You are on page 1of 3

Pemahaman Petikan Umum

Jawapan :

1) Maksud peribahasa malang tidak berbau ialah kecelakaan yang tidak dapat diketahui
sebelumnya.
2) Dua sikap negatif yang diperlihatkan oleh sesetengah masyarakat dari aspek keselamatan
ialah pemasangan jeriji yang boleh menjadi perangkap maut dan juga tidak mahu
mengeluarkan perbelanjaan yang lebih untuk mendapatkan jeriji besi yang bersifat mesra
pengguna.
3) Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kebakaran berlaku ialah kita sebagai rakyat
yang bertanggungjawab janganlah membuat sambungan pendawaian elektrik dengan
sendiri. Hal ini demikian kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kejadian litar pintas.
Selain itu, kita juga hendaklah menutup suis elektrik apabila selesai menggunakannya.
Misalnya, kita terlupa untuk menutup suis seterika dan ia boleh menyebabkan kebakaran.

Pemahaman Petikan KOMSAS

Puisi Moden – Kucari Damai di Sini

kucari damai…
…masa depan.

(Dipetik daripada sajak ‘Kucari Damai di Sini’,


Antologi Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2
Kementerian Pendidikan Malaysia)

1. Berdasarkan rangkap pertama sajak, keharmonian di tanah air ini dizahirkan melalui

A. kemakmuran yang dikecapi oleh masyarakat.


B. kemerdekaan yang dinikmati oleh masyarakat.
C. kesuburan tanah yang diusahakan oleh masyarakat.
D. keakraban masyarakat yang telah wujud sejak sekian lama.

2. Apakah cara untuk menghargai kedamaian dan kesejahteraan negara?

A. Membataskan pergaulan dalam masyarakat.


B. Meningkatkan jati diri kaum masing-masing.
C. Menghafal prinsip-prinsip Rukun Negara.
D. Melestarikan kemerdekaan negara.

3. Bersemarak di laman sukma


Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam baris sajak ini?

A. Simile
B. Sinkope
C. Metafora
D. Personifikasi

4. Sajak Kucari Damai di Sini bernada

A. sinis
B. patriotik
C. romantik
D. melankolik

5. Pilih yang tidak benar tentang bentuk sajak ini

A. Rima akhir sajak ini terikat


B. Sajak ini terdiri daripada tiga rangkap
C. Bilangan baris dalam setiap rangkap sajak ini tidak sama
D. Bilangan patah perkataan dalam baris yang paling sedikit ialah tiga

You might also like