkan koleksi komiknya sendiri

Saya juga bersyukur kerana hobi ini diterima baik oleh ibu dan bapa saya. Mereka turut
membeli komik-komik untuk saya dan adik saya kerana mereka berpendapat bahawa membaca komik
juga mendatangkan faedah kepada kami.

Saya berasa gembira dengan hobi saya ini dan berharap saya akan dapat memiliki koleksi
komik yang boleh dijadikan bahan bacaan di perpustakaan mini di satu sudut rumah saya.

You might also like