You are on page 1of 38

WASIAT, HUKUM, PROSEDUR DAN

PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH


PERAK
Y.A. Tuan Haji Mohammad Taifor Bin Ahmad
Rusdi, P.M.P., A.M.P.
Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah
Perak Darul Ridzuan
Pendahuluan
• Wasiat adalah merupakan salah satu instrumen yang penting
bagi perancangan harta Islam di mana ianya adalah
merupakan suatu pemberian harta yang berlaku selepas
kematian pemberi wasiat

• Instrumen perancangan harta melalui kaedah wasiat amat


digalakkan kepada umat Islam bagi memudahkan
pengurusan harta dan juga bagi mengelakkan isu pertikaian
harta di antara keluarga, saudara dan pewaris kelak
PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI MALAYSIA

Urusan pentadbiran harta pusaka di Malaysia sama ada ianya terdiri daripada
harta pusaka yang tidak berwasiat, harta pusaka yang berwasiat mahupun harta
pusaka separuh berwasiat telah diletakkan di bawah tanggungjawab empat
buah institusi yang telah diiktiraf oleh kerajaan dan sah di sisi undang-undang di
Malaysia

1. Mahkamah Tinggi Sivil


2. Mahkamah Tinggi Syariah
3. Amanah Raya Berhad
4. Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Bidang kuasa Mahkamah Syariah hanyalah terhad
kepada penentuan waris yang terlibat dan juga
bahagian pusaka atau wasiat yang layak diterima sahaja
sebagaimana yang telah dinyatakan dengan jelas dalam
Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 74(2)

Setakat ini ada 3 buah negeri yang mempunyai


Enakmen berkaitan wasiat ini

1. Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999


2. Enakmen Wasiat Orang Islam (Melaka) 2005
3. Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Sembilan
2004)
Definisi wasiat dari segi bahasa
Dari sudut bahasa, perkataan wasiat berasal dari
perkataan ‘wassa’ yang bermaksud
menyambung/menyampaikan/memberikan hak
pemilikan selepas kematian

Ianya bermaksud menghubungkan kebaikan yang


diperolehi oleh seseorang daripada hartanya itu
semasa hidupnya dengan kebaikan yang
mengikutinya kemudian daripada harta yang sama
setelah ia meninggal dunia iaitu pahal yang akan
diperolehinya di hari akhirat dengan sebab wasiat
yang dilakukan olehnya ke atas harta itu
Definisi wasiat dari segi istilah syarak
 Pemberian atau sumbangan oleh seseorang kepada orang atau
pihak lain setelah dia meninggal dunia sama ada perkataan
wasiat itu diucapkan atau tidak

 Menurut mazhab Syafie, wasiat ialah pemberian suatu hak yang


boleh dilaksanakan selepas berlakunya kematian pewasiat sama
ada dengan menggunakan lafaz atau tidak

 Manakala menurut Abdul Karim Zaidan, wasiat ialah memberi


milik kepada seseorang secara sukarela yang dilaksanakan
selepas kematian pewasiat sama ada benda atau manfaat

 Ada juga fiqaha’ yang mendefinisikan wasiat sebagai suatu


pemberian oleh seseorang kepada pihak yang lain sama ada
benda, hutang atau manfaat untuk dimiliki oleh penerima wasiat
akan pemberian tersebut selepas kematian pewasia
ASAS PENSYARIATAN WASIAT

• … (pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan


1 wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya” (Surah Al-Nisa,
ayat 11)

• Maksudnya: Tidak wajar bagi seseorang muslim


2 yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan,
membiarkan dua malam berlalu tanpa menulis
wasiatnya” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
ASAS PENSYARIATAN WASIAT (samb…)

• Maksudnya: Sa’ad Bin Abi Waqas r.a berkata: “Rasulullah


s.a.w datang mengunjungiku pada tahun haji wada’
sewaktu aku dalam keadaan yang sangat sakit, lalu aku
bertanya: Hai Rasulullah, sakitku ini adalah sangat serius,
bagaimana pendapat tuan. Aku ini orang berada tetapi
tidak ada yang dapat mewarisi hartaku melainkan anak
perempuanku seorang. Apakah sebaiknya aku wasiatkan
3 2/3 hartaku?”. “Jangan”, jawab Rasulullah. “Separuh ya
Rasulullah?” sambungku lagi. Jawab Rasulullah: “Jangan,
sepertiga, sebab sepertiga itu banyak dan besar, kerana
jika kamu meninggalkan ahli waris dalam keadaan yang
mencukupi adalah lebih baik daripada kamu
meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang
meinta-minta kepada orang ramai”. (Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)Meet your new colleagues
HUKUM BERWASIAT
• a) Wajib – jika terdapat tanggungjawab syarie yang perlu
dilaksanakan seperti zakat dan haji dan dia bimbang harta
berkenaan habis jika tidak diwasiatkan. Begitu juga, jika
berkaitan dengan hutang dan wadiah sekiranya pemilik
sebenar tidak dikenali oleh orang lain.

• b) Sunat – jika berwasiat untuk kaum kerabat yang


memerlukan sedangkan mereka tidak berhak mendapat
harta pusaka. Begitu juga berwasiat kepada orang miskin
dan untuk tujuan kebajikan pada jalan Allah
HUKUM BERWASIAT (Samb…..)
• c) Harus – jika berwasiat kepada sahabat handai
atau orang kaya yang mana mereka bukan dari
golongan yang berilmu dan beramal soleh

• d) Makruh – jika pewasiat seorang yang kurang


berada dan mempunyai waris-waris yang ramai
serta memerlukan harta

• e) Haram – jika berwasiat kepada perkara yang


haram.
RUKUN DAN SYARAT WASIAT
1. Pewasiat
• i. Milikan sempurna - Pewasiat hendaklah pemilik harta secara
milikan sempurna pada masa kematian;

• ii. Baligh - Bagi mazhab Hanafi, Syafie dan Zahiri, mensyaratkan baligh
bagi seseorang pewasiat manakala mazhab Maliki dan Hanbali pula
berpendapat bahawa pewasiat hendaklah seorang yang mumaiyyiz;

• iii. Berakal (tidak gila) – Menurut mazhab Hanafi dan Syafie, gila yang
berterusan bagi satu tempoh waktu yang panjang akan membatalkan
wasiatnya jika dia mati dalam keadaan tersebut;

• iv. Redha dan pilihan sendiri; dan

• v. Cerdik (al-rusyd) – Mazhab Syafie mensyaratkan pewasiat adalah


seorang yang cerdik
2. Penerima wasiat (al-Muso lahu)
• i. Penerima wasiat, institusi atau badan yang tertentu (seperti masjid)
dan disyaratkan bukan untuk tujuan maksiat;

• ii. Penerima wasiat hendaklah wujud secara hakiki atau taqdiri;

• iii. Penerima wasiat hendaklah diketahui dengan jelas;

• iv. Penerima hendaklah seorang yang boleh menerima harta dan boleh
memberi milik harta. Bagi kanak-kanak yang belum mumaiyyiz, penerimaan
hendaklah dibuat oleh wali malnya;

• v. Penerima wasiat bukan seorang pembunuh. Walaubagaimanapun,


mazhab Syafie mengharuskan seorang pembunuh menerima wasiat;

• vi. Penerima wasiat bukan kafir harbi; dan

• vii. Penerima wasiat bukan dari kalangan waris melainkan setelah


mendapat persetujuan waris-waris yang lain
3. Harta yang diwasiatkan (al-Muso bih)
• i. Harta yang hendak diwasiatkan itu hendaklah mal hakiki seperti
harta alih dan harta tak alih dan mal hukmi iaitu manfaat;

• ii. Harta itu hendaklah harta mutaqawwim iaitu harta yang boleh
dimanfaatkan di sisi syarak;

• iii. Harta itu boleh dijadikan hak pemilikan;

• iv. Harta itu wujud dalam pemilikan pewasiat pada masa wasiat itu
dilakukan;

• v. Harta itu tidak terikat dengan hutang yang ditanggung oleh


pewasiat pada masa kematiannya; dan

• vi. Harta itu hendaklah tidak melebihi kadar 1/3 harta prwasiat kecuali
telah dipersetujui oleh ahli-ahli waris selepas kematiannya
4. Sighah iaitu ijab dan qabul.

• i. Sighah wasiat hendaklah dengan lafaz yang sorih, kinayah ataupun


isyarat;

• ii. Qabul hendaklah diterima oleh penerima wasiat individu tertentu,


jika penerima institusi maka tidak disyaratkan qabul;

• iii. Qabul oleh penerima wasiat hendaklah dibuat selepas kematian


pewasiat. Penerimaan atau penolakan yang dibuat pada masa hidup
pewasiat tidak diambil kira; dan

• iv. Qabul oleh pewasiat tidak disyaratkan dengan segera


JENIS-JENIS WASIAT
a) Wasiat Mutlak

 Wasiat mutlak ialah wasiat yang dilakukan dengan bebas


atau tidak terikat dengan syarat-syarat tertentu yang
dikenakan ke atas harta diwasiatkan yang mungkin
diletakkan oleh pemberi wasiat. Oleh itu, mengikut mazhab
Syafie dan Hanbali, kesan dari wasiat mutlak ini ialah ia akan
berkuatkuasa selama-lamanya.
JENIS-JENIS WASIAT
b) Wasiat Bersyarat

 Wasiat bersyarat ialah wasiat yang mengandungi syarat-syarat tertentu


yang dikenakan oleh pewasiat.

 Para fuqaha’ bersependapat bahawa sah syarat-syarat diletakkan dalam


wasiat asalkan ia tidak menyalahi syarak sama ada dari sudut harta,
tujuan atau cara mengerjakan syarat-syarat yang dikenakan dan
hendaklah wasiat itu membawa kebaikan kepada penerima, pewasiat
atau selainnya.

 Oleh itu, wasiat yang mempunyai syarat-syarat yang sah akan mengikat
penerima dan terpulang kepada penerima wasiat sama ada menerima
wasiat yang berserta syarat-syaratnya atau menolak wasiat tersebut.

 Sekiranya syarat-syarat yang terkandung di dalam wasiat bersyarat ini


adalah sah di sisi syarak tetapi tidak dipenuhi oleh penerima wasiat maka
kesannya ialah wasiat itu menjadi batal.
JENIS-JENIS WASIAT
c) Wasiat Am

 Wasiat am adalah wasiat yang dibuat berbentuk umum seperti kepada


penduduk sesebuah kampung atau bandar

 Wasiat yang berbentuk sedemikian adalah merangkumi kesemua ahli


penduduk tempat tersebut sama ada Islam ataupun kafir

 Adapun bilangan yang paling minimum penerima sesuatu wasiat yang umum
yang ditujukan kepada kumpulan yang ramai seperti penduduk sesuatu
tempat maka memadai dengan tiga orang mewakili kumpulan yang ramai
tersebut menurut pendapat Imam Syafie

 Jika pewasiat menyatakan golongan penerima wasiat tidak jelas iaitu hanya
secara umum sahaja seperti mewasiatkan kepada fakir miskin maka menurut
pendapat Imam Syafie harta yang diwasiatkan itu hendaklah digunakan
untuk kepentingan fakir miskin di tempat harta itu berada.

 Pewasiat yang hendak mewasiatkan harta perlulah menyatakan dengan jelas


dan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan.
JENIS-JENIS WASIAT
d) Wasiat Khas

 Wasiat khas adalah wasiat yang dikhususkan untuk pihak tertentu.


 Terdapat kemungkinan pewasiat dalam berwasiat kepada seseorang yang
tertentu membuat perbandingan kadar yang hendak diwasiatkan dengan
kadar yang sepatutnya diterima oleh salah seorang waris pewasiat.
 Sebagai contoh, pewasiat mewasiatkan supaya memberikan hartanya kepada
seseorang tertentu dengan kadar yang sama banyak dengan kadar anak
lelakinya.
 Dalam kes ini, maka perlu dipastikan pewasiat ada meninggalkan anak atau
tidak, jantina anak dan jumlah anaknya.
 Menurut pendapat Imam Syafie, Imam Hanafi, al-Sha’bi, al-Nakha’i dan al-
Thawri, sekiranya pewasiat mewasiatkan bahagian anak lelakinya sedangkan
ia mempunyai seorang sahaja anak maka kadar pemberian wasiat yang
dibenarkan ialah 1/2 bahagian harta tetapi jika anaknya tidak bersetuju
dengan lebihan kadar wasiat yang dibenarkan itu maka wasiat itu hanya sah
setakat 1/3 bahagian sahaja.
 Seterusnya, jika diwasiatkan dengan kadar bahagian anak-anaknya dan
pewasiat hanya ada dua orang anak sahaja maka penerima wasiat berhak
mendapat 1/3 bahagian harta sahaja.
KADAR HARTA YANG BOLEH DIWASIATKAN
 Kadar harta yang boleh diwasiatkan oleh pewasiat menurut ketentuan
syarak adalah setakat 1/3 sahaja daripada harta bersih peninggalannya
yang masih ada pada waktu kematiannya setelah digunakan untuk
belanja pengebumiannya dan penunaian hutang-hutangnya jika ada
yang menjadi tanggungan pewasiat

 wasiat yang melebihi kadar 1/3 harta pewasiat adalah tidak sah kecuali
waris-waris bersetuju dengan kadar yang lebih itu

 Jika pewasiat tidak mempunyai waris, maka menurut pendapat


mazhab Hanafi wasiat yang melebihi 1/3 harta adalah sah

 menurut pendapat jumhur, wasiat yang melebihi kadar 1/3 adalah


tidak harus secara mutlak kerana ia melibatkan hak orang Islam
WASIAT KEPADA AHLI WARIS
a) Jumhur ulama’ berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah tidak
sah, kecuali mendapat persetujuan daripada semua waris.

Jika mereka bersetuju, maka wasiat itu sah dan sebaliknya jika mereka
tidak bersetuju maka wasiat itu tidak sah.

Persetujuan mereka hendaklah dibuat selepas kematian pewasiat dan


mereka yang memberi persetujuan hendaklah berkelayakan berbuat
demikian.

Mana-mana waris yang menerima wasiat tersebut ketika hayat pewasiat


boleh menolaknya selepas kematian pewasiat. Begitu juga, mana-mana
waris yang menolaknya ketika hayat pewasiat boleh menerimanya selepas
kematian pewasiat.
WASIAT KEPADA AHLI WARIS (samb…)
b) Syiah Imamiyyah, Ismailiyyah dan sebahagian Zaidiyyah
berpendapat bahawa wasiat kepada waris adalah harus dan
boleh dilaksanakan tanpa persetujuan waris-waris lain.
Kedudukannya sama seperti wasiat kepada bukan waris.

c) Al-Muzani, al-Subki dan al-Zahiri berpendapat bahawa wasiat


kepada waris adalah tidak sah sekalipun mendapat keizinan
daripada waris-waris yang lain. Namun waris yang berkenaan
boleh mengizinkan bahagian pusaka masing-masing tetapi
bukan dalam bentuk wasiat.

d) Mazhab Maliki berpendapat bahawa wasiat kepada waris


adalah batal secara mutlak.
Peruntukan Perundangan
• Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999, Enakmen Wasiat Orang
Islam (Negeri Melaka) 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri
Sembilan) 2004 memperuntukkan bahawa sah wasiat kepada waris
dengan kadar satu pertiga bahagian tanpa perlu mendapat persetujuan
daripada ahli-ahli waris yang lain. Hanyalah wasiat kepada waris yang
melebihi kadar satu pertiga sahaja yang perlu mendapatkan persetujuan
ahli-ahli waris yang lain.

• Seksyen 26(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999, Seksyen 26


(2) Enakmen Wasiat Orang Islam Melaka 2005 dan Seksyen 26 (2)
Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Sembilan 2004 memperuntukkan:-

“Sesuatu wasiat (bekues) yang dibuat kepada seseorang waris atas


kadar yang melebihi satu pertiga, hendaklah tidak boleh berkuat kuasa
(tidak boleh dikuatkuasakan) sehingga diberi persetujuan oleh waris-
warisnya (melainkan jika waris-waris mempersetujuinya) selepas kematian
pewasiat”.
PEMBATALAN WASIAT
a) Pewasiat hilang keahlian seperti gila yang berterusan

– Mazhab Hanafi berpendapat bahawa wasiat terbatal disebabkan


pewasiat gila, sama ada gila itu berterusan sehingga pewasiat
meninggal dunia atau tidak.

– Manakala menurut pendapat jumhur, wasiat tidak terbatal


disebabkan pewasiat gila, sama ada gila itu berterusan sehingga
pewasiat meninggal dunia atau tidak.

– Ini kerana, pewasiat mempunyai keahlian semasa melakukan wasiat


dan hilangnya keahlian selepas itu seperti gila tidak menyebabkan
wasiat yang dilakukannya semasa dia waras terbatal.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)

b) Pewasiat murtad

– Mazhab Syafie dan Hanafi berpendapat bahawa wasiat terbatal


disebabkan pewasiat murtad dan dia meninggal dunia dalam
keadaan murtad.

– Begitu juga, penerima wasiat murtad boleh menyebabkan wasiat


terbatal menurut pendapat mazhab Maliki.

– Walau bagaimanapun, menurut pendapat mazhab Hanbali wasiat


yang dilakukan itu masih lagi sah walaupun pewasiat murtad.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)

c) Menggantungkan wasiat dengan sesuatu syarat yang tidak


berlaku)

– Contohnya, seseorang berkata: “Jika aku meninggal dunia disebabkan


sakitku ini atau jika aku meninggal dunia dalam pengembaraanku ini
maka aku berikan kepada pulan sekian banyak hartaku”.

– Kemudian selepas itu pewasiat tersebut tidak meninggal dunia, maka


wasiat yang dilakukannya itu terbatal kerana syarat tersebut tidak
berlaku.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)
d) Penarikan balik wasiat
– Penarikan balik wasiat yang telah dilakukan oleh pewasiat adalah hak
dan keistimewaannya yang boleh dibuat pada bila-bila masa yang
dikehendakinya, sama ada ke atas semua atau sebahagian dari harta
yang diwasiatkan

– Penarikan balik wasiat boleh dilakukan secara terang-terangan seperti


pewasiat mengatakan “aku batalkan wasiatku itu”, “aku hapuskan
wasiatku itu”, “harta ini untuk warisku atau sebagai harta pusaka” atau
seumpamanya.

– Selain itu, penarikan balik juga boleh berlaku secara diam-diam yang
akan membawa kesan yang sama seperti penarikan secara terang-
terangan.

– Contohnya, pewasiat menjual atau memberikan harta itu kepada orang


lain atau pewasiat mengubah sifat harta yang diwasiatkan seperti kain
yang diwasiatkan itu dijadikan baju atau sebagainya lagi sehingga hilang
nama asal benda yang diwasiatkan itu.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)
e) Penolakan wasiat

– Wasiat juga terbatal jika sekiranya penerima wasiat menolak atau tidak
mahu menerimanya selepas kematian pewasiat.

f) Penerima wasiat meninggal dunia sebelum pewasiat

― Keempat-empat mazhab sunni bersependapat bahawa wasiat terbatal


disebabkan kematian penerima wasiat sebelum pewasiat meninggal dunia

― Ini kerana wasiat hanya boleh berlaku selepas kematian pewasiat dan
penerima wasiat menerima wasiat tersebut.

― Begitu juga, wasiat terbatal jika penerima wasiat meninggal dunia


selepas kematian pewasiat, sedangkan penerima wasiat belum sempat
menerimanya menurut pendapat jumhur kecuali mazhab Hanafi
PEMBATALAN WASIAT (samb….)
g) Penerima wasiat membunuh pewasiat

– Menurut pendapat mazhab Hanafi dan Hanbali wasiat kepada pembunuh adalah
terbatal, sama ada pembunuhan itu berlaku sebelum berlaku wasiat seperti
seseorang mencederakan seseorang lain dengan tujuan membunuhnya,
kemudian sebelum dia meninggal dunia, dia sempat mewasiatkan hartanya
kepada orang yang mencederakannya itu, atau selepas berlakunya wasiat,
walaupun diizinkan oleh waris-waris tetapi wasiat tersebut tetap juga terbatal.

– Ini kerana mereka menyamakan halangan pewarisan dengan wasiat. Oleh itu,
bentuk pembunuhan yang menyebabkan terbatalnya wasiat menurut kedua-dua
mazhab ini adalah sama seperti halangan pewarisan.

– Walau bagaimanapun, mazhab Syafie, Maliki dan Shiah Imamiyyah berpendapat


bahawa wasiat tersebut tidak terbatal walaupun pembunuhan itu secara sengaja
atau bertujuan untuk mempercepatkan kematian pewasiat supaya dia mendapat
harta yang diwasiatkan itu dengan segera. Ini kerana wasiat merupakan suatu
akad pemilikan sama seperti hibah dan ia berlainan dengan pewarisan.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)
g) Penerima wasiat membunuh pewasiat (samb.....)

– Di negeri-negeri yang telah ada undang-undang wasiat seperti Selangor,


Melaka dan Negeri Sembilan, memakai pendapat mazhab Hanafi dan
Hanbali dalam soal penerima wasiat membunuh pewasiat. Menurut
Seksyen 14 Enakmen Wasiat Orang Islam Selangor 1999 (peruntukan
yang sama juga terdapat dalam Seksyen 14 Enakmen Wasiat Orang Islam
Melaka 2005 dan Enakmen Wasiat Orang Islam Negeri Semblian 2004)
memperuntukkan:-

“Sesuatu wasiat hendaklah menjadi batal sekiranya seseorang benefisiari


dengan sengaja menyebabkan kematian pewasiat, secara langsung atau
tidak langsung, sama ada dia bertindak sebagai prinsipal, rakan jenayah
atau pensubahat atau sebagai saksi palsu yang keterangannya
menyebabkan hukuman mati ke atas pewasiat dilaksanakan:

Dengan syarat bahawa pembunuhan tersebut adalah dilakukan tanpa hak


dan keuzuran syarie dan benefisiari adalah sempurna akal dan telah
mencapai umur matang menurut hukum syarak”.
PEMBATALAN WASIAT (samb….)

h) Berlaku kerosakan terhadap harta yang diwasiatkan

– Wasiat terbatal jika harta yang dinyatakan di dalam wasiat itu rosak
sebelum berlaku penerimaan.
PENGESAHAN WASIAT DI MAHKAMAH SYARIAH

• Sebagaimana yang dijelaskan di bahagian awal penulisan ini, bidang


kuasa Mahkamah Syariah hanyalah terhad kepada penentuan waris yang
terlibat dan juga bahagian pusaka atau wasiat yang layak diterima sahaja
sebagaimana yang telah dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan
Persekutuan di bawah perkara 74(2). Justeru itu, setiap negeri diberi
kuasa untuk menggubal undang-undang berkaitan dengan harta
perwarisan ini di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah di setiap
negeri.

• diperuntukkan di dalam Seksyen 50 (3)(b)(v) Enakmen Pentadbiran


Agama Islam (Perak) 2004 sahaja iaitu di bawah peruntukan bidangkuasa
Mahkamah Tinggi Syariah.

• pengesahan wasiat itu hendaklah dimulakan melalui pemfailan Saman


dan Pernyataan Tuntutan dengan menamakan waris-waris si mati
(pemberi wasiat) menurut hukum syarak sebagai Defendan atau
Defendan-Defendan dalam tuntutan tersebut dan ianya adalah terletak
di bawah bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah.
RUJUKAN KES-KES WASIAT DI MAHKAMAH
SYARIAH
• Sheikh Abdul Latif dan lain-lain lwn Sheikh Elias
Bux
• Amanullah bin Haji Ali lawan Hajjah Jamlilah
• Siti Binti Yatim lwn. Mohamed Nor Bin Bujal
• In Re The Will of M. Mohamed Haniffa deceased
Abdul Jabbar lwn. M. Mohamed Abu Backer
• Katchi Fatimah lwn. Mohamed Ibrahim
• MKG & 7 lain lwn SUKSM & 4 lain
• AR & 1 lain lwn AM & 8 lain
ISU-ISU PELAKSANAAN WASIAT –
PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK
1. Ketidakfahaman masyarakat Islam
mengenai hukum dan prosedur penyediaan
wasiat itu sendiri.
― Penyediaan wasiat khususnya secara bertulis
merupakan suatu proses yang paling penting kerana
pada peringkat inilah termaktubnya suatu wasiat itu.
Implikasi yang timbul apabila suatu penulisan wasiat
tersebut ditulis tanpa kefahaman terhadap konsep
wasiat yang sebenar dan tidak mengikuti hukum syarak
dan juga undang-undang yang ditetapkan sebagai contoh
wasiat harta melebihi kadar 1/3 dan juga wasiat dibuat
kepada ahli waris.
ISU-ISU PELAKSANAAN WASIAT –
PENGALAMAN DI MAHKAMAH SYARIAH PERAK
2. Tiada atau kurang kesepakatan di antara ahli-
ahli waris

- tiada atau kurang kesepakatan di antara ahli-ahli waris kepada


si mati kerana waris-waris si mati tidak mengetahui tentang
wasiat yang dibuat kerana tidak dimaklumkan oleh pewasiat
semasa hayatnya.

- Keadaan ini dapat dilihat selepas pihak penerima wasiat


memfailkan kes tuntutan pengesahan wasiat di Mahkamah di
mana ada di antara waris-waris kepada si mati yang terkejut
dengan kewujudan wasiat oleh si mati tersebut, tidak kurang
juga ada yang kecewa dengan wasiat yang telah dibuat oleh si
mati tersebut
KESIMPULAN
WASIAT ADALAH MERUPAKAN SUATU KEPERLUAN DALAM PERANCANGAN HARTA PUSAKA
KERANA PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENJADI LEBIH MUDAH SEKIRANYA TERDAPAT
WASIAT YANG DITINGGALKAN OLEH PEWASIAT. WASIAT YANG DITINGGALKAN PERLULAH
DILAKSANAKAN SEGERA SEJURUS SELEPAS KEMATIAN PEWASIAT AGAR WARIS DAN
PENERIMA WASIAT MENERIMA WASIAT YANG TELAH DITETAPKAN

LEBIH UTAMA ADALAH PENYEDIAAN DAN/ATAU PEMBENTUKAN WASIAT ITU PERLULAH


DIBUAT SELARI DENGAN KEHENDAK HUKUM SYARAK DAN UNDANG-UNDANG TERLEBIH
DAHULU SUPAYA TIDAK TIMBUL MASALAH DI HARI KEMUDIAN SAMA ADA UNTUK
MENGESAHKANNYA DI MAHKAMAH SYARIAH ATAU UNTUK MELAKSANAKANNYA DI
AGENSI-AGENSI LAIN YANG MEMPUNYAI KUASA MELAKSANAKANNYA
SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like